Artikel

13 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

13 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

13 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

13 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah Daily

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa kerana budaya fitnah dan manipulasi media dibuka seluas-luasnya tetapi debat yang lebih bertamadun dan bermaruah pula diketepikan.

“Apakah ini menandakan bahawa politik Malaysia lebih bersifat fitnah dan serangan peribadi?

“Kenapa ahli politik BN memandang serong kepada debat, dialog dan forum yang sihat?” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Mapim berpendirian sudah sampai masanya debat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib Razak dilaksanakan.

“Salah satu dari reformasi politik yang akan meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini ialah debat terbuka antara pihak yang menyertai politik pilihanraya,” katanya lagi.

Menurutnya, walaupun debat belum menunjukkan ia satu budaya di negara ini agar mana-mana pihak kumpulan politik yang bertelagah pendapat mengenai bagaimana negara ini harus ditadbir didebat secara bersemuka, namun Mapim berpandangan ia adalah wajar dibudayakan untuk memungkinkan pandangan masing-masing diketengahkan secara bersemuka untuk dihujah di hadapan khalayak awam.

Katanya, dalam Islam, munaqasyah (debat) adalah suatu anjuran yang dibolehkan agar kebenaran dapat dijelaskan dan dengan sebab itu kebenaran akan dapat dipertahankan dengan lebih meyakinkan.

Beliau berkata, pilihanraya adalah soal membentangkan program untuk rakyat membuat pilihan, justeru debat yang berjalan dengan baik pasti akan dihormati oleh semua pihak kerana masa depan negara sangat penting ditentukan dengan rasional oleh pihak yang mahu meraih mandat dari rakyat.

Katanya, dua tokoh tertinggi negara iaitu PM dan Ketua Pembangkang adalah figur penting dalam Pilihan raya Umum ke-13 dan rakyat berhak melihat secara sendiri kemampuan kedua-duanya membentangkan pandangan dengan hujah yang ilmiah dan matang.

Tambahnya lagi, tidak ada kecurigaan yang harus dirisaukan selain kedua pendebat bersedia dan berlapang dada mendengar hujah lawan mengenai isu-isu urus tadbir negara.

“Jika kedua pemimpin ini dapat menunjukkan kematangan berhujah, maka rakyat akan bertambah yakin bahawa reformasi politik benar-benar akan berlaku,” katanya.

12 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.

Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu.

Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut.

12 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

12 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

15 April 2013 (Isnin)

1) 8.30 –12.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng

2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

& Pengmuman Calon PKR Perak
Lokasi: Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YB Lee Boon Chye

iv. YB Chang Lih kang

v. Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khattab

vi. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid

vii. YBhg Siti Aisyah Mohd Shaik Ismail

viii. YBhg Ustaz Zulkifli Ismail

ix. Che Gu Bard

x. Pimpinan PKR Perak

12 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Feb 2012 telah meluluskan garis panduan yang disediakan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor berhubung fungsi dan had kuasa sebuah kerajaan sementara.
Garis panduan berkenaan disedia berasaskan Perlembagaan Negeri Selangor (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959).
Garis panduan itu antara lain menyatakan kerajaan sementara terdiri daripada Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

 

Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kerajaan sementara wujud bermula selepas Dewan Negeri Selangor dibubarkan sehingga persidangan pertama Ahli Dewan Negeri yang baru dilantik.

 

Kerajaan sementara mesti mengelak daripada membuat polisi baharu, meminda polisi sedia ada atau mengadakan kontrak dan perjanjian baharu.

 

Oleh itu, kerajaan sementara bebas meneruskan polisi, program serta melaksanakan keputusan yang telah dibuat dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan mesyuarat MMKN sebelum Dewan Negeri dibubarkan.

 

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menyatakan bahawa;

 

“Ahli-ahli kerajaan sementara boleh menggunakan apa-apa harta, peralatan atau jentera kerajaan dalam tugasan harian rasmi dan tujuan awam. Walau bagaimanapun, harta, peralatan atau jentera Kerajaan tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan politik.

