Firefox 2 For a better browsing experience get Firefox 2.

Author Archive for Anwar Ibrahim

29
Aug

Nik Aziz: Jahil Agama Punca Polemik

Dari Malaysiakini

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama. Continue reading ‘Nik Aziz: Jahil Agama Punca Polemik’

28
Aug

Umno Mahu Taib Undur, Untuk Kuasai Sarawak

Dari Harakah

PAS melihat Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tekanan tersebut sama seperti dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah.

Ianya sewaktu kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Umno ujar Idris mahu menguasai Sarawak dengan menyingkirkan Taib yang kini presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Continue reading ‘Umno Mahu Taib Undur, Untuk Kuasai Sarawak’

26
Aug

Siasatan Penubuhan Parti Cinta Sabah

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 )penama yang diadu. (Rujuk lampiran)

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12 )penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

Lampiran

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

21
Aug

Radical Reform And Tariq Ramadan

Dr Ahmad Farouk Musa
Courtesy of harakahdaily.net/en

What is perhaps clear to the perceptive minds of many rational thinking Muslims is that the challenge facing Muslims currently is not merely one of reformulating democratic principles in an Islamic idiom, but also of reforming and adapting Islam’s ethical and legal percept to the practice of democracy.

About a century ago, prospects appeared fairly hopeful that Islam would find a way to devise a system between faith and modernity.

Great theologians such as Muhammad Abduh (left) argued that while certain aspects of religion would remain immutable especially those concerning ib?dah (worship) and aq?dah (creed); issues of governance should be addressed through human reason since they fall under the realms of al-mutaghaiyyirat (the changing).

It was Abduh’s reformist agenda and rationalism then, with its emphasis on reason (‘aql) and God’s justice (‘adl), which seemed as if it might be able to ground a dynamic Islamic theology capable of successfully meeting the challenges of modernity.

Alas, these promising attempts were thwarted by the rise of the literal Salafis and its ramifications.

Ath-thawabit (the Immutable) and al-mutaghaiyyirat (the Changing)

One of the most prominent Islamic scholars and intellectuals who is at the forefront in combating the literalists is non-other than Tariq Ramadan (right), the grandson of the founder of The Muslim Brotherhood, Hasan al-Banna.

Tariq Ramadan in his book Radical Reform asserted that the contemporary literalist approach puts into evidence three reductions or confusions, which restrict interpretation and in effect make it impossible to give adequate answers to contemporary challenges.

The first reduction is the failure to distinguish between that which, in the Revelation, is immutable and that which is subject to change in accordance to the temporal evolution and environmental changes. Continue reading ‘Radical Reform And Tariq Ramadan’

20
Aug

Press Statement YB Azmin Ali On Racism

PRESS STATEMENT

20 August 2010

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) views with grave concern the continuing occurrence of incidents where racial hatred is incited, the latest being the statement made by the Johor school headmaster during a school assembly.

It is unacceptable to suggest, as stated by the Department of Education that it considers the matter closed and that the matter has been settled between the said principal and the students and/or their parents.

This incident has been widely publicized and is a matter that affects the whole nation. It is also irresponsible to suggest that it is merely a misunderstanding.

Keadilan demands that the said Principal be suspended pending an investigation and if found true that she did indeed make such remarks, she should be immediately removed.

These recurring incidents of incitement of racial hatred and racial insults are a manifestation of a bigger problem i.e the Barisan Nasional Government’s tacit encouragement of incitement of racism and lack of real political will to curtail such behaviour.

As long as draconian laws such as the ISA and Sedition Act exists and used to stifle healthy discussions and openly allowing extremist groups to continue inciting racism with impunity, this problem will fester.

Keadilan’s view is that statements such as that made by the Johor principal are not isolated incidents and must be dealt with a holistic and comprehensive approach.

Our answer is to provide a genuine multiracial political paradigm based on principles of fairness, respecting human rights, democracy and justice to all and to reject race based politics.

Further, we and Pakatan Rakyat are committed to the enactment of a Race Relations Act to deal with such instances of incitement of hatred, to provide mechanisms for resolution of such problems when they occur and to safeguard unity and harmony of the rakyat.

Azmin Ali
Vice President
Parti Keadilan Rakyat

18
Aug

Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri

Dari TV Selangor

Teoh Beng Hock tidak membunuh diri tetapi besar kemungkinan menjadi mangsa kekerasan sebelum beliau dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam pada tahun lalu.

Rumusan itu dibuat oleh peguam Malek Imitiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, berasaskan ketegasan keterangan pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasonand pada inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang.

