Archive for the 'Pakatan BA' Category

15
Feb

Jangan Terpengaruh Dakyah BN Mengenai PAS

daripada David:

If the general election were to be held today, are the oppositions capable to win enough seats to form a majority government? This is because in recent months, we had seen a general feeling of dissatisfaction on many issues towards the current administration, but is that enough to woo voters to have this huge swing towards oppositions?

If the oppositions do form the government, what sort of system will the administration embrace? Apart from PAS which is fighting to form their Islamic state, PKR and DAP generally embrace a non-communal political system. Is Malaysian ready for such new system after living under race-based system for 50 years? Is the oppositions really different from BN, since we have DAP catering for the Chinese and Indians, whereas PKR and PAS cater for mainly malay voters, the eventual outcome will be the same as race-based and communal system?

David,
We are confident, with your support, to deny BN’s two third majority and will endeavor to achieve a simple majority.
KeADILan is multiracial party, working together with DAP and PAS on a clear reform agenda - freedom and justice for all.
Please do not be deluded by an incessant BN propaganda about PAS!

ANWAR IBRAHIM

09
Feb

Pakatan Pembangkang Terus Diperkemas

Saya kira ramai yang khuatir dengan berita kononnya ada kerencaman di sebalik kerjasama KeADILan dan DAP, termasuk yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP.

Saya memilih tidak melayani kenyataan yang sengaja diputarbelit oleh media Umno-BN. Tumpuan kita adalah memperkukuh muafakat di antara parti pembangkang agar muncul sebagai alternatif berwibawa.

Yang dihebohkan sekarang adalah isu pembahagian kerusi, yang sebenarnya di peringkat akhir rundingan. Ia sekadar menyentuh satu dua kerusi Parlimen atau DUN di beberapa negeri.

Saya juga prihatin dan ingin memastikan agar pembahagian adil, mengambilkira penyertaan semua kaum serta keupayaan parti dan lambang yang boleh menarik sokongan majoriti.

ANWAR IBRAHIM

03
Feb

Lawatan Kerja Ke Kelana Jaya dan Kg Sg Kayu Ara

kelanajaya

[Isnin, 4 Februari 2008]

Acara Pertama:

9.00 pm Ceramah Perdana Di Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya B2-G-29 Desa Mentari, Sg Way (Belakang Kontena Nasional)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Yahya Saari (KeADILan)
Syed Shahir Mohamud (KeADILan)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002

Acara Kedua:

10.30 - 11.30 pm: Ceramah Perdana DSAI Subang di Markas PAS, Kg Sg Kayu Ara Damansara Utama (berhampiran plaza tol Dsara NKVE)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Dr Nasir Hashim (PSM)
Gobind Singh (DAP)
Tony Pua (DAP)
Dr Hatta Ramli (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002

26
Dec

Sambutan Di Utara Begitu Menggalakkan

kedah

Tahniah kepada rakan-rakan di Pulau Pinang dan Kedah kerana mengatur program dengan jayanya. Sambutan masyarakat India terutama di Paya Besar,Lunas sekitar 6 hingga 7 ribu orang majoriti kaum India mengejutkan banyak pihak. Samy Vellu pun mula mengaum marahkan saya. Ayo yo….

Di Tasek Gelugor dan istimewa di Markaz PAS Kedah puluhan ribu orang kebanyakannya Melayu membanjiri padang mendengar pidato ustaz Azizan, Ustaz Abdul Hadi dan saya.

Alhamdulillah perkembangan cukup menggalakkan.

ANWAR IBRAHIM

Paya Besar 1Paya Besar 2Paya Besar 3Paya Besar 4Paya Besar 5Sungai Petani 1Sarang Semut 1Sarang Semut 2Kedah 1

19
Nov

Lawatan ke PJ Selatan

Sdr Siva menganjur program petang di perumahan rakyat “Impian Baiduri” pada hari Sabtu. Tekanan dan ugutan polis luar biasa, tetapi penduduk memberanikan diri. Kawasan penduduk miskin dikongkong sedemikian rupa agar rakyat tidak memperolehi maklumat dan menuntut hak mereka. Umno tidak mahu rakyat didedahkan mengenai harga barang, rasuah dan mutu pendidikan dan kesihatan yang rendah.

