10
Feb
10

Ku Li: Nizar Masih MB Perak Yang Sah

Dari TV Selangor

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.


45 Responses to “Ku Li: Nizar Masih MB Perak Yang Sah”


  1. 1 BALIKAMPUNG Feb 10th, 2010 at 7:17 pm

    ku li mencari talian hayat, demo besaro lah ku li, demo tak laku doh

    Reply

    kundangman Reply:

    Cari talian hal dgn ceritakan hal sebenar tidak salah. Sebab ramai yg masih buta walau pun hakikat mata nampak celik dan masih tak dapat fikirkan antara kebenaran dan kepalsuan. Sudah terang lagi bersuluh puak2 di sebelah sana punya KUASA, WANG dan pelbagai jentera yg membolehkan wakil rakyat dihijrahkan dgn cara tak bermoral langsung. Demokrasi konon………. Demokrasi ala rimba

    Reply

    ktas09 Reply:

    Mu yang balik kampung dulu!!! Ku Li adalah pejuang UMNO lama sejati dan bukannya ahli UMNO baru sekarang yang #@$#@.

    Reply

  2. 2 SIR ABU Feb 10th, 2010 at 7:25 pm

    Hal ’sepak-terajang’ dalam politik, saya tabik KU LI ! Apatah lagi hal politik Malaysia. Maka, Umno-BN patut sangat ‘menilai’ pandangan ‘orang lama’ atau lebih tepat ‘Pakar Politik Malaysia’. Pengalaman jenuh. Cabaran yang ditempuh pun macam-macam !

    Daripada sudut lain. Secara umum, Umno-BN jangan asyik ‘main tarik tali’ ! DS NIZAR bukan punya ‘dosa’ terlalu besar sehingga ‘diterajang’ macam dia dan RAKYAT PERAK bagai tak bermaruah. Yang pilih DS NIZAR ialah RAKYAT PERAK. Tetiba, suara ramai dan ‘pilihan hati’ RAKYAT PERAK diketepikan mudah-mudah !

    Jika berlaku atas diri kamu sendiri pun, tentu kamu marah. Hati memang dah berkenan kat ‘Bedah’ tetapi adik tak ketahuan kamu pula yang ‘bentes’ ! Marah ler aku ! Misal jer tuh ! Habis jika sampai gamak kamu ‘tolak’ DS NIZAR macam dia tak punya IBU-BAPA…handal sangat ker kamu ?

    Jangan terlalu ‘bersandewara’, wahai Umno-BN…tak lalu nak muntah dah aku ! Tipu orang lain ler ! Apakah kamu sangka RAKYAT PERAK tak cerdik serupa kamu ? Jika kamu sengaja mencabar kami, kami punya hak untuk ‘TUNTUT BELA’ !

    So, wahai seluruh warga PERAK. TOLAK BN. PANGKAH PAKATAN RAKYAT ! YES !
    ALHAMDULILAH ! KITA BUKTIKAN RAKYAT PERAK PUNYA JATI-DIRI SERTA MARUAH ! YES !

    Reply

  3. 3 PANADOI Feb 10th, 2010 at 8:57 pm

    Kisah Man Tiga Suku berlagak jadi Hakim !

    Hakim : Mana itu budak ?
    P.Ram : sapa ?
    Hakim : Yang tuduh kono sondol tuh ?
    P.Ram : Tak datang, Tuan Hakim !
    Hakim : Apsal plak ? Kan hal penting nih !
    P.Ram : Dia nyorok, Tuan ! Takut mati !
    Hakim : Biawak pun mati. Ingat dia sapa ?
    P.Ram : Ntah ! Spesis tak kenai Tuhan, agaknya !
    Hakim : BIJAK !

    Kesimpulan : Orang sayang ALLAH ’sentiasa’ buat persiapan sebelum MATI.

