Dari Malaysiakini
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.
“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.
Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.
Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.









Menurut saya, islam adalah rahmat bagi semesta alam. Trmasuk muslim ataupun non muslim. Sepanjang mereka non muslim yg memasuki masjid masih santun dan respeck pada masjid sebagai rumah ibadah. Demikian kiranya asas saling menghargai.
Salam. Ricki S
Reply
memang betul ada org kafir dtg ke masjid utk berjumpa Nabi SAW. Tetapi org kafir itu ingin mendengar dakwah dari Nabi SAW untuk agama islam yg suci dan murni. tetapi skg ini org PAS ajak org kafir dtg ke masjid semata mata untuk mengadu domba, fitnah, membuat dakyah dan melaga lagakan sesama islamn demi survival politik yg sempit…..porahhhhhh lah. betul bak kata orang…PAS ada lah Parti Ajaran Sesat….sanggup buat apa saja asal dapat jadi pemerintah.
Reply
enjets Reply:
August 29th, 2010 at 11:51 pm
bro johari ko ade kat sane ke pada masa dan hari kejadian t.kasih
Reply
jori Reply:
September 4th, 2010 at 10:54 am
Zamy, Azam, Norsitah, Pak Ubah, Mohd Raimi dan semua-semuanya. Kamu semua apa bangsa. Agama apa. Tentunya anda semua ada jawapan yang sama. Janganlah kita kutuk mengutuk sesama sendiri, Marilah kita ambil iktibar apa yang telah berlaku di Palestin. Semuanya hasil daripada pergeselan sesama sendiri mengakibatkan kesemuanya merempat. Kafir laknatullah yang menang. Tentunya tidak mustahil boleh berlaku di negara yang aman kini. Ketahuilah semua yang kita akan kembali menghadap Rabbul Jalil. Aapa yang hendak kita bawa meniringi kita nanti, pastinya amal. Salah satunya ialah hubungan sesama kita. Macam mana nak jawap “saudara kami adalah orang Islam” jika kita sering bertelagah, bermusuh-musuhan. Marilah kita bersatu atas nama “Islam” dengan mengamalkan amal maaruf dan mengelakkan nahi mungkar.
Reply
zamy Reply:
August 30th, 2010 at 1:39 am
hihihihi…nampaknye anda telah disesatkan oleh UMNO-BN dgn fitnah yg hebohkan…..anda terlalu taksubkan hebahan ug dibuat oleh UMNO-BN yg telah menyimpangkan kebenaran ttg ape yg telah terjadi…..begitulah UMNO-BN yg menunjukkan dianye islamik ttp perangai munafik yg diamalkan….begitulah UMNO-BN yg tengah nazak dan lemas…..ape aje dicapainye asalkan dpt menjadi talian hidupnye…..walaupun cara yg dilakukan hanya memalukan islam……saje…..UMmmmph…NOooooooo..Be eNd….
Reply
azam Reply:
August 30th, 2010 at 8:08 am
Kepala abah kaulah JOHARI jika orang UMNO buat tak ada apa2 pula tu kat kedah masa bodolah PM dia panggil buah tsu koon datang dalam masjid kenapa orang umno diam sebab kaum kerabat mereka kau dan umno memang suka politik sempit tu belum lagi big mama berucap dengan kaum2nya tanpa tutup aurat dengan kemas pirahhhhhhhh berok memang betul BN parti BiNatang lagi teruk dari haiwan bila memerintah…
Reply
No 2 UMNO Reply:
August 30th, 2010 at 8:08 pm
ni sorang lagi mangkok ayun..kalo PAS sesat umno 10X lagi sesat kerana menolak hukum Islam
dan mengamalkan fahaman sekular.Ape dalil kamu untuk mengatakan PAS sesat??bagi fakta yang kukuh sebelum hendak mengatakannya,jangan bercakap macam orang yg jahil!
Reply
Norsitah Reply:
August 31st, 2010 at 12:34 pm
Pandangan sempit dari Johari yang mengenal Manikam, bukan dari Jauhari yang mengenal Ma’nikam
Reply
Pak Ubah Reply:
September 1st, 2010 at 2:24 am
Suntuk betul pemikiran anda…..siapa yang cuba mengadu domba antara umat Islam dengan bukan Islam….Isu yang kecil seperti biji saga pun hendak dipebesarkan oleh puak-puak yang suka melihat rakyat negera ini berpecahbelah…..sepatutnya sama membantu dan menasihat jika ada berlaku kesilapan….Orang seperti hang ini lah yang patut diperbetulkan…..Lihat apa kenyataan TG. Datuk Nik Aziz…..Faham apa yang diperkatakan….jika tak tau bertanya! jangan main cakap aje be….belajar lagi bedul…..
Reply
muhd raimi Reply:
September 2nd, 2010 at 2:45 pm
ni lagi satu pencacai…dah terang lagi bersuluh dah…mmg la org umno bn ni x tau malu…wat malu mahasiswa je la…
Reply
hamba Reply:
September 3rd, 2010 at 1:01 pm
JOHARI, THE KNOW ALL / TAHU SEMUANYA !! BALIK BACA SEJARAH SEBELUM HANG BERHUJAH, NIKK AZIZ BUKAN SEBARANG ORANG, HE IS SCHOLAR IN ISLAM ! HE IS A DISCIPLE ! HE IS A TEACHER ! HE HAS WALKED AND WALKING THE SPIRITUAL PATH ! HE KNOWS HIM WITH AND WITHIN THE ONLY AND ONLY ONE ALMIGHTY GOD.
