Archive for the 'Program' Category

02
Sep

Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal

Dari Harakah Daily
Oleh Shukur Harun

Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya ‘permainan’ golongan politik sekular yang bangkrap idea. Continue reading ‘Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal’

31
Aug

Kunjungan Ke Limbang Sarawak

Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan rakyat di kota Limbang.

Program ceramah diadakan di restoran tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa dinafikan oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi rakyat untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Sekalung tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang dianjurkan dengan jayanya.

Inilah realiti dan kenyataan di daerah – nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala Lumpur. Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!

Anwar Ibrahim

30
Aug

Majlis Iftar Bersama DSAI Di Kelana Jaya

Program Iftar dan Tarawikh bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.Majlis turut disertai YB.Nik Nazmi ADUN Seri Setia.Berikut adalah butiran Program:

Tarikh: 30 ogos 2010(isnin)
Tempat: Masjid Tengku Kelana,Kelana Jaya.

Tazkirah akan disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

29
Aug

Parlimen Malaysia Perlu Tubuh Kaukus Untuk Palestin

Rombongan kami sebagai Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Ramadzan di Semenanjung Gaza, mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Mesir dan Kerajaan Mesir kerana membenarkan kami masuk untuk melaksanakan
misi kali ini.

Sesungguhnya misi kali ini amat bermakna untuk kami meninjau sendiri kesan peperangan yang telah membebankan rakyat Palestin. Peranan Kerajaan Malaysia sebagai pihak yang prihatin kepada isu Palestin termasuk membuat usul mengutuk serangan tentera Zionis Israel dalam parlimen perlu diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang lebih proaktif.

Di antara yang kami pinta adalah :-

1. Meminta Kedutaan Malaysia di Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Mesir bagi memastikan konvoi atau misi kemanusiaan ke Gaza dipermudahkan pada masa hadapan.

Secara tidak langsung ia membuka laluan perdagangan di antara dunia luar dan rakyat Palestin khususnya.

2. Meminta Parlimen Malaysia untuk mewujudkan Kaukus bagi memperjuangkan isu Palestin dari kezaliman tentera Zionis Israel secara lebih berfokus. Tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan politik antarabangsa supaya wilayah Semenanjung Gaza dibebaskan dari sekatan ekonomi.

3. Menggesa pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parlimen, kerajaan negeri dan mana-mana pertubuhan kemanusiaan untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza; kerana mereka amat memerlukan lawatan kita di sana bagi menguatkan hubungan dan semangat juang menentang regim Zionis Israel.

Dokumentasi misi kemanusiaan Ramadzan Ke Gaza oleh MAPIM dengan kerjasama ahli parlimen yang turut serta ke Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada YB Menteri Luar di Parlimen pada bulan Oktober atau November 2010 nanti.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

——————————————————————————————————————————–
Wakil Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang hadir menyertai Misi Kemanusiaan Ramadzan di
Semenanjung Gaza mulai 6 – 18 Ogos 2010 :

1. YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

2. YB Haji Ahmad Kasim
Ahli Parlimen Kuala Kedah
Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Continue reading ‘Parlimen Malaysia Perlu Tubuh Kaukus Untuk Palestin’

26
Aug

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari Continue reading ‘Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak’

26
Aug

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato’ James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato’ Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya’, Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana Continue reading ‘Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah’

26
Aug

Kakitangan Kerajaan Selangor Terima Bantuan Khas Hari Raya Sebanyak RM500

KENYATAAN AKHBAR

26 OGOS 2010

KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS HARI RAYA SEBANYAK RM500

Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran Bantuan Khas Hari Raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

25
Aug

Iftar Dan Tarawikh Bersama Aktivis NGO Islam

Majlis Iftar dan Tarawikh bersama aktivis NGO Islam anjuran Biro Perpaduan Agama akan diadakan dikediaman Dato Seri Anwar Ibrahim.Manakala Tazkirah akan disampaikan oleh Ustaz Sidek Fadhil diikuti dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.Berikut adalah butiran program tersebut:-

Tarikh: 26 Ogos 2010 (Khamis)

Tempat: Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim,
Bukit Segambut,Kuala Lumpur

