Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya masyarakat cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang. Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing. Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.
Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KeADILan di semua peringkat.
ANWAR IBRAHIM


















“Tuntutlah ilmu hingga ke Negara China”
Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad. menuntut ilmu sgt penting, tetapi mengapa disebut spesifik Negara China? Adakah sekadar suka2 menyebut China? Pastilah kerana ilham dari Allah, China luas ilmu duniawinya, meskipun Nabi x pernah pergi ke China.
Tetapi berapa ramaikah org Melayu Islam pergi belajar di China? x ada bukan, kalau ada pasti sedikit dan amat jarang pula kita dgr. Sebenarnya Allah Maha Penyanyang. Org Melayu tidak perlu bersusah payah merantau ke China utk belajar. Sebaliknya, org2 Cina ini dihantar oleh Allah dr Tanah Besar China ke Tanah Melayu – berjong-jong ramainya.
Nah, sekarang xperlu ke China. Org Cina hidup & tinggal di sekeliling kita. Bukankah takdir ini perancangan Allah? Belajarlah ilmu dr org2 Cina di sini. Dan pastikan hanya ilmu2 bermanfaat spt ilmu perniagaan & ilmu memajukan diri dll. Bukan shj di Malaysia, bahkan Allah telah gerakkan org2 Cina ke pelusuk dunia. Buktinya, Chinatown wujud hampir di semua tempat di dunia ini!
So, what’s next? Pertama, org2 Melayu mestilah belajar & praktikkan ilmu & amalan baik dan berguna masyarakat Cina dlm kehidupan seharian mereka, selagi tidak bercanggah dgn Al-Quran & As-Sunnah.
Kedua, org2 Melayu juga mesti buka mata & berbaik2 dgn org2 Cina. Benar ada Cina yg jahat, tetapi ramai lagi org2 Cina yg baik. Kita mesti berani diri sendiri keluar dari tembok perkauman yg lama dibina untuk saling hidup berharmoni Melayu-Cina dan juga dgn kaum2 lain. Bersatupadu adalah asas kekuatan.
Apabila generasi dahulu bersedia menerima org2 Cina & India sbg warganegara, Melayu generasi sekarang mestilah berlapang dada menerima hakikat bhw Cina & India juga adalah rakyat Malaysia, & melayan mereka seperti warganegara tempatan tanpa sebarang elemen perbezaan.
Generasi muda Melayu khususnya hendaklah hentikan amalan lapuk bersyakwasangka buruk, bersikap prejudis dan mengamalkan sebarang bentuk diskriminasi terhadap rakan Cina & India kita seperti yang sekian lama dipraktikkan oleh ‘the ruling party’ itu.
Menakut2kan org Melayu dgn bangsa lain adalah taktik amat berkesan diamalkan selama 50 tahun lebih ini, semata2 ingin mengekalkan kuasa elit mereka.
Hatta di zaman milenium ini, benarkah Melayu begitu mudah ditakut-takutkan oleh golongan elit itu? Ayuh buktikan. Keluarlah kalian semua dari kepompong perkauman – Melayu bukanlah lagi bangsa yang mudah dimomok-momokkan seperti yg dilakukan terhadap bapa2 dan datuk2 kita dahulu.
If Islam and Chinese is compatible, why not Malay?
P/s: Gong Xi Fa Chai. Semoga bersatupadu rakyat Malaysia.
Reply
SIR ABU Reply:
February 14th, 2010 at 8:31 am
Saya amat sokong saranan saudara. Terima kasih daun keladi. Kalu boleh, tolong tulis dan nak baca lagi ! INSYAALLAH ! Thanks, Brother !
Reply
Sapa Lagi Kalau Bukan Aku Reply:
February 14th, 2010 at 12:06 pm
SALAM DSAI,
JGN SESEKALI GENTAR DGN ASAKKAN LAWAN. UTK MEMASTIKAN KEMENANGAN, PASTIKAN ASAKKAN YG BERAT INI DIBALAS DGN ASAKKAN YG LEBIH BERAT!!!!
MARI KITA PASTIKAN AGAR TRAGEDI 1998 TIDAK LAGI BERULANG. MAY BE THEY CAN FOOL US FOR ONE TIME, BUT NOT ALL THE TIME!!!
DALAM KITA SIBUK MENGUNJUNGI RAKAN2 DARI KAUM CINA BERSEMPENA TAHUN BARU CINA, JGN SESEKALI KITA TERLEKA TRHADAP TUGAS2 MEMPERKASA PAKATAN. TTG ‘PEMBELOTAN’ ZAHRAIN, TAK PERLULAH DSAI HIRAUKAN. KERANA TINDAKAN BELIAU BUKAN PETUNJUK KEPADA PENDIRIAN PENGUNDI DI KAWASAN BELIAU.
