22 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

Anwar has repeated his charge that the latest charge against him is politically-motivated, and said that former Solicior-General II Datuk Yusof Zainal Abiden’s entry into his legal team was “meaningful” to him and a “positive development”.

“I received information that he was willing to join my legal defence team, so I as the accused contacted him for help,” Anwar (picture) told reporters.

“This is a positive development… I think more lawyers are biding their time to join me as well,” he said.

“Yusof’s presence is very meaningful to me. It shows that someone inside the government is aware of the ‘dirtiness’ and does not want to be a part of it,” he added.

Anwar pointed out that if Yusof truly thought he was guilty, then the former solicitor-general would not have agreed to join his legal team.

“Yusof came here with full commitment and his performance today is proof that he only wants justice to be served,” he said.

Yusof joined Anwar’s legal team as the opposition leader was today charged with taking part in an illegal street demonstration on April 28.

It was a startling turn of events as Yusof had led the Sodomy II prosecution against Anwar, which saw the latter being acquitted earlier this year.

He has since retired from the Attorney-General’s Chambers.

“Anwar called me last night and I had no hesitation,” Yusof told The Malaysian Insider when approached.

The Malaysian Insider understands that Yusof’s ties with Attorney-General Tan Sri Abdul Ghani Patail have been cool for some time and he had disagreed with the way some high-profile cases had been handled.

Yusof was earlier spotted mingling with Anwar’s other defence lawyers.

PKR leader and lawyer Sivarasa Rasiah had earlier confirmed with The Malaysian Insider in a text message when asked if the former government lawyer was on the PKR de facto head’s legal team.

Sivarasa said Yusof was assisting Anwar’s lead counsel Karpal Singh. The other lawyers on Team Anwar are Karpal’s son Ram Karpal Singh Deo and Sankara Nair.

Anwar, PKR deputy president Azmin Ali and Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin were today charged with taking part in the April 28 Bersih 3.0 rally under section 4(2)(c) of the Peaceful Assembly Act, less than a month after the new law aimed at allowing public gatherings “in accordance with international norms” was enforced.The offence under the Peaceful Assembly Act carries a maximum fine of RM10,000.

All three claimed trial.

Sessions Court judge Mahmud Abdullah set July 2 as the next mention date for the trial.

22 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan proses mahkamah untuk membendung kemaraan beliau ketika pilihan raya kini semakin hampir.

Beliau juga mendakwa, tuduhan ke atasnya hari ini berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 juga satu tindakan politik yang dirancang dan juga untuk mengelak isu pilihan raya yang dibawa dalam perhimpunan 28 April itu.

“Najib perlu menghadapi saya dalam pilihan raya dan dia mahu gunakan mahkamah untuk bantu dia. Saya hendak beritahu Najib, pilihan raya itu diputuskan rakyat,” katanya.

Tambahnya, Najib juga tidak boleh menggunakan undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan dengan bantahan keras pembangkang “untuk menakut-nakutkan dan menghalang seteru politik” sepertinya.

“(Perdana Menteri) Datuk (Seri) Najib (Razak) tak boleh dakwa kami kerana yang terlibat itu ratusan ribu (orang).

“Yang dielak beliau adalah isu pokok iaitu isu pilihan raya. Ini tanda dendam kesumat beliau guna apparat pemerintah untuk tekan kami,” katanya lagi selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau serta dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – didakwa mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan itu juga atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

The Attorney-General acting on the behest of Barisan Nasional is at it again. Having failed to stop Anwar Ibrahim with trumped-up sodomy charges, they are now trying again.

This afternoon, Anwar Ibrahim ( the Leader of the Opposition) , Azmin Ali and Badrul Hisham received summonses to appear in the Jalan Duta Court tomorrow morning to be charged in relation to purported offences connected with the Bersih 3.0 rally on 28th April 2012.

One charge alleges a breach of the Court order dated 26.4.2012 issued by Magistrate Zaki Ashraf.  The charge Anwar and the other will face is allegedly causing a breach of the barricades to take place.  Parti Keadilan Rakyat views this charge as ludicrous and frivolous bearing in mind that the ample video evidence that he had directed the crowd to go down Jalan Tengku Abdul Rahman.  Furthermore, the legal validity of the Court order is itself suspect for non-compliance with the Peaceful Assembly Act itself.  It is also now clear that the police barricades themselves were not in compliance with the order.

The second charge is that of being present in a street protest contrary to the Peaceful Assembly Act 2012. This prosecution of Anwar and the others under this Act shows up the complete hypocrisy in Prime Minister Najib’s so-called “political transformation” or “liberalisation” programme.  Pakatan’s portentious warnings in Parliament in December 2011 that this Act was regressive compared to the older section 27 of the Police Act and would be abused are now vindicated.

It is ironic that the first prosecution of the Peaceful Assembly Act is directed against Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition.  The political motivation of this new charge is clear. Having failed to stop Anwar with the trumped up sodomy charge, the Attorney General Gani Patail, at the behest of his political masters, is now trying again in desperation to stop Anwar’s unrelenting march to Putrajaya.

