Fitnah II: Peguam Bela Bidas Hujah Pendakwa

15 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Jalan Duta kembali bersidang bagi mendengar hujah balas penggulungan akhir oleh peguam  Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil.

Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.

Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site