17
Mar
10

Anwar Sindir Najib Puji Diri Sendiri

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.


31 Responses to “Anwar Sindir Najib Puji Diri Sendiri”


  1. 1 Boring Mar 17th, 2010 at 5:50 pm

    We have two Prime Minister in Malaysia,one is Mr Prime Minister and the other Madam Prime Minister

    This this indeed the first time a Prime Minister wife take centre stage…why do we have Najip as the Prime Minister if the wife can do a better job ?

    Reply

    ariff alyahya Reply:

    100% agree :)

    Reply

    win win malaysians Reply:

    Sejarah 1malaysia,2Perdana menteri menarajui 1malaysia,hehehe..

    Reply

  2. 2 DIDI KOTA BELUD Mar 17th, 2010 at 6:22 pm

    si botak tu mana faham kena sindir,masuk lif,tekan sendiri.kadang-kadang kalau tangan penuh beg.suruh orang lain tekan{IGP,SPRM,PG,SPR}.SIBOTAK TU MANA FAHAM KENA SINDIR.

    Reply

  3. 3 1 malaysia Mar 17th, 2010 at 7:23 pm

    masuk bakul angkat sendiri kot….

    Reply

  4. 4 Anak Sara Mar 17th, 2010 at 8:40 pm

    Angkat bakul sendiri……tanda-tanda tak mampu bangkit…kuasa rakyat akan menenggelamkannya, Insyallah… lihat saja apa yang berlaku di Thailand. Semuga Tuhan melindungi dan terus memberi kekuatan kapada Datuk Seri Anuar Ibrahim.

    Reply

  5. 5 Booman Mar 17th, 2010 at 10:23 pm

    memang meremang segala bulu di badan bila mendengarkan Yg DiPertuan Agong sebut perlu mencontohi PM turun padang bla bla bla tu…seingat saya zaman PM-PM yg terdahulu pun tak pernah jadi serupa ini…sampai begitu sekali desperado mengangkat diri sendiri

    Reply

  6. 6 joe Mar 17th, 2010 at 11:51 pm

    dah mp bn tak nak puji terpaksa la najib puji diri sendiri..pm paling kartun dalam dunia

    Reply

  7. 7 PengundiPakatan Mar 18th, 2010 at 12:45 am

    tu la…masa aku tgk TV pun terkejut. mcmana Baginda Yang Dipertuan Agung boleh baca teks mcm tu kalau Najib yg suka draf mcm tu. ish…kalau aku malu la nk suruh org puji sampai mcm tu….kalau baca draf dulu aku mesti suruh org potong part tu….malu ooo….masuk bakoi angka sendiri…heh heh heh….zaman la ni org pakai lift daa….pakai la tektik lain yg rakyat tak nampak sgt…punya la gila glamer smpai menjatuhkan martabat diri sampai mcm tu…politik murahan betoi…

    Reply

  8. 8 panglima Mar 18th, 2010 at 1:07 am

    Dato Seri,

    Pls tell zarain we know how rich is him now. Dont talk rubbish. He really big stupid head. If his parent still ard, i guess will vomit blood. Tak bermaruah langsung. Nasib baik kealuar, memang sampah parti dan sampah masyarakat melayu. Selagi negara in ada hantu macam dia, mampus la.

    Reply

    Aku Nih Reply:

    Sala DSAI,

    Baru2 ini zahrain mebongkar ura2 pakatan yg berkomunikasi dgn bebrapa MP BN utk membentuk kerajaan pd 16 Sept 2008.

    Perbuatan beliau adalah satu penghinaan thdp PKR dan Pakatan. Semoga beliau terus menjadi sampah masyarakat. Pastikan tiada sesiapa menerima sampah ini, baik BN mahu pun PR.

    Buat BN, jgnlah kamu ingat parti kamu akan menjadi semakin kuat dgn adanya org spt zahrain. Kerana org spt ini akan juga buat masalah yg serupa sekiranya menyertai BN. Cuma perangai sampahnya belum menonjol lagi.

    Sekian, wassalam.

    Reply

  9. 9 jamilkucing Mar 18th, 2010 at 4:36 am

    Askm dato seri

    Saya malas nak komen pasal anak razak gila seorang ni. tapi nak komen pasal babi gemok seekor ni,siapa lagi kalau bukan bekas ahli PKR dari pulau pinang ni. cuba tengok muka dia . elok lagi muka babi. ( pasal apa saya kata babi sila ke blog saya untuk jawapanya. )di parlimen hari ini si babi gemok ni mula menunjukan sifat yahudi yanga da dalam dirinya,

    Mengapa belasah DSAI bila kegagalan, 16 September?. Kegagalan sebenar ialah kurang yakin untuk memenangkan PR di kalangan ahli-ahli parlimen yang tidak mahu beralih arah kepada PR kerana masih enak bernaung di bawah ketiak BN, sekali pun BN reput sehingga ke usus (kata mantan PM Malaysia yang lalu, mahatua ) nanti apabila BN benar-benar di kalahkan, barulah orang seperti Zahrain terkulat-kulat mata dan tak terkata hujah sebab ruginya keluar PKR. Sesungguhnya perhitungan “politik perut” sangat cangkat berbanding dengan “politik Islam, bangsa dan Negara”, yang lebih bertanggung jawab terhadap kenaifan dan kedaifan bangsa Malaysia di masa hadapan.

