Archive for the 'Nik Nazmi' Category

12
May

Dari Pameran Fotografi ke Perjumpaan Bersama All-Blogs

Jumaat semalam merupakan hari yang amat memenatkan bagi kami di Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sebelah pagi, semua staf - saya, Sim dan Izzah - menemani boss kami ke lawatan ke Galeri Petronas, KLCC untuk menjenguk pameran fotografi 50 tahun arkib New Straits Times. Kurator tamu pameran tersebut ialah Eddin Khoo, yang menjemput Anwar yang tampil dengan Baju Melayu, samping dan capal. Bapa Eddin, tokoh akademik terkemuka Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dan isteri, serta Sdr. Azmin Ali dan Sdr. Tian Chua dari KeADILan turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Gambar-gambar yang dipamerkan cukup menarik, khususnya gambar-gambar zaman 50an-70an. Benar-benar gambar-gambar tersebut menunjukkan kepelbagaian resam yang membentuk negara kita, di samping harapan besar generasi Merdeka dahulu. Paling istimewa ialah gambar Anwar di masjid negara tidak lama selepas dipecat pada September 1998. Bak kata pepatah, sekeping gambar membawa seribu kata-kata.

Apabila ditanya wartawan yang mengerumunnya, Anwar menganggap pameran tersebut memberi “gambaran mendalam tentang sejarah Merdeka, melambangkan peranan sumbangan rakyat pelbagai latar dan kaum di dalam sejarah negara kita”.

Selepas solat Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pro-tem All-Blogs, gabungan bloggers Malaysia yang baru ditubuhkan. Antara blogger-blogger yang hadir termasuklah Rocky’s Bru, Jeff Ooi, Nuraina Samad, 2020freelunch, Politikus, Desiderata, Big Dog dan lain-lain lagi. Bilik persidangan kami begitu sesak dengan kehadiran blogger yang begitu ramai.

Pertemuan tersebut berlangsung dengan suasana yang positif. Anwar memandang positif perkembangan blog. “Harus diingat, blog ni fenomena baru bagi saya, selepas keluar penjara!”.

Seperti yang dijangka, perbincangan kemudian berpindah kepada isu-isu politik. Anwar menyuarakan keyakinannya tentang agenda ekonomi Malaysia. Beliau mengatakan orang Melayu tiada sebab hendak takut kepada agenda baru tersebut, kerana orang Melayu susah akan terus dibantu.

“Tetapi bukankah ini hanyalah DEB bermuka baru?” tanya BigDog.

Anwar menegaskan perbezaannya: “Orang Melayu yang miskin dan layak akan terus dibantu. Memandangkan majoriti yang miskin itu Melayu, mereka akan terus mendapat pembelaan. Cuma pada masa yang sama kaum Cina di kampung baru, dan India di estet juga harus dibela.”

Beliau menegaskan bagaimana dengan menekankan soal hati dan dhamir manusia, tidak ada orang yang akan menentang dasar tersebut termasuk Melayu di kampung.

Nik Nazmi

10
Mar

Jenayah Amerika di Iraq: Jahat, Jelek dan Zalim


Tindakan tidak berperikemanusiaan tentera penakluk Amerika di Abu Ghraib “jahat, jelek dan zalim” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pidato Solidariti untuk Palestin, Iran dan Iraq di Wisma Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang tadi.

Tetapi tindakan pimpinan kita di Kamunting juga sama, tegas Datuk Seri Anwar yang baru pulang dari Pekan. “Kita bermuka-muka. Kita menyokong kedaulatan negara-negara ini di persidangan OIC, tetapi kemudian menjadi boneka Amerika apabila menghadap Bush di Washington.”

Di dalam pidatonya tadi, Datuk Seri Anwar menganggap pendudukan tentera Israel di Palestin dan Amerika di Iraq sebagai suatu jenayah. Keadaan di Gaza, menurut mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut, lebih dasyat dari negara Afrika.

Menurut Datuk Seri Anwar, beliau merasa kecewa sebagai seorang umat Islam apabila melihat keganasan yang dimulakan Amerika diteruskan dengan orang Islam membunuh sesama sendiri di Iraq. Continue reading ‘Jenayah Amerika di Iraq: Jahat, Jelek dan Zalim’

22
Feb

Lagi baik tonton filem Hindi dari berita RTM!

Di ceramah di Kuching, Sarawak pada Isnin malam Selasa lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh kepada puluhan ribu rakyat Sarawak yang hadir: “Lebih baik tonton filem Hindi dari membazir masa menonton berita RTM!”