    Reply

  4. 4 MOHD SUHAIMI BIN AZIZ Feb 10th, 2010 at 10:25 pm

    Tahniah YM Tengku Razaleigh di atas keberanian YB menyatakan kebenaran kerana YB adalah satu-satunya pemimpin umno yang sentiasa mempertahankan kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. KULI berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Kelantan berkenaan royalti petroluem dan KULI juga tegas mempertahankan perlembagaan kerajaan negeri Perak yang sah adalah masih di bawah kepimpinan DSNJ.

    Sejak kecil saya mengikuti perjalanan politiku Tengku yang tsentiasa kaonsisten ksepada kebenaran, kej-ujuran dan intergiti kepuimpinan tsehingga Tengaku adalah satu-satunya pemimpin umno yang “gentlement” mencabar Tun Mahathir merebut kerusi presiden umno tetapi kita sedia maklum bahawa politik Tun Mahathir dari dulu, kini dan selamanya adalah berlandaskan “matlamat menghalalkan cara”.

    Tun Mahathir terkenal dengan caranya menggunakan apa jua instrumen kerajaan dalam menghadapi musuh politiknya samada dalam parti atau luar parti. Maka tidak hairanlah Tun Mahathir dikatakan seorang diktator Malaysia tetapi nasibnya tidak begitu baik setelah berdepan dengan DSAI sehingga Tun Mahathir satu-satunya pemimpin parti di dunia yang kekal berkuasa dengan mencipta isu “jubur diliwat” dan kini anak didiknya Najib cuba mengulangi tajuk cerita yang sama tetapi jalan cerita sedikit berbeda!!!!

    Saya penuh yakin dan percaya gerakan massa gabungan DSAI, KULI, TG HJ HADI, TG HJ NIK AZIZ & LIM KIT SIANG pasti boleh menruntuhkan keangkuhan regim umno/bn yang selama ini menanam pemikiran rakyat bahawa hanya umno/bn yang mampu memerintah adalah satu tahyul yang sia-sia belaka!!!!

    Teruskan perjuangan rakyat sehingga tertegaknya negara MALAYSIA BERDAULAT, RAKYAT BERMARTABAT!!!!!

    Reply

  5. 5 layman Feb 10th, 2010 at 11:20 pm

    Agaknya kita kena belajar lagi apa itu, perlembagaan, perundangan, institusi raja dan apa itu pengasingan kuasa (separtion of power). Sekarang semuanya berceramuk….

    Reply

  6. 6 Boring Feb 11th, 2010 at 1:32 am

    The only way now is through GE13…to see if BN can still rule !

    Reply

  7. 7 bob bernanah Feb 11th, 2010 at 2:36 am

    betul kata ku li 2.
    tp ini adalah negara hak milik UMNO n memainkan sistem ISA(Ikyt Suka Aku).
    so.apa mreka boleh buat dengan negara ini.
    rakyat mnjadi papa.
    orang di ats kaya-raya.!!!

    selamatlah MALAYSIA..!!!!

    KAMI adalah harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan di samping anak2 muda yang ada n celik politk..

    Reply

  8. 8 Intan Rohaizat Feb 11th, 2010 at 7:48 am

    Saya terfikir, jika keputusan mahkamah boleh dijadikan rujukan untuk kemenangan Blackburn Robust vs MU dengan 5-0, selepas ini mana-mana kerajaan boleh ada dan tiada macam chip more hanya dengan arahan daripada pengusaha kilang chip more.

    Kesan lebih besar ialah keyakinan pelabur, yang saya jangka akan hilang keyakinan kepada sistem sedia ada.

    Jika kita dalam sistem demokrasi, ikut sistem demokrasi. Jika tidak mahu, ubah sistem yang sesuai. Hidup Ku Li. Tegakkan kebenaran walaupun pahit.

    Reply

  9. 9 HMD Feb 11th, 2010 at 8:35 am

    My Respect to Tengku Razaleigh!

