Archive for the 'KeADILan' Category

02
Jul

Sekitar Program Rapat Umum Di Stadium Malawati

(Video ucapan penuh di bawah)

Malam ini kita menyaksikan ribuan pendukung Pakatan Rakyat membanjiri Stadium Malawati Shah Alam. Tidak kelihatan pada mereka kegentaran mahupun ketakutan untuk berhadapan dengan propaganda lapuk elit aparat kerajaan BN yang diketuai Musa Hassan dan Gani Patail. Skrip lama ingin diulang kembali. Ingin saya tegaskan jangan ingat senang untuk memperbodohkan rakyat!

Apapun tahniah saya ucapkan kepada penganjur dan tahniah sekali lagi kepada yang hadir. Yakinlah kemenangan semakin hampir!

ANWAR IBRAHIM

Melawati Melawati dsc_1461.jpg dsc_1406.jpg dsc_1447.jpgdsc_1371.jpg

dsc_1468.jpg

26
Jun

KeADILan Selangor: Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung

Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas.

Alhamdulillah mesyuarat berakhir dengan muafakat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor, menghargai jasa dan khidmat Sdr Yahya.

Sementara difaham keperluan Yahya membersihkan namanya, sumbangan beliau kepada KeADILan khususnya di Selangor masih diperlukan.

Saya kagum dengan semangat dan komitmen rakan-rakan di Selangor. InshaAllah segalanya akan lebih lancar kelak.

ANWAR IBRAHIM

25
Jun

Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur!

Saya merujuk kepada ulasan kehadiran Azizah di Madinah. Faktanya adalah bahwa saya dan Azizah menyempurnakan ‘umrah. Saya dijadual berlepas ka Madinah pada Ahad petang untuk ziarah dan menyampaikan pidato pada Isnin pagi. Lantaran sidang Parlimen hari Isnin, Azizah berlepas terus dari Jeddah pada Ahad malam.

Mengenai Selangor, sudah saya jelaskan. Keadaan reda walaupun dikalangan penyokong suhu masih sadikit tinggi. Saya akan jelaskan kepada KeADILan dan wakil rakyat Selangor.

Saya ka Makkah dan Madinah atas undangan badan pelaburan Kerajaan Arab Saudi (SAGIA) dan Gabenor Madinah. Program pendidikan dan pembangunan ekonomi yang dilancarkan adalah diantara yang terbesar di dunia. Mereka memohon nasihat dan pandangan saya. Dan umrah, ziarah, mesyuarat, pertemuan media mengambil masa hanya tiga hari.

Minggu lalu tatkala bersama Tan Sri Khalid menemui tujuh pelabur utama di Dubai, kami mengambil masa satu hari saja.

Janganlah disamakan dengan gelagat pimpinan Umno-BN. Biaya kerajaan besar, kerja rasmi bercampur baur dengan golf dan hiburan.

ANWAR IBRAHIM

25
Jun

KeADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM

21
Jun

100 Hari: Prestasi Awal Pakatan Di Selangor Membanggakan


100 hari dalam mana jua pentadbiran Kerajaan pastinya singkat sekali. Namun prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim amat membanggakan.

Pertama, terbukti kini bahawa gabungan kompak KeADILan-PAS-DAP.

Kedua, ketetapan awal melarang pimpinan negeri membazir dengan peralatan pejabat dan kereta baru; menolak sebarang penglibatan pimpinan negeri dalam perniagaan; dan memastikan wakil rakyat mematuhi prinsip pertanggungjawaban.

Ketiga, sepertimana diungkapkan semalam di Stadium Shah Alam, Tan Sri Khalid mengumumkan langkah memacu pertumbuhan pesat seiring dengan program “merakyatkan” pembangunan. Semangat kepedulian ini terangkum dalam langkah pembekalan air percuma, program warga emas, bantuan pendidikan, penyelesaian sebahagian masalah di estet.

Maka dalam ucapan malam tadi saya nyatakan penghargaan kapada barisan pimpinan negeri dan parti sekutu kerana kejayaan awal. Kesempatan tersebut saya menfaatkan untuk mengulas isu kenaikan minyak keterlaluan dan membebankan rakyat.

Sewajarnyalah rakyat menuntut perubahan malah sukar dimengerti mengapa wakil rakyat Umno-BN terus bersekongkol dengan sistem rasuah dan membebankan rakyat. Berulangkali saya menyeru akan rakan-rakan Umno-BN segera menyeberang demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta.

Saya dan Azizah akan menunaikan umrah inshaAllah. Kebetulan saya diundang menyampaikan pidato di Madinah al-Munawwarah dalam persidangan antarabangsa mengenai Global Knowledge pada Isnin pagi.

Azizah akan segera pulang dan saya akan kembali pada Selasa pagi.

dsc_1127.jpgdsc_0977.jpgdsc_0981.jpgdsc_1033.jpgdsc_1028.jpg

ANWAR IBRAHIM

17
Jun

Fokus Untuk Membela Rakyat

Saya mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil rakyat dan pimpinan KeADILan Pulau Pinang petang semalam.

Di antara mauduk tumpuan saya adalah:

-Memelihara kewibawaan pimpinan dari segi moral, kecekapan dan prestasi kerja. Kesibukan dalam urusan pemerintahan dan sering bermesyuarat tidak wajar dijadikan alasan untuk kurang terjun keakar umbi atau lewat jadual kehadiran.

-Peka dengan tuntutan setiap lapisan masyarakat dari semua kaum. Kita perlu mampu menggarap permasalahan masyarakat Melayu, Cina dan India.

-Memperkukuh parti, muafakat Pakatan Rakyat dan jaringan lembaga swadaya masyarakat.

Lantaran permasalahan Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial, maka disyorkan supaya diselenggarakan pertemuan dengan pendidik Melayu, pendakwah dan jawatankuasa masjid serta pengusaha dan peniaga Melayu terutama di peringkat menengah, peniaga dan penjaja.

ANWAR IBRAHIM

07
Jun

Isu Harga Minyak: Mana Akauntabiliti Petronas?

Saya dan Azizah seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia.

Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL.

Namun selama di sini fikiran melayang ke Malaysia, meneliti reaksi rakyat dan keperitan hidup mereka. Sarjana dan pimpinan politik di sini juga bingung dengan keputusan Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak melonjak setinggi itu walaupun Malaysia adalah negara pengeksport minyak.

Beberapa persoalan dibangkitkan oleh pengunjung:

- Petronas: tidak wajar Petronas diserang.
Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti - kerana tidak wajar khazanah negara di letak di bawah penguasaan PM semata! Maka dana melimpah hasil Petronas dibelanja sewenangnya atas telunjuk penguasa.

- Tindakan bantahan selanjutnya.
Saya prihatin dengan kegelisahan yang sdr/i luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

29
May

Keputusan Sdr Ezam

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

ANWAR IBRAHIM

26
May

Malaysiakini: PKR kicks off campaign to win S’wak

anwar1

Tony Thien | May 26, 08 12:09pm

PKR has began what it hopes will be the first step in to eventually taking over the state government from Barisan Nasional with the launch of its new division over the weekend in the predominantly-Iban in Lubok Antu.

Continue reading ‘Malaysiakini: PKR kicks off campaign to win S’wak’

20
May

Kenyataan Media Isu Tun Dr M Keluar Umno

Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.

Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.

Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

*

Tun Dr. Mahathir’s decision to leave Umno today is indicative of Umno’s worsening crisis, where leaders continue to bicker and fight, while the welfare of ordinary Malaysians are increasingly neglected.

The internal problems of Umno are clearly deteriorating beyond any hope of recovery. Nonetheless, we must avoid being trapped by personal agendas to replace weak leaders with corrupt ones.

In view of the worsening crisis, any and all Malaysians of conscience who are concerned for the continued stability, prosperity or unity of the country are invited to join KeADILan and Pakatan Rakyat and pursue our shared ideals for a better, united Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

06
May

Tumpu Keutamaan KeADILan

Mesyuarat MPT KeADILan minggu lalu menegaskan semula urutan keutamaan parti - menambah keahlian, memperkemas jentera parti, memantapkan muafakat Pakatan Rakyat dan kerajaan-kerajaan negeri PR serta meningkat khidmat kepada rakyat.

Isu keanggotaan parti dibahaskan dengan penekanan kepada latihan dan seminar buat anggota baru agar dihayati semangat perjuangan. Parti harus merangkul semua kalangan dan hasrat rakyat.

Menyentuh sedikit mengenai Allahyarham Rustam A Sani. Selain menyedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur mengenang rakan-rakan yang pulang ke rahmatullah, saya menyentuh karya Rustam, khususnya Bercanda dengan Mahathir. Pimpinan parti di semua peringkat disarankan supaya menyemarakkan budaya membaca.

ANWAR IBRAHIM

28
Apr

Mengingati Allahyarham Rustam Sani

Majlis pelancaran dua buku Allahyarham Rustam A Sani di Perpustakaan Selangor menyentuh perasaan kami, sayu setelah kehilangan sahabat, rakan pejuang dan pemikir bangsa yang disegani. Terbayang kepiluan di wajah Rohani dan anak-anak. Namun merasa kagum dengan kecekalan mereka, serta kepetahan perbicaraan kedua anaknya.

Fikiran saya melayang mengenangkan jaguh dan pejuang yang telah kembali ke alam baqa’ - Almarhum-almarhum Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Niamat Yusuf, Sheikh Azmi Ahmad, Usman Awang, A Razak Ahmad, Pak Lang M Zaki A Rashid, Umar Tan dan lain-lain.

Sorotan Sdr Syed Husin Ali, guru dan rakan lama Allahyarham Rustam dan ayahnya Ahmad Boestamam saya kira padat. Beliau menyinggung perawakan Allahyarham dan pengorbanannya dalam perjuangan bersama PRM dan KeADILan hinggalah merangka manifesto KeADILan dalam PRU lalu. Sentuhan halus dengan bahasa dan puisi pendek yang memukau daripada Sasterawan Negara A Samad Said, penampilan Allahyarham sebagai sarjana wibawa dan prihatin oleh Prof Clive Kessler, serta penglibatannya dalam aktiviti Kelab Sosialis dan aktiviti demonstrasi.

Saya diundang Allahyarham beberapa minggu sebelumnya untuk melancarkan buku. Namun saya sempat menukil pengalaman bersamanya, teguran yang diterima termasuk terhadap menteri yang melancarkan buku yang tidak dibaca, apa lagi dihadam. Maka untuk berlaku adil kapada pemikir bangsa tersebut, saya turut mengupas karya Allahyarham, kegelisahannya lantaran merosotnya mutu pendidikan negara, tekadnya mempertahankan mutu penguasaan dan pembakuan bahasa. Pokoknya beliau mencabar minda dan meransang wacana segar terutama dalam iklim politik yang membelenggu pemikiran.

Kesempatan singkat bersama A Samad Said, A Bakar Hamid, Hassan Ahmad, Syed Ahmad Jamal, saya menfaatkan untuk menyentuh inisiatif lanjut memperhebat wacana mengenai isu bahasa, budaya dan ekonomi.

ANWAR IBRAHIM




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2008
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031