PKR warns Prime Minister Najib that this prosecution makes again a mockery of his claim to making Malaysia the “best democracy in the world”.  We will rally the people of Malaysia to oppose yet another blatant misuse and manipulation of our institutions.  

Sivarasa Rasiah
Majis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat,
Ahli Parlimen Subang

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Tukang Lawan

Ibu Pejabat Keadilan di Petaling jaya siang tadi digemparkan dengan kedatangan lebih kurang 6 buah kereta polis yang sarat dengan anggota, mengiringi pegawai tinggi dari Ibu Pejabat polis Dang wangi semata-mata mahu menyerahkan 2 writ saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan presiden Keadilan Azmin Ali. ( baca disini ) ,(sini) dan (sini)

Baiklah, mengapa tindakan tergesa-gesa ini dilakukan, apakah rumput dipadang dataran merdeka itu lebih suci dari 8 tuntutan rakyat pada himpunan BERSIH 28 April lalu?, itu soalan pertama yang harus kita semua jawab.

Jika kita setuju bahawa rumput dipadang itu lebih suci dan penting berbanding 8 tuntutan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara yang tercemar dan sangat meragukan itu, sama la seperti kita merelakan dan menghalalkan penyelewengan wang dana NFC yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu bagi meningkatkan pasaran tempatan.

Apakah kita tidak rasa bersalah bila membiarkan saja wang NFC disalahguna untuk membeli kondo mewah dan melancong ke luar negara sehingga dana yang dikeluarkan itu tidak mencapai sasaran utamanya.

Apakah kita juga tidak rasa bersalah bila membiarkan sahaja sistem pilihanraya dikotori dan diaturkan supaya rejim pemerintah kekal berkuasa padahal itulah hak anda yang cukup besar.

Persoalannya masih sama, apakah rumput di dataran merdeka lebih suci berbanding tuntutan bagi satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih ?.

Itu soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. sudah tentu rumput tidak lebih penting berbanding tuntutan satu sistem pemerintahan negara yang adil dan lebih bagus bagi rakyat malaysia, lain la jika rumput itu khas mahu beri lembu NFC makan, memang harus sangat rumput itu dibelai dan disiram hari-hari .

Keduanya, apakah ini sebenarnya satu usaha memperlahankan momentum pakatan rakyat yang kini semakin mendapat sokongan dari rakyat, dengan kredibiliti najib yang semakin teruk, usaha-usaha umno melalui media massa untuk memburukkan pemimpin pakatan seolah tidak berjaya, mereka sedar momentum pakatan perlu diperlahankan, supaya umno boleh berehat dan bernafas sebentar.

Usaha untuk mengusung pemimpin pakatan ke mahkamah kerana kesalahan menggalakkan rakyat sedar akan hak mereka, akan membuatkan pemimpin pakatan rakyat sibuk turun naik mahkamah, dan ini akan membataskan pergerakkan mereka, itu sangat perlu kerana pilihanraya semakin hampir, saat ini terlalu runcing buat umno, kemaraan pakatan rakyat membuatkan umno semakin sampai ke penghujungnya.

Najib pula yang sedang dihantui kes kapal selam yang sudah mula timbul ke permukaan, ini membuatkan najib gelabah dan sangat tertekan.

Apa lagi yang mampu najib lakukan, dalam keadaan pemimpin nombor wahid umno itu perlukan talian hayat, isu kapal selam yang turut terpalit kisah pembunuhan model dari Mongolia perlu dialihkan supaya isu yang sedang dibicarkan di mahkamah perancis itu tidak didengar oleh rakyat.

Mereka terdesak, umno sedang terdesak, kuasa yang ada diperguna semaksima mungkin dan sekali lagi pemimpin pakatan mahu dijadikan mangsa keadaan, supaya najib terus dilihat sebagai seorang pemimpin bibir merah yang kononnya suci.

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.

Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.

Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.

Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar – Ibrahim Yaacob – mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang.

“Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan notis telah diterima oleh saya,” katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan – (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).

“Kita akan jumpa mereka di mahkamah…,” tegas Ibrahim

Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato Seri Anwar Ibrahim telah diperintahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok Selasa,22 Mei 2012, Jam 9.00 pagi. Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

 

 

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

MerdekaReview
Oleh Ooi Heng

Pengenalan

Dalam dunia kewartawanan, berita sering digambarkan sebagai naskhah kasar pertama sejarah. Media merupakan wahana komunikasi yang menyalurkan sesuatu berita, justeru media juga mentakrifkan catatan asal sesuatu peristiwa sejarah. Namun, proses kewartawanan yang kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kuasa politik sering mengubah catatan asal sehingga berita yang dipaparkan dalam media terpesong daripada kebenaran.