    Reply

  10. 10 no name Feb 11th, 2010 at 8:44 am

    kemenangan MB perak baru2 ini bukan lah kemenangn zambry,
    tetapi kemenangan bagi sultan perak…
    adalah ku li telah mengkaji akta perlembagaan 1957 sistem raja berpelembgaan.
    di sini Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu..
    mungkin ku li xfaham agaknya undang-undang tubuh kerajaan negeri perak..
    Bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya).

    da 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

    1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.

    2. MB hendaklah (“shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (“Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.

    3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

    Apa itu Fasal 18 (2) (b)

    *Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

    mungkin ku Li boleh blajar lebih pasal sejarah negeri perak selepas ini..

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

    Reply

    Md. Supian Reply:

    Tapi bila cakap pasal undang-undang yang pelik ni, kita harus senantiasa rujuk kepada satu dasar perundangan yang paling utama dan penting, yakni “Substance Over Form Shall Prevail.”

    Memang tak habis-habis jika kita berdebat. Aku keluarkan satu Fasal, kau pulak keluarkan satu Fasal yang lain, dan seterusnya……………

    Kenyataan yang tidak dapat dinafikan adalah sememangnya Rakyat Perak yang telah memberi mandat kepada Pakatan untuk memimpin Perak. Jadi, bagaimana 3 ekor katak dapat mengubah mandat beribu-ribu rakyat tersebut dengan begitu sahaja?

    Kalau banyak katak lompat sini, lompat sana sepanjang tahun, haruskah kerajaan negeri turut bertukar-tukar sepanjang tahun??? Apabila kerusi belum panas diduduk dah terpaksa berambus, macam mana nak memimpin negeri dengan efektif untuk mencapai matlamat??? Yang sengasara rakyat dan negeri saje!!!

    Ku Li memang ku respect di sini.

    Reply

    Nick Reply:

    Jadi…anda sebenarnya merestui cara lompat melompat dan tubuh kerajaan?? bermaruah kah car BN merebut takhta Perak?

    Reply

    nyamuk Reply:

    ko tu yg perlu belajar lebih undang undang, kuli tu dah berpuluh tahun pengalaman…jgn jadi budak umo 7 tahun nak ajar orang tua ……

    Reply

    caldina Reply:

    so bleh terangkan plak ap fungsi perlembagaan perkara 52(1)???

    Reply

    ron Reply:

    discretionary power is not absolute!

    simply because the word discretion doesn’t mean absolute.

    no constitutional monarch has absolute power! nowhere in this world.

    they also are subjected to rule of law.

    bn and its media have been manipulating and lying straight to our face saying discretionary = absolute.

    p/s: the judges have been fooled, too until no one of them sees this. pity Malaysians.

    Reply

  11. 11 Tambuakar (Hamid) Feb 11th, 2010 at 9:54 am

    Setuju Tengku! Itu barulah wawasan pemimpin yang benar-benar menegakkan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia serta memahami erti demokrasi sebenar.Saya percaya rakyat Perak merasa dihina atas keputusan Mahkamah ini.

    Reply

  12. 12 Pejuang Feb 11th, 2010 at 10:13 am

    Persolan etika dan moral dilupakan dalam kes MB Perak. Mengikut mahkamah, BN mentadbir Perak tetapi adakah kerajaan BN ini kerajaan yg bermoral? Yg menang dalam pilihanraya 2008 ialah PR. Dari aspek moral, perubahan kerajaan sepatutnya hendaklah melalui pilihanraya. Bukankah asas kekukuhan kerajaan adalah mandat rakyat. Bermoralkah perubahan kerajaan di Perak? Bermoralkah tindakan Adun-adun yg melompat? Mungkinkah moral sudah tidak penting. Yang Penting ialah perut!