Jam 10 malam saya tiba di Taman Medan berucap bersama Siva dan Ustaz Ahmad Awang. Saya tekankan agar rakyat terus bangun menentang rasuah dan kezaliman. Media Umno mahu memperbodohkan rakyat dan mengalih pandangan dari isu rasuah, kemiskinan, harga barang, video VK Lingam, dan pilihanraya yang penuh dengan penipuan.

Kita harus mengasak dan menyerang terus.

ANWAR IBRAHIM

10
Nov

Laungan Reformasi Berkumandang Semula!

bersih1

aibersih

Alhamdulillah, rakyat bangun dan tidak gentar dengan penguasa angkuh. Saya simpang siur seluruh kota kerana dihalang ke tempat perhimpunan. Apabila keadaan terdesak Sdr Saifuddin mengusulkan saya menaiki motosikal Sdr Khairi dan meluru laju menuju kawasan Istana Negara. Azizah, Shahrir dan anak-anak terus berada dalam kereta.

Laungan reformasi berkumandang semula - nyaring dan meyakinkan.

Saya bersama Ustaz Hadi Awang dan YB Kit Siang dan wakil Bersih bersama menyerah memo kepada Setiausaha DYMM Agong.

Keadaan gawat dan tegang kerana ugutan polis untuk menyuraikan majlis dengan paksa. Saya berucap singkat dgn laungan lawan tetap……. LAWAN dan Reformasi!

Hadirin diminta bersurai sambil berjalan dgn Tan Sri Khalid, Azmin Ali dan Saifuddin menuju ke Masjid Negara.

ANWAR IBRAHIM

Foto-foto dari HarakahDaily.net, elizabethwong.wordpress.com dan maddruid.com

06
Nov

Muafakat Pembangkang Bertambah Baik

Datuk Halik Zaman menanyakan:

Dato Seri
Tolong jawab persoalan saya ini dengan terus terang:-
(a) Sudah kah ada bersafahaman masalah BA diantara PAS, Keadilan dan DAP?
(b) Sudah kah selesai pembahagian kerusi antara Keadilan,PAS dan DAP diseluruh Malaysia?
(c) Kalau tiada apa apa masalah dalam BA dapat kah Dato Seri nyatakan jumlah kerusi PKR? PAS? dan DAP? dalam BA.
(d) Mana mungkin Kerajaan UMNO/BN membenarkan BA menggunakan lambangnya dalam PRU akan datang. Apa kah ikhtiar yang lebih effisien ketiga tiga parti ini menggunakan satu lambang sahaja atau lambang parti masing masing untuk “satu lawan satu?” dengan BN dalam PRU nanti.
Saya kemukakan 4 soalan ini kepada Dato Seri kerana memandang bahawa PRU akan diadakan bila bila masa sahaja dari sekarang. Sedangkan ikatan BA masih belum difahami lagi oleh grassroot ketiga tiga parti. Dan pertanyaan begini selalu ditanya oleh rakyat dalam dialog kami dengan rakyat.
Harap dapat perhatian dari Dato Seri.

Kelihatan Sdr Halik Zaman musykil dengan tahap pencapaian rundingan diantara pimpinan KeADILan, PAS dan DAP dalam isu pembahagian kerusi.

Tan Sri Khalid dipertanggungjawabkan mewakili KeADILan dan rundingan kini diselenggara diperingkat Jawatankuasa berkaitan. Terdapat banyak kemajuan di peringkat negeri tetapi masih belum beres semuanya. Buat menghormati semangat rundingan maka sukarlah bagi saya mengemukakan laporan di sini.

Namun saya setuju agar persetjuan dicapai segera dengan semangat muafakat.

