Archive for the 'Media' Category

03
Jul

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar

Dari Blog KedahLanie..!

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :- Continue reading ‘Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar’

30
Jun

Usul Membahaskan Laluan Alternatif Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2

30 Jun 2009

–Kenyataan Media–

Pada hari ini saya telah mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan cadangan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memandangkan kos projek tersebut adalah terlalu tinggi berbanding cadangan laluan alternatif yang mampu menjimatkan RM4 billion dana awam.”

Pada Ogos 2006 Kerajaan Persekutuan mengumumkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Ke9 dan upacara perasmian pecah tanah telah disempurnakan pada 12 November 2006 [oleh Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia dibina oleh usahasama China Harbour Engineering Co Ltd dan UEM. Pembinaannya menggunakan laluan selatan dengan jarak 24km dengan kos keseluruhannya melibatkan RM12 billion dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

Menurut sumber industri, saya difahamkan bahawa projek yang sedia ada ini tidak wajar diteruskan, kerana ianya melibatkan kos pembinaan yang terlalu tinggi. Saya difahamkan juga bahawa adalah lebih wajar untuk membina projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dengan menggunakan laluan alternatif melalui laluan utara dengan jarak 10Km yang lebih dekat dengan melibatkan anggaran kos keseluruhan yang lebih rendah berjumlah antara RM7 hingga RM8 billion.

Berbanding dengan projek yang sedia ada, amat jelas bahawa cadangan projek laluan alternatif bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang berupaya menjimatkan RM4 billion dana awam.

Berikutan itu, saya mencadangkan supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai permasalahan dan alasan-alasan kukuh mengapa cadangan laluan alternatif bagi pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak boleh dipertimbangkan meskipun ianya berupaya menyelamatkan RM4 billion wang rakyat.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya telah memohon secara rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya usul ini dibincangkan pada hari ini.

Sekian.

ANWAR BIN IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

26
Jun

BATAL KE WASHINGTON: 1 Julai Anwar hadir ke Mahkamah.

June 26, 2009, Kuala Lumpur, Malaysia

ANWAR IBRAHIM’S VISIT TO WASHINGTON DC FOR KEYNOTE ADDRESS ON US MUSLIM WORLD BUSINESS COOPERATION HAMPERED BY MALAYSIAN COURTS

The unprecedented actions taken by the Malaysian courts to expedite the beginning of Anwar Ibrahim’s trial have forced him to abandon his plans to travel to Washington DC this month. He will deliver his already scheduled keynote address at the “Business Opportunities in the Muslim World” conference in Washington DC on June 26th at 12:00 PM EST via live video teleconference from Kuala Lumpur.

The non-cooperation of the Public Prosecutor’s Office, which has impeded the preparation of the best defense that Mr. Ibrahim is lawfully entitled to, and the insistence of the Malaysian courts to begin his trial in early July despite the repeated requests by his lawyers for access to basic discovery items, requires Mr. Ibrahim be present in the Kuala Lumpur High Court to attend to his various applications including to quash the charges leveled against him. This reprehensible conduct by the Prosecutors has been affirmed by Anwar’s lawyer S N Nair in his statement issued by his office on 10th June 2009 which amongst others, has affirmed that Anwar will not get a fair trial in the Malaysian courts.

The actions of the Courts to expedite the hearing of Mr. Ibrahim’s various preliminary motions, including the pending appeal to the Court of Appeal, appear unprecedented. These applications, including a request for documents in possession of the Public prosecutor that are favorable to Mr. Ibrahim as well as an application to quash the charges altogether, under normal circumstances will take some time for the Courts to consider.

We reiterate that the Court’s insistence on preferring a charge of sodomy that contravenes medical records indicates malicious intent, that the charges are politically motivated and that this trial would be a travesty of justice akin to what Anwar Ibrahim faced in 1998-1999.

