Hang Nadim menanyakan:
Datuk Seri, saya rasa molek juga kalau poster bersama (KeADILan, PAS, DAP) untuk Sambutan Perayaan e.g Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali etc. dapat diusahakan. Lebih molek lagi kalau semasa Sambutan Bersama tersebut Datuk Seri jamu teman-teman dengan Nasi Kandar. Setahu saya Nasi Kandar antara makanan Malaysia yang paling muhibbah (bukti – pengunjung
restoran mamak). Kadang-kadang banyak titik pertemuan dapat dicapai melalui makanan dan di meja makan.Bukan di dewan seminar, forum etc.
Hang nadim,
Majlis sambutan hari raya cina dianjur secara sederhana di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Majls anjuran KeADILan dihadiri wakil PAS,PSM dan DAP. Dua bulan lalu saya berkesempatan bersama wakil masyarakat tanjung dan jelutong makan nasi kandar. Acara sademikian tentunya tidak mendapat liputan media.Pun begitu saya bersetuju supaya majlis informal bersama rakyat ditingkatkan.