JOHARI, JANGAN JOAHKAN DARI SEJARAH DAN AKIDAH! CEPAT HARI/HURRYKAN DALAM AKIDAH DAN SEJARAH.
ONE MALAYSIA STILL NEED PEOPLE LIKE YOU WHO TAKE THE TIME ! THE EFFORT ! TO VOICE UP.
I PERCAYA DENGAN SEJARAH ! DENGAN AKIDAH ! DAN YOU MENJADI SEORANG MURID KEPADA DAN DIBAWA ABANG NIK AZIZ, YOU ARE A BLESSING TO YOURSELF, YOUR FAMILY AND THE SOCIETY
BALIK LAH JOHARI SUPAYA YOU TIDAK JAUH TAPI DEKAT/DALAM…
Reply
andro Reply:
September 3rd, 2010 at 1:21 pm
Oleh Tuan Guru Hj Nik Aziz Blog….Kelantan Yang Aman Damai Bagi Semua Agama
Kategori: Isu Semasa
Isu perkauman, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, selepas tercetusnya kontroversi isu penggunaan kalimah Allah kepada “the herald” milik gereja Kristian, maka keputusan mahkamah tinggi itu telah menyentuh nilai-nilai keharmonian beragama di Malaysia.
Sehubungan itu, pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke bangunan gereja.
Alhamdulillah, kejadian buruk dan malang yang boleh mengeruh keharmonian tersebut tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana, Kelantan sejak zaman-berzaman telah mengamalkan cara hidup berteraskan agama yang berjaya menerapkan persafahaman antara kaum dan agama. Ia ses8ngguhnya selari dengan ajaran al-Quran, sebagiamana firman Allah (Surah az-Zumar, ayat 38).
Maksud
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.
(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Surah Az-Zumar, juz 24:38)
Rakyat Kelantan, kini dalam rahmat dan berkat Allah kerana penerimaan yang jelas dan mutlak kepada keEsaan Allah SWT. Maka, kekalutan seperti cubaan membakar gereja tidak berlaku dan tidak terfikir berlaku di Kelantan. Walaupun kita tahu, di Kelantan sekarang juga terdapat berbilang kaum dan agama. Dalam keadaan Kelantan memiliki 563 buah masjid, 60 To’kong, 22 Wat, 19 Kuil dan 15 buah Gereja, kesemuanya bebas dan aman penuh harmoni menjalankan amal ibadat dan upacara keagamaan masing-maising. Sesungguhnya, Kelantan sejak ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam telah berjaya mewujudkan perpaduan yang jitu semua lapisan rakyat di kampung, estet, pekan dan bandar.
Bagi kerajaan Negeri pula bersikap terbuka dan sedia berbincang melalui sebarang perundingan demi keharmonian hidup antara kaum. Kesemua cetusan rasa pihak Kerajaan Negeri sedia melayani dan berbincang. Pengalaman kami, telah acapkali kita berdialog, berunding dan duduk semeja bersama-sama pembesar agama dari agama Kristian, Buddha, dan Hindu. Ruang selesa kita bentangkan kepada mereka bagi mendirikan rumah ibadat atas tanah milik mereka, dan pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan prasarana. Ia adalah antara keselesaan yang teristimewa dinikmati di Kelantan. Maka kita tidak pernah terlibat dengan peristiwa meroboh mana-mana To’kong, Kuil, Wat hatta Gereja.
Apa yang penting, semua agama percaya kewujudan tuhan. Bagi Islam, perkataan Allah adalah nama yang Dia sendiri menamakannya, tidak manusia menamakannya. Ia adalah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang menjadi tumpuan sekalian makhluk, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang setara dengan denganNya.
Maka bagi agama lain, apa sahaja yang nak sebut mengenai nama tuhan, terserahlah atas hak agama masing-masing. Ia adalah antara nilai-nilai hormat menghormati mengikut kepercayaan masing-masing. Dan kepercayaan yang suci ialah beriman dengan kekuasaan Allah yang berkuasa di atas setiap ciptaan alam ini.
Reply
m.ridzuan Reply:
September 13th, 2010 at 1:50 pm
ko ni patut balik berubat diri ko tu. dekatkan diri dengan ilmu
Reply
asyraf Reply:
September 21st, 2010 at 12:38 pm
kasihan johari.. masih di takuk lama.. bukalah minda, jgnla menghukum menggunakan hati.. ikot hati,binasa.. saudara, sy ingin tahu, bagaimana saudara dpt tahu mereke dtg ke masjid menyebar fitnah..?? xknla tidak sorg pn dr jemaah itu menghalang perbuatan terkutuk itu?? anda bercakap seperti anda sendiri terdiri dr jemaah2 tersebut, maksudnye, anda pn menghalalkn penyebaran fitnah itu? jgnlah sebarkn fitnah klu anda sendri tidak tahu kebenarannye..
sedarlah wahai sedara, mula2 isu nonmuslim xley masuk masjid langsung..
bile da dijelaskn bahawa nonmuslim bley masuk masjid, timbul plk persoalan ape yg mereke buat disitu.. ape neh?? ini bukan lg persoalan non muslim masuk msjid, ini seperti MENCARI KESALAHAN PIHAK PEMBANGKANG.. obvious skali isu ini.. ianya dijadikan politik.. sedarlah wahai sedara..
sedara kata dlu time zaman rasulullah, nonmuslim dtg utk mendengar dakwah.. tidakkah ini yg berlaku dalam kes ini?? di mana RP non muslim itu sendri telah berjumpe ngn TG Nik Aziz, utk mendengar pandangan Ulama ttg kes ini.. secare xlangsung, dakwah berlaku..
bukalah pandangan kita, sentiasa pk positive, jgnlah terlalu mengikot kata hati.. supaye kite same2 mengambil iktibar..