    Reply

  13. 13 shift Feb 11th, 2010 at 11:22 am

    Ternyata krisis perlembagaan di Perak belum mencapai peringkat muktamat seperti juga yang telah disebut oleh hakim makamah tinggi selasa lalu. Malaysia merdeka melalui perundigan yang diwakili oleh segelintir manusia yang berniat untuk memonopoli kuasa bagi memerintah rakyat di negara ini, tapi banyak fakta yang tidak diketahui tentang proses pembikinan perlembagaan dan undang-undang. Malaysia juga merdeka dengan menerima pakai proses demokrasi dan dengan itu memberi terjemahan baru kepada kuasa kuno dari sistem monarki lama. Setiap kali Nizar membawa kes ini ke makamah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi, bukan isu kalah atau menang, Nizar telah membawa bersama-samanya isu-isu ini yang mula muncul apabila seorang raja Melayu campurtangan terus ke dalam proses pembentukan kerajaan negeri Melaka yang ini sesuatu di luar jangkaan tanpa contoh-contoh terdahulu. Teruskan Nizar untuk membawa isu ini ke seberapa tinggi pun dan ini akan memberi ujian kepada sifat jati diri hakim-hakim di makamah ini semada mahu Malaysia lebih maju di dalam proses demokrasi atau atas sebab-sebab sifat patriotik mereka mahu mempertahankan kuasa kuno, so be it. Seandainya mereka berjaya memgembalikan semula kuasa kuno, selepas itu pemberntukan kerajaan di semua peringkat akan ditentukan oleh darah dan keturunan sahaja. Ini hanya satu teori. kalau mahukan is menjadi kenyataan, Nizar mesti teruskan perjuanganya di makamah sehingga tiada lagi makamah yang boleh memberikan penghakiman.

    Reply

  14. 14 alrawa Feb 11th, 2010 at 11:42 am

    DiMalaysia perkara yang ‘HARAM’ tu lah yang banyak didapati:
    1.anak haram(bolih jadi MB)
    2.lumba haram
    3.judi haram(judi halal kena tanya Tun Hanif Omar)
    4.pendatang haram
    5.duit haram(kena tanya Mike Tyson Selangor)
    6.minuman haram(ooh Kartika)
    7.sumbang muHaram
    8.ramlah ram(oops)
    9.ketua hakim haram(pengganti TUN Salleh)
    dll.
    Mungkin bolih ditambah satu dua lagi: Mahkamah haram dan hakim2
    haram jadah.

    Reply

    Iceman Reply:

    Ha ha ha

    Reply

    amer Reply:

    malaysia byk benda haram..

    Reply

  15. 15 Boring Feb 11th, 2010 at 12:06 pm

    Ku Li should be invited to join PR !

    Reply

  16. 16 aminasri Feb 11th, 2010 at 12:38 pm

    Salam DSAI, salam sahabat PR semua..

    Berikutan drpd kenyataan dan pendirian Ku Li akhir2 ini.. serta tanggungan dan risiko yang sentiasa mencengkam DSAI.. saya rasakan sudah tiba masanya seorang pelapis atau penyambung kepada ketokohan DSAI ditonjolkan. Ia adalah pelan tindakan alternatif sekiranya perancangan jahat utk menutup ruang kepimpinan DSAI berjaya dipelahapkan. Namun usaha utk mencungkil dan mengangkat seorang pelapis dengan ketokohan dan kewibawaan yg setara dengan DSAI memanglah bukan satu tugas mudah. Langkah paling cepat dan pantas ialah memilih daripada kalangan pemimpin terkini yang boleh mengisi keperluan semasa dan seterusnya berjaya memecah belahkan barisan Perompak negara, maaf saya katakan, tentulah Ku Li. Berdasarkan darah perjuangan yang masih berapi ekoran isu minyak di Kelantan, seterusnya ketelitian pegangan beliau ke atas kes MB Perak. Maka saya kira, barisan Perompak sedang atau bila2 masa sahaja bersedia utk menyerang Ku Li.

