30
Jul
10

Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ

Dari TV Selangor

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan kerajaan meluluskan satu lagi pembayaran berjumlah RM372 juta bersabit projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang , (PKFZ) yang setakat ini menelan belanja lebih RM6billion wang rakyat tanpa pulangan nyata.

Kementerian Pengangkuatan mengarahkan Lembaga Pelabuahan Kelang supaya meluluskan pembayaran RM222.58 juta kepada kepada syarikat tujuan khas Free Zone Capital Bhd dan RM150 juta kepada Special Port Vehicle sebelum Ahad ini. .

Pembayaran itu dikatakan adalah untuk pemegang bon yang diterbitkan oleh kontraktor utama PKFZ Kuala Dimensi Sdn Bhd KDSB.

Sejak projek itu dilancarkan, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah meluluskan pelbagai pembayaran kepada KDSB selain memberi surat sokongan untuk syarikat itu mendapatkan pinjaman bank dan menerbitkan bon.

Kementerian Pengangkutan secara trdisi di terajui oleh pimpinan MCA yang dituduh bersekongkol dengan Umno untuk membuat pembayaran-pembayaran lumayan kepada KDSB.

Pembayaran terbaru lebih RM222 juta diluluskan kepada FZCB atas keperluan membayar kepada pemegang bon projek itu, namun alasan itu ditolak sebagai tidak logik dan rapuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan LPK dan kerajaan harus menunggu keputusan mahkamah berhubung kes tuntutan-tuntutan mencurigakan yang dibuat oleh KDSB sebelum meluluskan sebaran bayaran lanjut.

“Tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan ataupun LPK membayar apa-apa kepada pemegang bon. Sebarang bayaran harus di buat oleh KDSB sendiri,” kata Tony Pua, seorang pakar ekonomi dan Ahli Parlimen PJ Utara dari DAP.

“Dengan meluluskan pembayaran ini, kerajaan secara langsung menyelamatkan kroni-kroni disebalik skandal PKFZ,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata Menteri Pengangkutan sekali lagi cuai menggunakan kuasa untuk mengarahkan LPK membayar RM372 juta kepada syarikat milik KDSB.

“Semua pembayaran seharusnya telah dibekukan sehingga hasil siasatan terhadap skandal itu diketahui oleh umum,” tegas beliau.

Dr Dzulkifli bersetuju bahawa LPK tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada KDSB sehingga pertikaian di mahkamah selesai.

Bekas Menteri Penangkuatan Ong Tee Keat membayangkan rasa terkejut dengan keputusan kerajaan untuk membuat satu lagi pembayaran lumayah kepada syarikat milik kepentingan KDSB.

“Kerajaan seharusnya bertanya kepada LPK kenapa ia menangguhkan pembayaran,’ dan bukan berkeras meluluskan pembayaran itu,” Tee Keat dipetik berkata oleh portal Malaysian Insider.


13 Responses to “Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ”


  1. 1 orang BN Jul 30th, 2010 at 11:19 am

    kasi kuyak saja…..

    Reply

  2. 2 andro Jul 30th, 2010 at 2:50 pm

    Al Kisah di era zaman penjajahan British di Tanah Melayu,seorang Resident Inggeris British melawat sebuah kampung di iringi seorang Melayu(tali barut) yang tidak fasih berbahasa Inggeris….menemui seorang Ketua Kampung lalu Ketua Kampung bertanya kepada si tali barut itu….’Cuba kau tanya Tuan Besar boleh kah Tanah Melayu merdeka?Si Tali barut Inggeris itu pun bertanya kepada Resident British itu…sambil mendongak keatas dan menyendengkan kepala Resident British itu berfikir maka terkeluarlah bunyi ‘UUUMM NO!!!’ maka di dalam hati ketua kampung tertanya-tanya UMNO tu apa boleh ke tidak boleh,sambil mengangkat tangan keatas Ketua Kampung memberi tahu penduduk kampung ‘UMNO’ maka Penduduk kampung terpingga-pingga tak faham UMNO tu merdeka atau tidak,,,, lalu mereka bersorak-sorak menyebut perkataan ‘UMNO’,'UMNO’,UMNO….

