Archive for the 'Kewangan' Category

30
Jul

Anwar Ibrahim Di Jemapoh dan Jempol

Dari Jemapoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menuju ke Muasasah Darul Sharif di Jempol.

Kehadiran beliau dinanti ribuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar menjelaskan betapa pentingnya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan sesegera mungkin bagi memastikan rakyat seluruhnya terbela dan tidak lagi dibebani oleh pelbagai permasalahan yang muncul akibat ketidakcekapan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Pertuduhan fitnah yang direka oleh mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk menggagalkan perubahan yang dicita oleh rakyat seluruhnya. Tambahan lagi rakyat sudah mual dan tidak mungkin mempercayai lagi institusi keselamatan setelah tersebarnya salinan laporan kesihatan yang menunjukkan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tidak berasas.

Penguasa lupa bahawa mereka merancang, Tuhan juga merancang, Dan Tuhan adalah sebaik-baik Perancang.

Pejabat Anwar Ibrahim

05
Jun

Harga Minyak Melambung!!

Semalam Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% dan 63%. 

Sekali lagi, rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan!! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

17
Sep

‘You Cannot Treat India As A Supplement To China’ - Anwar

artikel penuh di Business World

Malaysia’s former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim is on the comeback trail. He is preparing for elections in 2009 by crisscrossing his country to bolster the ranks of his Keadilan Party. But Ibrahim suspects that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi may advance elections to 2008 to keep him out. He cannot hold public office until June next year because of a court order. He spoke with BW’s Dinesh Narayanan while on a private visit to India recently. Excerpts:

Business World: How smooth do you think your comeback will be?

Anwar: It is not easy. The system is not free. Elections are not fair. And there is no free media. Judiciary is not independent. How do you vote for the democratic process to change? But I think we can (come back to power).

Businss World: Do you believe your party has a base big enough to get you elected?

Anwar: Yes. But the media is not portraying it that way. I spend a lot of time — six days a week — in the districts. I go from village to village, district to district. I am quite optimistic. It is not going to be easy when you are dealing with politicians with billions of dollars and the entire machinery of the media at their disposal. But I think we will make a major impact.
Continue reading ‘‘You Cannot Treat India As A Supplement To China’ - Anwar’

15
Sep

Konferensi di Delhi

indiaPada 31 Ogos hingga 1 September lepas, saya telah dijemput untuk menjadi tetamu kehormat di dalam sebuah Persidangan Antarabangsa, Participatory Banking For All: A Business Proposition di New Delhi, India.

Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Naib Presiden India, Mohammad Hamid Ansari. Ketua Hakim India, Justice AM Ahmadi; Pengerusi Kuwait’s Bayt Al-Mal, Sulaiman N Al-Qimlas, dan mantan Profesor di King Abdul Aziz University Arab Saudi, Prof. MS Siddiqui antara nama-nama besar yang hadhir. Ramai tokoh-tokoh perbankan dan kewangan seantero dunia dan Asia yang hadir memenuhi jemputan sebagai panel dan juga sebagai tamu kehormat lainnya.

Dalam slot yang diberikan kepada saya, antara lain saya mengulas bahawa sudah tiba masanya ekonomi dan masyarakat terbuka seperti India membenarkan aplikasi perbankan Islam yang boleh memberikan kelebihan seluruh warga India.

‘Participatory banking’ adalah berasaskan kepada prinsip Shariah dan pencegahan riba. Pun begitu, perbankan Islam perlu menggabungkan kepentingan moral mengenai perlindungan alam sekitar, kesaksamaan gender dan juga mikro-kredit yang telah diberi tumpuan oleh kebanyakan institusi kewangan konvensional.

ANWAR IBRAHIM

06
Jul

Pemberian Kontrak Cetak Matawang RM600 Juta: Pak Lah Digesa Jawab

Saya menerima maklumat mengenai kontrak percetakan matawang menimbulkan satu lagi tandatanya yang besar terhadap komitmen YAB Perdana Menteri untuk membanteras rasuah di negara kita.

Sebuah syarikat baru, Focus menerima kontrak mencetak matawang negara kita melalui pinjaman sebanyak RM600 juta daripada Bank Pembangunan.

Perkembangan ini membangkitkan beberapa persoalan: adakah keputusan ini dipersetujui Bank Negara Malaysia? Adakah syarikat baru ini dapat menjamin keselamatan matawang kita di dalam negara dan pasaran antarabangsa?

Saya prihatin kerana pertama, kontrak sebegini sewajarnya dikendalikan Bank Negara Malaysia yang mempunyai rekod yang baik dalam mengurus percetakan matawang mengikut prosedur sedia ada. Kedua, kita khuatir tindakan kerajaan menetapkan syarikat tempatan yang belum teruji dicurigai akan menjejaskan keyakinan ramai dan membuka ruang akan kemungkinan wujudnya penipuan. Kontrak sepenting ini seharusnya diberikan secara telus mengikut prosedur-prosedur sedia ada demi menjaga keselamatan dan integriti kewangan negara.

