31
Aug
10

Kunjungan Ke Limbang Sarawak

Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan rakyat di kota Limbang.

Program ceramah diadakan di restoran tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa dinafikan oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi rakyat untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Sekalung tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang dianjurkan dengan jayanya.

Inilah realiti dan kenyataan di daerah – nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala Lumpur. Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!

Anwar Ibrahim


8 Responses to “Kunjungan Ke Limbang Sarawak”


  1. 1 salem's lot Aug 31st, 2010 at 7:43 pm

    Lucu rasanya membaca amaran Najib kepada mereka yang cetuskan isu perkauman. Najib seolah-olah tidak faham bahawa parti UMNOlah yang mencetuskan segala isu perkauman dinegara ini. Soalan yang perlu ditanya oleh pemberita kepada Najib ialah :

    1. Adakah anda nafikan anda terlibat dengan perhimpunan di stadium TPCA pada tahun 1987 dengan kain rentang yang antara lain memaparkan ” biarlah keris melayu dibasahi dengan darah cina”?

    2. Kenapa dari dulu sehingga sekarang kursus Biro Tata Negara yang dibiayai oleh rakyat Malaysia digunakan untuk menerapkan fahaman perkauman sempit bertujuaan untuk menyokong UMNO terus diadakan?

    3. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap Nasir Safar( pembantu peribadi NBajib )kerana memuntahkan kenyataan sempit perkauman dengan melabelkan kaum cina yang datang ke Malaysia sebagai pelacur dan kaum India sebagai pengemis?

    4.Kenapa ketua bahagian UMNO Bukit Bendera yang mengatakan bahawa orang bukan melayu sebagai penumpang sahaja tidak diambil tindakan sewajarnya?

    5. Kenapa akhbar milik UMNO- Utusan Malaysia dan yang lain sejak anda mengambil alih tapuk UMNO menjadi begitu liar dan dibenarkan terus menerus mencetuskan kebenciaan kaum?

    6.Mengapa ceramah UMNO yang diadakan diseluruh negara mengapi-api sentimen perkauman dengan membuat kenyataan bahawa melayu akan hilang kuasa sedangkan yang akan hilang kuasa ialah UMNO-BN?

    7. Parti DAP yang menerima keanggotaan dari pelbagai kaum, malahan ada sesetengah cawangan mempunyai 100% kaum melayu, yang pernah ada ahli parlimen dari kalangan orang melayu ( Ahmad Nor- Bayan Baru) dan juga dari kalangan kaum india , sikh dan lain-lain kaum dilabelkan sebagai parti perkauman. Jika dibandingkan dengan DAP, UMNOlah sebenarnya parti perkauman yang berfikiran sempit. Soalan saya kepada anda, kalau DAP dengan kepelbagaian dianggap perkauman , UMNO itu apa pulak?

    8. UMNO pendukung sebenar perkauman dengan ‘out sourcing’ elemen perkauman kepada Perkasa. Cuba anda fikirkan, Perkasa dirasmikan di bangunan milik parti UMNO iaitu PWTC dan dilancarkan oleh mantan Presiden UMNO yang kini ahli UMNO yang sah. Permit penerbitan akhbar Perkasa diluluskan oleh KDN dibawah seliaan Hishamuddin secara segara. Kebanyakan perlakuaan Perkasa adalah kelakuaan UMNO sendiri kerana ianya digerakkan oleh ahli UMNO dan ahli Perkasa. Adakah anda menafikan kenyataan ini?

    Nampaknya Najib jahil bahawa rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan retorik Najib dan UMNO bahawa orang lain yang bersifat perkauman tetapi bukan mereka. UMNO telah lama tamat tarikh luputnya dan perlu digantikan dengan segera melalui PRU ke 13.

    Reply

  2. 2 drie Aug 31st, 2010 at 9:01 pm

    Salam semua, salam untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya amat teruja hari ini kerana selaku antara warga Limbang yang mendahului bertemu Kepimpinan PKR pada pagi ini di Limbang Sarawak. sepatutnya ada liputan media untuk membuka mata semua masyarakat tentang erti Pejuang sebenar.all the best PKR..tabik spring..

    all the best PKR.

