27 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Catatan lawatan saya ke Indonesia baru baru ini mengikut catatan Nik Nazmi

Perkara ini
harus disebarkan untuk menentang mereka yang menganggap Islam sebagai
agama yang ganas. Di samping itu, jika diteliti sejarah, ketahanan
akidah umat Islam di rantau Nusantara ini meskipun menghadapi
penjajahan Barat berpunca dari peranan besar pondok-pondok dan
pesantren-pesantren di Asia.

(more…)

26 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Persidangan Dunia Mengenai Shakespeare di Brisbane baru-baru ini mampu mengetuk dhamir. Minat mengenai sastera dan budaya di Australia ternyata meluas sekali. Pidato saya yang melihat karya Shakespeare dari pengalaman dalam sangkar penjara dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Victoria. Kehadiran ramai dari kalangan akademik, seniman, sasterawan dan masyarakat umum memperlihatkan tahap kecergasan wacana keilmuan dan seni rakyat.

Ini mengingatkan saya kapada karya novelis Gore Vidal yang mencatat pengalaman beliau di Rome satelah mendengar berita kematian sasterawan terkenal Itali, Italo Calvino (jika tidak tersalah ingatan… maklumlah buku Gore Vidal Armageddon and other essays dibaca sekitar 20 tahun lalu). Menurutnya seluruh Rome seolah-olah berkabung dalam kepiluan. Pemandu teksi, penjual bunga selain sarjana dan sasterawan semuanya mengenali novelis tersebut dan turut meratap kesediahan diatas kehilangan seorang sasterawan. Saya kenangkan kehilangan Abang Usman (Tongkat Warrant), sajak romantisnnya dan jiwa kemanusiaannya.

Sebaik selesai Pidato di Dewan Bandaran Brisbane, saya dihujani permintaan temuramah TV, radio dan akhbar; kebanyakannya mengenai Shakespeare. Kesediaan media memberi liputan meluas menzahirkan tahap kecelikan budaya dan tradisi membaca rakyat. Bahkan, seluruh teks ucapan juga telah ditayang dan disiar.

Sebahagian mereka menanyakan kesan dan relevan karya Shakespeare. Ada juaga yang menginginkan penjelasan mengenai sentimen Muslim terhadap karya agung tersebut. Dalam pidato saya sempat menukil pandangan Martin Lings (Abu Bakar Sirajuddin) mengenai dimensi keruhanian dan etika Shakespeare. Saya menambah bahawa didalam tafsiran al Quran oleh Abdullah Yusuf Ali dalam bahasa Inggeris, beliau bukan sahaja terpengaruh dengan lenggok bahasa Shakespeare, tetapi ada menggunakan penjelasan dan ungkapan Shakespeare.
Maka dalam menghimbau gagasan mengenai masyarakat madani kearah memperkasa seni budaya rakyat, karya agung saperti Shakespeare dan lain-lain kerya besar sastera terus diberikan penekanan

26 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ahmadyamani memberi respon untuk dibincangkan bersama :

Saya melihat cara Dr. Mahathir ‘bertembung’ dengan Abdullah Badawi benar-benar tidak seperti lazimnya beliau.
Apabila Mahathir bertingkah secara terbuka, pukulannya adalah pukulan maut untuk membunuh. Tetapi persoalan-persoalan yang dibangkitkan terhadap rejim Abdullah terlalu lembut. Saya percaya jika Mahathir benar-benar mahu menghentam Abdullah, beliau akan menggunakan pengaruh dan jentera dalam UMNO (yang beliau masih punyai pengaruh kuat).
Yang lebih menarik, bagi saya, ialah natijah kritikannya terhadap Abdullah menghampirkan dirinya kepada PAS (lewat peranan Raja Petra).
Mahathir adalah seorang yang mempunyai sumber kewangan yang cukup luas. Mesranya dengan PAS akan lebih akrab jika digula-gulakan dengan bantuan kewangan untuk PAS bertanding di semua kerusi dalam pilihanraya akan datang. PAS sudah tentu tertarik kerana sedari dulu bertanding pilihanraya adalah paksi perjuangan PAS, hatta bagi penyokong di peringkat kampus lagi.
Justeru, keADILan dan Anwar Ibrahim akan terpinggir daripada PAS. Sekaligus pakatan pembangkang akan pecah.
Sasarannya bukan Abdullah, tetapi Anwar Ibrahim.
Pohon dikritik tulisan ini dan dihujahkan sehingga tertolak hipotesis saya ini..

Sdr ahmadyamani,

Saya juga tidak menganggap remeh pertembungan Dr Mahathir -Abdullah Badawi; meski pun ia lebih merupakan pertikaian peribadi dan tidak isu nasional atau pembaharuan. Telahan sdr mengenai penglibatan PAS dalam pergeseran tersebut agak keterlaluan. Meskipun ada bebrapa tokoh PAS dalam perjumpaan dengan Dr M, tetapi dasar PAS dan pendirian pimpinannya dengan muafakat pembangkang adalah jelas.
Pendirian saya ada dijelaskan dalam Suara Keadilan.

26 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

elham menanyakan :

Assalamualaikum DSAI,
Saya berumur 28 tahun dan hanya mempunyai Sijil dari UITM di dalam bidang ” Travel Management”. Adalah agak sukar bagi kebanyakkan travel agency di sini untuk betul-betul hidup dan saya sudah banyak kali tidak dibayar gaji oleh majikan kerana perniagaan merosot. Saya juga ada pengalaman dalam bidang perhotelan selama 4 tahun sebelum saya terjun ke bidang pelancongan. Disebabkan umur yang semakin meningkat dan saya masih lagi di tahap yang lama, terfikir la pula untuk saya berhijrah ke luar negara untuk menimba ilmu di dalam bidang perhotelan yang mana saya boleh ceduk untuk jangka masa 3 tahun dan selepas itu saya bercadang untuk berkongsi pengalaman saya yang bersama pekerja hotel di sini…masalahnya sekarang..saya tidak tahu bagaimanakah harus saya lakukan untuk mendapatkan kerja di luar negara dan apa kah langkah2 yang harus saya ambil untuk itu…di harap DSAI dapat memberikan sedikit pendapat mengenai masalah saya ini…atau mungkin kepada sesiapa yang membaca blog ini dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini….tolonglah..saya benar2 perlukan bantuan…terima kasih semua terutama kepada DSAI kerana membaca masalah saya ini.

Sdr elham,

Insyaallah akan saya usulkan dan sdr Nik Nazmi akan menghubungi sdr secara langsung.

26 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

fahmi menanyakan :

Mohon supaya DSAI menulis sedikit sebanyak mengenai sahabat rapat saudara, Almarhum Ust Fadhil Noor. Setelah pemergian beliau parti pembangkang seolah-olah kematian idea. Tidak terdapat banyak sumber mengenai Almarhum yang dapat dibuat rujukan. Sebagai sahabat rapat Almarhum tentunya DSAI tahu banyak tentang kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki oleh beliau. Moga-moga dapat kami ambil iktibar untuk meneruskan perjuangan membebaskan Malaysia dari cengkaman kezaliman. Sekian, terima kasih.

Sdr Fahmi,

Almarhum Ustaz Fadhil adalah sahabat dan tokoh besar. Saya telah mengupas panjang dalam Warkah Anwar.

24 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Tarmizi menanyakan :

When is your hearing date with regard to Mahathir (Mamak Bendahara) case at Federal High Court?
2.How far the allegation saying that Mahathir has an affair with Chiness girl (Amoi) as alleged by yourself at previous speech?
3. How ex-IGP boxed your face and body in prisoner last time?
4.What is your future plan to be as opponent leader in Malaysia political scene?
5.How your backbone conditions nowdays?
6.How far the romours saying that PM Pak Lah have an secret deal with you to balace up Najib Power in politic?
7.Can we share your life interview either at your home or anywhere else agreed by us?

Sdr Tarmizi,

1. mungkin November nanti.
2. belum saya kemukakan; tunggu di mahkamah sahaja.
3. Kes keganasan Tan Sri Rahim Noor akan disentuh di mahkamah.
4. Saya akan terus bersama Keadilan dan muafakat dengan PAS dan DAP.
5. Sakit tulang belakang terkawal sejak pembedahan, tetapi saya perlu banyak berenang.
6. Saya menemui banyak pihak tetapi tidak benar sama sekali jika dikatakan terdapat pakatan.
7. InsyaAllah kita akan cuba uruskan temubual. berkenaan.

22 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

mustar haniff menanyakan melalui emel:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

1- Bagaimanakah Dato’ Seri melihat perkembangan terbaru terhadap fatwa yang
di keluarkan oleh Arab Saudi yang menghukum haram untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan Hizbullah yang nyata memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palastein yang selama ini tertindas ?

2- Bagaimanakah Setiausaha Luar Amerika gagal melihat punca asas masalah
yang berlaku di Gazza adalah sebab kepada sokongan Hizbullah dan hampir
seluruh rakyat Islam di serata dunia kerana hak hasil demokrasi telah
dinafikan oleh Israel yang nyata dengan terang disokong oleh Amerika dan
PBB.

3- Apakah dengan kehadiran Setiausaha Luar Amerika ke Malaysia berupaya
mengubah persepsinya dan negaranya terhadap punca sebenar masalah di Gazza.

Dengan tiga persoalan di atas bagaimanakah Pertubuhan Perubahan yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri berupaya memulihkan demokrasi dan kebebasan
hak-hak kemanusiaan mencapai sasarannya.

Terima Kasih.

Sdr Mustar,

Penyelesaiannya tidak melalui fatwa sedemikian, tetapi rundingan yang merangkul punca masalah Palestin, penaklukan asing di Gaza, pencerobohan di Lubnan.
Pendirian Amerika mesti ditolak kerana membiarkan keganasan berterusan dilakukan oleh tentera Israel.
Yang utama ialah muafakat negara-negara Islam. Saya tidak fikir pentadbiran Bush akan mudah merubah dasar mereka sekarang.

22 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

kasim selamat menanyakan :

Salam sejahtera,

Semoga saudara sentiasa di bawah lindungan Allah.Pada petang Jumaat 07.07.06 yang lalu saya telah dikurniakan Allah seorang anak perempuan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridhuan, Ipoh. Syukur pada Allah.

Setelah 10 hari pening kepala nak bubuh nama anak akhirnya Allah memberi ilham yang cukup indah. Anak kedua ini telah saya beri nama Nur Adilah. Saya telah merujuk kepada Ustaz Kazim Elias dan beliau kata ok. Makna ‘cahaya keadilan’. Gembira! Syukur pada Allah. Takpalah mak bapak PAS, anak Keadilan la pulak.

Apa yang saya kurang puas hati ialah di dalam sijil kelahiran tiada ruang untuk agama si anak. Setelah bertanya, pegawai di Jab. Pendaftaran berkata kalau
bapa dan ibu beragama Islam secara automatik status agama anak juga adalah Islam. Dalam 2 bulan lagi akan dikeluarkan MyKid. Tambah pegawai itu lagi dalam kad itu baru tercatat status agama anak saya.

Teringat saya pesan Ustaz Kazim mengatakan ada kes di mana ada pegawai JPN mengatakan bila cukup umur 18 tahun baru boleh daftar agama anak. Menakutkan.

Apapun saya kenalah tunggu 2 bulan. Dengan rezeki Allah kita sebagai ibu bapa yang memberi makan, membesar dan mendidik anak itu. Sedih sebab JPN di bawah Menteri Dalam Negeri/Perdana Menteri. Apa tujuan sampai perlu ibu bapa
menunggu untuk tahu status agama anak? Apa yang perlu kita lakukan untuk menangani masalah ini?

Persoalan utama, perlukah saya risau?

Terima kasih,

Sdr Kasim,
Tahniah kerana kelahiran cahayamata – Nur Adilah
Sungguh anih dan tidak munasabah untuk menafikan hak ibu bapa menetapkan agama anak sejak kecil.

22 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ajaque memberikan pendapat mengenai Sistem Khilafah :

Pada pendapat saya,kita harus berusaha merealisasikan Sistem Khalifah, sistem yang membuatkan Umat Islam, umat yang gah di atas muka bumi Allah satu ketika dulu. Diharap saudara DS Anwar dapat mengatur langkah pertama ke arah ini.

Bagi saya konsep Sistem Khalifah ini bukan tertumpu kepada Malaysia sahaja. Ia satu yang amat besar. Ia berkonsep “Islam adalah satu negara”, di mana Malaysia, Arab,Iraq, Indonesia adalah seperti sebuah wilayah dalam sebuah negara Islam yang berdaulat di bawah pimpinan seorang Amirul Mukminin. Jadi semua dasar akan merujuk kepadanya. Konsepnya sama seperti Pope (Kristian) skrg, tapi bezanya Pope cuma handle bab keagamaan sahaja manakala Amirul Mukminin akan handle semua aspek kehidupan dimana kita tahu bahawa ISLAM memang merangkumi semua nilai nilai dan peraturan peraturan hidup.

sdr ajaque,

Yang utama ialah bagi menjelaskan agenda perjuangan dan tidak slogan yang mungkin saja akan menimbulkan salah tafsiran dikalangan banyak pihak.

22 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

monaz memberi respon:

I agree to disagree with you Dato’ Seri. Selain dari Al-Quran dan Al-Hadis, sejarah juga telah membuktikan bahawa Yahudi memang tak boleh pakai.
Saya mengambil contoh terdekat. Yassir Arafat terkenal dengan political engagement nya dengan Israel. Malah beliau bagi setengah-setengah pihak dianggap sebagai boneka US dan Israel. Beliau pernah menandatangani perjanjian damai dengan Israel di Kem David. Apa jadi?
Bukan sahaja matinya diracun yahudi, malah Yitzak Rabin yang yahudi itupun dibunuh oleh yahudi kerana kununnya hendak berdamai dengan Palestin. Mana mungkin Yahudi mahu kepada perdamaian?
Satu lagi contoh Dato’ Seri, kisah Dato’ Seri masuk UMNOlah. Tentunya niat dato’ Seri begitu noble sekali. Membuat perubahan dari dalam. Dalam erti kata lain political engagement with Mahathir. Bukankah Mahathir yang menarik Dato’ Seri masuk UMNO? (Tiadalah niat saya nak menyamakan Mahathir dengan yahudi anyway).
Tetapi apa kesudahannya? Orang kata, the rest is history.

Sdr Monaz,

Saya percaya sdr akan bersetuju dengan kenyataan bahawa isu Palestin adalah isu hak, kedaulatan dan keadilan. Ia amat rumit dan perlu dibahas teliti. Saya tidak menganggap semua Yahudi musuh walaupun saya akur dasar Israel adalah keterlaluan.

21 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

monaz memberi respon :

Selagi kita tidak punya semangat jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kita tidak akan ke mana-mana. Engagement dengan para pemuka yahudi seperti Wolfowitz dan beberapa orang lagi yang cuba dilakukan oleh DSAI akan menemui jalan buntu. Al-Quran dan Al-Hadis jelas menyatakan bahawa golongan ini adalah musuh yang tidak ada gunanya kita berbuat baik dengan mereka sama sekali. Tidak yakinkah kita dengan ayat Allah dan hadis Rsulullah. Marilah kita isytihar perang terhadap mereka.

sdr monaz

Dari sudut keutamaan (fiqh alawwiyyat) yang diutarakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi, tugas utama kita adalah untuk memantap aqidah ummah, memperkukuh kekuatan sosio-ekonomi. Tetapi sepertimana yang kami sering bicara, usaha mencari penyelesaian mesti diteruskan dengan semua pihak tanpa bersekongkol dengan rasuah, kezaliman dan maksiat. Cadangan saya kepada Paul Wolfowitz dan Bank Dunia adalah untuk meningkatkan program ekonomi dan sosial membantu umat dan negara membangun melepaskan diri dari belenggu kemiskinan.

21 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ucapan saya di Kongres Shakespeare Sedunia VIII Ahad 16 – Jumaat 21 Julai 2006 di Brisbane City Hall, Queensland, Australia

Our answer is that those who hold positions of power also carry a moral responsibility to listen to the people. To interfere with individual freedom is to rob individuals not just of their freedom, but of the right and responsibility they have to reason. No one has a right to take away that liberty, not a single despot and not even a duly constituted legislative majority.

Teks lengkap seterusnya… (more…)

Switch to our mobile site