Media wujud dalam pelbagai wahana. Di Malaysia, media cetak dan penyiaran sering dianggap sebagai media tradisional. Apabila kawalan media yang ketat dikenakan terhadap media tradisional, liputan berita atau siaran sesuatu peristiwa penting lebih merupakan “konstruk kompleks” mengikut acuan rejim kawalan, maka gambaran tertentu dipaparkan, persepsi tertentu ditonjolkan. Dimensi kebenaran yang tertentu menjadi pilihan, dimensi kebenaran yang lain tersisip dalam kekaburan, kalau bukan kepalsuan.

Kini dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media baharu sedang mencorakkan persekitaran sosio-politik semasa dalam negara dengan begitu rancak. Kawalan terhadap media tradisional masih berterusan, tetapi rejim kawalan yang bersifat monolitik sedang berhadapan dengan cabaran besar media baharu yang bersifat interaktif dan bergerak pantas berentap dengan media tradisional dalam proses representasi sesuatu peristiwa.

Semenjak kewujudan media baharu termasuk portal berita atas talian seperti Malaysiakini, MerdekaReview dan The Malaysian Insider serta media sosial seperti blog dan mikroblog, ketegangan antara rejim pemerintah dengan media baharu dan juga antara media tradisional dengan media baharu tidak pernah reda. Semasa perhimpunan BERSIH 2007, apabila media tradisional melaporkan angka empat ribu, media baharu melaporkan angka puluhan ribu. Seterusnya semasa perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0, warga siber mendapat manfaat dari segi perbandingan maklumat ekoran kewujudan media baharu lantas memikirkan tentang kesahihan berita berkaitan.

Lahirnya media baharu menjadikan perspektif bahawa “kebenaran menjadi pilihan” begitu menonjol sekali. Maka perbandingan dapat dilakukan dan representasi media baharu khususnya portal berita atas talian dapat mencabar representasi media tradisional dengan kredibiliti yang setanding jika tidak lebih tinggi kredibilitinya.

Kredibiliti representasi sesuatu peristiwa tidak lagi dimonopoli oleh media tradisional, malahan kredibiliti media tradisional semakin terhakis. Contoh klasik ialah Utusan Malaysia yang mengalami kemerosotan sebanyak 31.12 peratus dari segi jumlah edarannya semenjak zaman Reformasi. (sila lihat Jadual 1 Bab 2 buku Membina Bangsa Malaysia penerbitan SIRD). Dalam hal ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berpendapat bahawa “kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan”, antara lain termasuk “laporan berat sebelah” dan “tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia”.

Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008. 20 tahun selepas Tim-Berners Lee mengumumkan ciptaannya yakni jaringan seantero dunia yang juga dikenali dengan nama singkatan WWW (World Wide Web), kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara. Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.

Jaminan tiada penapisan Internet

Apabila diimbas kembali perkembangan dalam negara kita, mungkin lebih sesuai jikalau tahun 1996 dan bukannya tahun 2000 diambil kira sebagai permulaan abad ke-21 Malaysia. Tanggal 1 Ogos 1996, Perdana Menteri (PM) ke-4, Dr.Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun Mahathir telah mengumumkan projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia.

Ekoran itu, Mahathir mengumumkan suatu Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang mengandungi sepuluh jaminan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC dan industri teknologi maklumat di Malaysia. Antara jaminan penting yang menyediakan kerangka tatakelola dan mewujudkan persekitaran untuk perkembangan industri teknologi maklumat dan media ialah:
• Rang Jaminan ke-6: Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik
intelektual dan undang-undang siber.
• Rang Jaminan ke-7: Tiada penapisan Internet.
• Rang Jaminan ke-8: Menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global.

Apa yang menarik ialah, atas andaian bahawa pembangunan MSC dapat mentransformasi masyarakat dan “melonjatkan” (leapfrog) pembangunan negara untuk mencapai tahap pembangunan sepenuhnya, sejajar dengan tesis masyarakat maklumat dan Wawasan 2020, paradigma pembangunan yang acap kali melegitimasikan tindakan rejim kawalan kini menjanjikan keterbukaan dari segi penapisan Internet.

Seterusnya, jaminan tiada penapisan Internet diketengahkan oleh masyarakat madani sebagai syarat penting pewujudan persekitaran kondusif untuk pengoperasian portal berita atas talian tanpa sekatan politik dalam dunia siber. Perlu ditekankan di sini bahawa jaminan tiada penapisan Internet hanya diutarakan oleh Mahathir semasa beliau berucap di hadapan para pelabur Amerika Syarikat pada 14 Januari 1997, lima bulan selepas pengumuman MSC. Seterusnya, Fasal 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengisytiharkan bahawa “tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.”

Jaminan tersebut dapat dilihat sebagai satu-satunya legasi penting Mahathir yang menyumbang secara tidak langsung dan “secara tidak diingini” (unintended) kepada ruang demokrasi dunia siber selepas tercetusnya gerakan massa bergelar Reformasi dua tahun selepas pelancaran MSC.

Setahun selepas pelancaran MSC, Malaysia mengalami krisis kewangan Asia 1997/98 yang bermula dari negara Thailand dan juga melanda negara-negara serantau termasuk Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Hong Kong. Industri ICT berorientasikan MSC yang diagung-agungkan kelihatan lebih signifikan dari segi pembinaan projek mega seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Putrajaya dan Cyberjaya yang kerja pembinaannya bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an.

Dalam sebuah kajian ilmiah berkenaan pembangunan MSC, Tim Bunnell menyifatkan projek MSC sebagai suatu usaha penswastaan untuk mengecualikan rakyat terbanyak, sejajar dengan wacana dominan Mahathirisme yang cenderung mengaitkan slogan “Malaysia Boleh” dengan kehebatan pembangunan berorientasikan projek mega.

Faktor dorongan perkembangan ICT

Sementara pembangunan MSC kelihatan lemah tatkala krisis kewangan 1997/98, gelombang menuntut perubahan bergelar Reformasi memukul kuat politik tanah air lantas mendorong rakyat marhaen menerokai kemungkinan penyebaran maklumat tanpa sekatan menggunakan teknologi Internet. Justeru, gerakan Reformasi banyak mendorong perkembangan ICT apabila potensi ruang siber dikenalpasti sebagai manifestasi baharu politik partisipasi supaya mobilisasi rakyat terbanyak dapat dicapai sepanjang zaman Reformasi.

Pelancaran laman sesawang zaman Reformasi yang pertama – Anwar Online – pada 1 September 1998, disusuli dengan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim keesokan hari, serta perisytiharaan Deklarasi Permatang Pauh olehnya di kampung halaman beliau, Cherok Tok Kun, Permatang Pauh pada 12 September 1998, bukan sahaja menandakan permulaan gelombang gerakan Reformasi 1998, tetapi juga menandakan permulaan masyarakat siber ketika Malaysia melangkah masuk ke abad ke-21 dan mengejar impian masyarakat berpengetahuan.

Selepas itu, fenomena media baharu mulai menyerlah selari dengan arus perkembangan industri teknologi maklumat peringkat global dan gerakan Reformasi 1998 yang menyaksikan kelahiran sebuah parti baharu bersifat massa – Parti Keadilan Nasional – yang berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak melalui gabungan parti oposisi Barisan Alternatif yang memberikan cabaran kuat kepada Barisan Nasional (BN). Komponen parti oposisi tatkala itu termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Gelombang pertama fenomena media baharu berkisar sekitar kemunculan laman sesawang pro-Reformasi atau pro-Anwar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, bersama-sama dengan penerbitan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), penerbitan berkala dan tidak berkala lidah rasmi parti oposisi dan masyarakat madani, serta pelancaran Malaysiakini selari dengan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU Ke-10) pada 20 November 1999.

Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube. (Bahagian pertama, bersambung)

Bahagian kedua: Media Baru sebagai ruang awam

*Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng
pada bulan September 2011 yang dimuatkan dalam buku baharu penerbitan SIRD
berjudul “Membina Bangsa Malaysia” sebagai Bab 2 bertajuk “Media, Teknologi
Maklumat dan Cabaran Semasa”.

**Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

21 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

If the elections are called immediately, Pakatan Rakyat would win at least 105 parliamentary seats said PKR’s strategy director Rafizi Ramli.

“We have improved! Five or six months ago, BN thought we might win 92 seats, and even then, they were worried.

“Months later when they studied this again, Umno itself knows that if it calls for an election now, they would face an opposition that has 105 seats from the start,” he said at the launch of the party’s Selangor election campaign machinery today.

Rafizi (right) urged party workers to push for 10 more seats to secure a simple majority for Pakatan.

“We are confident of winning because we have witnessed the mood and the rise of the people outside (the party). It is not us, but the people are ready to win,” he said.

The 105 seats tally is seven short of an outright parliamentary majority to claim power.

Nevertheless, such a close result should destabilise BN enough to either create a possible round of defections as well as a change of leadership in the ruling coalition.

‘Go ahead, call GE now’

Meanwhile in his speech officiating the event at the Petaling Jaya Civic Hall, party deputy president Azmin Ali challenged Prime Minister Najib Abdul Razak to call for immediate elections.

“If Umno is strong as seen on television and newspapers (reporting) in (its 66th anniversary celebration) in Bukit Jalil, I challenge the prime minister to dissolve the Parliament tomorrow and call for fresh elections,” he said, to the applause of the 700 who gathered there.

However, he sarcastically cautioned his colleagues that Umno has a new wing – the Election Commission (EC).

He pointed out that between the last election and the latest electoral roll, the number of voters in Selangor has increased from 1,565,493 to 1,906,008, a jump of 340,515 new voters – the largest increment among the states.

Azmin (left), who is also the PKR elections director, urged the campaign workers especially the Youth wing to go to the ground to verify if these are genuine voters, because a large portion of the voters are young voters.

To aid their mission, he demonstrated the capabilities of the software Sistem Menang Pilihanraya (Sismep) 3.0 launched on May 11, which among other features, can highlight movements of voters between constituencies, voters above a specified age, and even point out their latest addresses on a map.

“Sismep is only effective if we make good use of it at the grassroots level,” he said.

Leaflet warfare

The government has until April next year to dissolve the 222-seat Parliament. However, many including Azmin, anticipate that it will be held as early as this June.