KALAU DICAMPURKAN SKRG, SUDAH ADA 4 ADUN DAN 1 MP PKR YG MENJADI BEBAS (KALAU TAK SILAP SAYA). SAYA BERPENDAPAT INI PERLU DI BERI PERHATIAN BG MENGELAK DARI BERLAKUNYA KEJADIAN YG SAMA PD MASA YG AKAN DTG. MUNGKIN PENDEKATAN PAS BOLEH DITERIMA PAKAI, CONTOHNYA DGN MENGKEHENDAKI SEMUA MP & ADUN PKR MENGANGKAT SUMPAH SETIA PARTI DLM TEMPOH TERDEKAT.
APA PUN, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA BUAT DSAI. PADA HEMAT SAYA, LAUTAN YG LUAS DAN BERGELORA HANYA AKAN DAPAT DIKUASAI DGN ILMU YG PENUH DI DADA.
LAWAN TTP LAWAN!!!!!!!
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
ericind Reply:
February 14th, 2010 at 12:41 pm
Saya sokong 100%.kita kena menuju ke hadapan,bukan ke belakang.
Reply
lang suyo Reply:
February 17th, 2010 at 10:11 am
Pada hari baik bulan baik bagi orang cina kita sempena tahun baru cina ini! dan kita juga turut tumpang bercuti sempena perayaan ini. alangkah malangnya Utusan Meloya menhentam orang cina DAP pada hari lambaran mereka, bagi orang MCA,DAP dan Gerakan apakah DAP tidak sambut Gong Xi Fa Chai. Apa perasaan kita jika di hari baik bulan baik orang kita di hentam, gasak bertubi tubi dimana yang di katakan 1Malaysia??? didalam Utusam Meloya di muka hadapan mehentam Cina DAP dan di muka dalam memuji Cina MCA dan Gerakan apakah Utusan Meloya bermuka muka bagi setiap muka suratnya???? . saya sebagai rakyat malaysia amat duka cita dengan budaya perkauman yang di amalkan oleh Utusan malaysia.
Reply
(Kepimpinan PKR Negeri Sabah Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina)
MUJUR LALU HARAM MELANGKAH, MELINTANG BIAR PATAH!
Laporan: HALIK ZAMAN
SELURUH ahli-ahli PKR di seluruh Sabah tidak akan merasa ‘lemah semangat’ dengan apa sahaja bentuk fitnah direka oleh musuh-musuh politik Parti Keadilan dengan mengaibkan Ketua Umum PKR Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim, walau apa cara sekalipun seluruh warga PKR Sabah akan terus mengutuk dan menganggap ia sebagai satu cara ‘musuh Keadilan’ menabur fitnah semata-mata mereka takut akan kalah dalam PRU13 yang akan datang.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Encik Ahmad Tamrin menyifatkan taktik kotor UMNO demi menggapai cita-cita kotor mereka untuk mentadbir Kerajaan Malaysia sebagai ‘hak milik’ mereka selama lamanya, mereka sanggup buat apa sahaja untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
“Adalah salah kalau para pemimpin UMNO menganggap dengan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anak-anaknya maka Parti Keadilan akan lemah malah perbuatan sedemikian akan menjurus lebih banyak simpati bukan sahaja di kalangan ahli-ahli PKR malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO sendiri,” jelas Tambrin.
Kata Tambrin lagi, “Walau apa sahaja bentuk keputusan Hakim Mahkamah yang membenarkan keaiban ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia dianggap bukan suatu keputusan muktamad, keputusan muktamad adalah simpati rakyat Malaysia yang akan tersurat dalam PRU13 yang akan datang.”
Tambah Tambrin, “Keaiban lantaran fitnah yang dilemparkan dan diterima oleh Anwar dan seluruh keluarganya, paling jijik, paling hina yang datangnya dari manusia-manusia ‘riak kuasa’ sehingga sanggup menjadikan Anwar sebagai korban fitnah demi mengekalkan sebuah kuasa maha zalim, sekalipun ia bertentangan dengan hukum Allah swt.”
Sambung Tambrin lagi, “Fitnah, menjatuhkan maruah seseorang itu, dari manusia yang kotor akhlak, ia pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad saw lagi, maka tidak hairanlah kalau fitnah itu berlaku ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, demi merebut sebuah kuasa. Itu adalah mainan dari orang-orang zalim yang kotor otak pemikirannya.”
