Archive for the 'Catatan' Category

28
Jan

Jangan Putar Belit Kenyataan Demi Menghambur Fitnah

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL
DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
ANWAR IBRAHIM
—-

I was interviewed by the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011. Among the questions posed to me was concerning foreign policy and the Palestinian issue. I was firm in stating that the wishes and rights of the Palestinian people must be protected and that includes the right to form a independent and sovereign state of their own, and not to be continuously oppressed. I also posited that if these conditions are to be must be fulfilled, then by the same logic, the rights if the Israelis should also be respected. My full response to this matter is reproduced below:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
My position is clearly in line with that of the principles of struggle of the People’s Justice Party which values highly the Principle of Universal Justice and strongly defend the rights of the oppressed. In addition, my view runs concurrent with that of Resolution 1397 of the United Nations Security Council and the Arab Peace Initiative which promotes the Two-State Solution. What more, the same principle of the Two-State Solution approach had been addressed by the Hon. Foreign Minister at the General Debate Of The 66th Session Of The United Nations Assembly on 27th September 2011 in New York. He mentioned:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties.”   (Israel and Palestine)
It is clear from the Foreign Minister’s statement that Malaysia adopted a policy of respecting both the rights of the Palestinians and Israelis to enjoy peace and security. However, this condition shall largely depends on the prerequisite that the rights of the Palestinians are not violated. Hence, I would like to sternly warn any distractor who wishes to twist and turn my statement and henceforth spread lies that I have turned my back on the aspirations of the Palestinians. The principle of the People’s Justice Party is very clear in defending whose rights have been denied and oppressed. Our commitment to uphold justice has never faded, in fact it is always renewed and strengthened.
ANWAR IBRAHIM

27
Jan

Tahniah Buat Zunar

Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan “To Fight Through Cartoon” (Berjuang Melalui Kartun). Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London. Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya.

Saya difahamkan tema “Berjuang Melalui Kartun”dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buah  naskah komik kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain tu, pejabat Sdr Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan komik-komik tersebut turut dirampas. Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak komik beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen. Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual komik-komik beliau. Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah. Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus.

ANWAR IBRAHIM

27
Jan

Autonomi Untuk Universiti Mesti Merangkumi Pemansuhan AUKU

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam – Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa.

Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya keputusan UKM 4 yang membuatkan pihak kerajaan menerima hujah ini.

Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwiparti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti. Jawatankuasa tersebut – sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Pada masa yang sama, KEADILAN kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) untuk menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya. Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang. Kita telah berjuang sekian lama untuk menentang ketidakadilan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

==== Continue reading ‘Autonomi Untuk Universiti Mesti Merangkumi Pemansuhan AUKU’

27
Jan

Keratan Liputan Akhbar Prioritas Dari Indonesia: Wawancara Khas Bersama Yb Nurul Izzah

22
Jan

Perutusan Tahun Baru Cina

Saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum cina di Malaysia. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tahun ini merupakan tahun Naga. Ianya melambangkan, antaranya Keadilan, Keberanian dan Berhikmah buat masyarakat Cina. Oleh kerana itu sempena sambutan tahun baru, yang selalu dianggap sebagai satu titik permulaan serta memperkukuh azam, saya berharap kita bersama beriltizam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.

Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta harmoni.

ANWAR IBRAHIM

22
Jan

International Response Filters in, Condemning Najib’s U-turn on Anwar Acquittal

Malaysia Chroncle
by Maria Begum

International response is starting to filter in on news that Prime Minister Najib Razak’s government has decided to appeal the acquittal of political arch rival Anwar, the Opposition Leader, who was found “not guilty” by a High Court judge last week.

Phil Robertson, Deputy Director of the Asia Division, Human Rights Watch was among the early bird to condemn the Najib administration for its latest flip-flop.

“The trial court gave the government a chance to bow out gracefully from Anwar’s politically motivated prosecution. It’s very unfortunate that they didn’t take it. This decision means the citizens of Malaysia will be further subjected to the more political machinations in the courtroom as the government perpetuates this travesty of a trial for a crime that should not be a crime in the first place,” Phil said in a statement.

Persecution, not prosecution

Meanwhile, Anwar’s lawyer Sankara Nair said he has yet to be notified of the decision. He slammed the move as an obvious case of “political persecution” and not prosecution.

“I have not been formally notified by the prosecution. However if it is true, then it is most regrettable and atrocious- given that the trial judge has stated succinctly, in his verdict that the crucial evidence was “tampered”,” said Sankara.