Pornthip mengekalkan keterangan awal bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Beng Hock membunuh diri.

Malah kesan luka pada leher Beng Hock adalah akibat kekerasan yang digunakan ke atas dirinya dan tidak konsisten dengan kecederaan mangsa jatuh dari paras tinggi. Continue reading ‘Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri’

18
Aug

‘Perang Besar’ Malaysia, Umno Tiup Sentimen Kaum

Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Saya tak mahu layan Utusan,” katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

“Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk “Benar, ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis ‘perang’ kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

“Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

“Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan,” tegas Anwar. Continue reading ‘‘Perang Besar’ Malaysia, Umno Tiup Sentimen Kaum’

18
Aug

Sidang Akhbar Program Transformasi Ekonomi

Dijemput hadir ke sidang akhbar Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung data ekonomi terbaru dan ulasan Program Transformasi Ekonomi. Sidang akhbar tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: Hari Khamis, 19hb Ogos 2010

Tempat: Aras 1, Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana.

Masa: 1 petang

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

18
Aug

Cops Quiz Anwar Over ‘Jui Meng Next MB’ Banner

From Free Malaysia Today

The police have recorded a statement from Opposition Leader Anwar Ibrahim over a controversial banner in Johor.
The banner depicted photographs of PKR supreme council member Chua Jui Meng and the Sultan of Johor. It said that Chua would be the next menteri besar of the southern state.

Umno Youth members lodged a report after denouncing the banner as seditious.

Chua claimed to be in the dark about the banner, and had accused Umno of attempting to rile up the Malays against him. Continue reading ‘Cops Quiz Anwar Over ‘Jui Meng Next MB’ Banner’

17
Aug

‘Why Was DPP Farah On The Case Anyway?’

From Malaysiakini

If she was not privy to the documents, then why was she roped in in the first place? Doesn’t this also show that some of our civil servants are being paid to be doing nothing productive?’

Court dismisses Anwar’s 2nd bid to strike out charge

Anonymous: The judge Mohamad Zabidin Mohd Diah can’t even be impartial, so how to pass judgment with integrity then? Whatever was stated in the affidavits of investigating officer Jude Blacious Pereira and DPP Mohd Hanafiah Zakaria, he accepted in totality without letting the defence team cross-examine them and DPP Farah Azlina Latif.

What would happen if these people put in affidavits which stated that ‘Anwar Ibrahim did not sodomise Saiful’? Would the judge accept that and dismiss the case? The judge should recuse himself from hearing the trial since he is no more impartial.

DannyLoHH: The charge is dubious, the trial is sneaky, evidences are secrets, the judge is seemed beholden, the witness is caught lying, the court is looking more kangaroo-ish, and now the prosecutor is sleeping with the witness. But the sham trial continues because this is not about justice and it is not about rule of law. This is about getting rid of Anwar Ibrahim before the next election.

Alexander Yuan Xjin Kai: If Zabidin were to give such an ridiculous answer in any other court outside Malaysia, he would have been ridiculed, demoted or even fired from his job. But no… “Farah has no access to vital prosecution documents”, he said. Then let me ask you something then – why was she there in the first place?

Bernard Phillips: I am trying really hard to understand how the judge could have come to this decision. Legally, it should be clear that when there is evidence that there is a possibility, however remote, that the DPP could have passed some information to Saiful, the ruling should be in Anwar’s favour.

And as a former government officer, I can point out to the judge that even some office boys have more access to classified documents than senior government officials. And in a ‘juicy’ case like this you can be sure that Faraz Azlina had much more.

Lastly, can the judge be really sure that Saiful was more interested in the documents rather then in Farah Azlina? Come on Your Honour, reflect on that.

Fi-sha: A mockery of justice at the expense of undermining our intelligence and morality. If she was not privy to the documents, then why was she roped in as part of the prosecuting team in the first place? From a different standpoint, this shows that some of our civil servants are being paid to be doing nothing productive. Continue reading ‘‘Why Was DPP Farah On The Case Anyway?’’

13
Aug

Subsidi Korporat Diteruskan, Subsidi Rakyat Diambil

PROJEK BAKUN: SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL

Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

13 OGOS 2010

——————————————————————————————- Continue reading ‘Subsidi Korporat Diteruskan, Subsidi Rakyat Diambil’

11
Aug

Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia

Dari TV Selangor

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.

“Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita,” kata Kit Siang. Continue reading ‘Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia’




fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
5 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
8 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
12 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
12 minutes ago
benyyusron: wah, Pak Anwar kenal Goris juga? :) hebat Goris @anwaribrahim Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim nanti dicipratin pas dicuci @imanusman
13 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930