Tubuh IPCMC, Bebas SPRM, Dalam 100 Hari PR Memerintah

19 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pemulihan profesionalisma pasukan Polis Diraja Malaysia dan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari (SPRM)kawalan Eksekutif.

Isu berkenaan menjadi fokus utamanya ketika pembentangan kertas-kerja di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 hari ini.

“Sejurus mengambil-alih kuasa, tekad kita adalah melaksanakan saranan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Penambahbaikan Polis, termasuk mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC,” kata Saifuddin.

Kematian mendiang A Kugan dan Allahyarham Aminulrasyid Amzah di tangan polis menunjukkan kerosakan PDRM dibawah Umno-Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat melahirkan rasa khuatir akan kerosakan yang bakal diwarisi generasi akan datang.

“Polis sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, bukan zalimi rakyat. Topi dan ‘boot ‘mereka adalah dari duit rakyat. Kerja mereka bukan untuk sepak terajang rakyat, tetapi tegakkan keadilan di bumi Malaysia,” kata Saifuddin.

Saifuddin dalam pembentanganya berkata perlaksanaan IPCMC menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dalam 100 hari mentadbir Malaysia.

Selari dengan langkah itu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari campurtangan politik.

“Pakatan Rakyat akan memastikan SPRM bertanggungjawab terus kepada Parlimen, dan melaksanakan tugasnya dengan adil dan amanah, tanpa rasa takut kepada penguasa,” tegas Saifuddin.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site