31
Aug
10

MB Selangor: Langat 2 Hanya Lepas Selesai Struktur Air

Dari Malaysiakini

Kerajaan Selangor hanya akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2, tetapi mempertikaikan mengapa kerajaan pusat memberi keutamaan terhadap projek tersebut.

“Kita menerima Projek Langat 2, tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor.

“Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mendakwa Khalid memberi persetujuannya pada mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-5 di Putrajaya, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, beliau hairan bagaimana Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor telah memberikan izin untuk projek rawatan air Langat 2 itu.

Justeru, menteri besar juga menggesa agar Muhyiddin menahan diri daripada membuat sesuatu andaian pada masa depan.

“Kita akan meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang buntu sejak tahun lalu.

“Kita mahukan perjanjian lebih baik, perkhidmatan lebih baik dan harga lebih baik untuk rakyat – itulah matlamat kami,” kata Khalid.


6 Responses to “MB Selangor: Langat 2 Hanya Lepas Selesai Struktur Air”


  1. 1 yatim Aug 31st, 2010 at 6:38 pm

    Muhyidin is a born lier.

    Reply

  2. 2 azaffin Aug 31st, 2010 at 6:51 pm

    Yes…go Khalid go….

    Reply

  3. 3 tan, tanjong bungah Aug 31st, 2010 at 11:19 pm

    Hi semua,

    Saya hairan bagaimana pula seorang DPM boleh mendakwa bahawa kerajaan negeri selangor telah memberi izin kepada projek Langat 2 itu walaupun sebenarnya MB S’gor dan kerajaan negerinya telah menekankan bahawa keutamaan adalah untuk penstrukturan semula industri air!

    Nampaknya DPM seolah-olah telah membuat andaian sendiri. Sengaja atau tidak menunjukkan ‘mutu’ (calibre), atau kurangnya, seseorang pemimpin kebangsaan itu!

    Reply

  4. 4 AtasPagar Sep 7th, 2010 at 11:26 pm

    Apa la si cacamerba ni cakap,orang belum setuju dia kata setuju. Macam terdesak sangat. hari tu pasal mansuh upsr,pmr pun belum selesai. Sejak jadi TPM ni takde satu pun cakap dia yang rakyat boleh pakai.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention MB Selangor: Langat 2 Hanya Lepas Selesai Struktur Air at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Aug 31st, 2010 at 6:13 pm
  2. 2 MB Selangor: Langat 2 Hanya Lepas Selesai Struktur Air Pingback on Aug 31st, 2010 at 7:13 pm

Leave a Reply