29
Jul
10

Nazir Lebih Tahu Mengapa FDI Penting Untuk Najib.

Oleh YB Dr.Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming)) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.

Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan ‘quality investment’ dan ‘timing’nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar utama pelabur’ asing dan juga tempatan.

Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.

Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.


11 Responses to “Nazir Lebih Tahu Mengapa FDI Penting Untuk Najib.”


  1. 1 sukma.angin Jul 29th, 2010 at 11:04 pm

    Sebenarnya, setelah membaca teks YB ini, saya rasa lebih seronok dari biasa. Memang kita akui, kita kurang monitor isu pelaburan dalam negara. Tetapi apabila lebih ramai rakyat mempunyai lebih dari satu pekerjaan masih kekurangan pendapatan, rakyat terpaksa berhutang menggunakan kad kredit untuk mencakupi perbelanjaan rumah, rakyat terpaksa pejam sebelah mata makan barang-barang seludup atau tidak sihat kerana faktor murah, penyakit kritikal bertambah dari 13 kepada 39, ini menunjukkan ada sesuatu yang negatif sedang berlaku.

    Bahawa pendapatan banyak digunakan untuk membayar pada 10 hari pertama. 20 hari seterusnya adalah hari-hari sebelum gaji masuk, hari-hari untuk berdoa agar seisi keluarga kekal sihat, hari-hari yang baik untuk berpuasa bagi menentukan anak bini cukup makan pakai. Mereka yang mempunyai joran terpaksa melupakan hasrat untuk memancing, hasrat untuk berehat bersama keluarga terpaksa menunggu di hujung tahun, kalau ada duit lebih, itupun berperang dengan perasaan untuk belanja anak sekolah dan pakaian baru.

    Apabila pelabur asing ini mula berminat, mereka tidak menyangka bahawa UMNO BN ini sanggup menipu mereka. Macam peribahasa ‘my word is stronger than oak’. Mereka tidak nampak bagaimana gila pemimpin-pemimpin ini berkehendakkan nama. Bagi yang berani, mereka menulis dalam background mereka bagaimana mereka terdampar di sini. Mereka telah digula-gulakan. Ini kerana sebelumnya, mereka digambarkan bahawa Malaysia ini libreal dengan adanya kilang arak terbesar, kehidupan liar bangsar dan percutian perjudian di gunung mahupun di laut. Mereka tidak menyangka kerakusan kroni-kroni UMNO di dalam menentukan tender, IPO, hidup dan mati syarikat mereka. Mereka tidak terkasima dengan kilang-kilang haram yang tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan di sana sini memuntahkan sisa-sisa toksik di sungai-sungai utama, berbanding dengan tempat asal mereka. Mereka tidak bersedia, apabila barang pengguna itu sampai ke tangan rakyat, rakyat seperti pembekal, pemborong, pengguna terpaksa membayar cukai pengilang-pengilang ini kepada kerajaan.

    Lambakan barang-barang murah sedikit demi sedikit menjadikan mereka mati. Kontena Nasional terpaksa menghentikan puluhan pemmandu mereka. kotak kontena kosong tersusun melangit di North Port, Westport, Port Tanjung Pelepas, tiada siapa ambil peduli. Ancaman untuk mengharamkan orang itu parti ini akhbar itu menggambarkan pemimpin-pemimpin negara ini sangat prajudis dan tidak stabil. Oleh kerana pelabur asing-pelabur asing ini telah dilayan seperti pelancong, maka pelancong juga ada batasnya, ada tarikh tamat visa dan keputusan wang juga. Berbeza dengan perkatan Donald Trump, “location, location , location”. perkataan yang digunakan oleh pelabur -pelabur ini ialah “relocate, relocate, relocate”. Mereka pergi ke India dan China. Maka apa bank-bank kita buat apabila ini berlaku, gunakan credit untuk menekan rakyat, gunakan puak-puak UMNO ini supaya merubah itu dan ini agar pemodal-pemodal tempatan meminjam. Mereka lupa konsep pensyarikatan Malaysia sebenarnya, apabila terlalu banyak kawasan pertanian diambil, maka harga barang pertanian akan melonjak naik. Askar pencen yang diam-diam beribadah juga akan melompat. Mana nak datang cucu dan cicit kalau harga barang dan perkhidmatan semakin mahal. Dimanakah letaknya strategik Dasar Pertanian Negara, jika konsentrasi hanya tertumpu kepada minyak sawit – kita sebenarnya bertuankan kerajaan yang semakin jauh dari negara berkebajikan.

