Dari Harakah Daily
Oleh Abdul Aziz Mustafa
Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.
Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.
Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.
“Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.
“Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.
“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.
“Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan,” kata Mahfuz.
Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.
Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai “Bohong Negara,” Mahfuz menyeru rakyat supaya “menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara”.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.
Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.
Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.
“Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.
“Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar,” katanya.
Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.
“Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah ‘dakwa Ling, sindir Mahathir’.
“Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu,” katanya.









DSAI, IF DR. LING WERE TO BE IN THE OPPOSITION, WE KNOW WHAT WOULD HAVE HAPPENED TO HIM BY NOW! ALL THE CHAPS IN THE BN CABINET THEN MUST BE HELD RESPONSIBLE FOR SWINDLING THE RAKYAT; INCLUDING THE THEN PM. BN CHAPS USED TO SAY THAT ‘NO MAN IS ABOVE THE LAW’. NOW WILL ALL OF THEM BE PULLED UP? WHAT HAS THE LAW MINISTER TO SAY? HAVE THEY ALL MISUSED THE POWER? WHAT IS THE ATTORNEY GENERAL, GAHANI PATAIL WAITING FOR? ARE THEY WAITING FOR POLICE REPORTS NOW? HERE I WOULD LIKE TO CONGRATULATE DATUK SERI ONG TEE KIAT.
Reply
Hai!takkan LLS sorang je yang kena masa tu MAHAFIRAUN pun jadi PM makan ramai2 kena sorang2 padan muka cina atau sandiwara politik BN kot nak tagih undi PRU13 udah2lah oi tu taktik lama dah orang tak pakai guna cara baru rakyat makin jelak dengan perangai gila BN?
Reply
HARUNYAHYA Reply:
July 30th, 2010 at 6:40 pm
LLM 2 kambing hitam jer… 2 ada lagi tokoh keparat… kami rakyat akan menuntut apa yang kamu curi.. jika tidak didunia kami akan tuntut di akhirat… apa yang patut kita panggil dengan pemimpin yang seperti ini… Tun Mahathir yang bijak pandai pun kena tipu??????
Reply
Koperasi Anak Anak Jantan Berhad Reply:
July 31st, 2010 at 8:52 am
Macam mana u kata TDM bijak Pandai ??? biasanya yang kena tipu adalah orang bodoh!!!
Tipu sunat atau ini tipu ada makna kot!!!!!!!!!!??
Reply
wei kena tipu tu … 1 Malaysia kena tipu ,
hehe masih nak sokong pemimpin yang kena tipu ke ? kalau benar di tipu
Reply
lang suyo Reply:
July 31st, 2010 at 8:38 am
Mudahnya kena tipu?? Kabinet UMNO BN!! lagi 10 tahun mungkin ada berita APCO tipu Kabinet Malaysia!!!! masa tu padan muka Rakyat Malaysia!!!
Reply
Yang sebenarnya peniaga-peniaga handalan tanah dan air ialah kuncu-kuncu UMNO.
Mereka berada di puncak kuasa eksekutif yang menguasai kehakiman dan perundangan. Yang jual air murah ke Singapura pun UMNO. Yang bagi air mahal di Lembah Klang pun UMNO.
Pakatan Rakyat celik ekonomi. Pakatan Rakyat sedar lama hakikat ini.
Pakatan Rakyat tahu kerajaan BN ini jenis macam mana. Kalau mereka tidak boleh membeli sebagaimana mereka buat kepada TS Tajuddin Rami, mereka akan paksarampas. Mereka sudah gagal menjual tanah Kampung Baru sebelum pilihanraya kepada kroni-kroni, mereka aftermath MCA dan MIC yang sedang marah- kepada exboss MCA di mata dunia. Sekali lagi, satu harapan bahawa mereka yang bergelar Tun boleh didakwa di mahkamah dan ‘minta kita redha’ pendakwaan LIWAT II Datuk Seri. Kita tidak boleh terima hal-hal sebegini. Kita bukan lembu-lembu yang boleh ditarik dan ditolak untuk dijadikan serunding raya. Yang benar tetap benar. Kalau Tun Dr. Ling ada air muka dan seorang negarawan, jangan selindung pelibatan kuncu – kuncu UMNO dalam hal ini. Jadilah juara rakyat yang sebenar!. Keluar dari MCA, bergabung dengan DSAI dan dapatkan Mr. Karpal Singh!!! Kerana kuncu-kuncu UMNO sekarang inilah, Melayu, Cina, India dan lain -lain kaum tidak bersatuhati. Sekali lagi diingatkan, yang sebenarnya peniaga-peniaga handalan tanah dan air ialah kuncu-kuncu UMNO. Tiada siapa yang mahu 13 Mei berulang. Orang -orang Cina yang belum memangkah Pakatan rakyat kena fikir balik, sokong PKR, sokong DAP, sokong PAS. UMNO cuma berminat kepada mereka yang bela lembu, cari lembu, lembu halal dan mengarak kepala lembu.
