Pakatan Rakyat Namakan Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

12 June 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

1.  Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Haji Abdul Kadir bin Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi ParlimenKetigaBelas.

 

2.  Penamaan Dato’ Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar TunRazak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013.

 

3. Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

 

4.  PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.

 

5.  Dato’ Abdul Kadir memenuhi semua criteria yang selayaknya sebagai Yang di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

 

6.  Beliau bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006. Kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kematian Teoh Beng Hock, anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

 

7. PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Dato’ Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa.

 

ANWAR IBRAHIM

Ahli Parlimen Permatang Pauh

Pendapat Anda

Switch to our mobile site