    Kita wajar tukar kerajaan ini, sebelum kita sakit dan anak bini sakit.

    Reply

  2. 2 WASHING Jul 30th, 2010 at 5:12 am

    APE KOMEN NAJIB…ENTAH LAH…TOK PA DAH JAWAB…TAPI PENAFIAN TETAP ADA..NAK MENGAKU JAUH SEKALI..BACA KOMEN TOK PA..HAMPASSS UNTUK BENDA YANG AMAT PENTING DALAM PERJALANAN EKONOMI NEGARA..WAJIB LA BERUNDUR BAGI LA PADA MERAKA YANG BERKEMAMPUAN DAN BERKELAYAKAN..

    Reply

  3. 3 kulub amrin Jul 30th, 2010 at 7:45 am

    Akibat “tak mandang” nya FDI ke Negara ini!! dilihat didada media purba kala pihak menteri UMNO cuba menarik Pelabur dari Korea dan Jepun kenegara ini apakah “dasar pandang ketimur II” akan di replay semula, sebagai mana dasar liwat II yang sedang di forward untuk memenuhi ruang ronga ronga kosong di dada akhbar arus purba kala.

    Sebagai sebuah Negara yang cukup sifat didalam ‘man power’kurangnya perkerja kurang upaya di negara ini adalah mustahil kita tidak perolehi para pelabur dari luar??? setahu kita TDM pakar kekononya sentap pelabur luar kenegara ini? kenapa kini kita bergitu susut kehadiran pelabur sama ada secara FDI atau sebagainya. UMNO tidak boleh menunding jari akibat dari permasalahan ekonomi dunia !! apakah akibat kelingkin berkait dari pembesar Negara menbuat pelabur meluat! untuk kembalikan keyakinan para perniaga dan juragan kapal dilaut untuk berlabuh di Negara ini tidak semudah ABC atau CDF !! kemasukan FBI dan FDI berbeza. Ini yang UMNO tidak menahu!!

    Apa yang menteri dan anak buah tahu adalah memukat segala yang ada di kolam, bukan di laut lepas!!

    Reply

  4. 4 mie Jul 30th, 2010 at 11:33 am

    setuju dgn sukma.angin

    Reply

  5. 5 Wan Bukhari Wan Ahmad. Jul 31st, 2010 at 8:59 am

    IMPLIKASI PENYELARASAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT.

    Kerajaan Pusat mendakwa pendapatan negara yang menyusut menyebabkan tanggungan defisit setiap tahun, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Pada tahun 2003, pendapatan Negara sebanyak RM92.6 billion tetapi belanjawan sebanyak RM109.8 billion, pada tahun 2007 pula pendapatan sebanyak RM66.142 billion manakala peruntukan belanjawan sebanyak hampir tiga kali ganda iaitu RM159.4 billion. Keadaan ini berlaku kerana urus-tadbir yang buruk, ketirisan akibat rasuah,salah guna kuasa dan perbelanjaan yang boros.
    Untuk menampung defisit tersebut , kerajaan BN mencari sumber kewangan baru bagi menampung hutang kerajaan berbillion ringgit, pada tahun 2005 sebanyak RM228.6 billion kini telah meningkat kepada RM405.1 billion. Maka pada 15 Julai 2010 kerajaan telah mengumumkan Program Penyelarasan Subsidi kononnya dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan lebih dari RM750 juta melalui potongan subsidi.
    Dengan itu penyelarasan subsidi tersebut bermula 16 Julai 2010, bersempena slogan ‘Rakyat DiDahulukan Percapaian Diutamakan’, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghadiahkan pengurangan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga keatas barangan pengguna yang berasaskan minyak seperti petrol, diesel dan LPG.
    Harga Petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM1.85 dan RM2.10. Bukan itu saja ,jualan Diesel pun naik sebanyak 5 sen kepada RM1.75 dan gas LPG turut naik 10 sen kepada RM1.85.
    Manakala harga gula naik 25 sen kepada RM1.90 . Implikasi dari kenaikan harga makanan yang berasaskan gula, umpama susu tepung,manis dan pekat juga pun turut meningkat.
    Akibat pengurangan subsidi minyak telah menyebabkan makanan asas, tambang pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa barangan lain turut mengalami kenaikkan.
    Apabila kenaikan harga ini berlaku mendadak, semua rakyat tidak mengali kedudukan dan pendapatan terpaksa menanggung lebihan belanja sara hidup. Keadaan ini kurang dirasai oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kehidupan mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (Lower Class), yang melebihi 75%-80% penduduk Malaysia terpaksa menanggong bebanan perbelanjaan harian keluarga yang meningkat. Kebanyakan mereka ini makan gaji, majoriti kakitangan awam dan selebihnya disyarikat swasta. Tahu sajalah makan gaji belum akhir bulan dah habis. Kenaikkan gaji pun setahun sekali, ada tiga tahun sekali malahan ada yang tak naik gaji dan yang lebih malang golongan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
    Contohnya, walaupun kenaikkan gula hanya 25 sen sekilo, tapi jika gunakan sebanyak 4 kilo sebulan maka lebihan sebanyak RM1. Bayangkan setahun sebanyak RM12; jadi jika 10 juta penduduk berbelanja bermakna anggaran RM120 juta lebihan telah dibelanja oleh rakyat Malaysia.
    Dari sudut kesihatan pula ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak kerana terpaksa makan makanan yang kurang berkualiti diatas kenaikkan barang keperluan. Kesan keatas perbelanjaan sekolah seperti duit saku, harga baju dan kasut sekolah serta segala macam kuih-muih dan minuman turut mengalami kenaikan harga, tambang bas mungkin di naik terutama bas ekspress menjelang Aidilfitri, Perbelanjaan keIPTA/IPTS bakal meningkat dan sebagainya.
    Contoh beban yang ditanggung rakyat selepas Penyelarasan Subsidi
    Barangan Harga Sebelum (RM) Harga Baru (RM) Kenaikan Harga (RM) Anggaran Penggunaan Anggaran Lebihan Belanja (RM / bln ) Anggaran Lebihan Belanja (RM / thn ) Anggaran Lebihan bagi 10 juta penduduk (RM juta)
    Bahan Makanan
    ( RM / Kg )
    1 Gula 1.65 1.90 0.25 4 kg / bln 1.00 12.00 120.00
    Bahan Api
    ( RM / Liter )
    2 Petrol RON95 1.80 1.85 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
    3 Petrol RON97 2.05 2.10 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
    4 Diesel (Runcit) 1.43 1.48 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
    5 LPG (RM / Kg) 1.75 1.85 0.10