    Sedih sungguh saya tengok dato seri .di hentam, di hina di kutuk , di fithnah bukan oleh musuh politik dulu tetapi kawan-kawan,sahabat sendiri, kawan baik, anak buat , bukan orang seperti kami. kiri kana yang hentam dsai semua bekas-bekas kawan dsai dari sekolah. apa punya manusia.sebab itu di blog jamil jamil cakap babi lebih mulia dari mereka ini.

    Peringatan buat dato seri berhati-hatilah. saya lihat foto-foto di Flickr tu , yang dato seri pergi dok salam dengan cacing-cacing yg dok hentam dato seri tu buat apa la. depa tu taraf ( muka tampal kulit babi ) tok sah la dok salam dengan depa. jagalah perasaan ahli -ahli yang tak tahu apa-apa pasal parlimen atau politik ni. kesian la. depa kesian dekat dato seri , orang yg datos eri dok salam tu lah yang dok hentam, kutuk dato seri. awat lupa ka.

    Lagis atu tolong minta kak wan jaga diri ,pegerakan baik-baik. i thing you know what i mean, tentu datos eri sudah ada maklumat right, juga tak lupa adik nurul izah tu. jaga sikit terutamanya yag rapat dan sekelilingnya .pegerakan, di mana apstikana da pengikut perempaun rapat samaada ahli atau nurul nuha ke nurul hana ke ikut. please. keluarga dato seri sedang di pantau .berhati-hatilah.

    Reply

  10. 10 jamilkucing Mar 18th, 2010 at 4:45 am

    Askm Dato Seri

    Pinjam foto nak bubuh di blog naaa. jangan marehhh

    Reply

  11. 11 antiwar Mar 18th, 2010 at 8:18 am

    NAJIB MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI…HAHAHA!

    Reply

  12. 12 Maverick Mar 18th, 2010 at 9:20 am

    Fairdinkum,
    how low could he get gradually dragging the royal institution into the
    fray.

    Reply

  13. 13 Anak Muda Mar 18th, 2010 at 10:45 am

    Masuk bakul angkat sendiri

    Reply

  14. 14 abulah Mar 18th, 2010 at 12:43 pm

    hahha.kesian,xde sape nk puji so terpaksalh ambik jln singkat dan terbodoh pernah dibuat oleh mane2 PM…masa dipuji, time tu lh dia tersipu2, xmalu langsung..padahal draf sendiri…hehhhe..
    sgt2 sgt2 terdesak….

    Reply

  15. 15 Man Mar 18th, 2010 at 3:27 pm

    Itu jela cara dia nak perbodokan rakyat….

    Reply

  16. 16 pepe reina Mar 18th, 2010 at 3:49 pm

    MP BN semuanya bodoh mana mereka faham peribahasa masuk bakul angkat sendiri taunya yes boss janji masyuk fulus juta2 peduli apa dengan kata2 teks NAJIB.Skrip memuji diri sendiri disediakan oleh JPM dan YDP Agong bacalah walaupun menyampah……

    Reply

  17. 17 ariff alyahya Mar 18th, 2010 at 4:50 pm

    haha..mmg x guna PM ni…dh la mentekedarah duit rakyat.. puji diri sendiri pulak…punya la desperate….komisen kapal selam tu x cukup lg, nk kena org puji jugak…haiii inilah PM kita..

    ariff alyahya
    16
    mrsmkubangpasu

    Reply

  18. 18 rus Mar 18th, 2010 at 5:05 pm

    PM AND WIFE KARTUN MENTALITY BUDAK TADIKA ASYIK BEGELUMANG DENGAN PERMATA PERANGAI MACAM BUDAK UNDER AGE …… MALU

    Reply

  19. 19 Mr Uban Mar 18th, 2010 at 6:44 pm

    I didn’t know he did that…. Why? I will quickly switch off my TV whenever I saw him on TV. I just dont want to listen to them!

    Reply

  20. 20 hafiz Mar 20th, 2010 at 3:06 pm

    #nak harap mp bn puji x ada,jadi terpaksalah puji sendiri….