Reply
sedia dikomen Reply:
October 17th, 2010 at 4:32 am
salam mr johari…….hang ni mesti duk belajar agama kat amerika sampai dpt phd tu pasai jd mcm ni…hang duk tgk melayu remaja islam malaysia zaman skg apa dh jd dtg masjid wat masiat,buang anak tepi tangga dan teguk artis kahwin dlm pakaian terdedah takdelah pulak nak mjadikan isu knp r?sbnya tak ggu depa punya parti…dan hang pulak knp tak berani duk mperjuangkan masalah ni???tpnya bab org bukan islam masuk masjid dh melenting,skg ni mai g kedah@pn kelantan duk bersekoloh pondok plak utk nak tau belajar ilmu agama dgn betul pastu hang boleh duk nak bercerita bak hukum ni tau
Reply
Saya juga rasa begitu.. mmg tak salah.. demi mencapai matlamat dan membantu bangsa dan agama lain, kita sebagai muslim patut cuba untuk bersembahyang juga di kuil, tokong dan gereja.. memandangkan kita ni negara yang mempunyai pelbagai agama.. elok teruskan smua usaha murni ini.. pasti islam akan menjadi contoh utk pakatan ini..
Reply
halil Reply:
August 30th, 2010 at 8:14 am
Berhati2 hooliganatwork dengan tulisan mu itu bagai mana orang muslim hendak cuba sembahyang di kuil dan gereja atau tokong ni nanti salah tafsiran pula jadinya takkan nak selaraskan semua agama walaupun kita berbilang bangsa.
Reply
Tok Guru memang Betul…This is what True Islam Mean. The Politician who knows nuts about Islam are the one that creates and cause the Misunderstanding the World view on Muslims !
Reply
memang betul orang yang bukan islam/belum menerima islam memasuki masjid d zaman Rasullah SAW tetapi berangkali niat jauh berbeda…zaman dulu orang bukan islam/belum menerima islam masuk masjid kerana niat suci mau bertemu nabi SAW dan ingin mengetahui Islam tapi zanam sekarang niat lain mau menyempaikan ideologi politik…niat mau mengenal islam zero langsung….tak sama…inin kena analisa….hehehe
Reply
enjets Reply:
August 29th, 2010 at 11:56 pm
kita bukan para malaikat kita hanya manusia yang kerdir dijadikan allah swt,jadi jangan lah buat andaian ,niat seseorang,
Reply
zamy Reply:
August 30th, 2010 at 1:45 am
mcm manelah awk nie…..belum ape2 dah buruk sangka pada non Muslim….kalu mcm nie langsunglah islam menjadi bende yg ditakuti oleh bkn islam……eloklah tu…jadi rakan Yahudi-APCO..sbb itulah keje yahudi(musuh islam)…..
Reply
nick Reply:
August 30th, 2010 at 6:46 pm
Niat baik harus merangkumi seluruh akal, budi dan jasad, apabila kita berpandangan negatif maka kaburlah niat baik dalam sanubari, betul tk saudara Johari dan saudari islah?
Reply
asyraf Reply:
September 21st, 2010 at 12:46 pm
mayb pada mulanya nonmuslim tidak terniat yg peluk Islam.. but who knows?? Allah nk bg hidayah pd mereke utk mendekati Islam walopon pd mulenye mereke ingin menyampaikn ideologi politik.. seperti yg terjadi dalam kes ini, pd mulenye hanye utk menjalankn tugas as RP utk sampaikn sumbangan di masjid, but Alhamdulillah, atas isu yg diperbesarkn ini, RP tersebut dtg berjumpe Ulama(TGNA) utk mendengar pndangan Islam ttg hal ini.. Dakwah berlaku~~ if Allah ingin menurunkn hidayah kpd hambanye, hambanya XPERLU PASANG NIAT.. Allah ada better planning..
Reply
Asalamualaiku, sbg islam kita disaran untuk berbaik sangka, bukanya buruk sangka, buangkan sikap n sifat racisme,ianya mencemar.Islam adalah agama penyelamat, TGNA memang betul,ada baiknya kita sbg umat islam bertoleransi.non muslim xsalah memasuki Rumah ALLAH dgn syarat berpakaian sopan dan menghormati islam.
Reply
salam
Umno kian tersepit setelah isu perkauman dan agama terus diapi-apikan, kononnya juara rakyat , juara agama…padahal merekalah yang bermuka-muka dan menolak perintah Allah terlaksana dibumi Malaysia.