    Implikasi dari kenaikkan harga ini akan membuatkan golongan pendapatan rendah akan hidup bertambah tersempit . Keadaan ini akan mendorong mereka mencari sumber pendapatan melalui berbagai cara maupun salah disisi ugama dan undang-undang. Contohnya, ada pelajar-pelajar IPTA/IPTS terpaksa memperdagangkan tubuh mereka untuk wang saku dan bayaran pelajaran. Malahan ada kakitangan awam juga ibu-ibu tunggal yang menjadi pelacur maupun kelas bawahan atau atasan untuk menyara keluarganya.
    Menurut kenyataan Presiden CUEPACS, En Omar Osman lebih kurang 418,200 atau 41% daripada kakitangan awam suspek terlibat dalam aktiviti rasuah. Angka ini amat membimbangkan kita sekiranya kenaikkan barangan dan perkhidmatan tinggi daripada kenaikkan gaji/pendapatan mungkin gejala rasuah ini meningkat.
    Penyelarasan subsidi ini adalah pengenalan kerajaan BN saja, ianya pasti akan dinaikkan dari masa kesemasa secara berkala untuk menampung perbelanjaan boros mereka , kenaikkan harga barangan asas mungkin akan berlaku mengikut keperluan mereka.
    Selagi BN memerintah ,mereka pasti terus memilih untuk membebankan rakyat untuk mengatasi kelemahan sistem ekonomi kerajaan ,serta mengaut keuntungan untuk membantu kroni sesuai dengan slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan’.

    Bagi merialisasikan subsidi kepada insetif untuk rakyat ayuh marilah semua tolak BN pada Pilihanraya Umum ke13 akan datang. –SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT-

    Reply

    ulam batar Reply:

    Nak sadur perkataan UMNO IMPLIKASI u pun terpaut dengan tipudaya UMNO BN pakai aja perkataan yang orang kampung fahan BAHANA KERKERASAN SUBCOM kepada Rakyat. Kenapa nak beri Rakyat di gelar SUB kenapa tak gelar MANCON. MANSIDI diberi pada keroni tertapi SUBSIDI. SUB adalah bahagian kecil bermakna jelas sisa atau serpihan. Sedangkan Mansidi adalah bermaksud Mega segala hak mega di berikan pada Keronisasi terhadapan. Luka ditangan nanpak tertapi luka di hati rakyat siapa yang tahu.
    Segala permasalahan negara rakyat yang diarah ubah cara hidup!! persoalanya adakah peminpin UMNO ubah gaya hidup???. nanpaknya arahan UMNO supaya Rakyat ubah gaya hidup jika di dinilai mendalam adalah ubah Permerintah. kebanyakan peminpin UMNO tidak berani berkata secara terus terang atas sebab sebab tertentu. maka siulan ini harus di fahami oleh Rakyat !! penat peminpin UMNO bermadah tertapi rakyat tidak faham !! sebab ubah gaya hidup tertapi permerintahan masih yang sama ianya tidak mendatangkan sebarang anjakan. tertapi bila ubah kerajaan UMNO BN secara auto gaya hidup berubah. sebab hasil negara akan di kembalikan kepada rakyat. tidak sebagai mana sekarang gas masak naik tertapi gas pada keroni tak naik.. ini contoh mudah.

    mansidi kepada rakyat dan subsidi kepada perniaga.

    Reply

  6. 6 Raiman Aug 1st, 2010 at 9:44 am

    FDI sangat penting terutamanya kami orang melayu yang rata2nya adalah pekerja kilang. kurangnya FDI maksudnya tak banyak pelabur2 asing seperti dari Jepun dan negara barat yang membuka kilang di sini dan mungkin mereka yang ada sekarang akan menutup kilang mereka untuk berpindah ke negara lain seperti china, vietnam dan indonesia.kalau kilang tutup, teruk lah ekonomi orang melayu. nak cari kerje lain pun susah. yang ada pun gaji murah2.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Ini macam berbau Perkasa aja!!!!!

    Apakah FDI itu terjejas kepada orang melayu sahaja??? sedangkan kebanyakan perkerja kilang sekarang adalah perdatang dari bangala,Nepal, India dan Indon. sebelum menulis buat kajian sedikit. perkerja asing di kisarkan sejumlah 3 ke empat juta orang. permasalah yang mendatang adalah bilangan lulusan u yang kian meningkat dan ruang mendapat kerja kian kurang. ini yang harus di fikirkan oleh PR mahupun BN. Rakyat yang terpelajar kian meningkat apakah susunan yang harus dilakukan oleh Kerajaan UMNO BN didalam meranduk arus penganguran???? di barat bawa lori sampah dan bawa texsi lulusan U , masyarakat barat tidak pandang hina mereka, tertapi di malaysia tamat dajah 6 atau tingkatan 3 dan setaraf dengan nya angkat sampah pun dipandang rendah oleh masyarakat malaysia. Jadi macam mana rakyat malaysia nak hidup di negaranya sendiri ?? serba tak kena . ada pelajaran pun susuh tak ada pelajaran pun susah di negara ini yang dikatakan berbudaya timur kaya dengan adat pusaka bangsa?? sedangkan kita tidak beradat didalam kehidupan kita. dibarat kerja yang susah dan bersiko tekun,amanah di beri gaji yang tinggi. tertapi di negara ini perrasuah,pecah amanah,pernipuan,salah guna kuasa di beri gaji tinggi dan boleh jadi menteri,CEO,Pengerusi, ahli lembaga pengarah.MP dan di beri derjat kebesaran di pandang tinggi. jadi simana silap nya??? jelas punca pasti percunya dari UMNO yang telah 53 tahun jajahnya sumbang.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Dimalaysia ini angkat sampah di hina tertapi angkat rasuah di terima??

    Negara ku telah hancurs!!!! budaya rakyat kita ini dilihat cukup songsang!!

    Reply

  7. 7 anak sabah Aug 3rd, 2010 at 7:01 am

    kenapa pemimpin jepun sanggup undur diri sekiranya gagal? kenapa pemimpin malaysia tidak,ini petanda pemimpin tamak dengan kuasa dan tidak mengaku kelemahan…..caranya hanya satu iaitu kita ganti pemimpin dalam pilihanrya akan datang……

    Reply

  1. 1 Nazir Lebih Tahu Mengapa FDI Penting Untuk Najib. « goldamedia.com Pingback on Jul 30th, 2010 at 6:13 am

Leave a Reply




Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
2 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
AICMalaysia: RT @anwaribrahim: Iftar & tarawikh/tazkirah di Segambut; meraikan aktivis AIC, PKPIM & anak-anak muda. #fb http://tweetphoto.com/42827266
3 hours ago
shahrularel: RT @anwaribrahim: Iftar & tarawikh/tazkirah di Segambut; meraikan aktivis AIC, PKPIM & anak-anak muda. #fb http://tweetphoto.com/42827266
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2010
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031