Arkib Tahun 2010

18 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Oleh Syed Husin Ali

PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan-serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.

Menteri Hishamuddin (gambar kiri) pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak bertanggungjawab.

Saya memandang serangan-serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan porak peranda dalam masyarakat dan negara pada jangka panjang. (more…)

18 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Oleh Abdul Rahim Sabri

Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan. (more…)

18 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Oleh Fathi Aris Omar

Selepas menimbulkan kegemparan, sehingga ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), buku Barry Wain tidaklah terlalu mengejutkan dan tidak pula benar-benar “baru”.

Cuma ia mungkin menarik bagi karya jenis biografi seorang tokoh politik apabila susunannya itu diulas dengan kritis oleh seorang bekas editor kanan.

Sebahagian besar Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times rangkuman maklumat yang sudah diketahui umum, khususnya di kalangan peminat tegar politik sejak selepas merdeka, termasuk melalui ceramah politik, gosip dan terbitan alternatif. (more…)

18 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk melapor dan bertindak ke atas kecurigaan sekitar penggunaan sumber kerajaan negeri.

Diamanahkan untuk membantu masyarakat miskin berdiri atas kaki sendiri, tanggungjawab ini mendorong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kertas putih bersabit Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Kertas Putih ini memperinci status segala peruntukan dan hartanah yang disalurkan kerajaan negeri kepada badan itu dari awal penubuhannya. (more…)

17 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Hal yang melecehkan tatkala merencana pengembaraan jauh adalah memilih buku dan memikulnya. Maka amat melegakan manakala saya perolehi Sony Reader, teknologi canggih baru menyorot langkah Amazon Kindle.

Saya muatkan karya klasik secara percuma, langganan pesanan beberapa judul baru dan akhbar harian saperti Financial Times. Pastinya media picisan yang meloyakan tidak disenaraikan, haha!

Sebagai persiapan wacana sarjana Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Beirut, saya terpasa merujuk kepenerbitan IIIT terutama buku-buku Maqasid Shariah – Al-Shatibi dan Ibn Ashur, juga beberapa karya lain yang mengupas isu pendidikan tinggi di negara-negara Islam.

Beberapa sarjana menyentuh langkah UIA meneroka pendekatan “pengIslaman ilmu” (Islamisation of Knowledge) serta kegiatan keilmuan yag rancak dulu; dan mereka mengeluhkan kelesuan sekarang.

Dalam sidang al-Quds, dipaparkan kisah derita rakyat Palestin dibawah cengkaman regim Zionis Israel serta penodaan kesucian Baitul Maqdis.

Saya menfaatkan waktu berunding dengan ulama, wakil gerakan Islam dan perwakilan.

Dan beralih ke Sony Reader, amat menarik sekali; terutama setelah selesai kedua sidang dan dalam perjalanan pulang.

Saya menelaah semula satu jilid karya Edmund Burke dan “Man & Superman” oleh George Bernard Shaw. Sampuk teman saya tatkala di lapangan terbang semalam, karya klasik perlu diulang baca kerana kesegaran ilmu dan kekuatan bahasa.

Budaya sedemikian malah wajar dikembangkan di kalangan generasi muda dalam bahasa Melayu. Senarai utama termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, novel-novel pilihan Balai Pustaka, puisi-puisi Chairil Anwar, WS Rendra, Tawfik Ismail serta karya-karya sasterawan negara.

Saya pernah menyentuh mauduk ini sejak mengasaskan Yayasan Karyawan hampir 14 tahun dulu. Hanya karya-karya tersebut yang masih belum dimuatkan dalam Amazon Kindle atau Reader!

ANWAR IBRAHIM

17 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai.

Sebaliknya peruntukan itu disalahgunakan apabila disalurkan terus kepada parti Umno-BN sekaligus membantutkan usaha kebajikan rakyat terbabit.

“Wang yang disalurkan oleh kerajaan itu bukannya wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti,”katanya. (more…)

15 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) meminta supaya kuota bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) di negeri ini
ditambah setelah mendakwa berlaku kekurangan bekalan yang serius sejak dua bulan lalu.

Presiden Cake, Datuk Yusuff Ismail berkata tinjauan mendapati bekalan beras ST15 di beberapa daerah tidak mencukupi dan jumlah kuota yang sedia ada perlu ditambah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Saya difahamkan ada masalah yang melibatkan kuota pengeluaran beras ST15 oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara. (more…)

15 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

–KENYATAAN MEDIA–
15 JANUARI 2010

Kerajaan Negeri Selangor mahu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.

Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita sedia maklum laporan kewangan yang telah dipaparkan di dalam laman web mereka. Tetapi laporan kewangan tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan tesebut membuat analisa dan penyataan semula,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata laporan kewangan yang dipaparkan menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar). “Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya.”

Beliau juga berkata YBK tidak pernah membayar satu sen pun untuk premium semenjak 2001 dan tidak mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran. Yayasan tersebut hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah tersebut dari pertanian kepada pengunaan komersil.

Jika permohonan penukaran status dibuat, tanah tersebut akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi) “Untuk tanah yang begitu besar nilainya, sudah tentulah Kerajaan Negeri perlu prihatin mengenai hal bagaimana ianya diurus tadbir. Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahu mengambil tahu tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu tersebut kerana kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

Sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Menteri Besar juga mengulangi keputusan Kerajaan Negeri untuk mengeluar satu laporan terperinci berkenaan harta dan wang yang telah diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

14 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

SELASA, 19 JANUARI 2010

MASA: 9.00 – 12.00 MALAM

CERAMAH PERDANA 1

LOKASI

Dewan Perhimpunan Cina Kelumpang
Ulu Bernam, Selangor (more…)

14 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Gabungan Mahasiswa Tuntut Demokrasi Adil dan Bersih (Gema) akan mengadakan rapat umum mahasiswa negara esok bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum berkenaan berhubung beberapa tuntutan mahasiswa iaitu menuntut demokrasi kampus telus dan adil, mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik serta memansuhkan sistem pengundian secara elektronik atau e-voting.

Penyerahan memorandum itu dijadualkan pada jam 2.30 petang di Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) di Putrajaya. (more…)

14 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.

Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.

Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa. (more…)

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.

Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.

Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site