    Saya rasa, belum terlambat bahkan DSAI perlu segera mengerat tangan, mengusulkan kepada PR, bahawasanya sekiranya apa2 sahaja yang berlaku kepadanya, maka Ku Li bakal meneraju nakhoda PR untuk mengajak rakyat melawan kebatilan dan membina sebuah negara bangsa baru di bawah kepimpinan kerajaan PR. Bukan itu sahaja, saya percaya, ada dikalangan Ahli Parlimen Malaysia yang akan condong kpd Ku Li, jika beliau melangkah keluar.

    Selepas itu, jika diizinkan Allah, DSAI insyaAllah akan bersama kita kembali. Itulah pengamatan saya. TQ.

    Reply

  17. 17 Bumisan Feb 11th, 2010 at 1:01 pm

    Pemikiran yg cukup terbuka/teliti dan bernas pasti membuka mata semua orang termasuk pakatan rakyat sendiri!!Apalagi BN sendiri menafikan semua ini melainkan ahlinya yang CELIK HATI!

    Reply

  18. 18 Pecacai Umno Feb 11th, 2010 at 1:06 pm

    Apa pun nak jadi, aku harap Muhyidin dapat plak jadi PM. Baru ada klas ! Hal DS Anwar aku tak berapa kisah sangat. Aku mana-mana pun tak kisah. Asal dapat cari makan, aku ngap ! Apo nak buek ! Kemahiran takdo ! Asyik merayu cari kojo tak dapek. Time gundi dorang ajak tampal poster, tampal. Ajak koyak, koyak ! Dah nak cari makan.

    DS Najib bukan sey tak konal…biaso jumpo ! Alaah..you know that…emm…emm…!
    Belajar walaupun sampai Harvart ke apo jadah pun, kalu tak reti merintah, balik motong gotah lagi untong, Jang !

    Reply

    aku pun pecacai Reply:

    Isy ! Isy ! Isy ! Awat sampai lagu tuh ? Baik lantik DSAI jadi PM. Dia lagi kelas ! “Cikit Atas” ! Muhyidin Casing Tu pun den konal ! 2 x 5 jer gan Najib ! Samo-samo ‘kaki mengabihkan bogheh’ ! Tinjau kat ‘perut’ pun dah maklum ! Mengandung 3 1/2 bulan…haha !

    Minta maaf ler..Sey tak joint layi Umno. Ntah apo jadah lamo-lamo dalam Umno, cadangan kita langsung tak nak pakai ! Nak ikut kepalo biol dorang jer ! Mana boleh tahan ! Gunung Tahan lain ler…Memang sah tahan !

    Sejak kes DSAI 2nd time, sey cau Umno ! Harapkan Khairy pun…dia pun cacing kepanasan ! Habih apo layi arah. Kono taubat ‘nasuha’ ler gamaknye !

    HIDUP ANWAR. WA CAYA LU !

    Reply

  19. 19 suri Feb 11th, 2010 at 9:50 pm

    teruknya nizar di malukan oleh manusia laknat!..zamry naik jadi MB bukan kerana pilihan rakyat tapi mainan politik busuk BN..org2 mcm ni memang muka tak tahu malu!

    Reply

  20. 20 Abdullah Feb 11th, 2010 at 9:59 pm

    BALIKKAMPUNG ni mesti mempunyai pemikiran orang kampung yang kurang cerdik (kerana ada orang kampung yang cerdik juga). Anda boleh baliik kampung tanam kacang. Kita tidak melihat kepada siapa yang bercakap, apa pangkatnya, sebanyak mana hartanya. Kita melihat kepada apa yang dicakapkan, bernas kah dan mempunyai kewarasan atau tidak. Kita mengamalkan sistem demokrasi, rakyat memilih pemimpin dan rakyat juga menukar pemimpin. Apa yang berlaku di Perak ialah kehendak rakyat diketepikan. Tak pelu BALIKKAMPUN menghina Tg Li kalau tak pandai berhujjah, kata-kata ‘demo tak laku’ bukanlah satu hujjah.