At today’s launch, thick volumes containing lists of voters who had been added, moved or removed in the electoral roll were given to division and branch election chiefs in seats where PKR plans to contest.

The launch is part of a series that has already covered Perak, Penang, Malacca and Negri Sembilan, with Kedah, Sabah and Sarawak scheduled for the coming week.

Other items distributed at the event were party paraphernalia such as caps and T-shirts, and a password-protected thumbdrive containing the Sismep 3.0 software, the 2011 fourth quarter electoral roll (the latest to be gazetted), a video from the Bersih 3.0 rally and soft copies of Pakatan Rakyat’s ‘Buku Jingga’ policy framework, photos of PKR senior leaders, and 13 sets of leaflets.

Rafizi said the leaflets are part of PKR’s strategy to keep BN on the defensive.

“If Pakatan Rakyat attacks BN from Day One of the election campaign period, and BN has to fend them off each day of campaigning, then God willing we will win,” he said.

If well-played, he said this would allow the people to focus on Pakatan Rakyat’s message while forcing BN to respond to it rather than the other way around, despite the ruling party’s control over the mainstream media.

A million of each of the 13 two-page leaflets will be printed by PKR’s central leadership, whilst the branch and division offices will print the rest as needed.

The leaflets highlight a range of issues. Some contain the coalition’s promises such as to lower fuel prices or to abolish the National Higher Education Fund (PTPTN).

Others are responses to Umno’s attacks such as allegations that PKR de facto leader Anwar Ibrahim (right) is an Israeli agent. The rest attack BN on issues such as the National Feedlot Corporation scandal and the Scorpene submarines scandal.

Rafizi urged campaign managers to remind speakers to frequently make references to the leaflets in hopes that listeners would at least read it, lest the funds spent printing it go to waste.

He added that the party’s central leadership would be monitoring the campaign effort at every branch on a weekly basis, armed with a score-sheet.

Candidates still under wraps

At a press conference later, Azmin kept the party’s election candidates list under wraps.

“Our political culture is very dirty and disgusting, where they could threaten and intimidate our candidates with all sorts of tricks and enticements.

“We will discuss and decide a suitable date to announce our candidates to avoid Umno and BN trickery,” he said.

Nonetheless, Azmin said a majority of the candidates will be fresh faces, and in his speech earlier pledged that the candidates would be vetted more carefully to avoid a repeat of the turncoats disaster that plagued the party shortly after the 2008 general election.

When asked about seat allocations, he said a decision is expected in the first week of June, with agreement on all but the last seat in most states presently to be resolved.

He added that Selangor is the first state where Pakatan Rakyat’s seat allocation has been finalised.

20 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Gambar Ihsan Media Rakyat

Tiba Di Lapangan Terbang Bintulu

Menanti Perahu

Menuju Rumah Panjang Ungey Sangan

Ceramah Di Rumah Panjang Ungey Sangan

Bersama Masyarakat Bintulu

Ceramah Di Majlis Makan Malam Masyarakat Dayak Di Bintulu

 

20 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia atau Kosmo tidak layak untuk bercakap soal etika kewartawanan.

Ini kerana, menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan akhbar berkenaan dengan jelas telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab asakan wartawan yang mempersoalkan mengapa Abim selaku penganjur Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan tidak menjemput wakil akhbar arus perdana seperti Utusan atau Kosmo.

“Kita tidak jemput Utusan atau Kosmo sebab mereka dengan jelas cabul etika kewartawanan. Kita panggil mereka (akhbar) yang beretika sahaja,” katanya dalam sidang media.

Malah katanya, etika kewartawanan telah dimusnahkan oleh akhbar berkenaan kerana tiga perkara iaitu pemilikan media, ‘political master’ dan iklan yang disiarkan.

Seminar yang diadakan di Kompleks Dar Al-Hikmah Sungai Ramal membariskan tiga orang panel iaitu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.

“Kalau kita hendak berhujah dalam hal ini, orang yang kita panggil adalah jelas etikanya. Kita beri keadilan kepada mereka untuk bercakap soal etika,” tegasnya.

Tambahnya, seminar ini adalah satu peluang yang adil untuk mendidik masyarakat apakah etika kewartawanan yang sebenar.

“Contohnya, kita jumput di kalangan mereka adalah perompak dan bercakap dalam soal rompakan,” tegas beliau yang mempertahankan tindakannya, tidak menjemput akhbar arus perdana dalam seminar itu.

Justeru, Abim dan beberapa Ngo yang lain menyatakan pendirian tentang etika kewartawanan pada masa depan dengan menolak segala laporan berbentuk lucah, mengaibkan seseorang di ruang awam, ‘Character assassination’ dengan menginjak-injak maruah, memalukan seseorang secara sewenang-wenangnya bukan sahaja tidak beretika tetapi mencabul hukum agama.

Abim juga menyeru pihak pemerintah dah oposisi mengambil kira akan prinsip asas media dan kewartawanan wajib berdasarkan fakta, kebenaran dan sumber yang sah.

