30
Jul
10

“Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam

Dari Malaysiakini

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu (kiri) berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

“Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan,” katanya ketika ditemui.

“Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

“Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.


11 Responses to ““Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam”


  1. 1 jamal kamal Jul 30th, 2010 at 5:28 pm

    Alhamdulillah….sempat juga saya melihat urusan Allah dlm kes FITNAH terhadap DSAI.Saya amat yakin Allah menolong org yg d aniaya.Kesan sumpah laknat yg d buat oleh saiful sudah mulai kelihatan 1 per 1.Sehebat mana peguam yg membela saiful…pasti akan kecundang…d tangan Allah.Mereka tdk sedar bahawa nyawa mereka adalah d genggaman Allah.Jgnlah hanya kerana wang yg sedikit Tetuan sanggup membela perkara yg tdk benar.

    Reply

  2. 2 geli Aug 1st, 2010 at 1:33 am

    macamana tunang si saiful?(pesan saya,baik jaga betoi aki ni.mana tau ada lagi.pastinya tapi tenteram.)taklah perlu bimbang sangat,kan.kalau betoi kaki berbulu,maka kehendak ……………….

    Reply

  3. 3 pahat gajah Aug 1st, 2010 at 10:08 am

    bukan tercemar Dato’ Sri, kerana tercemar tu maksudnya kotor, tetapi dah rosak. Ia perlu dibaikpulih dan tukar sparepart.

    Reply

  4. 4 paduka mat salleh Aug 2nd, 2010 at 8:00 pm

    Doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah SWT tanpa perantaraan. Semoga kebatilan akan musnah dan kebenaran pasti ada.

    Reply

  5. 5 wah Aug 3rd, 2010 at 4:43 pm

    Orang yang menggunakan nama baik agama dan pengajaran Islam akan menerima hukuman
    yang paling berat pada masa mereka berdepan dengan Allah ,Sumaph-sumpah di buat dimasjid dan depan orang ramai tidak bermakna kerana siapa yang makan cili dialah sendiri yang akan merasa pedas. Kebenaran akan menyebelahi orang yang jujur dan
    alim. Kita doakan yang bersih tetap bersih.

    Reply

  6. 6 zack Aug 3rd, 2010 at 10:36 pm

    apa kt tunang sepol tu? 2 saja nk korek lubang supaya menang bicara, jd bodek2lah team dpp………….sampai mcm tu skali………

    Reply

  7. 7 Mat Aug 4th, 2010 at 8:22 am

    Salam buat semua,

    Saya amat kasihan kepada team pendakwa yang terkial-kial untuk membawa kes salah laku DSAI ke mahkamah, Kasihan pada mereka kerana di peralatkan oleh pimpinan UMNO/BN, yang rakus untuk menidakkan DSAI dalam politik negara. Kasihan kerana mereka miliki otak yang cerdas tapi gagal untuk melawan kejahatan hawa nafsu yang dimiliki oleh pemimpin UMNO / BN. Cubalah team pendakwa ini istiqfar sikit dan balik renung dengan mata hati, Awatlah bodoh sangat dok ikut telunjuk sang penguasa, benda yang dah tak logik nak di bawa juga… Kita dah jadi bahan ketawa dunia dalam bidang perundangan. Mai la kita sama-sama perbetul apa yang silap. Nie negara kita bersama.

    Apapun doa buat semua yang berjuang untuk tegakkan keadilan atas muka bumi. Jangan undur.

    Reply

  8. 8 zamy Aug 4th, 2010 at 8:41 pm

    Aiiiyyyooooo…say fooollll…luuu belakang punya mau tipu…..dipan mau tiiipppuuu jugak kaaaaa….luuuuu….bang….kubur lu tarak ingat kaaaaaa…..ayooooooo…..dunia..dunia….

    Reply

  9. 9 Abu Daby Sipitang tuju Lawas Aug 8th, 2010 at 11:46 am

    tutup belakang buka depan sanfull…..

    Reply

  1. 1 “Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam Pingback on Jul 30th, 2010 at 6:03 pm
  2. 2 Tweets that mention “Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jul 30th, 2010 at 7:39 pm

Leave a Reply