Kata Pengerusi PKR Negeri itu lagi, seluruh Cabang-Cabang PKR dan ahli-ahli PKR Sabah mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan fitnah musuh-musuh politik Anwar Ibrahim dan seluruh ahli-ahli PKR bersatu berdiri teguh, jatuh bangun bersama Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat.
“Mujur lalu, haram melangkah kalau melintang biar patah! Itulah azam dan semangat ‘setia berkorban’ ahli ahli PKR dan Pakatan Rakyat Sabah.”
Last Updated on Friday, 12 February 2010 22:00
Reply
Hamba Allah Reply:
February 14th, 2010 at 12:14 pm
Salam DSAI,
Dalam sibuk berkempen, luangkan lah masa 1-2 hari utk berehat. Jagalah kesihatan dgn mendapatkan vitamin, makanan dan tidur yg secukupnya. Selain itu bersenam juga boleh boleh menambah stamina Dato’ agar rancangan utk berkempen pun berjalan lancar.
Dalam sibuk berkelana ke negeri-negeri, pastikan keselamatan di jalan raya. Driver pun mesti cukup tidur dan tegap. Barulah Dato’ boleh menemui pengundi2 dgn cemerlang.
Selamat berjaya Dato’. Biar ribut, gempa bumi, tsunami, banjir atau kiamat (sekali pun) melanda, sokongan kami thdp Dato’ takkan pudar.
Sekian, wassalam.
Reply
Selamat Tahun Baru Cina. Selamat Berubah dan Selamat Maju-Jaya.
Semoga tekat, keazaman serta usaha lebih ‘mampan’, lincah, tangkas dan mencapai sasaran. Sebagai pemimpin, kejayaan rakyat menjadi agenda. Sebagai rakyat, pemimpin yang mendorongkan ‘perubahan’ dan ‘kesejahteraan’ menjadi amanah dan tanggung-jawab untuk dibantu dan diberikan taat-setia.
Pemimpin Penting Diri, macam…you know…that guy dan the gangs ! Jangan tolong. You tolong, esok…silap-silap tangan you ‘digigitnye’ ! Kan dah terbukti dalam sejarah. Bila DSAI susah-payah membawa pembaharuan dalam ‘Parti Tak Sedar Diri Itu’…tot-tot, dipenjaranya Hamba ALLAH sorang tu ! Boleh pakai ke, ‘Orang Tua Tu’ ?
Lebih baik, JANGAN ! TOLONG DSAI DAN PAKATAN RAKYAT.
MENGUNDI KAT PERAK NANTI, INSYAALLAH… ALL OUT ! KITA KERJASAMA BANTU DSAI & PAKATAN RAKYAT.
INSYAALLAH DAN ALHAMDULILLAH. UNTUK MR.LIM KIT SIANG, GONG XI FA CAI, “ANG PAU, LAI !” HAHAHA…! GURAU JER, MR.LIM. MINTA MAAF. KEPADA SEMUA RAKAN KETURUNAN CINA. SELAMAT TAHUN BARU ! YAHOOO…!
Reply
SElamat Tahun Baru Cina…Tahun Harimau
di harap menggaum pada dan kena tempatnya.
ADUN/MP pakatan ambil iktibar tahun harimau…jangan bercakau
sesama sendiri. Berani/jujur/tangkas dan sedia bersaing jadikan
pedoman jalankan tugas diamanahkan rakyat.
Kalau ada prinsip..teruskan. Rakyat dan parti pun ada prinsip juga.
Jangan buka ‘langkah’ sumbang dik kerana prinsip sendiri tanpa hiraukan
prinsip parti dan prinsip rakyat.
Walau apapun tunggulah PRU ke 13. Jangan kucarkacirkan parti. Musuh sentiasa
ambil kesempatan menghentam kita (media jadi tali barutnya).
Pada PRU 13, tunjukkan prinsip anda. (Nasib tak baik anda tak terpilih kalau
berlawanan prinsip parti).
Sekarang, kuatkan semangat juang seperti SANG HARIMAU. Tambahkan Negeri2
takluk pakatan dan kekalkan negeri yg ada. Insyaalah selepas PRU 13,
Melaka, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak jadi negeri PAKATAN. Amin…
Reply
Ribuan Terima Kasih,
Hidup Pakatan!
Reply
Dato Seri,
Semoga Allah setiasa memberi kekuatan kepada Dato Seri sekeluarga bagi menghadapi FITNAH 2 yang di reka olih UMNO/BN. Semua rakyaat Malaysia tahu mengenai conspirasi kali ke2 ini.
Dato Seri,saya ingin mecadangkan agar satu kumplan khas dibentuk yang di kenali sebagai Deligasi Perniagaan dan Pelaburan.