Di samping itu, beliau menarik perhatian terhadap dasar pendidikan songsang Kementerian Pelajaran yang mana ketika masih banyak sekolah-sekolah di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak yang tiada bekalan elektrik dan air, mereka lebih menekankan hendak membekalkan komputer. “Kalau elektrik tiada, macam mana nak pakai komputer?” ujar Datuk Seri Anwar, sekaligus menarik gelak ketawa dari orang ramai yang hadir.
Continue reading ‘Lagi baik tonton filem Hindi dari berita RTM!’

19
Feb

Anwar di Sabah dan Sarawak

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berlepas ke Kota Kinabalu, dan hari ini ke Kuching. Di kedua-dua bandaraya diadakan sambutan Tahun Baru Cina, di samping ceramah umum anjuran badan perhubungan negeri Keadilan. Di Sarawak turut diadakan pertemuan dengan kaum Iban.

Nik Nazmi

19
Jan

Anwar ziarah mangsa banjir di Johor esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat mangsa banjir di Johor esok bersama-sama Datuk Kamarul Bahrin, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Beliau dijangka melawat Sri Medan, Parit Sulong dan Sri Gading. Acara lawatannya diatur oleh Keadilan Perhubungan Johor.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Najib 0122936396.

19
Jan

Pindah rumah

Nik Nazmi

Datuk Seri Anwar agak sibuk pada hari ini kerana sedang dalam proses pindah rumah. Dalam banyak-banyak barang, yang paling banyak sekali koleksi bukunya! Ada yang disimpan di rumah lama di Bukit Damansara, tetapi ada juga yang disimpan di rumah sahabat-sahabat Datuk Seri, terutamanya selepas terpaksa keluar dari kediaman TPM dengan tergesa-gesa pada 1998 dahulu!

Alhamdulillah, pemindahan kali ini dalam keadaan yang lebih baik, dan seiring dengan Maal Hijrah!

13
Jan

Temuramah Anwar Bersama Al Jazeera English

Nik Nazmi

Meskipun pulang lambat dari pengisytiharan boikot pilihanraya Batu Talam oleh PAS dan Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim segar menjawab soalan Teymoor Nabili dalam 101 East, Al Jazeera English pada keesokan harinya.
Siaran pertama temubual tersebut dibuat tadi. Ini mungkin wawancara televisyen terakhir di Bukit Damansara!

Antara lain, Datuk Seri Anwar menaruh harapan bahawa rakyat Malaysia jangan dipandang rendah, dan akan menyokong agenda perubahan disebalik propaganda kerajaan!

Siaran ulangan temubual tersebut akan dibuat pada 6.30 pagi Januari 14, 11.30 pagi dan 5.30 petang Januari 15, 8.30 pagi dan 3.30 petang Januari 16 dan 1.30 petang Januari 17. Al Jazeera English disiarkan di siaran 20, Astro.

13
Jan

Anwar lancar koleksi kartun Zunar ‘On Tun and Others…’

Nik Nazmi

Ramai hadir di Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan koleksi kartun Zunar, ‘On Tun and Others…’ terbitan Kinibooks sebentar tadi.

Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Zunar memberi sepatah dua kata sebelum Datuk Seri Anwar mengambil tempat. Zunar menjelaskan bagaimana Reformasi memberi peluang kepadanya untuk membawa komentar sosial dan politik menerusi lakarannya bagi menjadi ’seniman berpendirian’. ‘On Tun and Others…’ memaparkan karikatur Tun Dr. Mahathir di hadapannya sebagai karikatur Zunar yang paling dikenali umum.

Datuk Seri Anwar memulakan ucapannya dengan mengulas bagaimana beliau mula-mula mengenal Zunar ketika beliau berada di Penjara Sungai Buloh, dan anak-anaknya menceritakan mengenai bakat Zunar melukis kartun. Malah, Zunar sering bertandang ke Bukit Damansara untuk menghiburkan anak-anak Datuk Seri Anwar dengan cerita-cerita lucunya!

“Ketika keadaan begitu gelap dan harapan begitu pudar, lukisan Zunar terutamanya mengenai Tun menceriakan saya,” kata Datuk Seri Anwar di sebalik gelak ketawa mereka yang hadir. Beliau mengulas ketajaman pemerhatian Zunar, sehingga menjadikannya kartunis politik terulung Malaysia.

Tetapi Datuk Seri Anwar sempat berseloroh mengenai Zunar: hidung besar Tun Mahathir yang menjadi ciri penting lukisannya sebenarnya tidak jauh beza dari hidung Zunar sendiri!