Yang sebenarnya peniaga-peniaga handalan tanah dan air ialah kuncu-kuncu UMNO.
Reply
Mahathir kena tipu – ini cerita Posman gigit anjing tapi Utusan tak selidik!
Reply
Angkatan Rakyat Berhad Reply:
July 31st, 2010 at 8:47 am
Tun Mahathir mudah melupa!!
selalu di tipu didalam perjanjian IPP (pengeluar tenaga bebas) Kebinet dan EPU telah di tipu!! perjanjian berat sebelah!! IPP mendapat keuntungan berlibat ganda TNB jadi biwak hidup!!!!
Reply
Tak guna kalau sekadar nak tukar Menteri kalau ianya datang dari parti yg haprak dan dasar yg bobrok…sampai bila pun tak akan selesai…
Yang kita mahu bukan sekadar nak tukar orang, tapi lebih dari itu kita mahu tukar drp satu dasar yg suka memperbodohkan rakyat selama ini kepada dasar yg benar2 mengangkat martabat rakyat…
Reply
PKR,DAP dan PAS masing-masing memberikan RM10 untuk membeli sebuah Payung dari Kerajaan Malaysia dengan harga RM30…tetapi Kerajaan Malaysia memberi kepada UMNO untuk memulangkan wang sebanyak RM5 kepada PKR,DAP dan PAS kerana harga Payung tersebut adalah berharga RM25…di dalam urusan penyerahan RM5 tersebut UMNO membeli sebotol air sebab terlalu dahaga dengan harga RM2….apabila berjumpa dengan PKR,DAP dan PAS…..UMNO memberi wang sebanyak RM3 itu kepada PKR,DAP dan PAS dan di bahagi sama rata maka bermakna PKR,DAP dan PAS kini mendapat pulangan sebanyak RM1 setiap satu…bermakna mereka bertiga cuma mengeluarkan masing-masing RM9 untuk Payung itu….RM9 x 3 mendapat RM27….dicampur dengan sebotol air yang dibeli UMNO itu dengan harga RM2 bermakna RM27 RM2 menjadi RM29….di mana perginya RM1?yang jumlah asalnya RM30?
Reply
jayborn Reply:
July 31st, 2010 at 11:31 am
teka-teki si andro …
Kalau umno dah pulangkan RM3 (RM1 x 3), PKR,DAP,PAS hanya bayar RM27, bukan RM30. Kenapa pulak jumah asal RM30? Jumlah asal ialah RM27. Hang ni matematik darjah 6 pun blurrr.
Reply
Tipu dan kena tipu. Jemaah menteri yang paling bijaksana pun boleh ditipu. Wah hebatnya LLS! Apakah jemaah menteri kita boleh ditipu dengan begitu mudah sehingga berbillion billion ringgit? Apa yang telah dilakukan oleh bekas PM?
Reply
Koperasi Pengeluar Pasir Melayu Selangor Reply:
July 31st, 2010 at 8:41 am
Kalau kabinet kena tipu bermakna semua kaki tipu!!!!sifunya TDM.
Reply
Police report must be made against the BN for cheating the rakyat.
Reply
KALAU TIDAK SEHALA SEMUA TIDAK AKAN JADI, URUSAN HARAM JADAH.
Reply
DSAI , I guess that Dr. ling will free from this case eventhough he had been charge by the goverment because of cheating goverment when he was minster of transportation. because our country is full of rubber so this case maybe pospond untill Dr ling is pass away then the other person can be release from this case
Reply