ANWAR IBRAHIM

14
Mar

Video: Anwar Ulas Agenda Ekonomi Nasional Ganti DEB

Terima kasih Sdr. Najwan atas teguran!

03
Feb

Anwar Ketuai Jawatankuasa Penasihat Tabung Amanah Enmaa, Dubai

anwardubai

Terkini dari Dubai..Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Enmaa’, sebuah Tabung Amanah bernilai US$100 juta yang diasaskan oleh 3iC Group melalui tadbirurus Emirates Islamic Bank.

Perlantikan terbaru ini jelas memperlihatkan kredibiliti DS Anwar dalam tadbirurus kewangan tidak terhad dalam lingkungan Asia tetapi juga di peringkat dunia.

Berita penuh boleh dibaca di sini.

16
Jan

Persoalan Mengenai Pembelian Pesawat Sukhoi Bernilai RM3.24 Bilion

Pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK oleh Menteri Pertahanan bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion) menimbulkan persoalan serius mengenai integriti dan ketelusan urusniaga tersebut.

Kementerian Pertahanan telah membeli pesawat tersebut daripada sebuah syarikat kerajaan Rusia, Federal State Unitary Enterprise ‘Rosobornexport’. Sebahagian daripada perjanjian pembelian ini termasuk program angkasa Malaysia bernilai RM90 juta.

Di bawah perjanjian tersebut, IMT Defence Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai ejen tempatan untuk syarikat kerajaan Rusia tersebut dan akan menerima 12 peratus daripada jumlah harga pembelian, bernilai US$108 juta (RM380 juta). Di dalam surat bertarikh 18 Februari daripada S.V. Chemezov, Timbalan Ketua Pengarah Pertama syarikat kerajaan Rusia tersebut kepada Menteri Pertahanan, syarikat Rusia tersebut telah memberi kebenaran kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Adib Adam sebagai Pengerusi IMT Defence Sdn. Bhd. untuk berurusan dengan Menteri Pertahanan untuk mempercepatkan proses tersebut.

Pada 29 Mac 2005, Mohd Zainuri Mohd Idrus, seorang pengarah untuk IMT Defence Sdn. Bhd. telah memfailkan saman dan petisyen terhadap Mega Heights Sdn. Bhd.; Integrated Manufacturing Technologies Sdn. Bhd.; Datuk Seri Mohd Adib; anaknya Ahmad Azam; kakanya Askiah Adam (semua pengarah IMT Defence Sdn. Bhd.); setiausaha syarikat IMT Defence, Loke Foon Keng; dan IMT Defence Sdn. Bhd. untuk menghalang syarikat tersebut memecatnya dari jawatannya.

Di dalam pendengaran kes tersebut, Mohd Zainuri mendakwa bahawa Datuk Seri Mohd Adib Adam dan Askiah Adam mahu menghalangnya dari mendedahkan realiti perjanjian Sukhoi tersebut. Beliau juga mendakwa bahawa beliau sudah hilang keyakinan terhadap mereka bagi mempertahankan kepentingan IMT Defence Sdn. Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Siti Mariah Ahmad menolak permohonan berasingan daripada Datuk Seri Mohd Adib dan Loke Foon Keng untuk menolak petisyen Mohd Zainuri.

Walaubagaimanapun, pada 2006, Hakim Siti Mariah Ahmad membenarkan Datuk Seri Mohd Adib dan Mega Heights Sdn. Bhd. untuk memulakan prosiding terhadap Mohd Zainuri dan dua peguamnya kerana membocorkan butir-butir pembelian Sukhoi tersebut. Pada Disember 2006, Mahkamah membenarkan permohonan dari Mohd Zainuri untuk membuang Askiah Adam sebagai defendan saman tersebut.

Pada 30 September 2006, Mohd Zainuri membuat laporan polis (AMPANG/017696/06) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang mendakwa Datuk Seri Mohd Adib telah mencuri komisyen bernilai US$108 juta (RM380 juta) yang sepatutnya disalurkan kepada IMT Defence Sdn. Bhd.

Menurut laporan tersebut, Datuk Seri Mohd Adib telah mendaftarkan sebuah syarikat di Labuan yang mempunyai nama yang hampir dengan IMT Defence Sdn. Bhd., dan ini didakwa oleh Mohd Zainuri untuk menyalurkan komisyen tersebut secara haram kepada syarikat baru tersebut. Laporan polis itu kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu: Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam pertikaian Mohd Zainuri dan IMT Defence Sdn. Bhd.? Mengapakah pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah tidak memulakan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat di dalam laporan polis tersebut? Mengapakah kita melihat satu tren di mana ejen-ejen tertentu dilantik di dalam perjanjian pembelian senjata bernilai berbilion-bilion ringgit oleh Kementerian Pertahanan?