Bagaimana mungkin ulama umno buta sirah? baiklah, seadanyanya “ijtihad” ulama umno kata kita kena punyai sensitiviti tinggi untuk ini, maka sampai bila pandangan terhadap Agama islam akan berkembang sebagaimana rasulullah ajar? Nabi biarkan orang kencing di masjid, bukan nabi merelakan, tetapi Nabi tahu bhwa akibat cara yang salah cara nak bertindak sebenarnya akan merugikan pihak orang Islam.
cuma, pandangan peribadi saya, lebih elok jika non-muslim(merujuk kpd YB terlibat) memakai kain menutup aurat., mudah saje, bkn tak blh masuk..,blh, Bini Najib pun rambut berkembang hari2, …huh….
NKRA- NAJIB KERJA, ROSMAH ARAH…
Reply
Dibulan Ramadan yang mulia, syabas utusan meniupkan api kejahilan agama
pada setengah muslim yg. mengaku muslim.
Niat “suci” utusan semoga mendapat “ganjaran” dari Allah.
Hanya Allah Maha Mengetahui isi Hati Utusan. Biarlah Allah “MEMBALAS” “niat”
“suci” Utusan.
Kita, yg mengaku islam sebenarnya, berdoalah diakhir2 ramadan agar SIJAHIL AGAMA
mendapat “Habuan” setimpal dengan KEJAHILANNYA. Termasuk yg. menulis disini,
terserlah kejahilannya.
Ingat, jangan nodai kesucian ramadan dengan isu2 remeh yg menjauhi non-muslim
mendekati islam. Sebenarnya kita semua wajib menjadi PENDAKWAH bukan PEMECAHBELAH.
Insaflah, sebelum Allah menurunkan BALA’ lebih dasyat lagi dari ranapnya BAZAR
Ramadan. fikirlah….salam aidil fitri.
Reply
Johari, hooliganatwork, islah05..org islam yang jahil agama lebih teruk dari org bukan islam yang jahil agama…puteri umno masuk masjid tak pakai tudung duduk depan saf pertama dgr org bagi ceramah tak pakai tudung boleh di kira macam maner..itu yang beragama islam..kalau tak beragama islam memang dah sah jahil dalam agama islam..kita hidup kalau org suruh terjun kita pun terjun…belajar dulu agama..banyak baca al-quran dan fahami..tanyak ulamak dan ustaz2..jgn kerana org bukan islam masuk masjid cakap menghina islam..org yang tak pakai tudung, mendedahkan aurat dah tahu hukumnya haram itulah org yg menghina agama islam yg terang2an..al-quran suruh tutup aurat, pakai tudung, jgn main judi, jgn minum arak dan bermacam lagi..kalau org islam yang buat memang dah sah org tu menghina islam..lu pikir la sendiri…
Reply
saya amat hairan kenapa Majlis Fatwa tidak berani untuk menegur Tok Guru dalam hal ini. Dan kenapa pula Tok Guru tak mengajak DAP untuk bagi tazkirah di Masjid2 dan Surau2 di Kelantan. Kejadian ini hanya berlaku dimana DAP memerintah atau berkuasa dibalik tabir sepert Selangor. Saya cabar Nik Aziz supaya jemput kafirun ini untuk buat di Kelantan… nescaya PAS akan tumbang.
Reply
zamy Reply:
August 31st, 2010 at 5:40 pm
saya tak hairan ape yg awk katakan……sbb kate awk dari lidah org yg jahil…..dan UMNO-Bn tak pernah nak mentarbiahkan rakyat spt awk…….pergilah “TANYA USTAZ” dulu…..jgn pandai-panda jadi ustaz
Reply
man_tap Reply:
September 2nd, 2010 at 12:15 am
aku setuju..
Reply
man_tap Reply:
September 2nd, 2010 at 12:16 am
saya setuju…
Reply
muslimah Reply:
September 18th, 2010 at 11:31 pm
salam, bro ishak..
“saya amat hairan kenapa Majlis Fatwa tidak berani untuk menegur Tok Guru dalam hal ini. “…sah2 la..Tok Guru uat bnda btul, uat ape nk tgur..tak perlu ajak DAP pi surau @ masjid kat kelantan sbb kat sna sah2 bangsa non muslim follow Tok Guru..xperlu DAP ..xperlu MCA..xperlu MIC..PAS sudah ckup, PAS untuk semua..biar org ckp kat sna xmaju tp jgn jdi jahil dlm agama..sbb hanya dgn agama lah kita bgantung nanti..insyaAllah..sy ttp dan teguh dgn Agama Islam..aminn..
Reply
sedia dikomen Reply:
October 17th, 2010 at 4:14 am
sbnya majlis fatwa@majlis mufti2 ni tak berani beri komen sbnya apa yg dikatakan nik ziz tu semua betul belaka…hang apa tau…lain kali nak belajar ilmu jgn belajar kat amerika belajar je kat sekoloh pondok tau
Reply
salam saudara johari n islah05..bykkan la lg ilmu agama korg..masih belum cukup tuh..dakwah yg utama adalah akhlak..so kalu agama lain bg dieorg masuk ke dalam tempat ibadah mereka n kita muslim yg jahil mlarang mereka utk masuk ke dalam masjid/surau, so adakah kita mampu mnarik minat mereka utk mnganut Islam or makin mnjauhkan mereka?..fahaman sempit kita selama ini adalah kerana kita berimamkn kerajaan yg membakul sampahkn Al-Quran n Hadis..maka lahirlah golongan2 spt korg ni..blajar la lg eh..jazakallah
Reply
bodolaa tukang komen atas ni….kalu dah tahu niat…..maksudnya mesti ko ni pon tuhan….
saper plak manusia kat dunia ni leh baca niat orang….belajarlah bersangka baik. Mana tahu terbuka hati orang yg melangkah ke surau/masjid nak masuk islam….
