Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan rakyat di kota Limbang.
Program ceramah diadakan di restoran tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa dinafikan oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi rakyat untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.
Sekalung tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang dianjurkan dengan jayanya.
Inilah realiti dan kenyataan di daerah – nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala Lumpur. Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!
Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?
Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?
Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.
Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:
-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.
Rombongan kami sebagai Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Ramadzan di Semenanjung Gaza, mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Mesir dan Kerajaan Mesir kerana membenarkan kami masuk untuk melaksanakan
misi kali ini.
Sesungguhnya misi kali ini amat bermakna untuk kami meninjau sendiri kesan peperangan yang telah membebankan rakyat Palestin. Peranan Kerajaan Malaysia sebagai pihak yang prihatin kepada isu Palestin termasuk membuat usul mengutuk serangan tentera Zionis Israel dalam parlimen perlu diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang lebih proaktif.
Di antara yang kami pinta adalah :-
1. Meminta Kedutaan Malaysia di Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Mesir bagi memastikan konvoi atau misi kemanusiaan ke Gaza dipermudahkan pada masa hadapan.
Secara tidak langsung ia membuka laluan perdagangan di antara dunia luar dan rakyat Palestin khususnya.
2. Meminta Parlimen Malaysia untuk mewujudkan Kaukus bagi memperjuangkan isu Palestin dari kezaliman tentera Zionis Israel secara lebih berfokus. Tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan politik antarabangsa supaya wilayah Semenanjung Gaza dibebaskan dari sekatan ekonomi.
3. Menggesa pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parlimen, kerajaan negeri dan mana-mana pertubuhan kemanusiaan untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza; kerana mereka amat memerlukan lawatan kita di sana bagi menguatkan hubungan dan semangat juang menentang regim Zionis Israel.
Dokumentasi misi kemanusiaan Ramadzan Ke Gaza oleh MAPIM dengan kerjasama ahli parlimen yang turut serta ke Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada YB Menteri Luar di Parlimen pada bulan Oktober atau November 2010 nanti.
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang
——————————————————————————————————————————–
Wakil Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang hadir menyertai Misi Kemanusiaan Ramadzan di
Semenanjung Gaza mulai 6 – 18 Ogos 2010 :
1. YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataannya yang menyebut pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah tidak sesuai seperti dilaporkan media sebagai tidak tepat.
Katanya, beliau tidak berniat menentang hukum syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam, tetapi dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, telah termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama.
“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, serta memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan. Continue reading ‘Nik Nazmi: Saya Tidak Sebut Pelaksanaan Hudud Tidak Sesuai’
Majlis Iftar dan Tarawikh bersama aktivis NGO Islam anjuran Biro Perpaduan Agama akan diadakan dikediaman Dato Seri Anwar Ibrahim.Manakala Tazkirah akan disampaikan oleh Ustaz Sidek Fadhil diikuti dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.Berikut adalah butiran program tersebut:-
Tarikh: 26 Ogos 2010 (Khamis)
Tempat: Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim,
Bukit Segambut,Kuala Lumpur
Media Statement by DAP Parliamentary Leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, August 19, 2010:
DAP supports Anwar’s call for proof of allegation of the existence of an alternate constitution to replace the current one to erase special rights of the Malays and the position of Islam as the official religion
DAP supports the call by Parliamentary Opposition Leader and Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim for proof of the allegation of the existence of an alternate constitution to replace the current one to erase special rights of the Malays and the position of Islam as the official religion.
This allegation by the Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria is a very serious and inflammable one and should not be made without proof.
This allegation has already been the basis of a very alarmist front-page Utusan Malaysia headline “Elak perang besar” on Tuesday and an incendiary article entitled “Benar, ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia” yesterday.
DAP leaders had never heard or known of such an alternate constitution.
PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN EKONOMI NEGARA:
PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN PENDAPATAN ISI RUMAH MINIMUM MENJELANG 2020
Pencapaian setengah tahun ekonomi negara bersama dengan angkanya telah diedar/dikeluarkan semalam. Ianya seperti yang dijangkakan. Pertumbuhan sebanyak 8.9% pada suku kedua dan 10.1% pada suku pertama, sungguhpun memberansangkan, hakikatnya angka tersebut berdasarkan ekonomi yang menguncup pada tahun 2009, iaitu pada kadar 1.9% . Jika dibandingkan dengan Indonesia dan Singapura, pertumbuhan yang dicatatkan ini membolehkan kita membandingkannya dengan pencapaian negara-negara jiran pada masa akan datang sekiranya reform/perubahan tidak dilaksanakan segera- Singapura dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 13%-15% pada tahun 2010, manakala Indonesia dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 6% kelansungan dari pertumbuhan yang dicatat pada tahun lalu iaitu 4.9% tatkala Malaysia dibelenggui kemelesetan.
ANGKA CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR
Apa yang pasti pengumuman semalam tidak mencerminkan realiti ekonomi buat kebanyakan rakyat negara ini. Sejumlah 2.4juta keluarga bersamaaan 40% isi rumah negara ini hanya berpendapatan RM 2300 sebulan, membentuk golongan termiskin di negara ini. Wajar diberi perhatian adalah 75% dari jumlah itu merupakan keluarga Melayu dan peribumi.
