freepress menanyakan:
Salam sejahtera. Saya tersenyum bila membaca tulisan Datuk Seri yang menyatakan langkah kerajaan mengharamkan buku perihal rusuhan kaum buku 13 Mei mencabuli kebebasan bersuara. Apakah Datuk Seri sudah membaca buku itu? Apakah Datuk Seri memahami konteks penulisannya? Kelihatannya, Datuk Seri kebelakangan ini lebih suka bersikap populis, membangkang apa jua langkah kerajaan, yang sebelumnya amat Datuk dokong prinsip
pentadbirannya. Yang terserlah pada pemerhatian saya ialah, Datuk Seri mengetepikan hakikat rusuhan kaum 13 Mei telah berlalu dan usaha sesetengah pihak untuk cuba menegakkan benang basah yang cuba Datuk Seri sokong bukanlah jalan terbaik untuk dilakukan oleh seseorang seperti anda, mantan timbalan perdana menteri. Apa yang sebenarnya Datuk Seri inginkan
dengan melaungkan ‘kebebasan’ sebagai satu ‘hak’?
Freepress,
Saya membaca buku karya Dr. Kua Kia Soong. Kita tidak boleh mendabik dada membicara soal kebebasan tetapi mendokong pengharaman buku. Sekiranya kita ingin membantah silakan saja. Tetapi jangan menghebah pandangan kita dan menyekat pandangan lainnya. Yang menulis punya hak untuk menyuarakan pendapat. Andai kerajaan tidak melihat penulisan itu sesuatu yang tepat, maka sanggah dengan fakta, bukan pengharaman.
Nik Nazmi
Rencana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Radical Islam in South East Asia yang disiarkan di Far Eastern Economic Review baru-baru ini kini diterjemahkan ke bahasa Arab dan diterbitkan beberapa akhbar di Timur Tengah seperti Al-Ghad (Jordan); Al-Wasat (Bahrain); Al-Bawaba (laman web beroperasi di Jordan dan UAE) dan Sudanile (Sudan).
Mungkin mereka yang lebih fasih berbahasa Arab boleh memastikan mutu terjemahan tersebut!
Nik Nazmi
Artikel terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Far Eastern Economic Review yang tersiar dibawah membawa kritikan kepada cara Amerika Syarikat dan kuncu-kuncu mereka melihat Islam hingga mereka tidak menghiraukan keadaan sebenar di Nusantara.
Pandangan simplistik hitam-putih terhadap Islam ini jelas tersilap - imbauan zaman Orientalis dahulu, kata Datuk Seri Anwar, seperti pendapat Cliford Geertz yang membahagikan masyarakat Jawa antara Santri (golongan kiyai dan pengikut mereka di Pesantren yang menghayati Islam) dan Abangan (majoriti masyarakat Jawa yang kononnya hanya Islam pada nama tetapi masih setia dengan adat-istiadat bukan Islam tradisional.
“Ini manifestasi pemikiran prejudis dan takutkan Islam yang menghalang mereka membezakan golongan majoriti umat Islam dan minoriti ekstrim,” tambah Datuk Seri Anwar.
Tambahan pula kerajaan-kerajaan di rantau ini sendiri kini lebih gemarkan dasar yang lebih ‘keras’ dengan menggunakan isu keganasan yang popular sejak September 11.
Isu pokoknya, tegas Datuk Seri Anwar, ialah isu politik dan ekonomi - seperti keinginan kaum Melayu Patani untuk mempunyai hak otonomi di Thailand, seperti juga kaum Moro di selatan Filipina. Gerakan radikal akan terus subur apabila isu peminggiran ekonomi tidak ditangani.
“Adalah menjadi kesilapan sekiranya dasar yang dilakar di Asia Tenggara sebagai respons kepada keganasan terlalu keras dan mengikut telunjuk sebuah kuasa besar.”
Mungkin dengan keputusan pilihanraya Amerika yang terbaru, Bush akan sedar kesilapannya dalam ‘War on Terror’!
Wacana kian hangat dan tegang; samaada isu kaum dan agama. Ini ditokok dengan tersasulnya Pope Benedict dan manakala Lee Kuan Yew melatah. Maka saya ingin menenteramkan suasana sajenak untuk menghebahkan kisah lucu dalam kitab lama yang baru saya baca:
1. Dari Kitab Al Jahir. Kitab al Hayawan:
Risimus dibelasah dan dikeji tetapi menahan dengan sopan dan sabar. Manakala ditanya mengapa beliau tidak berdendam? Jawabnya juga selamba:
“Apakah wajar kamu menendang keldai yang menendang kamu? Dan apakah perlu kamu menyalak kembali kapada anjing yang menyalak kamu?”
Si Bahlul adalah juga saekor keldai atau anjing; samaada bodoh atau mengada-ada atau kedua-duanya.
2. dari Abu Sulaiman al Muntiqi as Sijistani Siwan al Hikmah:
Seorang Sheikh mengunjungi tukang gunting rambut. Tatkala bergunting beliau kelihatan gopoh dan gopohnya itu menyebabkan kepala Sheikh tersebut luka. Setelah selesai Sheikh membayar lebihan beberapa dirham. Tukang gunting terkejut dan menanyakan mengapa?
Jawab Sheikh: “Kamu berjasa kapada aku, dan mengizinkan aku keluar terselamat dari kepalaku dipotong!”
Anwar

3 Dialog Anwar Ibrahim
Harga: RM 15 + (Kos Kiriman Pos: RM 5.00 [Semenanjung Malaysia] & [RM 7.00 Sabah & Sarawak] bagi setiap buah buku)
Suntingan: Hasmi Hashim
Kata Pengantar: Eddin Khoo
Buku ini menghimpunkan tiga temuramah Anwar Ibrahim – bersama Off The Edge (Julai 2006), Malaysiakini.com (Julai 2006) dan majalah Sarina (1976). Dalam temuramah – temuramah tersebut menjelaskan konsistensi dan dinamik idealisme Anwar dari zaman mudanya sehingga kini.
Continue reading ‘Buku ‘3 Dialog Anwar Ibrahim’ & ‘Pidato Kemerdekaan’’
Komen Terkini