Elok lagi kafir….at least datang jugak surau/masjid. Orang melayu lain…..time ader isu aja barula nampak batang idung kat masjid.
Badut btul ko punya komen
Reply
azman Reply:
September 1st, 2010 at 6:54 am
Jackamp awak orang kafir ke sebab beria2 sangat hentam orang melayu/islam orang kafir saja yang memusuhi islam mungkin anda dalam golongan musyrik jika tak reti nak komen jangan komen faham!!!
Reply
Sah dah melayu islam umno dah sakratul maut.
Maka apa saja isu yang boleh renggangkan PR akan di ketengahkan
Kita siap sedialah untuk talkinkan UMNO selepas PRU 13 nanti
Reply
Hello mr johari!! kau ni kaki UPCO la!!bangang btul laa.. kau dengar ke apa cina kapir tu kata kat dalam surau tu jangan tuduh2 je umnolah parti yg suka adu domba.. Porraahhh lah lu..
Reply
betul gak tu,..sokong islah05
dlu zaman rasullallah mana ada parti politik.x ke plik tiba2 datang masuk beri ceramah.im confuse here why dis politician dtg msjid.kalau cuma datang melawat dan dengar ceramah kita xpe la…tmbh keraguan org politik la tuh..skrg sultan murka.dah awal2 pesan jangan bawa isu politik dalam masjid dan surau.Cuba fikir relevannya.Kalau xde halangan sebegitu,umat islam negara ni berpecah.Sekarang ni pn dh byk keluar berita ajk msjid/surau letak jwtn pasal x brpuas hati dgn pngurusn msjd/surau.Itu belum masuk politik….Jangan sampai satu masa nnti 3 imam jemaah besar dalam satu masa dan tempat yang sama kerana tidak suka satu sama lain.nauzubillah…
Reply
m.ridzuan Reply:
September 13th, 2010 at 1:52 pm
kalu ko kata cam seolah-olah ajaran nabi terhad waktu tu jelah… islam sepanjang zamanlah… balik pegi mengaji dulu…
Reply
sedia dikomen Reply:
October 17th, 2010 at 4:43 am
hang ni mmg peliklah…mmglh takde parti masa tu beng….tp politik ada bgggg…tu pasal tok guru duk mgikut contoh pemerintahan rasullah…
Reply
islaO5 tahu ke isi hati orang lain. Jgn jadi terlalu amno deh. Islam dulu dan sekarang sama je, Quran yang sama. Hukum Allah tetap sama dari zaman nabi sampai sekarang. Tak tahu agama baik jangan komen, berat balasan Nya.
Reply
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
Reply
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
===============
fikir2kan dan selamat beramal
Reply
Bagaimana dengan kontraktor cina bukan Islam yang mengalibabakan kontrak membina masjid projek kerajaan UMNO/BN daripada kontraktor Melayu-Islam dengan kebanyakan pekerjanya sekali terdiri daripada kaum cina dan india bukan Islam?
Reply
Marilah kita bersangka baik dengan nawaitu bukan islam yang memasuki masjid demi kepentingan dakwah. Tidakkan inilah peluang menunjukkan kepada non-muslim kita mengimarahkan masjid dan surau. Jangan kita secara tidak sengaja menjauhikan hati non-muslim kepada keindahan islam.
Reply
org2 BE END tkpyah la nk brcrita psal prpaduan…psal hukum hakam agama..jgn ckp ahli muftinya pn xble pkai…peeeeerahhhhhhh BE END……
Reply
Kenyataan Tok Guru brdasarkan Hadis dan Quran, janganlah dipertikaikan.Siasat dulu sebelum anda jadi fasik.
Reply
Kenyataan Tok Guru adalah bedasarkan Al-Quran dan Hadis. Siasatlah dahulu sebelum jadi fasik.
Reply
Ooih Nabi jgk berpolitik la dlm masjid bahalol….Psl politik mempengaruhi kehidupan manusia jd klu macam tu politik penting la utk menyebarkan agama Islam sbb mempengaruhi manusia. Itupun tak paham ka dungu betol la…
Reply
Nabi guna apa utk mngembangkan Islam? Guna politik la ngok…Siapa Nabi approach dulu dlm mengembangkan Islam? Jawapannya raja2, pemerintah2 di sesebuah negeri dan orang yg berpengaruh bukan kah politik namanya tu…. Biarlah orang bkn Islam dekat dgn masjid supaya diorang tau mcm mna org2 Islam tu sebenarnya takla sama dengan 2,3 kerat org Islam diluar masjid. Bila org bukan Islam kenal bagaimana sebenarnya orng Islam yg mengimarahkan masjid, takla diorang label Islam nie bukan2…
Reply
Politik tu mempengaruhi kehidupan manusia sebab tu la Nabi S.A.W menggunakannya sbg medium utk menyebarkan Islam kerana kesannya lebih signifikan. Sudah2 lah org BN nak bodoh rakyat, skrg nie suma pandai berfikir dah..mampos la korang suma tak lama lg wahai penzalim2 sekalian…mai sni sepa lg nak lwn hujah…ilmu tak seberapa sda nak lwn tok guru…biar saya je satel diorang sume nie yg masih bhujah ikut kepala lutut…
Reply
Apa plak niat skrng berbeza, klu orang bkn Islam melihat bagaimana org2 Islam itu cinta pada kebenaran dan keadilan dlm menentang org2 yg zalim dgn berpolitik di masjid tidakkah itu cukup memberi contoh yg baik kepada org bkn Islam bahawa Islam itu benci kepada penindasan dan kezaliman. Bukan kah ini satu contoh brdakwah melalui perbuatan kerana berdakwah melalui perbuatan lebih mendatangkan kesan drpd bercakap2 sahaja…
Reply
salam everyone,
just felt like sharing my thoughts here.