“Hence the substratum of the prosecutions case is fatally demolished,rendering any appeal, no matter how many times, an desperate act in futility. It appears to be a case of political persecution of Anwar and not prosecution.”

As for Anwar himself, he has said it was the Attorney-General’s right to appeal but warned that there should be no government or political interference. However, most Malaysians would tell him that this may be beyond the manipulative Umno, Najib’s party which has ruled Malaysia for the past 5 decades.

Judge conceded key DNA evidence was compromised

Malaysian prosecutors had filed the appeal papers at the High Court criminal registry at 4.30pm on Friday, January 20, according to criminal deputy registrar Halilah Suboh.

On Jan 9, Anwar was acquitted on a charge of sodomising his former aide Saiful Bukhari Azlan due to a lack of corroborative evidence. Judge Mohd Zabidin Mohd Diah delivered his decision to a packed courtroom, as more than 10,000 supporters gathered outside the court building to show their support for the charismatic and popular leader.

“After going through the evidence, I cannot be 100 percent certain that the evidence could have been compromised. Hence, the court is reluctant to convict on such corrobaration of evidence from SP1 Saiful. The court does not exclude the possibility the (DNA) samples were compromised. Therefore the accused is acquitted,” Mohd Zabidin told a stunned courtroom, that took a second before it burst into euphoria and loud cheering.

Najib’s weak leadership and global attention

The decision was praised throughout the world and Najib’s latest inability to stay the course, giving in to hardliners in his Umno party such as former premier Mahathir Mohamad, is bound to increase the negative impression of Malaysia that has furthered worsened during his watch. The move will also underscore Najib’s weak hand on the government as well as his inability to provide political stability and jump-start the already slowing economy.

“Anwar, I have just heard the news of the acquittal. Congratulations. There was never any doubt of your innocence. That it is confirmed for the world to see is a wonderful thing. We are all so very happy for you and for Malaysia,” wrote Paul Martin, the former prime minister of Canada.

Indeed, there is more than meets the eye in the sodomy charges pressed against Anwar, who has blamed Najib and wife Rosmah Mansor of hatching the plot together with complainant Saiful Bukhari Azlan so as to derail his political comeback. Given the flimsiness of the evidence, experts never expected Najib to take the case to the trial stage, but he succumbed to pressure from the Umno right wing, especially Mahathir, who still harbors a deep hatred for Anwar.

Pundits say Mahathir is also concerned that Anwar, his former deputy and who nearly toppled him in 1998, knows too much of his past wheeling-and-dealing. If not imprisoned, chances are high Anwar will become the next prime minister of Malaysia, leading the Pakatan Rakyat opposition to victory in general elections that must be held by April 2013.

Fair and impartial, says Saiful

Anwar was charged on Aug 8, 2008 under Section 377B of the Penal Code with committing carnal intercourse against the order of nature. He was accused of sodomising Saiful at the Desa Damansara Condominium in Bukit Damansara, Kuala Lumpur, on June 26, 2008. If found guilty, he could be jailed for up to 20 years.

Meanwhile, in an immediate response, Saiful said the appeal shows that the Malaysian legal system was fair and impartial.

“My family and I would like to state that with the filing of the notice of appeal, my right to complaint as stated in my 2008 police report has been heard, and (went) through the proper process of justice all the way to the High Court. In accordance with the law (it) has been achieved,” he said in a blog posting.

18
Jan

Not Fall Into The Trap Waylaid By The Umno-Controlled Media

Soon after the historic decision of the Kuala Lumpur High Court on 9th January 2012 to absolve Dato’ Seri Anwar Ibrahim of the sodomy allegation, Umno-owned and controlled media wasted no time in spinning their all too typical web of lies and slanders.

In the past week their efforts have added another allegation to their expanding stable of lies that Dato’ Seri Anwar is condoning the practice of homosexuality in this country.

This vicious lie purportedly based on his statement during an interview with the BBC (British Broadcasting Corporation) is far from reality when the actual transcription of the interview is analysed as reproduced below:
source:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

“We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain.

We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

From his response to the BBC, it is very clear that Dato’ Seri Anwar holds the sanctity of marriage in the highest regards as a matter of faith and principle being a Muslim.

He had also stated in an absolutely uncompromising position that he, Parti Keadilan Rakyat and Pakatan Rakyat will never engage in the organization, approval or legitimising homosexuality.

However Dato’ Seri Anwar is of the opinion that that outdated laws not based on the syariah and oppressing the people need to be reviewed.

He had expressed his fear that these archaic and repressive laws are wantonly used by the government in power to justify its used against anybody it wishes.

I, therefore urge that reference must be made to Dato Seri Anwar’s actual text of the interview and not fall into the trap waylaid by the Umno-controlled media.

No one should lend his or her support to the dissemination of this sinister and evil propaganda even in the name of Islam for the teachings of this great religion in no certain terms forbids such an act.

YB HJ AHMAD BIN KASIM,
Member of Parliament, Kuala Kedah
Chairman, Enhancement of Religious Understanding Bureau, Parti Keadilan Rakyat.

12
Jan

Sinar keadilan Dari Mahkamah Jalan Duta

Dari Harakah
Oleh Abdul Shukur Harun

Sejak awal Subuh lagi (Isnin), Masjid Wilayah Persekutuan, yang berada di depan Mahkamah Tinggi Jalan Duta didatangi ribuan umat Islam untuk mendengar keputusan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka menunaikan solat Subuh dan kemudian menuju ke kompleks mahkamah tersebut – tidak jauh dari situ dengan penuh semangat dan bersedia menerima apa saja keputusan mahkamah.

Dingin Subuh tidak terasa kerana ramainya orang yang hendak memberi sokongan kepada Anwar, seorang pemimpin pembangkang penuh karisma, yang menghadapi siri fitnah bertahun-tahun lamanya.

(Gambar: Awal Subuh mereka sudah berkumpul di Masjid Wilayah)

Sebahagian besar mereka yang datang menyangkakan, Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah, namun mereka menggagahkan diri untuk datang bagi meneruskan perjuangan ketua pembangkang itu.

Ertinya di sini, mereka bukan semata-mata datang untuk menyokong Anwar secara peribadi, tetapi mereka datang untuk menyokong perjuangan pemimpin Pakatan Rakyat itu bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman politik Umno/BN yang korup.

Walaupun tenggelam dalam persepsi umum bahawa kemungkinan besar Anwar akan dihukum, orang ramai terus berjalan dengan aman ke pekarangan mahkamah tersebut dalam cuaca pagi yang semakin cerah.

Matahari sedikit demi sedikit menampakkan wajahnya, di balik rimbunan pohon-pohon di situ, seperti gadis sunti yang malu-malu. Dan orang ramai – pelbagai kaum – terus berkumpul. Teriakan ‘Reformasi’, ‘Allahu Akbar’ bergema. Ratusan wartawan dan juru-foto dari dalam dan luar negara turut sama dalam gelombang orang ramai itu

Ini membuktikan bahawa kes Liwat-11 Datuk Seri Anwar ini mendapat perhatian antarabangsa, di samping beliau sendiri adalah tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Di tengah gegak gempita orang ramai menyambut para tokoh pembangkang yang tiba seorang demi seorang, pasukan polis berkawal dengan tenang, malah ada yang dengan ramah menyambut salam orang ramai, kontras dengan suasana Himpunan Bersih 2.0 dulu yang penuh dengan ketegangan.

Waktu berjalan dan degup jantung hampir setiap orang begitu kencang ketika menanti keputusan perbicaraan tersebut – suatu keputusan yang sangat akan membantu arah jalannya politik negara ini.

(Gambar: Presiden PAS yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar)

Tetapi keadaan yang mendebarkan itu kemudian bertukar tiba-tiba dengan teriakan gembira orang ramai apabila diumumkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Setelah mendapat pengesahan berita itu, penyokongnya terus melonjak kegembiraan dan menjerit, “Anwar tidak bersalah!”. Kebanyakannya tercengang-cengang mendengar berita itu. Matahari pagi terus naik – menyaksikan peristiwa itu – seolah-olah ikut gembira kerana berakhirnya sebuah fitnah. Continue reading ‘Sinar keadilan Dari Mahkamah Jalan Duta’

11
Jan

Hentikan Budaya Fitnah

Kami difahamkan kononnya telah tersebar “Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim Menuju Putrajaya”.Kami nafi bahawa Amanat itu dari Dato Seri Anwar Ibrahim atau dari pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kami menggesa agar segera dihentikan budaya fitnah yang semakin berleluasa. Sewajarnya pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi iktibar kepada penyebar fitnah bahawa sesungguhnya yang batil pasti tewas dan yang benar pasti menang.

Eekmal Ahmad
Penyelaras Media
Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

10
Jan

Catatan Dari Mumbai

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato’ Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta —  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
ANWAR IBRAHIM

07
Jan

Temperature Rises in KL, Ahead of Free Anwar Rally

Channel News Asia

Police in Malaysia are allowing a rally in support of opposition leader, Anwar Ibrahim, to take place on Monday – the day the high court delivers its verdict on his long drawn sodomy trial.

Mr Anwar’s PKR party said it plans to gather over 100,000 people outside the court.

Police said they will allow supporters of opposition leader, Anwar Ibrahim, to gather at a parking lot outside the Kuala Lumpur court complex, when the high court judge delivers his verdict.

Authorities are treading carefully in a bid to prevent a repeat of the massive street rallies seen on July 9 2011, and subsequent police crackdown that severely tarnished the country’s image.

Outside Kuala Lumpur, Anwar took time off to perform Friday prayers with his supporters.

He was charged with sodomy in 2008 – a charge, his second in over a decade that he maintains is politically motivated.

The 64-year-old opposition leader faces up to 20 years in jail if the court finds him guilty on Monday, and that would effectively end his political career and any chance of becoming prime minister.

Dr Yeah Kim Leng, head of research, RAM holdings, said: “This is one of the key political events that the government is hinging on in terms of setting the date for next election. So this will be very much a closely watched event to see to what extent the public will react.”

Opinions on the likely verdict are mixed.

But the last minute approval by the police for the pro-Anwar rally has led some to believe that an acquittal could be on the cards.

Dr Yeah said: “I think BN will be seen in better light if he’s not been found guilty. The current ruling party would still have a slight edge, and the question is whether they are confident enough to have a free Anwar to lead the opposition.”

Within the opposition, finding a successor will be the biggest challenge if Anwar is put behind bars again.

Nurul Izzah, vice president, Parti Keadilan Rakyat (PKR), said: “It’s not about the question of me filling his shoes. The question is the struggle for reform is so important, we cannot delay and if, god forbid, they do the worst they can to him, we will all work together to ensure we realise the future of a better Malaysia.”

Regardless of the outcome Monday’s verdict, analysts said, it represents a major political milestone for the country to cross. Not just for Anwar Ibrahim, the man whom many say has divided the country’s Malays for over a decade, but for ordinary Malaysians whom had long sought closure to the case.

05
Jan

901 Dan Agenda UMNO

Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Langkah demi langkah menuju tanggal 9 Januari 2012, apabila direnung kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998, apa yang diperjuangkan oleh generasi reformasi masih relevan hari ini.  Bahawa diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.  Bahawa gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang daripada dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya cintakan Malaysia.  Kita semua cintakan tanah air kesayangan ini.  Kita menghormati undang-undang dan sistem kehakiman yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua.  Menghadirkan diri di mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang dan sistem kehakiman.

Sebaliknya, atas semangat cintakan perlembagaan, undang-undang dan sistem kehakiman negara, kita hadirkan diri untuk menyaksikan dengan kaca mata sendiri sejauh mana prinsip keadilan diangkat tanpa mengira perbezaan fahaman politik dalam kes fitnah II dan bukannya diperkosakan sistem kehakiman negara.

Sekian banyak berita yang terkandung dalam akhbar harian yang menjadi tatapan kita saban hari.  Apakah akhirnya memenjarakan kita dengan ketidakupayaan memahami hubung kait sistem kehakiman dan kuasa politk yang dominan?  Perhimpunan 901 bukan sekadar kerana seorang manusia berusia 65 tahun yang pernah ditelanjangkan, dibelasah sehingga mata berdarah, dipenjarakan dan diaibkan berkali-kali, tetapi berkait rapat dengan kerosakan sistem kehakiman dan institusi keadilan sehingga mampu memenjarakan kita dan memperdayakan kita dengan persepsi yang dilakarkan oleh jentera media kawalan UMNO dan Barisan Nasional (BN).  Jangan kita lupa semasa membaca akhbar atau menonton berita televisyen, dalam dunia kontemporari, institusi media merupakan sebahagian daripada institusi keadilan. 

Tanggal 9 Januari 2012 bakal dicatatkan sebagai lembaran sejarah hitam Malaysia berkenaan dengan sistem kehakiman.  Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.

Penganiyaan melalui proses kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah difahami.  Sebab itu, orang ramai bergantung kepada laporan media, khususnya media cetak dan penyiaran untuk mengetahui perkembangan dari masa ke masa.

Kalau kita tidak naif, kita bukan sahaja faham bahawa hadirkan diri dalam perhimpunan 901 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang, kita juga faham bahawa keputusan pada 9 Januari 2012 merupakan sebahagian daripada agenda UMNO.  Daripada laporan berita akhbar harian yang berulang kali memetik komen yang lebih kurang sama daripada sesetengah individu yang sama contohnya Zulkifli Nordin sekian lama, barang siapa yang pernah bekerja dalam industri media, fahamlah dia, pelaporan seumpama bercanggah dengan nilai berita yang proses produksinya profesional.  Tidak kira apa motif “pelarian politik” Raja Petra (gambar kanan) berkenaan dengan komennya baru-baru ini, barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting.  Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO.  Tak apa komen seorang “pelarian politik” dijadikan sebahagian daripada agenda UMNO, yang penting kita sedar dan kita tidak naif sehingga mempercayai sistem kehakiman dan institusi keadilan dapat dipulihkan dengan melakarkan persepsi negatif berhubung tertuduh yang tidak melarikan diri.

Di mana berlaku ketidakadilan yang melampau sehingga menggeramkan rakyat terbanyak, di sana akan bangkit gelombang rakyat menuntut keadilan.  Begitulah tatapan sejarah khalayak ramai yang juga menjadi topik diskusi di kedai kopi dan di sana sini. 

Sejarah rakyat mengandungi elemen protes secara aman apabila institusi keadilan dilembukan oleh kuasa pemerintah.  Sejarah rakyat mengandungi elemen memberontak apabila penganiyaan atau keganasan secara melampau dilakukan oleh pihak berkuasa.

Tetapi sejarah UMNO berbeza dengan sejarah rakyat.  Dalam tatapan sejarah UMNO, rakyat tidak mampu bangkit asalkan manipulasi media cetak dan penyiaran dilakukan dengan bijak.  Barang siapa yang pernah bekerja dalam kedua-dua media cetak dan media atas talian, fahamlah juga dia bahawa kewujudan internet dan kebangkitan media baharu khususnya media sosial tidak bermaksud media cetak dan penyiaran menjadi bebas secara semula jadi.  Hakikatnya, beberapa konglomerat media UMNO-BN masih mengawal akhbar dan stesyen televisyen dan radio utama di Malaysia di samping media kerajaan yang juga didalangi agenda UMNO.

Pada ketika pemimpin UMNO memikirkan masa depan dan kepentingan diri, sama ada diri dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, sama ada Najib akan merombak kabinet dan menukarkan pemimpi bertaraf menteri, dan sama ada diri dapat dinaiktaraf jadi menteri, biar kita memahami selok-belok media cetak dan penyiaran dalam konteks di mana media dilihat sebagai institusi kuasa yang juga merupakan sebahagian daripada institusi keadilan.  Dengan kata lain, selain dikawal dengan undang-undang ketat, media cetak dan penyiaran juga dapat dimanipulasi saban hari untuk mencapai agenda UMNO.

Pemimpin UMNO lain mungkin tidak faham sejarah dan undang-undang, saya pasti Saifuddin Abdullah yang pernah berbicara mengikut gerak hati masalah-masalah negara faham, apa agenda sebuah parti politik yang kehilangan idealisme dan sedang berdepan dengan krisis kehilangan tampuk pemerintahan, dan sejauh mana sistem kehakiman dan institusi keadilan dimanipulasi untuk mencapai agendanya.  Sebab itu, Saya yakin Saifuddin Abdullah yang menyokong hak berhimpun demonstran tidak akan membiarkan perhimpunan 901 secara aman dikucar-kacirkan oleh sesetengah pihak demi mencapai agenda tertentu.

Kalau kisah seorang insan berusia 65 tahun dianiayai berkali-kali tidak mampu menyedarkan kita berkenaan dengan kerosakan sistem kehakiman.  “Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa,” kononnya.  Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.

Semasa Internet mula bertapak di bumi Malaysia, masyarakat secara amnya digegarkan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap timbalannya.  Kini sejarah berulang tetapi mungkin berakhir dengan perbezaan.  Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang. 

9 Januari 2012 bukan satu tarikh menyaksikan kelahiran seorang individu, kemudian menujum bila orang tersebut dipenjarakan dan sama ada orang tersebut mati dalam penjara atau di luar penjara, tetapi tarikh kita menterjemahkan kecintaan kita terhadap prinsip keadilan dalam kerangka undang-undang tertinggi dan sistem kehakiman. 

Seperkara penting yang harus dikaitkan sebagai penutup.  Tanpa kebebasan media cetak dan penyiaran, jangan kita mempercayai pembaharuan sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sahaja dapat menjamin proses pilihan raya yang adil.  Sama ada proses kehakiman atau pilihan raya, institusi media merupakan asas kepada pembaharuan yang bermakna.  Sebab itu, kalau media tidak memainkan peranan sebagai sebahagian daripada institusi keadilan negara, maka media akan dimanipulasi sebagai sebahagian daripada agenda UMNO.