Yang pentingnya, kami ingin tahu: Siapakah sebenarnya yang mendapat faedah daripada perjanjian-perjanjian ini? Adakah ia termasuk, sebagaimana didakwa, ahli keluarga Menteri Pertahanan sendiri?

ANWAR IBRAHIM

17
Dec

Krisis Ekonomi & Peranan Soros

Media-media kerajaan menyambut positif perdamaian Tun Dr Mahathir dan pengurus dana George Soros. Ini bermakna tohmahan Dr M bahawa krisis ekonomi negara 1997-1998 tidak berpunca dari Soros. Selama 9 tahun rakyat disogokkan dengan propaganda sademikian. Soalnya jika apa yang ditohmahkan olih Dr M terhadap spekulator Yahudi itu tidak benar, siapakah yang bertanggungjawab?

Dan apakah selama ini rakyat sengaja ditipu untuk melindungi penjenayah sabenar atau memadamkan punca masalah sabenarnya?

Sasungguhnya tatkala Dr M mengecam Soros dulu, saya telah mengemukakan laporan dari Bank Negara Malaysua,Suruhanjaya Sekuriti,Bursa Saham dan Perbendaharaan mengenai spekulator asing dan penglibatan tokoh korporat dalam negara. Semua pandangan tersebut diketepikan dan Dr M mengulangi serangan terhadap soros.

Saya tegas mengulangi kenyataan saya pada tahun 1998 bahawa penyangak dan pengkhianat adalah kelompok sekitar Dr M ketika itu.

07
Nov

Dana untuk Universiti Cambridge

Beberapa minggu lalu saya mendedahkan rencana Kerajaan BN memperuntukkan lebih setengah bilion ringgit kapada Universiti Cambridge, UK. Tujuan, kaedah perbelanjaan, syarikat yang dipertanggungjawab mengurus dana besar tersebut masih dirahasiakan. Berdasarkan pengalaman lalu kita musykil dengan muslihat disebalik peruntukan besar kapada Universiti asing yang tidak telus.

Kerajaan harus menjawab mengapa Pusat Penyelidekan atau Universiti tempatan dikira kurang wibawa mengendali projek tersebut; dan individu serta badan mana yang dipertanggungjawabkan?

Apakah rasionalnya untuk Kerajaan terus berdegil meneruskan projek tersebut dan tidak mengamanahkannya kapada institusi dan kepakaran tempatan bersama mempelawa pakar Malaysia yang kini bertugas diluar?

Seandainya tenaga luar atau kepakaran luar diperlukan sekalipun, ia akan lebih bermenfaat jika berpaksi kapada institusi tempatan.

Anwar

24
Oct

Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune

Majalah Fortune telah menemubual saya dan hasilnya disiarkan pada 23 Oktober 2006. Banyak persoalan yang sering ditimbulkan didalam blog ini telah saya jawab dan sekali lagi penegasan saya jelas mengenai isu isu yang ditimbulkan.

Many use the notion of Asian values to make excuses for governments that do not support democracy, accountability, the need for a free press and an active civil society. Others say security and development take precedence over freedom and democracy.

I don’t accept any of this. Certainly there may be regional variations in how business is done, but accountability, universal human rights, an independent judiciary and a free press are not Western or Eastern values. They are universal values that we should all embrace.

Continue reading ‘Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune’

14
Oct

Kerajaan Harus Bentuk Jawatankuasa Bebas Kaji Pegangan Ekuiti dan Kemiskinan

KENYATAAN MEDIA
14 September 2006

Kontroversi terbaru yang melibatkan pertikaian statistik pegangan ekuiti ASLI menimbulkan keraguan terhadap angka-angka yang diberikan oleh kerajaan.

Saya menyeru ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pegangan Ekuiti dan Kemiskinan di Malaysia untuk melaporkan mengenai status sebenar kedudukan ekonomi rakyat Malaysia tanpa sebarang keraguan lagi.

Meski pun banyak pihak termasuk saya yang meragui kaedah penyelidikan ASLI sehingga memutuskan ekuiti bumiputra yang melonjak tinggi, namun langkah wajar adalah dengan usaha telus memperolehi angka dan data lengkap. Ugutan dan kenyataan melulu termasuk dari pimpinan kerajaan tambah mengeruhkan suasana. Yang paling dikesalkan ialah manakala wacana menyusul telah menghangatkan prasangka kaum.

Sudah tiba masanya kita melakarkan Agenda Ekonomi Baru yang bergerak melangkaui isu-isu perkauman tetapi menekankan daya saing negara dan keadilan sosial untuk semua.

ANWAR IBRAHIM




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2008
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031