Artikel

2 November 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

capaian: http://www.keadilanrakyat.org

Angkatan Muda KeADILan Terengganu akan mengadakan program Hari Raya bersama Rakyat, dihadiri Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada esok (2 Nov), jam 4.00 petang ke 6.00 petang, di Pekan Batu 6, Kuala Nerus.

Anwar juga akan menghadiri Ceramah Perdana di Batu Buruk, Kuala Terengganu, bersama dengan Presiden PAS pada jam 9.30 malam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Rahman Yusoff 017-2048217 atau Nik Nazmi 012-2789548.

Wartawan serta jurugambar dijemput hadir.

25 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

kiriman Aasil Ahmad

Hari ini Anwar berceramah di Kongres Sedunia Komunikasi Untuk Pembangunan (WCCD) di Rom, Itali. Antara panel penceramah ialah Joseph Stiglitz, Fawzi al-Sultan dan Prof. Flavio Delbono.

Konferensi WCCD ini antara aktivinya ialah mengadakan bengkel dan acara khusus merujuk kepada empat perkara pokok – kesihatan, urustadbir, pembangunan dan komunikasi. Ceramah dan perbincangan yang segar mampu menggalakkan pertukaran ilmu dan idea, maka dengan itu menghasilkan maklumat berguna serta petunjuk impak komunikasi dalm projek dan program pembangunan.

Konferens ini di adakan di pejabat FAO di Rom dan dianjurkan oleh Kementerian Luar Itali dengan dokongan beberapa institusi internasional termasuklah Bank Dunia, FAO dan Communication Initiative.

Pada 26 Oktober Anwar Ibrahim telah dijemput menyertai rancangan BBC World Debate yang bakal membincangkan tema “Is a Free Media Essential for Development?“. Program ini akan disiarkan keseluruh dunia menerusi BBC World pada 28-29 Oktober (serta capaian online). Rancangan akan dipengerusikan oleh Stephen Sackur. penyiar terkemuka BBC yang juga sering mengacarakan rancangan HARDtalk.

21 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Jemputan Ke :

Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr Penasihat dan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datin Seri Wan Azizah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr pada 29 Oktober (Ahad), di Kediaman Bukit Damansara dari jam 2.30pm ke 6.30pm.

Berikut adalah alamat Kediaman Bukit Damansara:

No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Orang awam dialu-alukan hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nik Nazmi pada talian 012.278.9548 atau Norashikin 03.2094.8298.

17 October 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

crash mavia memberi catatan:

Dear Dato Seri,

My name is Khairul Nizam Bin Abdul Rahiman.You might not remember me or even know me to begin with.I am a big fan of a great and wise man such as yourself.I met you once,when I was still a young boy at the age of 11 at a ground breaking ceremony.It was the ground breaking of Seremban Hilton(currently known as Royal Adelphi Seremban).
(more…)

20 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

tebuanjingga memberi respon:

Salam buat DSAI,

Saya sering di ajukan soalan oleh rakan rakan yang ingin mengetahui
perkembangan DSAI, dimanakah dan apakah yang dilakukan DSAI,Masihkah DSAI
bersama BA dan berbagai soalan lain yang kadang kadang agak sukar di
jawab.

Soalan2 sebegini timbul kerana umum kurang mengetahui perkembangaan
mutakhir dan aktiviti DSAI. Justeru itu,saya kira amatlah perlu diadakan
satu ruangan untuk menyatakan perkembangan, atau aktiviti2 yg menglibatkan
DSAI.
(more…)

8 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja memberikan kuliahnya di Washington atau di London, tetapi kini turut menjadi pensyarah di Malaysia! Walaupun bukan di universiti, beliau berpeluang menunjukkan bakatnya sebagai professor kepada lebih kurang 300 orang yang menghadiri kursus hubungan etnik alternatif anjuran Youths for Change.
(more…)

Switch to our mobile site