20
Aug

Jadual Ramadhan DSAI,21 Ogos 2010,Sabtu

Dato Seri Anwar Ibrahim akan menunaikan solat Isya dan bertarawikh serta Tazkirah bertempat di:

Tempat:Surau Insaniah(Surau Papan)
Berdekatan Blok 7, Taman Bukit Angkasa,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tarikh:21 Ogos 2010 (Sabtu)

18
Aug

DAP’s Proposals Discussed ‘in General’

18
Aug

Sidang Akhbar Program Transformasi Ekonomi

Dijemput hadir ke sidang akhbar Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung data ekonomi terbaru dan ulasan Program Transformasi Ekonomi. Sidang akhbar tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: Hari Khamis, 19hb Ogos 2010

Tempat: Aras 1, Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana.

Masa: 1 petang

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

13
Aug

Pembentukan KAUKUS Rentas Parti Bagi Penglibatan Mahasiswa Dalam Politik

SEKATAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK: PEMBENTUKAN KAUKUS RENTAS PARTI BAGI PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK

Pengumuman YB Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi tentang keputusan Kabinet meneruskan sekatan terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik menggambarkan sebuah Kerajaan yang ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.

Tindakan Kerajaan melayan tentangan daripada Tun Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya bermakna pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak lebih prihatin dengan pandangan lapuk berbanding keperluan mendengar dan berinteraksi dengan generasi masa depan.

Faedah membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik sudah diketahui umum dan telah dibahaskan berkali-kali di peringkat nasional. Lebih penting lagi, matlamat negara melahirkan modal insan yang berdaya saing mesti menekankan pendidikan menyeluruh yang melangkaui bilik kuliah dan kurikulum yang diajar. Generasi yang kreatif dan inovatif lahir daripada minda yang bebas – yang diberikan sepenuhnya peluang berbahas, berbincang dan lebih penting lagi melakukan kesilapan agar mereka belajar daripada kesilapan mereka.

Kita cuma menunggu masa sebelum mahasiswa negara ini yang membentuk kelompok pengundi yang penting, menghantar mesej menolak Barisan Nasional; memandangkan petanda jelas daripada Pilihan Raya Umum 2008 telah diketepikan begitu sahaja.

Tindakan seterusnya untuk menyanggah keputusan Kabinet bahawa mahasiswa tidak bersedia terlibat di dalam politik ialah dengan menggambarkan kematangan dan pengaruh sebenar mahasiswa dan anak muda.

Kami dengan ini menggesa pembentukan kaukus rentas parti oleh ahli politik muda daripada semua parti bagi memperjuangkan penglibatan mahasiswa di dalam politik.

Sebelum ini kami menyambut baik bahawa ada rakan-rakan kami di dalam Barisan Nasional yang turut berkongsi keyakinan bahawa membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik dan proses politik bagi menggembleng potensi anak muda menyumbang kepada negara sepenuhnya.

Usaha Timbalan Menteri YB Datuk Saifuddin Abdullah untuk menarikh perhatian terhadap isu ini beserta tentangan daripada YB Khairy Jamaluddin terhadap pengumuman Kabinet tempoh hari menggambarkan kita boleh mewujudkan penyelesaian rentas parti terhadap isu ini.

Justeru, memandangkan komitmen mereka, kami ingin menjemput YB Datuk Saifuddin untuk mempimpin kaukus rentas parti dalam isu ini. Jika rakan-rakan kami daripada Barisan Nasional benar-benar ikhlas tentang masa depan generasi muda, peluangnya terbuka luas untuk mereka membuktikan keikhlasan mereka.

YB NURUL IZZAH ANWAR, Ahli Parlimen Lembah Pantai
YB YUSMADI YUSUF, Ahli Parlimen Balik Pulau
YB YUNUS JAMHARI, ADUN Kuala Kurau
YB KESAVAN, ADUN Hutan Melintang
YB NIK NAZMI AHMAD, ADUN Seri Setia
YB CHAN MING KAI, ADUN Simpang Pulai
YB CHANG LIH KANG, ADUN Teja
YB SIM TZE TZIN, ADUN Pantai Jerejak
YB AMIRUDDIN SHARI, ADUN Batu Caves
YB GAN PEI NEI, ADUN Rawang




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
1 minute ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
6 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
9 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
13 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
13 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930