    Reply

  21. 21 ismail mokhtar Feb 12th, 2010 at 12:27 am

    aku tak belajar undang-undang. tapi ikut pandangan umum pun “comone sance” keputusan spt yang disebut oleh YB Tengku Razali paling sesuai. undi tak percaya kat YB Ir Nizar atau YB Ir Nizar letak jawatan secara suka rela … justru itu HAKIM YANG ADIL ialah bubar DUN, adakan pilihan raya negeri biar RAKYAT JADI HAKIM… SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT…

    Reply

    con fu ze Reply:

    Ya aku setuju, balik lah ke Mahkamah rakyat kalau nak jadi MB gentelement

    Reply

  22. 22 bob Feb 12th, 2010 at 12:58 am

    reformasi

    Reply

  23. 23 amk pkr sabah Feb 12th, 2010 at 9:56 am

    Salam Reformasi…….

    Jutaan terima kasih kepada Tengku Razaliegh Hamzah atas kenyataan tegas beliau berhubung siapakah MB Perak yang sah secara undang-undang….Kenyataan yang dikeluarkan oleh veteran UMNO ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dan juga bukan didasari atas kepentingan politik, tetapi berdasarkan pendekatan ilmiah dan undang-undang mengikut susur galur yang sah dan berasas….Hakim-hakim yang terlibat dalam mengadili kes siapakah MB Perak yang sah ini ternyata sekali mengikut jari telunjuk kerajaan yang dipimpin Najib yang menguasai badan kehakiman, badan eksekutif dan badan legislatif di Malaysia ini untuk mempengaruhi keputusan hakim-hakim berkenaan memihak kepada MB Perak haram yang dilantik baru-baru ini….

    Reply

  24. 24 cromo tanjung Feb 12th, 2010 at 11:04 am

    cromo tanjung

    kalau macam tu next time tak payah adakan lagi pilihan raya buang masa dan wang
    saja..ketua2 kampung usulkan 5/6 nama dan submit ke mahkamah biar mahkamah yg
    tentukan siapa yg layak …

    Reply

    NIBONG TEBAL GUY Reply:

    I sokong cromo tanjung. Idea paling bes untuk rakyat, parti2 & kerajaan menjimatkan perbelanjaan. Orang tengahan yang cari makan spt yang mencetak poster, menampal, mengoyak dsb hilang kerja jugak!! Kabinet pun boleh ditubuhkan dgn senang kan?!!! MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!! HA! HA! HA!

    Reply

  25. 25 hidup PKR Feb 12th, 2010 at 12:20 pm

    harap2 la satu hari nnt PKR dpt memerintah malaysia ne..
    aku nk sgt DATUK SERI ANUAR IBRAHIM jd PM satu hari nnt.
    klo DSAI jd PM aku igt mst malaysia akan jd TOP di mate dunia ern.
    lgi2 DSAI mmg lantang bile berckp..
    aku tgok agenda debat DSAI and shabery cheek..DSAI lebih menyerlah la wei..

    Reply

  26. 26 chef mohd Feb 13th, 2010 at 2:37 am

    cooorek,coorek.coorekk,,,,where is our demokrasi system?????can we trust….allll korek,,korek,lorek!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  27. 27 PHE RAQ-ABG YG DIKASIHI Feb 13th, 2010 at 2:47 am

    Aku cabar juak-juak UMNO buat laporan polis keatas kenyataan Ku Li ini kerana menidakkan keputusan 5-0 hakim Mahkamah Persekutuan yang telah mengesahkan MB Perak.Difahamkan satu laporan polis telahpun dibuat di IPD Kuala Muda,Kedah terhadap YB DS Nizar dan YB Lim Kit Siang dalam kes ketidakpuasan keputusan ini.Ada berani ka juak2 UMNO?

