Dari Harakah
Oleh Abdul Aziz Mustafa
Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.
“Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.
“Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.
“Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.
“Bersediakah Najib untuk berundur?
“Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya ‘tidak apa’ Umno yang merosakkan negara,” kata Mahfuz.
Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.
Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.
“Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya.” kata beliau.
Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.
“Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law,” katanya.
Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing.
“Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.
“Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.
“Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.
“Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility,” tegas beliau.
Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.
Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).
Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.
Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.
Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

DSAI, THE PM HAD BEEN CLAIMING THAT OUR ECONOMY IS DOING WELL AND EXPECT A DOUBLE DIGIT GROWTH BY NEXT YEAR. HOW IS THAT GOING TO HAPPEN WHEN THE GOVERNMENT IS UNABLE TO ‘ATTRACT’ FOREIGN INVESTMENTS?
IS HE GOING TO BORROW AND KEEP BORROWING TO CREATE A ‘HEALTHY’ ECONOMY? IS TUN MAHATHIR SUPPORTIVE OF THIS? WHY HASN’T TUN COMMENT ON THIS? SCARED, OR PRETENDS NOT TO KNOW OR IS HE GOING TO SAY ‘TAK TAHU’? PM WANTS TO ‘EMPTY’ THE KITTY BEFORE PR TAKES OVER PUTRA JAYA. THAT’S TRUE.
SHAME! SHAME!! SHAME PM!!!
Reply
Tarak picaya lar..u sendri pikir la PM..kisian sama rayat.Ceittt….
Reply
Tum Mahathir tak boleh nak komen sangat untuk menunggu jambatan bengkok di sambung semula pembinaannya.
Reply
lantik rosmah jadi pm je najib jadi driver..mhdin bodyguard ok gak
Reply
Manga dikacau jibbun tu fodz alun pueh jadi PM lai nak disuruh barundur gilo kajo waang mampuih weaa indak mau…
Reply
Bagi orang kampong dan FELDA, susah mereka nak faham tentang Pelaburan Merudum ini. Kalau diterangkan bagaimana ramainya graduan IPTA yang sukar mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, ditambah lagi ada anak-anak mereka yang masih menganggur, barulah mereka faham.
Graduan banyak tidak bekerja, rumah-rumah tidak laku, bilangan kereta baru berkurangan, pendapatan orang yang berniaga berkurang maknanya ekonomi kita teruk lah tu. Susah juga hendak beri mereka faham.
Terimakasih.
Reply
Pelabur asing tak akan datang ke Malaysia di bawah pemerintah sekarang. Yang datang ialah buruh murah, pakar putar belit, penjenayah antarabangsa daripada Nigeria, Bangla, Indonesia dll. Malah telah ada orang Afrika dan Bangla menjadi pemandu teksi. Indon tu dah lama. FDI datang membawa teknoloji tinggi bagi memajukan ekonomi. Buruh murahan datang membawa jenayah.Akibatnya rakyat yang mempunyai kepakaran tidak mempunyai peluang kerja. Kerja murahan dibolot oleh alien, dan berlakulah migrasi rakyat keluar negara dan yang tidak mempunyai kepakaran menjadi kaki lapok.
Reply
Apabila FDI merundum begitu teruk, Umno BN nampak pelaburan hanya ada pada rakyat. Maka berleluasa tindakan Umno BN merampas wang rakyat; harga barang dinaikkan, tariff dan tol dinaikkan, saman ekor digiatkan, salah sikit – saman, projek mega ditawar terus kepada kroni, subsidi kepada rakyat dikurang dan seterusnya dihapuskan, berbagai cukai diperkenalkan.
Kalau begini, apa yang ada pada rakyat. Pilihan ada pada rakyaat: TUMBANGKAN UMNO BN DI PRU13. INSYAHALLAH
Reply
Najib kata ekonomi kita berkembang lebih 10% suku pertama tahun ini. Baru ni pulak ia naikkan harga gula dan minyak. Bagaimana pula dengan pendapatan sebenar rakyat?. Sepatutnya bila ekonomi berkembang rakyat akan dapat nikmat dan sehingga kini tiada nikmat yang di cecah yang dapat ialah limpahan kenaikan harga barang.
Dalam hal ini kerajaan PR sebenarnya tahu bagaimana nak mengemudikan ekonomi, eloklah serahkan kepada mereka untuk mengendalikan ekonomi negara supaya lantunan ekonomi dapat di cecah bersama oleh semua.
Reply
MACAMANA MAU UNDUR..ROSMAH ADA DI BELAKANG
Reply
Negara Negara separa maju di rantau ini masih bertahan didalam FDI mereka, walau pun kita menelah bahawa negara tersebut tidak setabil. walau pun thailand dan indonesia menpunyai permasalahan politik tertapi keyakinan pelabur luar tetap memilih negara tersebut dan yakin dengan keupayaan negara tersebut kenapa???
Di Negara kita Malaysia yang kita gendangkan bahawa aman sentosa serta punya perkerja yang mahir serta boleh berbahasa inggeris tertapi pelabur luar menolak untuk melabur di Malaysia kenapa???? dimana silapnya??.