kalau kat masjid2 overseas, komuniti muslim sgt2 mengalukan non muslim dtg ke masjid, setiap tahun mesti buat ‘open day’. utk event2 mcm ni, komuniti masjid akan buat talks, exhibition, jualan mknn, memperkenalkan budaya2 islam dll.
komuniti muslim new zealand contohnya kebanyakan terdiri drp masyarakat dari negara2 asia, eg. pakistan, m’sia, middle east. tapi kalau solat jemaah semua solat sekali, walaupun lain bangsa & mazhab (kalau kat m’sia mesti dah jadi isu besar). yg pentingnya di sini nak kata, regardless of who you are, warna kulit, and agama apa kita percaya, org muslim (and non muslim) sgt understanding.
we should really go back to the basics: apa2 kita nak buat, kita buat kerana ALLAH.
problem utama i think yg menyebabkan kita KURANG buat benda basic ni sbb m’sia fanatic sgt pasal politic. politik berdasarkan adat/warna kult diutamakan, sikap rasional dan bertolakansur di ketepikan. peribadi & tingkahlaku nabi muhammad saw dilupakan. sampai bila kita nak kata kita muslim atas nama je? adoi la.
dah2 la tu. biar la kalau non muslim nak masuk surau kalau diorg berpakaian/berkelakuan sopan. biar la kalau m’sians nak complain pasal govt kalau x puas hati. sikit2 nak threaten dgn ISA. eish, boleh tak jgn PARANOID sgt? kita ni negara democracy ke fascist?
lagi satu, ada commenter atas kata – NIAT that non muslim masuk masjid tu salah. lol.
mana kita tau niat dia apa? Tuhan je boleh tau niat org, kita mana la boleh betul2 tau.
aduhai tanah airku, tolonglah bangun. wake up, m’sia. sedih la.
kita dah bebas dari kuasa barat for more than half a century…
tapi bila kita nak kata nak bebas dari our own prejudices?
especially to muslims – let’s dalami what ‘peace’ and ‘submission’ REALLY means.
wallahualam.
Reply
Segambut Reply:
September 3rd, 2010 at 8:07 am
Salam Z dan semua.
Benarlah apa yg kamu tulis tapi malangnya di negara Malaysia, sesetengah golongan melayu muslim berpikiran Islam itu hanya untuk melayu, yang lahirnya dari parents muslim. Pendek akal dan jahil sungguh mereka2 ni. Islam yg syumul disempitkan oleh golongan2 ini.
Makin jauh lah hati non muslim di Malaysia untuk mendekati kerana hanya sedikit mencuba sudah ada yang hendak ‘menggigit’.
Reply
Camna lak niat pemimpin dan isteri mereka yg pakai tudung nampak rambut? Adakah mereka berniat memperlekehkan dan mengelirukan ajaran Islam? Adakah mereka cuba membawa ideologi baru berkenaan hukum Islam? Sila analisis…
Reply
ZAINAL ABIDIN Reply:
September 1st, 2010 at 7:36 am
Yang PELIKnya orang/pemimpin UMNO yang agama dan hukum hakam tak seberapa ni suka mencari kesalahan orang lain cuba mereka yang bercakap serupa bijak pandai sebenarnya lagi hantu serupa syaitan.
Reply
Saya syurkan orang UMNO yang bising isu bukan Islam masuk masjid, elok tanya ulama tersohor, Yusuf Qardahwi, jika UMNO tak yakin apa yang Tuan Guru Nik Aziz kata. Lepas itu buatlah komen. Ini komen dalam keadaan buta huruf tentang Islam. Umat Melayu No Knowledge (Islam)= UMNO
Reply
dalam islam politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat
Reply
Bukankah setiap bayi yang baru lahir ke dunia adalah ibarat kain putih yang bersih…suci dari segala dosa..namun apa yang membimbangkan apabila ia dewasa adalah ia akan dipengaruhi oleh Arak,Judi dan Zina(pelacuran) yang di cipta pemerintah bangang..mereka malu andai dunia luar melihat di Malaysia tiada gejala Arak,Judi dan Zina…namun pada hakikatnya Melayu UMNO ingin merosakkan Bangsa India serta Cina dengan Arak,Judi dan Zina namun kini senjata memakan tuan apa dah jadi….Ingatlah Islam,Buddha,Hindu dan Kristian sekata di dalam isu Arak,Judi dan Zina…punca rakyat terpalit noda dan dosa adalah pemerintah yang Beragama namun kafir di hati dan fikiran….Rukun Negara Kepercayaan Kepada Tuhan…tetapi Arak,Judi dan Zina di perniagakan…..untuk menjadi ahli Neraka…..
