Pakatan Laksana Daftar Automatik, Hapus PTPTN & Pendidikan Percuma

25 February 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun sebagai pengundi, antara enam tawaran Manifesto Pakatan Rakyat kepada anak muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Mereka tak boleh dikecualikan dari suara politik. Cukuplah era ‘listen, listen, listen’. Sekarang era kerajaan untuk mendengar,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

PRBeliau berkata, Pakatan Rakyat konsisten dengan dasar pendidikan percuma yang berkualiti dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pilihan raya kampus mesti diurus oleh pelajar. IPT (Institut Pengajian Tinggi) sepatutnya memupuk budaya belia dan warganegara yang bebas dan mansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

“Malaysia jangan membazir melalui rasuah kepada kroni dan (dana) dilabur kepada pendidikan,” tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah berkata, isu pengangguran, guna tenaga dan pengurusan hutang golongan muda akan diatasi melalui dasar dan peluang kerjaya yang lebih tersusun.

“Kini, kadar pengangguran belia 60 peratus, 6.6 kali lebih tinggi dari orang dewasa. Ini kerana dasar yang tak dikendali dengan baik oleh ‘orang dewasa’ Umno BN.

“Statistik menunjukkan sehingga Mei 2012, 76,200 graduan masih menggangur. Pakatan komited mencari penyelesaian kepada golongan berumur 34 ke bawah yang 47 peratus berhutang,” katanya merujuk data Jabatan Insolvensi.

Dalam pada itu, satu skim perintis rakyat melalui pembinaan 25 Sekolah Vokasional dan lima universiti teknikal akan ditubuhkan untuk mewujudkan anak muda berkemahiran memberi peluang kerjaya dalam sektor teknikal.

Manakala satu Majlis Penasihat Belia yang dipilih oleh anak muda di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan turut akan ditubuhkan, kata Nurul Izzah.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site