02
Sep
10

Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal

Dari Harakah Daily
Oleh Shukur Harun

Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya ‘permainan’ golongan politik sekular yang bangkrap idea.

Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta ‘ulama’ mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr. Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

“Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja.”

Menurut Dr. Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)”

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

“Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu,” kata beliau.

Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Dr. Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.


16 Responses to “Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal”


  1. 1 james ongkoon Sep 2nd, 2010 at 10:02 am

    salam saudara,
    apa kiranya adat juga pasti kita bingkut.dari hukum bisa,dari sudut adat,bagaikan
    masuk kantor bogel dong..isunya adat..undangnya ugama..

    Reply

  2. 2 mankuchai Sep 2nd, 2010 at 10:22 am

    salam,

    Baru saya faham dan jelas dengan isu ini.Syabas kepada para pemimpin Pakatan Rakyat.

    Reply

  3. 3 shaharuddin omar Sep 2nd, 2010 at 11:21 am

    bagi mereka-mereka yang sememangnya jahil jangan la berlagak pandai…
    kalau sememangnya pandai tak apa la..ini tidak…apabila mengulas sibuk mengatakan hak umat islam telah di hina.Siapa yang sebenarnya menghina islam…sebagai contoh…ingat kembali peristiwa memali…

    Reply

  4. 4 AS Sep 3rd, 2010 at 3:42 am

    Begitu jelas bahawa golongan ulama & pemimpin PAS menunjukkan kefahaman yang mendalam mengenai Islam hingga dapat memberi tunjuk-ajar & pandangan yang bernas & realistik. Saya rasa UMNO sudah ketandusan isu politik & sekali lagi cuba menjadi “jaguh Islam” semata-mata untuk survival politik mereka.

    Reply

  5. 5 ibrahim man Sep 3rd, 2010 at 7:03 pm

    sememangnya umno takkan henti untuk menggunakan apa saja isu, tengok-tengok isu yang digembar-gemburkan menjerat tuan. padan muka mereka.

    Reply

  6. 6 ne Sep 3rd, 2010 at 7:30 pm

    thanks for the explanation…will hope to learn about Islam more…

    Reply

  7. 7 erbos Sep 5th, 2010 at 10:00 am

    kesian dgn UMNO ni…apalagi Zahid Hamidi baru 2,3 kali pakai Jubah waktu jadi Menteri Jabatan Perdana Menteri rasa dah alim sangat tp ingaaaaaat jgn kita nak jadi hero tp rakyat menilai heroin….bergaya macam jaguh dgn isu yg ditimbulkan pemimpin2 UMNO sebaliknya Pemimpin Pakatan selesai mematahkan serta menjawab,menjelaskan isu yg dianggap menggoyangkan Kerajaan Pakatan hanya dlm 5 minit..macam makan jagung saya…kesian dgn jaguh2 O niiiiii

    Reply

  8. 8 Celah Gelegar Sep 5th, 2010 at 6:29 pm

    http://celahgelegar.blogspot.com/2010/08/bukan-islam-boleh-masuk-masjid.html

    Bukan Islam memasuki masjid bukanlah suatu isu, namun perkara yang menjadi kebimbangan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tentang umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca yang perlu diberi perhatian sama ada oleh UMNO mahupun PAS termasuk juga mereka yang mengaku diri sebagai Islam di dalam KEADILAN. Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah. Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina. Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri.

    Celah Gelegar menyeru agar semua pihak dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu. Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar.

    Reply

    Celah Bedah Reply:

    Celah Gelegar usahlah kau nak memekak yang mengharu birukan PERAK tu siapa dah tentu ayahandanya yang tak puas2 dengan harta, si anak sekadar nak bertitah sahaja sebenarnya rakyat dah jelak dengan Raja2 jika boleh tak payah beraja lagi baik?Sebenarnya UMNO dah nak karam itu pasal terpekik terlolong minta bantuan Raja padahal UMNO sendiri yang telanjangkan Raja2 tu pun baginda semua tak ingat perlakuan biadap UMNO/BN?

    Reply

    zamy Reply:

    ye lah celah gelegar….dibulan yg mulia nie marilah kita berdoa agar umat islam bersatu utk melawan kebatilan…..marilah kita rakyat Malaysia khususnye org melayu dan Islam kita bersatu dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat yg kita lihat perlaksanaannya utk kebaikan lebih dari UMNO-BN yg lebih slogan shj……kita bersatu tak semestinya dibawah UMNO-BN spt yang direpekkan oleh jogos UMNO-BN tu…..kita mencari ‘payung’ yg elok yg dpt melindung kita dari kemuslihatan dunia nie…..perlukah kita bersatu dibwh ‘payung’ UMNO-BN yg kita tahu dan lihat dah habis koyak rabak…yg tak dpt melindungi kita….kerana bahan2 yg digunakan utk payung itu sudah ‘obselete’…dan…..’uneconomical to repair’….

    Reply

  9. 9 AtasPagar Sep 7th, 2010 at 11:15 pm

    Kalau nak tengok jahil ke tak UMNO ni, kita tengok iklan Hari Raya media UMNO buat baru2 ni. Kalau nak bodek 1Malaysia pun berpada-padala janganla sampai melayu naik beca santa dan pelita dalam bunga teratai. Tak ke sesat budaya namanya tu? kurang budaya ke melayu sekarang ni sampai nak tiru kaum lain? Tunjukkanla budaya Melayu yang menerima kehadiran kaum lain dgn tangan terbuka seperti PR buat sekarang ni..barulah Malaysia Maju!