Reply
ikenpilla Reply:
September 3rd, 2010 at 7:36 am
Kerajaan PKR selangor meluluskan lesen arak camner lak andro
Reply
Apa yang menjadi keegoan UMNO adalah apabila Rakyat bersuara menghina Negara Sendiri dengan Lagu Negaraku…dan Isu Cina balik tongsanlah…adalah lucutkan kewarganegaraan mereka…mereka sombong bagaikan Negara adalah bapak mereka yang punya….Apabila terkena batang hidung sendiri mula melenting..inilah Melayu ciptaan UMNO…melayu yang sebenarnya adalah Melayu yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun….beradat dan berbudaya….Renung2kan lah apa erti Keharmonian Islam dengan Agama-agama yang Lain….sehingga Allah mempertemukan Perayaan Aidil Fitri dengan Kongsi Raya bersama Tahun Baru Cina1996,Krismas 2000 dan Deepavali 2004….inilah Keadilannya…..
Reply
klau nak jd org Islam sejati sekurang kurangnya kita kena tau erti Islam itu sendiri, kita kena byk menanya, menbaca, bermuzakarah, mendengar ceramah & lain2. Ilmu tentang Islam amt luas, TAPI yg aku tau kebykkn Org dr Parti Umno cetek ilmu islamnya, bg dia org Islam itu nesti ikut kehendak dia org. Mana perkara yg brtentangan dgn kehendak keduniaan mereka semua x baik.. bermula br kepalanya turun kepada sebilangan org tau ugamanya lepas tu tuturun pulak pd org dbawahnya.. umno>< united malay MUSRYIKIN organisation.
Reply
Terima kasih UMNO kerana menyedarkan saya bahawa non-muslim tidak boleh masuk masjid/surau ataupun mengikut aktiviti agama Islam.
(1) Dalam tahun 85-86 masa saya belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Perak saya selalu di ajak oleh kawan-kawan yang beragama Islam belajar di dalam surau asrama. Walaupun merasa was-was tetapi setelah diyakinkan bahawa saya boleh masuk surau asalkan saya tidak melakukan perkara yang dilarang serta berpakaian sopan.
(2) Semasa di dalam ATM, setiap kali aktiviti, mengikut tradisi orang bawahan saya selalu membaca doa. Di dalam doa itu mereka selalu mendoakan kesejahteraan kompeni serta diri saya sebagai pemimpin mereka. Sejuk rasa hati saya apabila orang bawahan saya turut mendoakan kesejahteraan saya sebagai pemimpin mereka.
Nampak gayanya, UMNO berkehendakkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada surau/masjid serta aktiviti orang Islam. Saya dapat rasakan bahawa UMNO mahukan agar pasukan tentera dipimpin oleh orang Islam semata-mata. Mungkin itulah maksud 1Malaysia mereka…
Akhir kata, sekali lagi Terima Kasih kepada UMNO kerana menyedarkan saya apa makna sebenar atau wacana 1Malaysia.
Terima Kasih
Mupok Aku
R6R
http://www.Bukittunggal.com/
Reply
komen ini ditujukan kpd johari yg mcm xpnah skolah agame…
ko ckp pas ajak org kafir msk surau nak bg dakyah???
org tu msk nk bg derma la..
ko tnye la ustaz..
jgn ko tnye ustaz umno…
kalo aku jd ko aku malu…
cetek ilmu agame…
ko pergi la blajar agame skit…
dlu zaman nabi, org yahudi g kencing dlm surau tp nabi xmarah..
baginda barcakap secara baik dan lembut..
johari..
ko mmg bodoh!
Reply
Nak bagi duit peruntukan memperbaiki pagar surau pun nak di jadikan propaganda oleh UMNO…lihatlah Prinsip Pakatan Rakyat dalam menangani masaalah Kerohanian Rakyat yang kian pudar tentang agama…peruntukan memperbaiki surau atau masjid,kuil,tokong dan gereja adalah suatu kerja murni…agar rakyat lebih merasa selesa dan sejahtera ketika beribadat kepada Tuhan..melindungi dari di cerobohi oleh pencuri2,(sepatu)minyak motosikal,dan sebagainya….
Reply
Johari, hooliganatwork, islah05, ishak dan yang seguru dengan depa ni. . . keh keh ..
Heah laa Majlis Fatwa tak komen , sebab Majlis de ilmu agama dan sunah.
Hampa ni belajo le baik2. Yg dok hampa cemoh tu Tok Guru Alim berilmu tau. Hampa ni belajo agama bior setaraf dengan Tok Guru Murshidul Am tu , pas tu baru lah nak nafi tu dan ini kalau betul2 korang ni berotak lah. Kalo tak mau blajo . . . suka ati korang lah pakai rojoh je le. keh keh!
Reply
jkalu nak berjaya..berdakwah orang melayu tu dahulu bukenya dok mengutuk ore umno denganbermacam2 cacian.ore umno tu islam dan pas pun islam.apa pas dah buat setelah memrintah bebrapa buah negeri?adakah semua rakyat masuk islam,tidak menentang islam ,ikut undang2 islam atau pun teruk lagi.saya sebagai rakyak bisa ni..bantulah orang umno yang suadara anggap tidak islamik itu menjadi lebih beriman dan beramal soleh.sudah berapa kali saudara ahli pas bersemuka dengan ahli umno untuk berdakwah secara terangan.sedarlah kita bangsa melayu sedang terkebelakang dari segala segi kalu kita tidak menguasai dunia tidak mengapa tapi cintailah akhirat tunjukan kpd pak arab yang islam sedang memuncak di negara malaysia ini.