 

“Harta tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan awam sahaja. Sebagai contoh, kenderaan rasmi , premis Kerajaan dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya oleh mana-mana parti politik.”

 

Mengenai pemberian bonus RM300 kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh BERSIH, perlu ditegaskan bahawa pemberian bonus ini diputuskan dalam Mesyuarat MMKN pada 3 April 2013 iaitu tarikh sama kerajaan negeri meluluskan geran untuk polisi komuniti.

 

Pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada program pemilikan rumah yang dilancarkan pada 2010. Pada tahun yang sama, kerajaan negeri memberi kelonggaran pemilik tanah  yang tidak mampu membayar premium minima RM1,000 boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan yang dipantau oleh pegawai kerajaan sebagai pertukaran.

 

Merujuk kepada kenyataan oleh BERSIH, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa;

 

“Kerajaan sementara  hanya mengimplementasikan sahaja keputusan yang telah dibuat demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor tidak terjejas dan senantiasa terpelihara dalam tempoh kerajaan sementara.

 

“Juga ditegaskan  keputusan serta tindakan yang dibuat ini sama sekali bukan untuk meraih undi atau seumpamanya dan tidak bercanggah dengan code of conduct kerajaan sementara.”

 

Kerajaan Negeri berharap agar BERSIH menentukan kesahihan semua fakta dan undang-undang dengan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan.

 

Sebagai kerajaan sementara di Selangor, Pakatan Rakyat komited untuk memastikan birokrasi berfungsi tetapi sentiasa berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan dana awam untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

11 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Copy of HANDBILL

11 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Selangorku

Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.

Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda ‘Gelombang Biru’ apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.

Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.

Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.

“Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.

“Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR,” ujarnya optimis.

Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.

“Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar,” katanya.

Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.

Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.

“Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain,” ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.

11 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

“Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.

“Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, ‘tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai,” kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak.

Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju.

Bagi parlimen Setiawangsa, PKR mencalonkan Ibrahim Yaacob, anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1973-1983, Tan Sri Yaacob Latif.

Beliau pernah bertanding di parlimen tersebut pada 2008 tetapi tewas kerana terdapat undi pos di kawasan tersebut.

Ibrahim bertugas secara sukarela di pejabat ketua umum sejak enam tahun lalu dan berkelulusan bahagian kewangan dari universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat saham.

Selain itu Anwar mengumumkan bekas menteri Datuk Tan Kee Kwong untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju, menggantikan calon Wee Choo Keong yang keluar daripada parti dan menjadi calon bebas.

Anwar juga mengumumkan Tian Chua mempertahankan kerusi parlimen Batu dan Menteri Besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak.

Ditemui Malaysiakini selepas pengumuman tersebut, Ibrahim (kanan sekali) berkata beliau yakin untuk merampas kerusi Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, sekiranya beliau dapat mendapat undi tentera sebanyak 5,000 undi, maka beliau yakin kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya, pada pilihan raya umum lalu, undi biasa memihak kepadanya melainkan undi pos sahaja.

“Undi askar ada yang mengundi pos dan ada yang mengundi awal sebagai undi (seperti amalan) biasa. Jadi peluang menang, Insya-Allah kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, peranan lima bekas jeneral tentera yang menyertai Pakatan akan membantu kemenangan beliau dan mereka mula menerima penerangan yang dibuat.

11 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

13 April 2013 (Sabtu)

8.30 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat &
Pengumuman Calon PKR Negeri Sembilan

Lokasi: Pusat Komersial Melang, Kuala Pilah
(Bersebelah Hotel Melang, Kuala Pilah)

Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas

iii. YB Anthony Loke Siew Fook

iv. YB Mohamad Taufek Abd Ghani

v. YB Zuraida Kamaruddin

vi. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

 

Switch to our mobile site