Dan, Abim menyeru masyarakat untuk menolak dan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap laporan dan pemberitaan yang melanggar nilai dan etika kewartawanan.

Resolusi

Seminar yang berlangsung setengah hari itu turut menggariskan empat resolusi iaitu:

Etika kewartawanan yang berasaskan cita-cita bagi menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam masyarakat dan negara hendaklah menjadi falsafah dan dasar utama industri media negara.
Seluruh saluran media terutama media arus perdana digesa lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan dan menyebarkan berita dan maklumat kepada masyarakat.

Pengamal media dituntut untuk sentiasa berpegang teguh kepada etika kewartawanan yang mementingkan nilai-nilai moral dan akhlak dalam usaha menyampaikan berita dan mendidik masyarakat.

Ini memastikan industri media menjadi ejen pencerdasan dan pembudayaan pemikiran dan nilai hidup bertamadun dan bukan sebagai organ yang dilihat cuba untuk merendahkan kualiti hidup dan pemikiran masyarakat menerusi sumber maklumat yang tidak tepat, berbahasa kesat, berunsur lucah menjadi punca perbalahan sesama rakyat.

Media hendaklah meningkatkan tahap integriti sebagai organ yang berdikari dan berwibawa dan memastikan tidak terjebak sebagai penyebar ghibah dan fitnah dengan sengaja menerusi pemberitaan yang mengaibkan dan memalukan dan mencemarkan nama baik serta mencabul kesucian maruah manusia.

Pengamal media hendaklah menghormati hak rakyat untuk memperoleh berita yang benar dan beretika.

Oleh itu, media perlu bersikap sensitif dan memberikan perhatian serius terhadap kegelisahan dan penolakan masyarakat terbanyak terhadap budaya arus perdana hari ini dengan jelas melakukan pelanggaran berterusan terhadap etika dan niali-nilai murni yang dipaparkan kepada masyarakat.

19 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Tranungkite
Oleh Aspan Alias

Slogan-slogan politik bercambah-cambah dan slogan-slogan itu bertukar apabila bertukar kepimpinan sehinggakan kita sudah kenyang dengan slogan-slogan itu. Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan ‘brand’ kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat dizaman kepimpinan sebelumnya.

Berslogan mula bercambah sejak kepimpinan Mahathir sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih, rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir Musa)

Pimpinan 2M terbengkalai dengan perletakkan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Februari 1986. Perletakkan jawatan Musa telah akhirnya membawa kepada pertandingan besar dalam UMNO pada tahun berikutnya 1987 diantara TR/Musa dan Mahathir /Ghaffar.

Apabila Mahathir mula-mula mengambil alih, maka terciptalah slogan ‘Bersih, cekap dan amanah’. Tetapi slogan ini hanya tinggal slogan kerana semasa itu tidak ada yang bersihnya, tidak ada kecekapan dan jauh sekali untuk melihat amanahnya. Zaman ini lah bermulanya rasuah yang begitu hebat dan budaya itu terus  diwarisi oleh kepimpinan Pak Lah dan pimpinan DS Najib sekarang ini.

Dalam masa yang sama tercipta juga slogan  ‘kepimpinan melalui tauladan’ dan inilah satu-satunya slogan yang amat berjaya yang dicipta Dr Mahathir Mohamad. Ini adalah kerana segala budaya rasuah itu telah diteladani oleh semua pemimpin setiap peringkat dalam kerajaan dan parti serta pimpinan-pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir sehingga  zaman sekarang ini.

Semua pimpinan UMNO dan BN benar-benar berjaya melaksanakan slogan ini sehinggakan susah untuk mendapatkan kepimpinan yang tidak rasuah. Semuanya ini adalah hasil dari kempen ‘kepimpinan melalui tauladan’ anjuran Mahathir itu. Di adakan pula slogan ‘penerapan nilai-nilai Islam’ dalam pentadbiran dalam masa yang sama tetapi tidak ada addin keislaman di dalamnya kerana kejayaan slogan kepimpinan melalui tauladan tadi.

Kita terus pula kepada slogan dalam pentadbiran Najib iaitu ‘1Malaysia’ yang masih belum difahami oleh rakyat satu Malaysia ini. Yang kita lihat hanyalah pin-pin 1Malaysia yang terlekat di dada dan kolor baju-baju pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan sahaja. Yang sedapnya Mahathir sendiri mengaku yang beliau tidak faham tentang slogan ini.

Bagaimana slogan 1Malaysia hendak berjaya sedangkan kepimpinan termasuk Najib yang mencipta slogan itu sendiri bercakap isu rasis apabila bertemu dengan ahli-ahli UMNO. Muhyiddin Yassin pula tidak menyokong slogan ini kerana beliau secara terbuka telah mengakui yang beliau mengambil sikap Melayu dahulu barulah rakyat yang lain.