    Reply

    engok alin Reply:

    RM372 juta ini adalah peruntukan untuk Negeri Selangor dari pusat,tertapi depa kasi kat Keroni depa di Selangor!!. sama macam di Kelantan Peruntukan Pusat tidak di beri kepada Kerajaan Negeri tertapi terus kepada Agen Agen pusat CIA mereka dikelantan untuk agih pada keroni depa di Kelantan.

    Budaya ini dah masak sangat!! tertapi UMNO lupa satu! Rakyat makin bijak !! tertapi UMNO masih mengunakan rentak dan tari yang usang!!

    Reply

    lang suyo Reply:

    UMNO ni umpama besi yang dah berkarat dah lebih 50 tahun !! digilap macam mana pun takan berkilat kulau .

    Reply

  3. 3 zamy Jul 30th, 2010 at 4:03 pm

    1 Malaysia 1 Family 1 business……Kroni didahulukan rakyat dipersetankan…….lagi satu perkara… jgn tertipu dgn penipu2 yg sedang melakonkan pendakwaan terhadap Ling Long Shit…..ini semuanya gimik pilihanraya saje……saya jamin ini akan menjadi spt kes Eric Chia….Last2 habuk pun tarak……oleh itu Rakyat Malaysia jgn tertipu dgn lakunan ini…..UMmmmph NOoooo Be eNd

    Reply

    pangkor boy Reply:

    setuju dengan zamy.. mereka akan meniru watak yg dah dilakonkan oleh Eric Chia dulu. Itu yg meyebabkan PM yg terdahulu menang besar dalam pilihanraya umum. Rakyat Malaysia sudah2 la kena tipu dengan UMNO-APCO ni. Bukak la mata tu luas2..

    Reply

    AS Reply:

    Gerenti hakim akan cakap tak ada kes prima facie terhadap Ling Long Shit, maka terpaksa kasi lepas saja….

    Reply

  4. 4 Raiman Jul 30th, 2010 at 5:10 pm

    kelakar la korang punye komen

    Reply

  5. 5 Malayregimen Jul 31st, 2010 at 7:18 am

    Hampa semua dok beratoq kat kaunter polis bayaq/selesai saman ekoq..baru boleh nak renew r/tax…, duit tu la yg nak bayaq kat pemegang bond tu…Bravo! tahniah..!

    Reply

  6. 6 andro Aug 2nd, 2010 at 4:37 pm

    Dasar-dasar PAS (Parti lslam Se-Malaysia)
    Sejarah
    Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS
    merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada
    31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733
    ( Penang).
    Tujuan
    Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah
    memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia
    sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di
    dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya
    menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian
    Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
    Dasar
    Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan
    seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali
    dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan
    Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
    Usaha
    Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya,
    usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
    1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah
    Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan
    mahupun amalan.
    2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta
    menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara
    serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha
    menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang
    termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan
    sosial serta pelajaran dan pendidikan.
    3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan
    menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi
    memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat
    dan berkebajikan.
    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-
    pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi
    mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep
    dan pandangan hidup lslam.
    5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi
    memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat,
    bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk
    membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
    6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,
    persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang
    tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan
    selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah
    dengan undang-undang negara.
    7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
    negara yang tunggal dalam amalannya disamping
    berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
    8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara
    berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran
    lslam.
    9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di
    negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab
    melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia
    dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara
    kaum di dalam negara ini.
    10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa
    Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan
    keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta
    menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan,
    perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
    11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam
    batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara
    bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke
    luar.

    Reply

  7. 7 andro Aug 3rd, 2010 at 11:10 am

    ‘Pa’,'Alif’,'Sim’= PAS…….lawan tetap lawan…..

    Reply

  8. 8 bee nd Aug 3rd, 2010 at 3:53 pm

    klu ling liong sik kene tangkap semua kena bongkar jadi macam mana mau kena tangkap nanti mahadir pun kena jadi jawapan lepas lah

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jul 30th, 2010 at 2:42 pm

Leave a Reply