Upah yang rendah begitu menekan rakyat Malaysia tatkala mereka terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan bergelut hanya untuk membayar segala macam bil, jauh sekali mampu untuk menabung.
Hakikat ekonomi buat kebanyakan rakyat Malaysia yang berbeza dengan apa yang diumumkan semalam memperlihatkan sebuah pengurusan ekonomi yang gagal membasmi ketidaksamaan dalam masyarakat. Setiap kali kita membincangkan kedudukan ekonomi negara, terutama apabila menyentuh jurang yang kian melebar, pastinya kedudukan ekonomi dapat disimpulkan sebagai “Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana.”
Program Transformasi Ekonomi(ETP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2010 tidak menjelaskan sebarang peta jalan(road map) untuk merapatkan jurang tersebut. Program Transformasi Ekonomi menjanjikan ekonomi yang sihat dan lebih baik serta peningkatan pendapatan negara kasar dari RM 600billion (yang dijanjikan pada tahun 2009) kepada RM 1.7 billion menjelang tahun 2020. Peningkatan tersebut dikatakan mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sebanyak RM 49 500 menjelang 2020.
SASARAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MUSTAHIL
Sebagai satu pelan ataupun kebijakan, ianya pasti sedap didengar. Namun sepertimana kebijakan atau dasar yang dibentangkan sebelum ini, Kerajaan Persekutuan sering melontar angka-angka besar dan bersembunyi di belakang asumsi serta premis yang akhirnya terbukti salah.
Demi untuk mencapai matlamat yang digariskan itu, Malaysia memerlukan RM 2.2 trilion pelaburan, 92% dari jumlah tersebut dijangka dari sektor swasta. Manakala itu 75% dari 92% tersebut sepatutnya dari pelaburan tempatan secara langsung dan bakinya dari pelaburan asing secara langsung.
Berasaskan inilah matlamat yang digariskan oleh pentadbiran sekarang pada pandangan kita tidak berpijak pada hakikat ekonomi yang sebenarnya. Mengumumkan sebuah kebijakan yang bercita-cita tinggi manakala untuk mencapainya berasaskan pelaburan swasta semata merupakan satu perancangan yang tidak bertanggungjawab sedangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada “pump priming” dan pertumbuhan pelaburan swasta begitu kecil. Perancangan tersebut cuba mencapai yang mustahil dan menafikan rekod sebelumnya hanya demi sebuah pengumuman.
Begitu juga dengan sasaran untuk mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sekitar RM 49, 500 menjelang 2020 merupakan satu matlamat yang terpisah dari hakikat kesusahan rakyat sepanjang 10 tahun ini. Hakikatnya 34% dari tenaga kerja kita berpendapatan di bawah paras kemiskinan(kurang dari RM 700 sebulan) dan peningkatan upah hanya pada kadar 2.6%(berbanding 10% yang dicapai Indonesia di antara 2007 dan 2009)
Usaha untuk mengalihkan perhatian dengan membentangkan angka-angka baru telah membenihkan sikap untuk tidak cuba berdepan dengan punca permasalahan yang sebenar. Walaubagaimanapun saya yakin rakyat sedar ini merupakan satu lagi upaya untuk menyogok khabar muluk demi mengelirukan serta mengalihkan perhatian mereka dari hakikat kedudukan ekonomi yang sebenarnya tidak berubah sepanjang dua tahun ini.
SASARAN PR SETIAP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 4000
Saya menegaskan kebijakan ekonomi yang mampu membasmi kemiskinan merupakan satu perancangan yang tidak terpisah dengan hakikat ekonomi rakyat dan akar umbi.
Sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan. 4juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, kecualilah ada upaya yang menjurus untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan kadar segera.
Oleh itu selepas beberapa siri perbincangan dan penelitian, Keadilan bersetuju untuk menetapkan serta mensasarkan pendapatan isi rumah minimum pada kadar RM 4000 dalam jangka masa 5 tahun pentadbiran persekutuan Pakatan Rakyat nanti. Dasar yang dibentangkan ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan selanjutnya.
Keadilan akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa kebijakan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah RM 4000. Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung(FDI).
Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. 30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup. Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat.
Asas kepada kebijakan pembangunan kita sewajarnya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber nagara.
Pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pandangannya sebelum ini bahawa Teoh Beng Hock telah cedera sebelum jatuh dari Plaza Masalam dan bukannya membunuh diri..
Katanya, ia mungkin “seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu” sebelum beliau jatuh di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.
“Saya mempertahankan pendapat saya sebelum ini bahawa kecederaannya berlaku sebelum jatuh. Saya tidak dapat sahkan dia sedar atau tidak semasa jatuh,” kata Pornthip dalam keterangannya.
Beliau bagaimanapun tidak mahu lagi memberikan peratusan pendapatnya itu sebagaimana sebelum ini tetapi berkata, “Saya yakin ia bukan bunuh diri.”
Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos 2010.
Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King’s College, University of London.
Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.
Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.
Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai larangan mahasiswa berpolitik membuktikan bagaimana Umno BN secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.
Justeru, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
“Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?” soalnya dalam satu kenyataan. Continue reading ‘Umno BN Mahu Membonsaikan Minda Mahasiwa’
Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.
Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.
Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.
Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.
—
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d 13 seconds ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ 2 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat! 13 minutes ago
Komen Terkini