    Reply

  10. 10 AMA Sep 16th, 2010 at 4:47 pm

    isu yang sebenarnya ialah memalingkan perhatian rakyat dari isu bajet untuk putrajaya yang terlampau yang dipersoalkan sepertimana kata ketua menteri lim guang eng.

    sekarang mereka firaun ini sedang desperate kerana sudah habis modal sedangkan pilihan raya sudah hampir. kalau mereka upah israil. selama dia menjadi perdana menteri tak pernah ada usaha yang ihklas darinya untuk perpaduan melayu, yang ada hanya pelawaan bertujuan memerangkap dan memecahbelahkan pakatan.

    Reply

  11. 11 AMA Sep 16th, 2010 at 4:56 pm

    satu malaysia apa!!! parti yang megah dengan nama penjajah “uMnO” memang tak berhak menjajah malaysia yang bencikan penjajah khasnya penjajah dari bangsa sendiri

    Reply

  12. 12 andro Sep 20th, 2010 at 10:52 am

    Umno-Mais-Jais Tunjuk Sikap Hipokrit Layan Kamalanathan Dalam Masjid

    Oleh Fazli Othman & Frederick Luccas

    SHAH ALAM 19 Sept – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis penyerahan ‘mock cheque’ oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Masjid Sg Tengi Selatan baru-baru ini menyerlahkan sikap hipokrit Umno.

    Malah lebih menyedihkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang hebat menghentam Pakatan Rakyat dalam isu lawatan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral bulan lalu turut menunjukkan sifat munafik apabila turut bersama-sama Kamalanathan dalam masjid tersebut.

    “Bagi Pakatan Rakyat semenjak dulu kita telah memberitahu tidak ada masalah orang buka Islam mengunjungi masjid atau surau. Kita dasarkan hujah kita kepada dalil hadis serta seerah Nabi SAW, sejarah Islam malah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.

    “Hanya apabila kita buat, riuh rendahlah satu kampung Umno, Mais dan Jais mengatakan kita menghina Islam dan mengeluarkan arahan orang bukan Islam tidak bloleh masjid dan sebagainya. Tetapi dia buat boleh, malah Mais dan Jais turut sekali memberi sokongan kepada Kamalanathan dalam masjid tersebut.

    “Pada pandangan kita, orang bukan Islam tidak dihalang daripada memasuki surau dan masjid asalkan tujuan dan niatnya baik serta mendapat persetujuan dan dijemput oleh jawatakuasa surau atau masjid berkenaan.

    “Sebab itulah kita labelkan Umno, Mais dan Jais hipokrit, dia buat boleh, kita buat semua tak boleh,” kata Khalid kepada Suara Keadilan.

    Khalid menegaskan strategi yang digunakan oleh Umno-BN adalah untuk menunjukkan seolah-olah kedudukan Islam tercabar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat PR di Selangor.

    “Apabila Umno-BN membawa masuk pemimpin bukan Islam ke dalam masjid, tak salah tetapi apabila kita berbuat yang sama, kita dituduh menghina Islam sedangkan itu sama sahaja.

    “Ini hanyalah satu pembohongan dan saya harap rakyat tidak termakan dengan propoganda Umno-BN kerana semua usaha oleh pemimpin Pakatan Rakyat amat jelas tidak bercanggah dengan Islam,” tegas beliau lagi.

    Tambah beliau, Umno-BN khuatir strategi mereka tidak berkesan lagi dan DAP akan diterima oleh masyarakat umum sebagai sebuah parti yang bukan anti Islam, dan PAS pula akan dapat diterima sebagai parti yang bukan ekstremis Islam.

    Sekiranya usaha PAS dan DAP berjaya mengikis persepsi negatif yang dilabelkan oleh Umno-BN, maka masyarakat akan dapat menerima kedua-dua parti dengan lebih baik lagi, lantas akan mengugat kedudukan dan kekuasaaan Umno-BN.

    “Pada hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP adalah untuk memecahkan propoganda negatif yang disebarkan secara luas oleh Umno-BN selama ini. DAP mahu membasmikan imej anti Islam manakala PAS pula mahu membasmikan imej ekstremis Islam yang diletakkan oleh Umno-BN,” jelas Khalid.

    Dalam blognya, Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Umno tanpa syak lagi berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

    Beliau menyelar sikap Pengarah Jabatan Agama Jais dan Mais yang bersengkokol dengan Umno yang sebelum ini lantang bersuara berhubung isu penyampaian tazkirah dan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi menutup sebelah mata sahaja membabitkan pemimpin parti itu.

    “Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor pula terus menjadi “kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara”.

    “Lebih hebat, ‘Ustaz Kamal’ bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

    “Ke mana perginya ‘ahli parlimen berkopiah’ (Zulkifli Noordin) dan mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?” soal Khalid.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Sep 2nd, 2010 at 9:42 am
  2. 2 Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal Pingback on Sep 2nd, 2010 at 11:02 am

Leave a Reply