    Reply

  28. 28 abuya Feb 13th, 2010 at 2:20 pm

    Alahai Ku Li,
    Memang benar anda perlukan talian hayat. Cukup2la tu. Tak perlula mengadu domba ke sana sini. Apalagi yang di kejarkan di dunia ni..Semuanya Ku Li dah ada. Lihatla di bawah, betapa ramai lagi bangsa kita, orang Melayu yg masih menderita dgn pelbagai masalah. Buatla sesuatu yg lebih berfaedah. Mungkin balasan tak di lihat di dunia tetapi mendpt manfaat di akhirat. Insyallah.

    Reply

  29. 29 Hamba Allah Feb 14th, 2010 at 1:19 am

    Saya mewakili seluruh rakyat Perak yang ada hari ini MENOLAK 100% Zambry Kadir menjadi teraju negeri Perak. Cukup memalukan, dah sememang tak tau malu, sanggup tebal muke mengaku MB yang sah. Wahai Zambry Kadir, utk pengetahuan kau, Dato’ Seri IR Hj Mohammad Nizar Jamaluddin adalah MENTERI PERAK kami yang SAH, yang sentiasa menjadi MB sepanjang rampasan kuasa, Mahkamah Tinggi dah ishtihar DS NIZAR sbg MB PERAK YANG SAH…siapa yang gila kuasa mintak keputusan ditangguh???? Itu Zambry Kadir!!!!!

    Teliti ucapan DS NIZAR sebaik di umum MB Perak yang sah “Saya akan mengadap Tuanku Sultan utk perkenan BUBAR DUN PERAK…”

    Teliti ucapan ZAMBRY KADIR lepas Mahkamah Rayuan ishtihar dia, “Kita akan teruskan suama projek projek yang ada untuk kemakmuran rakyat, untuk menambat hati rakyat” semak smula rakaman sidang media!!!!

    Jadi, siapa yang GILA KUASA? DS NIZAR atau ZAMBRY????????????????

    Semestinya ZAMBRY!!!!!!!!!!

    Tolak kepimpinan ZAMBRY di PErak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  30. 30 prof JB Feb 14th, 2010 at 1:16 pm

    The Federal Court judges haven’t erred. They had no choice but adhere to the instructions from above. Such is the situation of governace in Malaysia. The executive has subjugated the judiciary into another branch of the executive. It has turned into this as a result of the decisions taken by the former PM Mahathir. He intimidated the judiciary for his own vested interests and I believe it has never yat recovered from the abuse. Not yet. Then comes a new kid on the block and he repeats that which he learnt from his predeccesor. He learnt the vile ways of survival. No wonder the guru gave his student good marks for his administration. Mahathir gave good marks to Najib. How can he fail him if his approach is just the same as he taught him. No statesman will go around giving marks to his successor. He will be quiet and allow him to do his job. All the sufferings we experience now are all the consequences of Mahathir’s abuses in the past. He went against good principles and the damage was done. It will take a long time to recover from that abuse. Slowly but surely, as the rakyat opens its understanding and exercises its action in the elections, there is still hope for CHANGE.
    prof JB

    Reply

  31. 31 freddy Feb 14th, 2010 at 6:19 pm

    100% correct! YAB KuLi pls join PR n be the next PM after GE.This is your perfect opportunity sir!

    Reply

  32. 32 jali Feb 16th, 2010 at 2:33 am

    UMNO sebenarnya sudah tidak ujud lagi.Yang ada diatas sana adalah saki baki yang hanya tunggu masa untuk di talkinkan.Rata2 rakyat tidak perlukan UMNO.Malah rakyat bolih hidup tanpa UMNO.

    Reply

  33. 33 Orang Sabah Feb 17th, 2010 at 11:22 pm

    Tak masuk akal
    Learned judges pun bodoh
    Itu raykat punya hak – undi dalam tangan meraka
    Hey mau tubu kerjaan – mau pakai katak kah ?

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners