Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com Thu, 02 Sep 2010 08:45:50 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.0.1 Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/realmild-70-atas-nama-dr-mahathir/ http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/realmild-70-atas-nama-dr-mahathir/#comments Thu, 02 Sep 2010 08:45:50 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13067 Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

ANWAR IBRAHIM

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/realmild-70-atas-nama-dr-mahathir/feed/ 0
Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam… http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/faekah-lebih-baik-khir-toyo-diam/ http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/faekah-lebih-baik-khir-toyo-diam/#comments Thu, 02 Sep 2010 07:57:33 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13063 Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

“Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

“Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda,” katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

“Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir,” kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

“Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja,” kata Faekah lagi.

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/faekah-lebih-baik-khir-toyo-diam/feed/ 0
Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/isu-masjid-usaha-musuh-pakatan-gagal/ http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/isu-masjid-usaha-musuh-pakatan-gagal/#comments Thu, 02 Sep 2010 01:20:28 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13060 Dari Harakah Daily
Oleh Shukur Harun

Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya ‘permainan’ golongan politik sekular yang bangkrap idea.

Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta ‘ulama’ mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr. Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

“Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja.”

Menurut Dr. Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)”

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

“Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu,” kata beliau.

Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Dr. Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/isu-masjid-usaha-musuh-pakatan-gagal/feed/ 5
Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/memperkukuh-kekuatan-dan-perkembangan-terbaru-dari-sarawak/ http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/memperkukuh-kekuatan-dan-perkembangan-terbaru-dari-sarawak/#comments Wed, 01 Sep 2010 22:32:33 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13058 Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kemajuan pasukan kerja rakan-rakan pimpinan Keadilan di Sarawak begitu membanggakan. Dalam rapat khas bersama pimpinan negeri petang tadi, saya sempat meneliti draf manifesto. Tumpuan adalah isu royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum. YB Fuziah turut memimpin perbincangan mengenai persiapan jentera pilihanraya.

Ramai juga yang bertanyakan pandangan saya berhubung desas desus perletakan jawatan Ketua Menteri yang sudah lama memerintah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Bagi saya ianya sengaja dihebahkan. Pastinya menyedari suasana dan budaya BN, usaha akan dilakukan untuk mengerah jentera parti mereka membuat ikrar menyokong kepimpinan beliau.

Bagi kita, isu kepimpinan bukan soal peribadi. Maka isu perletakan jawatan tidak relevan. Perubahan kepimpinan sepertimana yang berlaku sebelum ini tidak menjanjikan sebarang perubahan dasar. Sistem sama terus diamalkan- angkuh dengan kuasa, rasuah berleluasa dan tidak ada kepedulian terhadap penderitaan rakyat. Makanya tanggungjawab kita yang bergerak dalamKeadilan dan muafakat Pakatan Rakyat, adalah untuk menjelaskan agenda kepada Rakyat dan menumpukan usaha menuntut reformasi – yakni menolak kezaliman dan menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/09/02/memperkukuh-kekuatan-dan-perkembangan-terbaru-dari-sarawak/feed/ 2
MB Selangor: Langat 2 Hanya Lepas Selesai Struktur Air http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/mb-selangor-langat-2-hanya-lepas-selesai-struktur-air/ http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/mb-selangor-langat-2-hanya-lepas-selesai-struktur-air/#comments Tue, 31 Aug 2010 09:29:42 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13054 Dari Malaysiakini

Kerajaan Selangor hanya akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2, tetapi mempertikaikan mengapa kerajaan pusat memberi keutamaan terhadap projek tersebut.

“Kita menerima Projek Langat 2, tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor.

“Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mendakwa Khalid memberi persetujuannya pada mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-5 di Putrajaya, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, beliau hairan bagaimana Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor telah memberikan izin untuk projek rawatan air Langat 2 itu.

Justeru, menteri besar juga menggesa agar Muhyiddin menahan diri daripada membuat sesuatu andaian pada masa depan.

“Kita akan meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang buntu sejak tahun lalu.

“Kita mahukan perjanjian lebih baik, perkhidmatan lebih baik dan harga lebih baik untuk rakyat – itulah matlamat kami,” kata Khalid.

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/mb-selangor-langat-2-hanya-lepas-selesai-struktur-air/feed/ 5
Kunjungan Ke Limbang Sarawak http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/kunjungan-ke-limbang-sarawak/ http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/kunjungan-ke-limbang-sarawak/#comments Tue, 31 Aug 2010 08:59:28 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13052 Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan rakyat di kota Limbang.

Program ceramah diadakan di restoran tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa dinafikan oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi rakyat untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Sekalung tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang dianjurkan dengan jayanya.

Inilah realiti dan kenyataan di daerah – nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala Lumpur. Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!

Anwar Ibrahim

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/08/31/kunjungan-ke-limbang-sarawak/feed/ 6
Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/perutusan-kemerdekaan-2010-oleh-dato%e2%80%99-seri-anwar-ibrahim/ http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/perutusan-kemerdekaan-2010-oleh-dato%e2%80%99-seri-anwar-ibrahim/#comments Mon, 30 Aug 2010 14:43:14 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13050 Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/perutusan-kemerdekaan-2010-oleh-dato%e2%80%99-seri-anwar-ibrahim/feed/ 23
Majlis Iftar Bersama DSAI Di Kelana Jaya http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/majlis-iftar-bersama-dsai-di-kelana-jaya/ http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/majlis-iftar-bersama-dsai-di-kelana-jaya/#comments Mon, 30 Aug 2010 08:05:36 +0000 Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/?p=13048 Program Iftar dan Tarawikh bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.Majlis turut disertai YB.Nik Nazmi ADUN Seri Setia.Berikut adalah butiran Program:

Tarikh: 30 ogos 2010(isnin)
Tempat: Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.

Tazkirah akan disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

]]>
http://anwaribrahimblog.com/2010/08/30/majlis-iftar-bersama-dsai-di-kelana-jaya/feed/ 2