Kes Aminulrashid Ke Mesyuarat Exco, MB Mahu Penjelasan Penuh

27 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Kejadian pilu melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi semalam, akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Khalid hari ini bercadang memanggil Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk memberi penjelasan penuh kepada barisan Exco Selangor dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Persidangan Shah Alam (SACC) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid memandang berat isu berkenaan dan mahu mengetahui perkara sebenar sekali gus menghindar ketakutan masyarakat awam yang gempar dengan insiden luar biasa ini.

“Saya fikir ada baiknya Exco esok mengadakan mesyuarat dan memanggil Ketua Polis Selangor dalam dua minggu lagi untuk berbincang bagi mengelakkan perasaan takut di kalangan rakyat berikutan tindakan polis itu,” katanya.

Dalam kejadian itu, Aminulrashid Amzah yang bakal menduduk PMR tahun ini ditembak mati anggota peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR tahun ini dikatakan memandu Proton Iswara sebelum ditembak berikutan polis mendakwa, Allahyarham disyaki sebahagian kumpulan penjenayah.

“Yang penting sekarang ialah memahami insiden berkenaan dan pada masa sama memastikan orang tidak bersalah dilindungi. Kita juga mahu tahu kebenaran sebenar kejadian ini,” katanya.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site