Reply
initakadil Reply:
September 6th, 2010 at 8:34 am
Cakap memang senang adilka setahu aku orang UMNO ni mana nak dengar tarbiyyah orang itu yang susahnya mereka sendiri menolak nak kata bagaimana lagi.Macam aku di KL ni tak kira apa parti pun semua jadi kawan sebab pemikiran orang bandar berbeza dengan kampung mereka taksub kepartian tapi daripada UMNO baiklah PAS?
Reply
sungguh jauh beza ilmu agama antara pemimpin pas dan umno! Orang umno sendiri tak dapat beza adakah berdosa perempuan muslim tak pakai tudung, inikan pulak nak jawab soalan mengenai bole tak org bukan muslim masuk masjid!
Reply
Umno-Mais-Jais Tunjuk Sikap Hipokrit Layan Kamalanathan Dalam Masjid
Oleh Fazli Othman & Frederick Luccas
SHAH ALAM 19 Sept – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis penyerahan ‘mock cheque’ oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Masjid Sg Tengi Selatan baru-baru ini menyerlahkan sikap hipokrit Umno.
Malah lebih menyedihkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang hebat menghentam Pakatan Rakyat dalam isu lawatan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral bulan lalu turut menunjukkan sifat munafik apabila turut bersama-sama Kamalanathan dalam masjid tersebut.
“Bagi Pakatan Rakyat semenjak dulu kita telah memberitahu tidak ada masalah orang buka Islam mengunjungi masjid atau surau. Kita dasarkan hujah kita kepada dalil hadis serta seerah Nabi SAW, sejarah Islam malah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.
“Hanya apabila kita buat, riuh rendahlah satu kampung Umno, Mais dan Jais mengatakan kita menghina Islam dan mengeluarkan arahan orang bukan Islam tidak bloleh masjid dan sebagainya. Tetapi dia buat boleh, malah Mais dan Jais turut sekali memberi sokongan kepada Kamalanathan dalam masjid tersebut.
“Pada pandangan kita, orang bukan Islam tidak dihalang daripada memasuki surau dan masjid asalkan tujuan dan niatnya baik serta mendapat persetujuan dan dijemput oleh jawatakuasa surau atau masjid berkenaan.
“Sebab itulah kita labelkan Umno, Mais dan Jais hipokrit, dia buat boleh, kita buat semua tak boleh,” kata Khalid kepada Suara Keadilan.
Khalid menegaskan strategi yang digunakan oleh Umno-BN adalah untuk menunjukkan seolah-olah kedudukan Islam tercabar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat PR di Selangor.
“Apabila Umno-BN membawa masuk pemimpin bukan Islam ke dalam masjid, tak salah tetapi apabila kita berbuat yang sama, kita dituduh menghina Islam sedangkan itu sama sahaja.
“Ini hanyalah satu pembohongan dan saya harap rakyat tidak termakan dengan propoganda Umno-BN kerana semua usaha oleh pemimpin Pakatan Rakyat amat jelas tidak bercanggah dengan Islam,” tegas beliau lagi.
Tambah beliau, Umno-BN khuatir strategi mereka tidak berkesan lagi dan DAP akan diterima oleh masyarakat umum sebagai sebuah parti yang bukan anti Islam, dan PAS pula akan dapat diterima sebagai parti yang bukan ekstremis Islam.
Sekiranya usaha PAS dan DAP berjaya mengikis persepsi negatif yang dilabelkan oleh Umno-BN, maka masyarakat akan dapat menerima kedua-dua parti dengan lebih baik lagi, lantas akan mengugat kedudukan dan kekuasaaan Umno-BN.
“Pada hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP adalah untuk memecahkan propoganda negatif yang disebarkan secara luas oleh Umno-BN selama ini. DAP mahu membasmikan imej anti Islam manakala PAS pula mahu membasmikan imej ekstremis Islam yang diletakkan oleh Umno-BN,” jelas Khalid.
Dalam blognya, Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Umno tanpa syak lagi berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.
Beliau menyelar sikap Pengarah Jabatan Agama Jais dan Mais yang bersengkokol dengan Umno yang sebelum ini lantang bersuara berhubung isu penyampaian tazkirah dan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi menutup sebelah mata sahaja membabitkan pemimpin parti itu.
“Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor pula terus menjadi “kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara”.
“Lebih hebat, ‘Ustaz Kamal’ bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.
“Ke mana perginya ‘ahli parlimen berkopiah’ (Zulkifli Noordin) dan mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?” soal Khalid.
Reply
hahaha…Johari aku rasa la,klu ko di hidupkan di zaman Rasullah pun sudah pasti ko menentangnya dan tak percaya segala ajaranya ,sebenarnya jgn kita pikir dengan islam baka yg kita anuti secara otomatik drpd tok n bapa kita yg dahulu islam akan mematangkan diri? pergilah belajar agama supaya mengenali dgn lebih dekat ttg diri,Rasul n Allah …ingat jika kt menentang islam sebenarnya kita menentang Nabi , rasul dan yg teruk sekali ialah menentang Allah.
Reply