Kumpulan ini hendak mengikuti semua lawatan DSAI keluar negara terutamanya ke negara yang menpunyai hubungi rapat dengan DSAI seperti, Turkey, Indonesia, South Africa, Negera Negara Timur Tengah dan lain lain.
Kumpulan ini hendaklah mengenal pasti peluang perniagaan yang terdapat di negara negara yang dilawati and peluang pelaburany ang bolih di bawa ke negari negari dibawah Pakatan Rakyat seperti,Kelantan, Selangor,Penang and Kedah.
Saya mencadang DSAI menlanti Dato Sallehuddin Hashim sebagi CEO Kumpulan Business and Investment dan bantu olih wakil wakil dari PAS( YB Syed Azman or YB Zulkiflee Ahmad) dan DAP.(Tony Pua)
Harap proposal ini mendapat pertimbangan sewajar ny dari DSAI.
Sekian Terima Kasih/Wasalam
Reply
Saudara Anwar,
Selamat Tahun Baru Cina.
Actually, as Malaysian, I prefer to have a/maby “Tahun Baru Malaysia”.
All the different race/culture “New Year” collectively call “Tahun Baru Malaysia”.
This means we will celebrate 4 to 5 time “Tahun Baru Malaysia” every year!
It is good for the Kids and for the society where all different race will
visit each other and enhance social cohesion.
I dream is one of the day I will celebrate “Tahun Baru Malaysia”.
I have write to you a fer occasuion…and do hope one of those day to get your reply.
Thanks,.
Reply
memang terbukti najib yang mengaturkan pertuduhan liwat keatas anwar,disaat anwar melaui saat getir,najib muncul dikhalayak ramai menunjukkan muka mencari pengaruh dan sokongan.sekarang pengaruh anwar sedang pudar,najib mula mendapat sokongan rakyat,tetapi kebenaran akn muncul,pengaruh anwar akn terus berkembang disaat anwar disabitkan kesalahn liwat,pru akn datang akn memihak kepada pkr dan pakatan bn sedar dan bermulalah pakatan jahat dan adu domba oleh umno dan bn yang sinonimnya mca mic dan gerakan hanya membisu.
Reply
DSAI…SYA HARAP SGT2 TOHMAHAN…THADAP PMBNGKNG INI DAPT SMPAI PNJELSAN YG SEBENARNYER KPDA RAKYAT…HARAP SGT…
Reply
Memang sesuatu yang menyeronokkan apabila tiba masa ‘perayaan’ ! Akan saling bertemu saudara-mara. Akan berjumpa kenalan lama. Dan saling bersenda-gurau bila bertemu. Lalu, akan kembali nostalgia kisah lampau.
Masa nakal bersama sering menjadi hiburan sewaktu bertemu. Maka, menjadi riuhnya suasana dan hiruk-pikuk oleh kanak-kanak berkejaran. Demikian meriahnya sambutan perayaan bagi setiap bangsa RAKYAT MALAYSIA.
Suasana harmoni ditambah lagi bila dikunjungi jiran-tetangga yang pelbagai keturuan. Juadah ‘seadanya’ disediakan bagi merai tetamu dan jiran. Tambah seronok bila ‘hidangan percuma’ dimeriahkan pula dengan ‘irama persaudaraan’ !
Hal ini semua menjadi idaman setiap RAKYAT MALAYSIA.
Malangnya, selama ini Umno-BN terlalu berpura-pura. Zahir ‘media’ mereka menggembar-gemburkan akan ‘persaudaraan’ yang intim. Sebaliknya, tersembunyi ‘gunting dalam lipatan’ ! Bermuka-muka baik tetapi niat disebalik senyuman yang pura-pura itu tersembunyi niat yang ‘terbalik’.
Jika sungguh Umno-BN mahu memupuk muhibbah, kenapa menaja rasa ‘gelisah’ ! Kenapa mementing diri dan rakyat dianak-tiri ? Kenapa utamakan kemewahan diri daripada rakyat sendiri. Inilah ketidakadilan. Lihat Mahatma Ghandi dan Lihat Nabi Muhammad saw. sendiri. Mengutamakan ‘ummah’ daripada maslahah diri.
Maka, idola siapakah yang menjadi pilihan Umno-BN ?
Sandaran baik perlu dirujuk kepada yang terbukti baik. Jika kejahilan serta nafsu sendiri yang dijadikan sandaran, pasti rugi. Jaminan kejayaan hanya kepada mereka yang benar-benar setia kepada ALLAH & ROSULULLAH SAW. Maka, fikir-fikirkan aduhai sahabat !
