Archive for the 'Pendidikan' Category

22
Dec

Ada Apa Dengan Bendera?

Merdeka Review

Alicia Izharuddin

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah “permainan kotor” yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.

Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.  Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik.  Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

Demokrasi siapa?

Menurut menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah yang kononnya menyokong “kebebasan bersuara” dan konsep demokrasi, penurunan bendera UMNO bukan tindakan yang berdemokratik.  Ada pula yang berpendapat mahasiswa-mahasiswa terlibat bersikap kurang matang, kurang ajar, dan tidak menghormati harta-benda kerajaan, seolah-olah memecah masuk rumah dan menyusun-semula perabot.  Sasaran mahasiswa SMM – bendera yang bermukakan Najib Razak – secara tidak langsung menjadi objek yang suci.  Ia bukannya bendera negara atau parti, tidak dibakar atau diinjak-injak.  Namun yang demikian, penurunan bendera tersebut dilihat sebagai satu serangan terhadap ego seorang pemimpin yang pantang dicabar.

UMNO dan penganut-penganutnya tidak jauh berbeza daripada kerajaan tidak gentar menggunakan kekerasan – sama ada dalam bentuk fizikal mahupun retorikal – untuk menindas perjuangan hak-hak mahasiswa.  Di United Kingdom sepanjang tahun ini, kerajaan David Cameron menggunakan kuasa polis untuk “mengawal” pergerakan mahasiswa yang berdemonstrasi kerana kenaikan yuran tahunan universiti yang melambung tinggi.  Yang paling tragis pula, pembunuhan ratusan mahasiswa-mahasiswa yang berarak di Dataran Tiananmen secara aman mengutuk Parti Komunis China pada tahun 1989.  Ya, kerajaan Malaysia bukan satu-satunya kerajaan yang takut kepada kemarakan mahasiswa.  Sejarah gerakan mahasiswa telah menunjukkan bahawa kuasa dan pengaruh mahasiswa boleh menggulingkan kepimpinan yang represif; regim Suharto berjaya digulingkan atas desakan mahasiswa Indonesia pada tahun 1998.  Jika mahasiswa dan cendiakawan seperjuangan mampu mengguling kerajaan Suharto yang berkuasa selama 32 tahun – antara regim diktator yang paling lama di dunia – jelas menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia juga serba upaya.

Kerajaan Najib yang menidakkan hak mahasiswa untuk berpolitik menyelindungkan ketakutan mereka terhadap kuasa mahasiswa.  Universiti bukan sekadar kilang mencetak sijil tetapi tempat orang muda menuntut ilmu berfikir secara berdikari.  Kebanyakan mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik pula bukan kuda mana-mana parti.  Kerajaan dan orang awam harus sedar bahawa arena dan istilah politik itu sendiri sangat terhad dan sempit maksudnya.  Politik bukan sekadar pertandingan populariti atau acara berlumba-lumba yang menjuarakan politikus yang dilantik – Tidak.

Hakikatnya, kuasa politik juga terletak di tangan pengundi, penyokong, dan pejuang agenda masing-masing yang sedikit sebanyak menentukan jaya dan gagalnya seorang politikus dan jatuhnya pengaruh kerajaan; dari sini kita kembali kepada asal-usul perkataan “demokrasi” dalam bahasa Yunani yang berasaskan “demos” yang bermaksud rakyat dan “kratos” bererti pemerintahan.

Sebagai mahasiswa yang bakal menapak ke alam universiti sebagai pensyarah dan penyelidik, kebebasan akademik bukan sahaja memberikan ruang dan peluang menyampaikan pendapat dan idea-idea yang berbeza dan kritis tentang keadaan politik semasa, tetapi juga menggalakkan mahasiswa untuk lebih bersuara tanpa ugutan dan kecaman.  Negara Malaysia sudah terlalu lama dikekangi budaya paternalistik, iaitu budaya (dan juga polisi) yang menyekat kebebasan atas nama ketentaraman dan kebajikan rakyat.  Budaya paternalisme inilah yang sebenarnya takut kepada konsep kebebasan bersuara dan demokrasi kerana ia melemahkan pengaruh seorang atas anggota-anggota rakyatnya.  Di alam universiti di mana penghuninya diberikan peluang untuk bersuara dan berfikir secara berdikari, kematangan minda akan dipupuk secara semulajadi.

Saya dapati bahawa reaksi pihak-pihak tertentu yang mengutuk dan mengugut tindakan mahasiswa yang anti-kekerasan berbaur ironi; perasaan marah yang melulu juga timbul daripada budaya kita yang anti-intelektual yang kuat menolak peluang berdialog secara rasional dan aman.  Budaya kita juga mengagungkan status yang tinggi, bermaksud status mahasiswa yang biasa dianggap rendah tarafnya sering diperlekehkan dan ditindas.

Oleh yang demikian, gerakan mahasiswa aktivis tidak akan mengakhiri protes mereka dengan penurunan simbolik bendera yang berwajah Najib Razak, tetapi akan terus memuncak sehingga pihak kerajaan menyerahkan diri kepada desakan-desakan mereka.

*Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media

17
Dec

Students March To Umno HQ For Academic Freedom

Malaysiakini

About 500 protestors, mostly students, marched to Umno’s headquarters in Kuala Lumpur today in a lively protest demanding greater academic freedom.

The protest coincided with a roundtable discussion on the University and University Colleges Act (UUCA) that the protestors say has “killed student activism in Malaysia”.

The initial group of roughly 200 set off from Masjid Jamek in the heart of Kuala Lumpur at 2pm and reached the Umno headquarters at Putra World Trade Centre (PWTC) two hours later.

Along the way, the marchers chanted slogans and the procession gathered steam as their numbers swelled.

The peaceful demonstration, organised by the Reclaim Academic Freedom Movement (Bebas) student coalition, succeeded in handing a memorandum listing their demands to Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah and Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah.

The marchers also spread the word on their demands to onlookers through distributing leaflets, and a speech during a brief stop outside Sogo shopping complex.

“We are university students who can think, not secondary school students under the government’s control.

“We have the ability to manage our own affairs,” Bebas chairperson Muhammad Safwan Anang told curious shoppers through a loud-hailer.

They called for the abolition of the UUCA, the Educational Institutions (Discipline) Act and the Private Educational Institutions Act, because they “violate human rights especially that of university students”.

In addition, they demanded greater freedom of expression for both academics and their students, freedom for students to participate in politics, and autonomy for students to manage campus elections and club activities.

Saifuddin: Students showed maturity

Upon receiving the memorandum outside Umno’s headquarters, Saifuddin (below, speaking) congratulated the students for “showing their maturity by marching peacefully” and promised their opinions would be heard.

“Even if there is not much I can do, I guarantee that we will listen to you carefully,” said Saifuddin, who chaired the roundtable discussion on UUCA earlier today.

Meanwhile, the students also stopped outside Suhakam’s office en route to PWTC.

There they handed Muhammad Sha’ani the memorandum, and an impromptu Speaker’s Corner on the sidewalk where disgruntled students took turns to voice their grouses.

Muhammad Sha’ani said he would study the memorandum and forward their concerns to the relevant authorities.

“I hope Suhakam will look into the matter, and prepare an alternative Bill to replace the UUCA,” said Batu MP Tian Chua (right, in white), who was present at the protest.

He said he hopes that changes to the Act would be done through public consultation, unlike the Public Assembly Bill that was passed in Parliament only a week after it was first tabled.

In contrast to Bebas’ earlier protest at KL Sentral on Thursday that saw the protestors arrested within minutes, about a dozen police officers under ASP W Karthik helped the protestors navigate through the busy traffic and did not interfere with the protest.

08
Dec

PM Terbuka Tetapi Siswa Dan Profesor Terus Tertutup

The Malaysian Insider
subky Latif

Perdana Menteri Najib berjanji di Parlimen untuk meminda akta AUKU bagi memboleh siswa yang layak mengundi menyerta mana-mana parti politik. Sebelumnya Perdana Menteri itu juga mengumumkan di Parlimen untuk memansuhkan ISA dan meminda akta polis.

Tetapi sudah masuk bulan ketiga ISA masih gah dan menunggu ganti rang yang memungkinkan ada juga tahanan tanpa bicara. Ada pun akta polis yang hendak diredakan itu cuba digantikan dengan undang-undang yang tidak banyak lagi tempat boleh diadakan tunjuk perasaan.

Dalam suasana ini — orang mulai tidak percaya terhadap niat terhadap ISA dan AUKU — akta universiti dan universiti kolej pula hendak membenarkan siswa menyertai politik.

Apa pula yang tersorok di sebaliknya?

Adakah sama dengan dijanjikan oleh Buku Jingga Pakatan Rakyat. Ganti ISA dan akta polis jelas tidak sama dengan janji Buku Jingga. Tidak mustahil akta universiti juga sama.

Katakanlah benar siswa bebas berpolitik. Kononnya PM dan kerajaannya sudah terbuka tetapi mahasiswa dan antara rektor universiti pula mengatakan akta yang ada adalah sempurna dan tiada perlu dipinda.

Seolah-olah mereka pula yang ada belenggu. Memang betul siswa dan setengah profesor tidak terbuka seperti Perdana Menterinya. Mengapa begitu? Ia adalah belenggu akta universiti mencengkam warga kampus sejak akta itu diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Razak dulu. Continue reading ‘PM Terbuka Tetapi Siswa Dan Profesor Terus Tertutup’

14
Nov

Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI

Malaysiakini

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik.

Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan.

“Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata-mata.

“Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

“Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa,” katanya.

Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM.

Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.

“Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah,” katanya. Continue reading ‘Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI’

02
Nov

Kenyataan Khaled Norden Tentang Auku Tak Masuk Akal

Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Mohamed Khaled Norden, Menteri Pengajian Tinggi  bahawa beliau akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Khaled dilaporkan berkata:
 
“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.
 
“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.
 
“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…
 
“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”
 
Kenyataan Khaled sendiri tidak masuk akal. Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan? Banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.
 
Apatah lagi, beliau seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai AUKU. Adakah beliau terlupa tentang Timbalan Menterinya sendiri, Dato Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO?
 
Kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama. Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan.
 
NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

=======
Continue reading ‘Kenyataan Khaled Norden Tentang Auku Tak Masuk Akal’

02
Nov

Ahli Akademik Cadang Mahu Berarak Ke Putrajaya

Malaysiakini

Forum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya malam tadi bertukar menjadi mesyuarat bagi ahli-ahli akademik yang berang dengan apa yang berlaku kepada rakan sekerja mereka, pensyarah undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari menuntut tindakan.

Sambil membidas, apa yang mereka sifatkan sebagai lantikan politik dalam bidang akademik dan cubaan ‘menutup mulut’ mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan, kira-kira 30 ahli akdemik dari universiti awam dan swasta mengemukakan beberapa cadangan.

Ini termasuk supaya berarak di jalan-jalan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

“Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami,” kata felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007.

Denison berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan oleh Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa yang berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz.

“Jika kita berjumpa rektor dengan hanya 60 nama, ini amat memalukan,” kata Isham yang merupakan seorang profesor madya.

Beliau juga membidas Majlis Profesor Negara yang dikatakan bertanggungjawap berhubung keadaan hari ini. Continue reading ‘Ahli Akademik Cadang Mahu Berarak Ke Putrajaya’

02
Nov

Pembaziran Tanpa Had: Pasangan Pertama Percepat Waktu Muflis

Malaysia Chronicle

Seperti rata-rata penduduk Malaysia, penduduk negeri Sarawak turut terkejut dengan gaya hidup serba mewah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka terpalit pelbagai skandal salahlaku antaranya skandal melibatkan perbelanjaan dana secara besar-besaran.

Ini termasuk cincin bertatah berlian bernilai RM24 juta, penyalahgunaan kuasa membabitkan jadual lawatan kerja rasmi yang disesuaikan dengan majlis pertunangan ahli keluarga, ditambah pula dengan kos penambahbaikkan dan ubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri – Seri Perdana.

Segala perbelanjaan ini bercanggah pula dengan amaran dan teguran dari dua menteri dari jabatannya sendiri iaitu Idris Jala dan Koh Tsu Koon – yang menyatakan bahawa Malaysia akan muflis jika pemimpinnya tidak menghadkan perbelanjaan, memotong subsidi dan mengurangkan pinjaman.

“Kita tidak mahu berakhir seperti negara Yunani (Greece) dengan jumlah terkumpul hutangnya bernilai EUR300 bilion. Ketirisan kewangan kita (deficit) melonjak kepada RM47 billion tahun lalu (2009). Jika kerajaan meneruskan pada kadar 12 peratus setiap tahun, Malaysia boleh muflis pada tahun 2019 dengan hutang terkumpul senilai RM1,158 bilion,” Idris yang dipetik oleh akhbar The Star pada 27 May tahun lalu.

Jangan berlebihan, ini duit kita Continue reading ‘Pembaziran Tanpa Had: Pasangan Pertama Percepat Waktu Muflis’

31
Oct

Tahniah UKM4, Ayuh Terus Desak AUKU Dimansuhkan!

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional) disambut baik oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK).

Keputusan Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Hakim Linton Albert secara majoriti 2-1 yang membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM4) merupakan satu batu tanda baru kepada perjuangan kebebasan akademik di kalangan mahasiswa Malaysia. AMK melihat keputusan ini harus memberikan titik noktah kepada hayat AUKU agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuangkan secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman.

Seksyen 15 AUKU merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa ‘bisa’ AUKU terletak pada Seksyen ini. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, sekaligus ia membuka ruang ke arah membuktikan betapa AUKU itu tidak relevan seluruhnya. Continue reading ‘Tahniah UKM4, Ayuh Terus Desak AUKU Dimansuhkan!’

21
Oct

Gantung Aziz Bari, Zalimi Cendekiawan

KeadilanDaily

Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.

“Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.

“Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

“Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,”
katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

20
Oct

AMK Kecam Penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertindak menggantung perkhidmatan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah kanan UIAM yang juga merupakan pakar perlembagaan tanah air.

Penggantungan ini, susulan daripada Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh UIAM semalam kepada Dr. Aziz, ternyata sesuatu yang memelikkan dalam keadaan Dr. Aziz belum lagi memberikan sebarang jawapan balas kepada Surat Tunjuk Sebab berkenaan yang meletakkan tarikh 25 Oktober sebagai tarikh akhir untuk beliau menjawabnya.

Isu yang dipolemikkan secara berlebihan oleh Utusan Malaysia dan beberapa aktivis politik picisan melibatkan kenyataan terdahulu Dr. Aziz sehingga beliau disiasat oleh SKMM dan polis, nyata sekali bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bertujuan untuk membangkitkan sentimen rakyat ke atas sesuatu isu yang sememangnya jelas justifikasinya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia. Continue reading ‘AMK Kecam Penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari’

17
Oct

Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN?

Oleh Aspan Alias

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan. Continue reading ‘Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN?’

10
Oct

Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan

Malaysiakini

Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat.

“Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi,” kata Dr Raja Ahmad.

Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran. Continue reading ‘Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan’