Artikel

5 April 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

4 April 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih.

Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih.

Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

“Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno.

“(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah,” katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi.

Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya.

Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau ‘precedent’ laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain.

“Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada ‘precedent’.Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan.

“Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar,” tegasnya.

 

(Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas)

 

Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat ‘tidak berminat’ untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu.

“Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

“Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu,” katanya.

28 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

Pakatan Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan kerajaan yang didakwa tidak mengambil kira cadangan jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya.

Ini kererana penipuan dalam daftar pemilih masih berlaku meskipun anggota PSC mengemukakan cadangan mengenai pembersihan daftar pemilih.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga ini juga tiada jaminan segala cadangan pembaharuan pilihan raya yang dibuat jawatankuasa tersebut akan digunakan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat masih melahirkan bantahan keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih walaupun pilihan raya umum semakin hampir.

“Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatnkuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan.

“Lebih serius tiada sebarang jaminan daripada kerajaan berkenaan perkara ini (senarai daftar pemilih) bahawa mereka akan laksana cadangan ini sebelum pilihan raya akan datang.

“Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

26 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

26 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan Media Rakyat

24 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

TVRI stesen  rasmi Republik Indonesia akan menyiarkan rakaman wawancara khas bersama Dato Seri Anwar Ibrahim  jam 10:30 malam ini. Program yang bertajuk ‘fokus Internasoinal‘ ini memberi penekanan kepada buku yang pernah ditulis oleh beliau pada tahun 1996 berjudul “Gelombang Kebangkitan Asia”.

 

 

Klik untuk menyaksikan siaran di link ini: TVRI NASIONAL

15 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan TVPAS

13 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Rakaman ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Pasir Puteh,Bachang,Melaka

8 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

3 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

28 February 2012

Pendapat

Pendapat Anda?


26 February 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan TVPAS