Pada saya Kerajaan dan kerajaan tempatan harus menelah diri, dimana koyaknya kain kita!! atau kita telah tampa seutas benang?? didalam domokerasi dan birokerasi serta rasuahsasi!!!??. lihat sahaja didalam urusan untuk mencetak wang negara (bank negara malaysia) yang mana seorang bangsawan UMNO menuntut sogokkan dari syarikat percetakan wang dari Negara kangaru. Perkara sebegini dilihat oleh perniaga dan menteri negara serta media tempatan sebagai isu terpencil nun di ulu tembeling. tertapi para pelabur ahli perniagaan, syarikat vanture capital,dana asing, penaraf asing serta kerajaan negara negara termaju perbuatan ini harus di pengal ini kerana mereka merasakan Bank Negara sesuatu negara harus memiliki kekebalan bukan sahaja di bilik kebalnya untuk simpan wang tertapi harus kebal didalam pentabiran mereka. didalam perniagaan asas utama adalah kerpercayaan, tulus, amanah dan bertangung jawab. nilai nilai ini harus ada pada kakitangan Kerajaan dibawah pusat!! dan kerajaan tempatan harus melupuskan birokerasi.
Kerajaan sepusat sepusing telah bikin kepala pelabur pusing!! bila mana badan kehakiman Negara dilihat oleh mereka bergitu mengaru kepala. ini salah satu punca prapelabur hilang keyakinan untuk melabur di negara padang jarak padang terkukur didalam perundangan. mungkin para bapak menteri UMNO BN melihat ini perkara kecil tertapi kepada pelabur asing yang akan menbawa wang untuk di laburkan ke negara yang perundanganya goyah ini satu perjudian tampa lesen. mereka bertangung jawab keatas pemegan saham mereka!! mereka tidak mahu ambil beban di sebuah negara yang berisiko. FDI dilihat memilih negara yang walaupun politiknya kurang setabil tertapi media bebas serta perundanganya jelas dan tidak di kawal. Ini cukup jelas mahukah kita meletakan pelaburan wang KWSP kita di negara yang perundanganya yang berlapok dan ala UMNO.
Reply
lang suyo Reply:
July 28th, 2010 at 1:05 pm
sokong angkasawan!! contoh terbaik yang di nilai oleh Peabur luar adalah tabir urus korporat negara hancur didalam pelaburan sebuag gergasi perlaburan yang bernama Sime Darby Berhad sebuah syarikat yang di senarai di Bursa Malaysia. Sime Darby megalami kerugian terbesar didalam sejarah penubuhannya tertapi pihak berkuasa di bawah pentabran UMNO BN terus tidak melakukan tindakan sewajarnya. hanya memecat CEO dan di tukarkan yang baru. cukup mudah semudah ABC sedangkan Ahli Lembaga Pengarah dan pengerusi yang menbuat keputsan didalam pelaburan. kenapa ahli lembaga pengarah dan pengerusi kekal???? ditampuk. sedangkan mereka adalah kunci utama didalam setiap keputusan pelaburan syarikat milik Rakyat ini. sekiranya ini dijadikan hamparan maka pelabur asing akan menjauhkan diri untuk melabur didalam syarikat tempatan. kerana syarikat gergasi negara urus tabir secara amat lemah.
Didalam soal kurangnya pelabur asing kedalam negara bukan di sebabkan oleh Rakyat melata rakyat punya cukup sifat mahir dan terpelajar tertapi kesalahan ini harus di pacakkan paksinya kepada cara mnteri UMNO meguruskan Negara. Kita amat berduka didalam ekonomi dunia yang muram negara sepatutnya meningkatkan ketulusan didalam pentabiran serta amat teguh didalam tindakan. supaya keyakinan pelabur dapat di kembalikan. harapan tinggi rakyat terhadap cara permerintahan PM dan Keluarga amat mendukacitakan rakyat yang tersepit oleh ekonomi terus kudung angkara kelemahan UMNO BN.
Reply
Nak…berundur….berani ke Najib….sbb Najib bkn mcm pemimpin di Korea dan Jepun yg ade harga diri dan maruah….sbb mereka akan berundur…sbb mereka menyedari mereka dah berusaha…ttp masih tak mampu…….maka bgi peluang org lain….yg mereka fikir ttg kepentingan org ramai…….ttp Najib bknlah species mcm itu….sbb dia juga memikir akan kepentingan ramai….ttp ramai kroninya disekeliling pinggang yg akan memberi timbal balik kpdnya (pemimpin yg tak ikhlas)….dia hanya ade ‘rasuah’ saje…….utk memastikan kepentingannye dijaga oleh kroni2nye……UMmmmmmph NOoooo…..Be eNd…….
Reply
saya sangat tertarik dengan artikel daily express sabah yang telah menemubual rosmah mansor ketika peremmpuan perasan jadi first lady itu merasmikan bangunan wisma wanita di sabah minggu lalu..wartawan daily telah bertanya kepada rosmah tentang melebihnya batas2 yg di gunakanya ketika ini sebagai isteri PM..perempuan perasan jadi first lady itu menafikannya dan tetap dgn bangga memberitahu wartawan daily bahawa beliau ingin menjadi wanita pertama yang setara dengan wanita pertama di peringkat antarabangsa…..puiiiiiiii!!!!!!!!!! dia ingat ini malaysia mcm amerika kah pakai presiden cukup pendidikan tapi tidak pakai otak masa bercakap…saya sangat kecewa dapat pm malaysia di bodohkan oleh bini sendiri..
Reply
untuk makluman semua anda yang ada di sini juga ketika ini di bandar kota kinabalu…hanya wajah2 rosmah mansor yang berada di sign board mana2 tempat…seolah2 Pm malaysia adalah rosmah mansor..kenapa ini mesti terjadi di Malaysia????????
Reply
Apa dia nak melebatkan kota bulunya tu pasal bagi promosi gambar suami najib?
Reply