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

26
Jun

Petronas again rejects Najib’s bid to put aide on board

KUALA LUMPUR, June 26 – Board members of Petroliam Nasional (Petronas) stood their ground this week and have politely turned down a bid by Prime Minister Najib Razak to admit a key political aide as a director of the national oil corporation.

Government officials close to the situation told The Straits Times that the board in a meeting on Wednesday had reaffirmed its decision a month previous not to admit Omar Mustapha as a director because he had defaulted on his scholarship loan agreement with Petronas two decades earlier.

The board, which was directed by Datuk Seri Najib to reconsider its decision last month over Omar’s proposed appointment, also decided it would send a delegation to brief the Prime Minister on the matter in the coming days.

Continue reading ‘Petronas again rejects Najib’s bid to put aide on board’

21
Jun

Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai

Dari Harakah

Oleh M Faqih

KUALA KRAI, 21 Jun - Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.

Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal.

18
Jun

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Dari Malaysia kini

Oleh S Pathmawathy

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

13
Jun

Zaid Ibrahim masuk PKR

Malaysiakini | 13 Jun 2009

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

13
Jun

Anwar Mulakan Kongres Khas PKR Dengan Kehangatan

Dipetik dari laman Johor Daily

Kajang - Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah hampir 1,000 perwakilan. Kongres itu berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Belaiu juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap ‘bermurah hati’.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama ‘cabang’ , ‘ranting’ dn had umur 35 tahun mungkin menjadi ‘panas’ pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).

08
Jun

Anwar on CNN with Fareed Zakaria

GPS

05
Jun

Bloomberg News - 2:30 PM KL Time

Anwar Ibrahim will appear on Bloomberg TV “Global Connection” with Catherine Yang at 6:30 AM (GMT) or 2:30 PM (GMT +8) to talk about his views on President Barack Obama’s speech in Cairo. Bloomberg is on Astro and can also be watched for free using LiveStation.

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

04
Jun

‘End is nigh for Jurassic Umno’

Malaysiakini | June 4, 2009

In his outgoing speech, PAS Youth chief Salahuddin said he wanted the party to be the driving force of Pakatan Rakyat.

The Islamic party leader also took a swipe at arch-rival Umno, calling it a “political dinosaur”.

“We are not a sleeping partner in Pakatan or just being there as a filler - we want PAS to be the backbone of Pakatan to end the cruelty, oppression and abuse of power in Barisan Nasional,” he said at the Youth muktamar in Gombak this evening.

Continue reading ‘‘End is nigh for Jurassic Umno’’

02
Jun

Penanti: Pakatan Rakyat perlu terus hati-hati terhadap angkara Umno-BN

Dari Harakah Daily

Oleh Mohd Sabri Said

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti menjadikan Umno lebih agresif merancang berbagai usaha buruk untuk memenuhi dendam mereka.

Ujarnya, penolakan BN oleh rakyat sejak kebelakangan ini membuatkan kepimpinan parti itu semakin lantang mencerca dan mencipta berbagai usaha memburuk-burukan usaha kerajaan walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan terhadap rakyat.

“Awasi usaha Umno akan datang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat termasuk melaga-lagakan kepimpinan gabungan ketiga-tiga parti,” jelasnya ketika memberikan amanat selepas menang di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau menambah, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga memainkan peranan dengan arahan BN supaya rakyat yang cenderong kepada Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi walhal dalam pilihan raya umum lepas nama mereka tertera dalam buku daftar pemilih.

Tidak mustahil Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan nanti sambung Anwar, BN cuba melakukan berbagai helah untuk membersihkan nama mereka di Penanti.

Menyentuh isu kemenangan di Penanti beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengucapkan terima kasih pada pengundi kerana memberi ruang untuk Dr Mansor berkhidmat di Penanti walaupun beliau bukan anak tempatan Penanti.

“Berilah beliau peluang membina harapan baru yang lebih sengit di Dun Penanti. Marilah bersamanya melebarkan semangat serta tingkatkan pembaharuan yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng,” katanya.