Hakim Mahkamah Tinggi Seru Kebebasan Kehakiman Dan Media Bertanggungjawab

21 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider

Mahkamah Tinggi hari ini berkata kebebasan dalam badan kehakiman serta media adalah penting, dan mahkamah tidak memihak kepada mana-mana parti politik, dimana keputusan beliau menyabit kesalahan kepada akhbar milik Umno dalam satu kes saman fitnah melibatkan ketua pembangkang.

Hakim Datuk VT Singham menyeru agar kebebasan ke atas media serta professionalisme dalam industri tersebut, ketika menyampaikan keputusan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) ke atas Utusan Malaysia.

“Hakim bukan berpihak kepada kerajaan, hakim tidak dipegang oleh sesiapa,” kata Singham dalam pembuka kata dalam keputusannya.

Anwar hari ini memenangi kes saman fitnah ke atas akhbar tersebut yang bermula Januari tahun lalu apabila Utusan menuduh beliau sebagai penyokong hak LGBT.

Keputusan hakim mestilah adil dan tidak berpihak dalam melaksanakan undang-undang, kata hakim tersebut.

“Hakim apabila membuat keputusan harus tanpa sebarang pengaruh, mahkamah harus lakukan apa yang benar,” kata Singham dalam pembuka kata dalam keputusannya.

“Tempat yang saya duduki ini adalah mulia dan saya akan terus menjaga kemuliaannya.”

Hakim menerangkan kepentingan dalam menekankan keyakinan orang ramai dalam kehakiman, dan berkata mahkamah tidak boleh berfungsi tanpa keyakinan orang ramai.

“Hakim bukannya berpihak pada mana-mana pihak, dan mereka bukan merebut untuk mendapat kuasanya sendiri, tetapi mahu memastikan demokrasi terus terbela.

”Bila hakim melaksanakan undang-undang, bukan sahaja kedua-dua pihak, bukan sahaja undang-undang, tetapi hakim juga sedang dibicarakan,” kata Singham, yang memetik dari buku undang-undang Harvard Law Review.

Ketua pembangkang, Anwar memenangi kes saman menentang akhbar yang dimiliki Umno itu, selepas pada Januari tahun lalu akhbar tersebut menuduh beliau sebagai penyokong hak golongan gay.

Kehakiman haruslah adil, tidak berat sebelah dan bebas dalam mentadbir undang-undang, kata hakim lagi.

Selain itu, keputusan hakim haruslah berdasarkan fakta yang dikeluarkan ketika perbicaraan, bukan spekulasi atau pandangan peribadi, kata Singham.

Singham juga menyeru kepada wartawan agak mengamalkan laporan yang seimbang dengan menimbangkan kedua-dua pihak dalam sesuatu isu.

Beliau menegaskan adalah penting bagi wartawan, pengarang dan penerbit untuk “mengambil langkah berjaga-jaga” sebelum menerbitkan sesebuah cerita yang akan dapat merosakkan reputasi seseorang individu, artikel semberono dengan niat jahat dan dakwaan tanpa pengesahan haruslah dielakkan.

Menurut Singham lagi, wartawan harus bertindak secara professional dan bertanggungjawab, dan bukannya tunduk kepada kepentingan politik atau komersil.

“Pihak media haruslah tidak membenarkan pihaknya digunakan untuk menerbitkan penipuan dari artikel yang mengelirukan,” kata Singham.

Hakim juga berkata kepada media agar tidak mencabuli ruang kehakiman melalui “perbicaraan oleh media”, dan mencadangkan pemeriksaan ke atas media dalam mengelakkan peningkatan kes sama ke atas syarikat penerbitan.

Untuk menyelesaikan masalah kes saman ini, beliau mencadangkan satu badan pemantau ditubuhkan bagi membenarkan orang ramai membuat aduan ke atas media dan menguruskan pendamaian ke atas kedua-dua pihak.

Peguam Anwar N Surendran menyokong kenyataan Singham selepas pengumuman kes itu, dengan mengatakan pandangan hakim adalah “benar, tegas dan bersemangat.”

“Hakim membuat kenyataan menyeru tanggungjawab dari wartawan, (Kenyataannya) akan terus tepat dari segi fakta dalam kes ini sendiri,” kata Surendran.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site