ANWAR IBRAHIM

28
Oct

Program Ceramah Perdana Parlimen Pandan

img_2924.jpg

img_2901.jpgimg_2914.jpgimg_2922.jpg
img_2886.jpgimg_2891.jpg

*kredit buat sdr Kiki Gridawangsa

Catitan Perjalanan Program oleh Sdr Din Merican [dipetik daripada Laman M@rhaen]

5000 orang penduduk Kawasan Parlimen Pandan yang berkumpul di Padang Cheras Indah telah memberikan Dato Seri Anwar Ibrahim satu sambutan meriah ketika dia tiba pada 9 malam 26 Oktober, 2007 untuk memberikan ceramah di Malam Solidariti dan Ceramah Perdana.

Mereka telah berada di sana sejak 8 pm mendengar Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Dato Hassan Ali daripada PAS dan YB Teng Chan Kim, ADUN Selangor daripada DAP.

Setelah bersalaman dengan ramai penduduk di sana, Dato Seri Anwar telah duduk di satu tempat yang dikhaskan kepadanya di atas pentas. Para hadirin telah dihiburkan dengan satu pita video rakaman bertajuk “Correct, Correct, Correct’ yang memaparkan seorang peguam bernama VK Lingam. Beliau dilihat sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz yang kini masih menjadi Ketua Hakim Malaysia. Perbualan ini berlaku pada satu ketika dalam 2002 . Jelas ia menunjukkan betapa mereka terlibat dengan Tunku Adnan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tauke judi Vincent Tan dalam satu muslihat untuk menentukan siapa yang patut naik menjadi hakim supaya mudah mereka pengaruhi dalam menentukan keputusan pengadilan mahkamah.
Continue reading ‘Program Ceramah Perdana Parlimen Pandan’

26
Oct

InsyaAllah Saya Akan Hadir!

bersih

Bertubi-tubi soalan samada saya akan hadhir bersama dalam Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) pada 10 November nanti.

InshaAllah saya akan muncul.

Penipuan Umno-BN melalui SPR terlalu ketara dan rakyat perlu menuntut perubahan.

Ayuh kita gembleng massa turun menyatakan sokongan!

ANWAR IBRAHIM

01
Oct

Sekitar Program Pendedahan Video di Taman Melewar

banner

03dsc_4002.jpg 06dsc_4021.jpg 14dsc_4100.jpg 15dsc_4108.jpg 11dsc_4047.jpg

09
Sep

Insiden Batu Buruk: Polis Diarah Bertindak Ganas!

Di kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan umno kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah.

Program malam nanti di Jalan Ipoh,dalam kawasan Parlimen Batu masih belum mendapat kelulusan. Kita akan meneruskan acara dengan aman inshaAllah.

Di Kuantan beberapa hari dulu, pihak polis meluluskan permit. Hanya sebaik saya mulakan pidato pada jam 11.30 malam (selepas menyampaikan ceramah di kemaman), saya diminta menamatkan ceramah. Walau bagaimanapun ceramah diteruskan sehingga jam 12 malam. Hanya terdapat insiden yang sedikit mendebarkan tatkala saya diserbu khalayak selesai ceramah. Mudah-mudahan selamat inshaAllah.

Yang dikesalkan ialah peristiwa di Batu Burok, Kuala Terengganu. Program anjuran Bersih tidak diberikan permit. Halangan di Terengganu atas arahan Menteri Besar, Idris Jusoh kian menjadi-jadi. Ceramah saya juga dihalang awal tahun ini. Semalam Dato’ Mustafa Ali dan Tan Sri Khalid melaporkan kepada saya dan Ustaz Hadi Awang, kami berdua bersama di Bagan Serai semalam, mengenai keganasan polis FRU di sana.

Jenayah dan rasuah meningkat, sambutan ceramah KeADILan dan PAS kian hebat, maka tekanan pun tambah ganas.

Jenayah dibiar, ceramah dikepung!

ANWAR IBRAHIM

03
Sep

Sehari Di Permatang Pauh

pauh1
Azizah bersama masyarakat Permatang Pauh sejak dua hari lepas. Saya menertai program semalam, minum ringan di Sungai Semambu. Selesai ucapan Azizah menyampaikan bantuan orang miskin. Saya bergerak menemui sahabat lama di rumah cikgu Abu Hassan, bekas Pegawai Pendidikan Daerah.
Continue reading ‘Sehari Di Permatang Pauh’




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2008
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031