Sebagai gimik perasmian, Datuk Seri Anwar diminta membuat lakaran kecil Tun Dr. Mahathir di tepi lakaran Zunar. Ada bakat terpendam kelihatan, tapi rasanya Zunar lebih berbakat lagi!

11
Jan

Video Anwar di Batu Talam

Nik Nazmi

Semalam Datuk Seri Anwar hadir ketika pimpinan PAS dan keADILan mengumumkan keputusan memboikot pilihan raya kecil Batu Talam. Saya pada mulanya ingin mengikut rombongan ke sana, tetapi memandangkan orang-orang penting termasuk Tan Sri Khalid, Sdr. Azmin dan Tuan Syed Shahir sudah menemani Datuk Seri Anwar, saya pun tak jadi ikut.

Videonya boleh dilihat di sini.

Selepas pengakuan Tan Sri Rashid tentang kepincangan sistem pilihan raya Malaysia, Datuk Seri Anwar berpendapat tiada gunanya diteruskan pilihan raya kecil ini.

Beliau mengulas betapa mendalamnya rasuah di dalam UMNO. Antara lain Datuk Seri Anwar mendedahkan maklumat dalaman mengenai pembelian kapal layar mewah bernilai 30 juta oleh Pak Lah di Bodrum, Turki baru-baru ini.

Datuk Seri hanya tiba di KL jam 2.30 pagi tadi, tetapi tetap segar ketika diwawancara Al Jazeera English pagi tadi!

07
Jan

Anwar Disambut Mesra Oleh Kesatuan Pekerja Bank

Nik Nazmi

Seperti yang dimaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput merasmikan mesyuarat agung tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Port Dickson pada petang Jumaat yang lalu.

NUBE yang ditubuhkan pada 1958 merupakan antara kesatuan sekerja terbesar dan terkaya di Malaysia, dengan 30,000 orang ahli. Perwakilan NUBE yang hadir menyambut mesra Datuk Seri Anwar.

Di dalam ucapannya, Datuk Seri Anwar menyebut bagaimana kenaikan tol sebenarnya untuk membiayai rasuah dan rompakan kroni-kroni BN. Pada tahun 1997, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu telah meminta untuk menaikkan tol, tetapi Datuk Seri Anwar telah menolak permintaan tersebut selaku Menteri Kewangan selepas mendapati tiada sebab untuk berbuat demikian.

Selepas Samy Vellu terus mendesak, Datuk Seri Anwar memberitahu Samy, baik dia terus letak jawatan sebagai menteri dan bekerja dengan syarikat-syarikat konsesi tol tersebut.

Kemudian seorang Tan Sri meminta temujanji dengannya, dan mendakwa beliau terpaksa membayar beberapa pihak dari Perlis hingga ke Johor, yang menyebabkan pendapatan syarikat konsesi jauh melebihi kos pembinaan lebuh raya tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut membalas: “Anda membayar perompak dan penyangak ini berjuta-juta ringgit. Dan anda mahukan saya selaku Menteri Kewangan menandatangani dokumen ini agar pekerja, guru dan petani membayarnya?”

Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar dipecat, tol dinaikkan pada September 1998.

Beliau juga menjelaskan penangguhan kes pembunuhan Altantunyaa Sharibuu untuk memastikan segala maklumat mengenainya tidak terdedah sebelum pilihanraya akan datang.

03
Jan

Anwar akan rasmi Mesyuarat Agung NUBE

Nik Nazmi

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) hari Jumaat ini. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 Januari 2007 (Jumaat)
Masa: 7.30 PM
Tempat: Pusat Latihan NUBE, KM 13.5 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

Antara lain Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC akan turut hadir.

Datuk Seri Anwar dijangka menyentuh mengenai cabaran rakyat Malaysia menghadapi gelombang globalisasi dan liberalisasi termasuklah pusingan kedua penggabungan dan pembelian bank-bank tempatan serta kehilangan daya saing negara.

Datuk Seri Anwar akan menekankan keperluan pembaharuan ekonomi dengan menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan Agenda Ekonomi Nasional yang menggabungkan penekanan meningkatkan daya saing negara dengan memelihara keadilan sosial tanpa mengira kaum.

Untuk hadir pada program tersebut, anda boleh menghubungi pegawai NUBE di 012-3031462.

01
Jan

Gambar terakhir Anwar di Georgetown

georgetown

Nik Nazmi

Yusmadi baru hantar gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhirnya sebagai Profesor Tamu di Georgetown.

Mungkin Yusmadi menggunakan kamera telefon bimbit, sebab cahayanya agak malap.






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2008
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031