    Reply

  3. 3 drie Aug 31st, 2010 at 9:07 pm

    Salam Kemerdekaan untuk Kepimpinan PKR. Tahniah kerana membuat kunjungan ke Limbang Sarawak. saya antara warga Limbang yang mendahului bertemu pemimpin PKR pada pagi tadi amat teruja dan berbangga.

    All The Best PKR.

    salam,

    Reply

  4. 4 ar04 Sep 1st, 2010 at 12:56 pm

    tahnia dsai…..

    Reply

  5. 5 Pro Anwar Sep 1st, 2010 at 1:19 pm

    Salam. Datuk Seri, kenapa Media rakyat tak ikut serta. apa dah ajdik dengan Suara KEADILAN? harap semua media alternatif di bawa berbincang dalam masa masa tertentu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.

    Reply

  6. 6 salem's lot Sep 1st, 2010 at 11:05 pm

    Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

    Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

    Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

    Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

    Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya “permainan” golongan politik sekular yang bangkrap idea.

    Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

    PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

    Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

    Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta “ulama” mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka.

    Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

    Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

    Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

    “Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

    “Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

    “Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja.”

    Menurut Dr Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)”

    Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

    Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

    Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

    Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

    Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

    Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

    “Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu,” kata beliau.

    Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

    Dr Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

    Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.

    Reply

  7. 7 nur natrah Sep 3rd, 2010 at 9:19 am

    salam DSAI..pasni pegilah kelawas lagi ..saya anak jati lawas yg berada diperantauan sentiasa menikuti perkembangan DSAI dan daerah lawas..bela rakyat lawas yg teraniaya kerana kerakusan pemimpin disana termasuk keluarganya yg begitu rakus merampas tanah adat yg mana rakyat mencari sumber pendapatan bertahun lamanya..tapi apa yg terjadi mereka merampas tanah tersebut dgn undang2 memohon gran tidak dilayan..tapi dirampas mengunakan undang2 apalah pendudk kampung tahu pasal undang2 dan tiak mampu mengupah lawyer..sedangkan untuk makan pun susah terutamanya di Merapok..saya bukan ahli politik ..tapi saya sentiasa mengikuti isu politik semasa sejak zaman sekolah menengah lagi..DSAI..jika benar PKR dan PR dapat merampas kerajaan pada PRU 13..jgnlah janji mcm bn..sebelum pilihanraya mereka berjanji lembut gigi dari lidah..tapi apa yg jadi selepas itu rakyat makin susah..tapi keluarag mereka makin kaya…kami anak jati lawas .tidak akan memaafkan kerakusan mereka..saya teringin berdepan dgn pemimpin mcm ney..tapi tunggu masa dan ketika..apa yg saya ketahui sekarang ni keluarga pemimpin tersebut semakin rakus mengumpul kekayaan..lawas tidak nampak kemajuan..projek2 yg dilaksanakan ..adalah prijek membazir..rakyat disana ingnkan kemudahan hospital bukan mintak hotel yg besar2 mall yg hebatkah..tapi adalah kenudahan rakyat..pemimpin2 tidak kisah mereka boleh berubat ke luar negara..kerana mereka mampu..hakikatnya rakyat yg sponsor.kejam memang kejam.

    DSAI…bawalah perubahan kepada daerah kami..inilah rakyat didahulukan susah.di lawas ada dua pemimpin ADUN dan Parlimen..kalau PRU 13 saya pun teringin jadi calon PR..tapi siapalah saya hanya rakyat yg tidak punyai apa2..
    Tolonglah DSAI sedarkan rakyat di lawas..terutamanya penokong tegar BN..kami golongan muda dah lama membenci sikap pemimpin yg serakah..yg hanya mengaut kekayaan untuk keluarga sedangkan rakyat..masih susah..harga barang disana jgn kira..mahal yg melampau………..

    Reply

  8. 8 ungga Sep 3rd, 2010 at 10:42 am

    Tahniah DSAI, KERANA TELAH MELAWAT KE SARAWAK.Teruskan perjuangan DSAI yang ingin menegakkan kebenaran. Saya pasti ramai lagi rakyat S.wak yang menyokong perjuangan DSAI.bILA LAGI NAK DATANG KE S,KEI , JULAU B,TANGOR UTK BERI CERAMAH. KEDATANGAN DSAI AKAN KAMI SAMBUT DENGAN SEWAJARNYA.

    Reply

Leave a Reply