Walau bagaimana pun rakyat tidak perlu gusar tentang slogan yang tidak terlaksana oleh penciptanya sendiri. Ada pihak lain yang mampu melaksanakan slogan ciptaan pemimpin-pemimpin UMNO itu. Kita tidak payah pergi jauh. Kita tinjau sahaja apa yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Selangor telah berjaya mempunyai bajet yang seimbang dengan ‘reserve’ hampir RM2 billion. Pulau Pinang telah berjaya untuk menghilangkan budaya rasuah dan telah menunjukkan nilai kesamarataan. Peruntukkan Hal Agama Islam sekarang telah meningkat sehingga RM63 juta sedangkan semasa BN memerintah negeri itu peruntukkan untuk hal ehwal Islam hanyalah RM12 juta sahaja.

Tidak ada kedengaran skandal kewangan sehingga RM12 billion seperti isu PKFZ di Selangor sekarang ini ataupun kedapatan pemimpin negeri itu yang telah membina rumah peribadi sehingga RM20 juta di Shah Alam. Tidak ada lagi kedengaran skandal kehilangan RM500 juta wang Yayasan Selangor.

Kedah dan Kelantan juga mempunyai rekod baik dan tidak kedengaran rasuah yang berbillion ringgit berlaku di negeri-negeri tersebut. Kedah merupakan salah satu negeri yang mendapat kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan yang besar dan negeri itu adalah salah sebuah dari lima negeri teratas berbanding dengan negeri-negeri tadbiran BN.

Pulai Pinang merupakan negeri yang berkedudukan nombor satu dan diikuti oleh Selangor. Sarawak menduduki tempat ketiga dan yang keempat Johor, satu-satunya negeri yang ditadbir BN yang masuk ke dalam kategori lima teratas itu.

Dalam kata-kata lain secara ringkasnya jika slogan ‘Bersih, cekap dan amanah’ adalah laungan BN semasa Dr Mahathir menjadi PM dalam senyap-senyap negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyatlah yang menjayakan slogan itu. Begitu juga slogan ‘1Malaysia’ ciptaan Najib, BN tidak mampu melaksanakannya tetapi yang berjaya melaksanakan konsep 1Malaysia ialah parti-parti dalam PR kerana setiap bangsa bersatu dan tidak ada parti untuk satu-satu kaum sahaja.

Oleh itu kita nampak dengan jelas yang BN hanya pandai berslogan tetapi  PR lah yang mampu melaksanakannya. Kita akui slogan-slogan ciptaan BN itu adalah baik kesemuanya. Hanya mereka tidak mampu melaksanakannya dan ia hanya tinggal retorik kosong BN sahaja.

Maka kita simpulkan sahaja isu ini: BN berslogan PR melaksanakannya. Maka tidak ada lagi masalah perlaksanaan slogan-slogan tersebut apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya yang akan datang ini.

UMNO dan BN boleh membantu mewujudkan slogan-slogan yang baik semasa jadi pembangkang nanti dan berikan tugas kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya dengan baik sebagai kerajaan baru yang begitu lama ternanti-nanti saat untuk membetulkan kebobrokan yang dilakukan oleh bekas parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional (BN) yang semasa itu sudah duduk dikerusi pembangkang di semua Dewan-Dewan Lagislatif di negara ini.

Apabila perubahan berlaku maka bermula jugalah sistem 2 parti yang sangat penting untuk mendapatkan pimpinan yang mengakui yang kuasa dalam negara demokrasi ini terletak di tangan rakyat. Rakyat tidak payah lagi bersusah payah kerana jika Pakatan Rakyat  tidak melaksanakan tugas seperti yang dijanjikan maka rakya boleh memberikan kembali mandat itu kembali kepada BN.

Tetapi yang penting sekali kita mesti bermula untuk menunjukkan kepada kepimpinan yang bongkak dengan kuasa itu bahawa rakyat, jika diizin Tuhan, merupakan penentu kepada nasib mereka yang berkuasa. Rakyat boleh menggali dan menganjak kepimpinan negara, kerana negara ini sebenarnya adalah kepunyaan rakyat.

Hanya sebelum ini rakyat belum lagi sedar yang kuasa itu adalah kuasa mereka. Baru sekarang mereka (rakyat) sedar yang mereka lah yang mesti bertindak untuk melakukan usaha memperbetulkan keadaan negara kita ini.

Lagi pun BN sudah terlalu lama memerintah, iaitu selama 55 tahun. Kita mesti ingat jika pokok kelapa itu sudah berumur 55 tahun ia terlalu tinggi dan beruk pun takut untuk memanjatnya. Jika ditebang pokok kelapa yang berumur 55 tahun, umbutnya pun sudah keras dan tidak sedap lagi untuk digulai.

18 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Guardian
By Nick Cohen

Authoritarian governments have learned from the Arab Spring that the best way to nip revolution in the bud is to exploit the new technologies

For a moment at the Oslo Freedom Forum, it was possible to believe that Pyotr Verzilov was the coolest guy on the planet. Breathless and unshaven, the young performance artist arrived in Norway from the street protests in Moscow. With the élan of an exultant radical, he explained the personal and political reasons for taking on Putin’s kleptocracy.