    Reply

  21. 21 akiko Mar 21st, 2010 at 1:23 pm

    Mesti ada rosmah jugak, semua orang meluat dengan dia, x berjiwa rakyat langsung. Dahla macam makhluk asing,,,,

    Reply

  22. 22 din keli Mar 21st, 2010 at 8:47 pm

    yb2 katak lompat cuba nak tunjuk jaguh. tunggu pilihan raya umum 13, mari kita tengok si kata-katak ni, hidup lagi atau mampus. jika rakyat pilih awak pun awak tipu kerana wang punya pasal, tunggulah pilihan raya. najib bodoh tu boleh beli awak, tapi dia tak boleh beli rakyat. rakyat tahu siapa dia dan rosmah.

    Reply

  23. 23 kawen2 Mar 21st, 2010 at 11:03 pm

    akhbar pun…. hua ha ha….. mcm tak dok cerita yang elok sikit….
    biar lah.. dah tak lama dah 2….

    Reply

  24. 24 AKU NIE Mar 21st, 2010 at 11:31 pm

    emmm alkisah sudah lama mamanda menunggu namun tak juga yg sanggup memuji.. lantas ambil keputusan hanya inilah caranye dapat aku memberitahu rakyat bahawa aku telah berjasa kepada seluruh negara…tanpa segan dan silu mengarang lah memanda 3 hari 2 malam agar titah paduka berbunyi sedemikian…berfikir lah memanda juga agar paduka tidak sedar akan titah ucapan dengan memberikan ucapan pada waktu paduka ingin bertitah… berbagai alasan memanda berikan supaya paduka tidak dapat meneliti titah yang bakal paduka bacakan…

    AKU NIE tahu si Zahrain akan berkokok sekuat mungkin.. kerana inilah cara untuk menangkis serangan pdnye selepas keluar dr PKR.. AKU NIE rasa DSAI mungkin ada bercerita kpd semua pemimpin PKR bhw 16 sept akan terjadi.. kalau tdk takan DSAI beriya2 ykn akan dpt menubuhkn kerajaan dbwh PR. Cuma nak buat camne.. strategi tidk menjadi krn smua takut nk lps jwtn, Dato Puad sendiri dh kata tiada jwtn yg dijnjikan oleh DSAI.. jd mereka2 ni mestilah takut nanti anak cucu nk makan pe lak? cuma bab ifm agung, tentera tu AKU NIE rasa susah sikit lah nk percaya… cuma mungkin nk bg org gila macam Zahrain ni ykin so DSAI bisik skt kat dia..

    Anyway ape yg polis nk siasat jika benar DSAI cerita..ada unsur jenayah ke? jika ye apakah rasuahnye? jika tidak menjanjikan pe2 pun. adakah DSAI ugut mereka dgn bom? ade ke sesiapa yg di culik? sekali lagi memanda kena fikir supaya wujud kes keatas DSAI… emmm selagi tak hapuskan karier politik DSAI selagi itulah mereka ini tdk akan brhenti.. AKU NIE semakin teguh diblkg DSAI…InsyaAllah..

    Reply

  25. 25 sampuk Mar 22nd, 2010 at 8:21 am

    Indahnya PR, kini pemimpin negarapun dah mula sedar kealpaan mereka sebagai pemimpin. Kini dah mula sedar dah mula nak jenguk ceruk kampung. dulu batang hidungpun tak nampak. Alhamdulillah kita kini punya pemimpin yang perihatin. Namun janganlah perkhidmatan yang diberikan tu tak ikhlas. Pergi jenguk ceruk kampung…caricari apa yang dapat dibuat…projektu..projekni…supaya dapat keluar duit kerajaan buat projek…. Projek sejuta.. buat harga sukuje.. yang tiga suku lagi masuk poket mereka dan kerabat mereka.. Kenyataan. Sebabtula banyak yang roboh… tiada ribut boleh roboh..boleh retak.. belum lagi lihat betul-betul pasti banyak lobang yang yang masuk dalam poket mwereka…. Kesian Pengarah SPRM Sarawak ditukarkan ke Putrajaya.. Sebab bongkar kes penyelewangan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disonglapkan oleh kuncu…….BN. Tau sama tau sajalah….Kalau tak berapa kebal.. nasihat saya jangan cuba bermain api di Sarawak…Kebal.ooooo.

    Reply

  26. 26 jiwang pa Apr 4th, 2010 at 8:00 am

    Setakat ni yang nampk ketakutan sgt..puak sana..sabar DSAI..t’dak ujian untuk mematangkan manusia….insyallah PRA13 menang PR.

    Reply

  27. 27 biji mata jelita buta Jul 19th, 2010 at 11:59 am

    poooodah permata. kalau betul2 nak buat tukar semua tabika kemas jadi permata, ini tak sebelah tabika kemas biasa buat satu tabika permata. ini buat orang geram.kalau kat kampung buat pecah belah orang kampung. kalu dapat tampung semua budak tak aper jugak. ini yang hantar anak org kaya2 ajer

    Reply

  1. 1 Najib puji diri sendiri (1) « Ahli Parlimen PAS Pingback on Mar 17th, 2010 at 11:56 pm

Leave a Reply