Reply
Gong Xi Fa Cai
Salam Reformasi..KEADILAN DAN KEBENARAN..Pedoman Hidup Untuk Rakyat Malaysia..!
Reply
salam dsai…happy new year/gong xi fa chai kepada kaum tionghua.diharap kan tahun harimau ni pakatan kuat umpama taring dan kuku harimau segala tohman/fitnah (umno perkasa gpms dan ngo2 umno melayu yang menyalak buat demo)tangkis dengan segera..kalau boleh harimau baham si saiful sekali..lawan tetap lawan
Reply
Buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim…tabahlah hadapi ujian dan dugaan dari Allah ini. Sesungguhnya,setiap ujian dan dugaan yang turun dari Allah itu menandakan Dia menyayangi hambaNya ini, makin berat ujian, makin hebat iman hambaNya itu bertambah dan kukuh.
Harap DSAI bersabar, kami anak-anak muda akan tetap bersama DSAI dalam apa juga keadaan demi memastikan DSAI TIDAK AKAN KE PENJARA LAGI!!!!
” WA MA KARU, WA MA KARALLAH, WALLAH KHUKHOIROL MAKIRIN”… Allah ada rencana Dia sendiri… Biar UMNO-BN yang diketuai NAJIB MONGOLIA mengaibkan DSAI, tapi yang pasti, akhirat kelak, terima lah seksaan yang amat dahsyat dari Allah Rabbul JAlil.
Wahai NAjib, jangan kau ingat dunia ini milik kamu setelah jadi PM, Allah itu pencipta kamu,Dia lebih tahu rencana kamu, pastikan kamu ingat kuasa pencipta kamu YANG MAHA ESA, 24 jam kamu diperhatikan…
Renungkan wahai Najib, isteri kamu sendiri tidak mampu untuk kamu tegur untuk membuat perkara paling mudah iaitu BERTUDUNG, kamu tuduh DSAI meliwat… Cermin diri kamu…
Buat DSAi, tabah hadapi ujian ni, banyakkan berdoa, ALLAH sentiasa bersama org yang dizalimi…
TAKBIR!!!!
Reply
Happy Chinese New Year to all Malaysians….Don’t ever let the sentiments of racial politics divide the people as a whole nation. Gong Xi Fa Chai n have a safe journey!!!
Reply
teruskan perjuangan DSAI. perjuangan masih belum selesai..
Reply
dalam umno@bn dulu pun dianaiai…di luar umno@bn pun dianaiai…..KENAPA DATUK SERI?????????BAGI SAYA INI MENUNJUKKAN DSAI@DATUK SERI ANWAR ADALAH ORANG HEBAT DALAM SEMUA SEGI@PEMIMPIN PAKEJ@SERBA BOLEH….HIDUP DSAI…LAWAN TETAP LAWAN…..
Reply
Salam DS, lama tidak menulis di blog ini. Ianya disebabkan oleh rasa tidak puas hati saya & rakan2 tentang perjuangan PKR yg jelas lari dari perjuangan asal. Dengan sikap PKR yang sama dengan DAP, tidak langsung berjuang untuk orang Melayu yang semakin terpinggir, mengapa orang Melayu masih lagi hendak menyokong PKR?
Saya masih lagi menghormati DS sebagai tokoh idola semasa saya menjadi pemimpin pelajar tetapi sikap terlalu berkompromi DS terhadap bangsa lain memperlihatkan sikap DS yang sanggup memaling muka kepada orang Melayu demi untuk meraih sokongan bangsa lain. Harus diingat Melayu mempunyai 67% majoriti di negara ini. Mengapa perlu kita mengorbankan hak dan keistemewaan orang Melayu ini hanya kerana bangsa kaya yang lain meminta mereka diberi hak sama rata.
Asas perjuangan keadilan adalah memperkasakan keadilan rakyat. Adil bermaksud, meletakkan hak kena pada tempatnya! Adil buka bermasuksud sama rata. Tetapi dasar perjuangan PKR kini ialah memperjuangkan kesamarataan! Untuk apa? tidakkah ianya akan merobek dan merampas hak orang-orang Melayu yang masih lagi jauh ketinggalan? bersambung lagi…
Reply
kuda kepang STC Reply:
February 18th, 2010 at 12:02 pm
Setelah 52 tahun merdeka baru ni you tahu melayu terpingir?? Hong Kong merdeka lebih lewat dari Malaysia tertapi cina hong kong tiada yang terpingir pun??
dalam soal 1malaysia kenapa kita harus perkatakan 67% Orang melayu, kaum dan bilangan adalah benih perkauman. kita rakyat malaysia satu bangsa satu bendera satu pelembagaan satu Malaysia.
Reply