He had been lucky enough to persuade a member of Pussy Riot to be his wife. The celebrated feminist collective had been outraged when Patriarch Kirill continued the Russian Orthodox Church’s subservience to whatever autocrat occupied the Kremlin by announcing that Putin’s leadership had been a “miracle of God”, and adding for good measure that the regime’s opponents were a degenerate minority in love with western culture.

Pussy Riot responded with a “punk prayer” at Moscow’s Cathedral of Christ the Saviour. The protest was not the offence to delicate religious sensibilities it seems on the web, Verzilov explained. The women danced for about a minute in their balaclavas and fluorescent tights before security guards told them to leave. They added the screaming soundtrack to “Holy Mother, Blessed Virgin, Chase Putin Out” later. For this impromptu stunt, the FSB jailed his wife, and threatened her with a seven-year sentence, even though she was pregnant.

They would not win, said Verzilov with indomitable confidence. As soon as the conference was over, he would return to Russia to take part in a revolution that would free his wife and unborn child. All the other Russians on the stage agreed that regime change was coming – even Garry Kasparov, who is hardly an adolescent hothead.

It was easy to feel that way in Norway. The Oslo Freedom Forum is a Davos for revolutionaries. Activists who have overthrown dictatorships meet activists who want to overthrow dictatorships. Even if they need translators, everyone speaks the same language. They agree on the radical potential of the new technologies. The magnificent Egyptian feminist Mona Eltahawy said that when Mubarak’s interior ministry police beat and sexually abused her, she knew her first task was to get to her mobile and tweet that she needed help to her 133,000 followers. Help came.

The audience was not surprised. It took for granted the ability of the web to mobilise support – a power that would have been incredible even five years ago. They agreed on tactics – non-violent civil disobedience. They had a common programme – secular democracy, the rule of law and human rights. And they agreed that they should look west for support. Not necessarily to western governments. But to the west of the human rights movements, George Soros, activist charities, concerned journalists and academics: Europe and North America’s network of altruists. The camaraderie generated the exultant feeling that a new world was not only possible, but inevitable.

Thor Halvorssen, founder of the Oslo Freedom Forum, exemplifies the best the west can offer, but he is a realist with no time for light-headed optimism. He pointed me to statistics from the human rights monitoring group Freedom House. Despite globalisation, “Twitter revolutions” and the Arab Spring, the numbers living under oppressive regimes have not shifted in a decade. Freedom House defined 86 of the 192 countries in the world in 2000 as “free”; 58 as partially free – authoritarian states with some liberties but restrictions on full democratic participation; and 48 as straight “unfree” dictatorships. In 2010, 87 of the by then 194 countries were free, 60 partially free and 47 unfree.

Technological and economic changes are strengthening the ability of autocrats to dominate. Authoritarian men have learned the lessons of the Arab Spring well. They are exploiting the sinister potential of the new technologies to ensure that the net-literate activists never surprise them again. Western companies are eager to oblige them. A recent documentary on Swedish television exposed double standards in the Nordic telecoms giant TeliaSonera. Its executives in Stockholm have a fine line in progressive babble. They talk about their commitment to democracy and respect for the privacy rights of their customers, while giving the security services of Azerbaijan, Belarus, and Uzbekistan unrestricted access to the phone system previous generations of secret policemen could only have dreamed of.

A young member of the Belarusian opposition, Franak Viacorka, told me how the state’s new powers disorientate and demoralise. After hiding with friends in the Minsk underground for 10 days he made the mistake of alerting the KGB to his presence by turning on his mobile. When they tracked down the signal and hauled him in, the interrogator showed him copies of all his texts to parents, friends and political allies. The intercepted messages filled 20 sheets. “These are moments you want to cry,” he said. “You feel undefended. Very weak. It looks like Sweden helps the regime to suppress, to isolate and control the opposition. Europe does not live by its principles. Business interests come first.”

The traditional response of human rights activists has been to force the west to behave with at least a minimum of morality. I worry they will not win their arguments in a recession. We are living through a crisis in western economies as far-reaching as any since the 1930s – and historians among you will know that liberty, equality and the pursuit of happiness did not flourish in that “low dishonest decade”. The British and American banking systems have collapsed. America has a feeble recovery but Britain’s leaders have no idea how to repair the damage. Meanwhile, the eurozone has become a machine for wealth destruction, which Europe’s politicians cannot turn off. Those who want governments to put human rights before jobs or spend blood and treasure on humanitarian interventions are going to have an even harder time of it than before.

The economic crisis is also a crisis of political legitimacy. It may be vulgar to say so, but in the late 20th century, many wanted to be free because they wanted to be rich. Last week a global survey by the BBC World Service showed how the crash of the west had shifted attitudes. Respect for democratic EU countries had gone down and admiration for authoritarian China gone up. The post-2008 lesson appears to be that repression works. It makes money. It is good for business. Who are liberals from declining countries to lecture others?

I am not arguing that we should stop lecturing. Quite the reverse. Simply that we should not fool ourselves. It has always been hard to win a change worth having, and it will soon get harder.