03
Feb
10

Fitnah Siri 2 Rencana Jahat Pemerintah

Pagi tadi bermulalah perbicaraan fitnah kali kedua ke atas saya. Mainan wayang yang sama diulang putar bertujuan mengelirukan rakyat dan menimbulkan kesangsian terhadap diri saya. Bahkan mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi kepentingan politik sempit. Mubahalah diulang-ulang walaupun ulama muktabar seperti Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Wahbah Zuhaili dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya menjelaskan ianya tidak selari dengan tuntutan Syariah. Sesuai dengan pendapat dari jumhur ulama, makanya saya menfailkan tuntutan qazaf ke atas pemfitnah saya. Buktikan fitnah ke atas diri saya sebagaimana yang gariskan oleh prinsip syariah! Jangan berani berdolak lagi serta cuba melengah-lengahkannya!

Berhadapan dengan makar yang direncanakan dengan penuh helah membabitkan keseluruhan jentera dan sistem kenegaraan, ternyata ianya bukanlah mudah, namun perjuangan menuntut Perubahan ini tidak akan sekali-kali mengendur. Cita-cita dan harapan kita bukanlah satu mimpi di siang hari. Kita mendambakan sebuah negara yang menjamin perlaksanaan Keadilan untuk semua. Bukannya sebuah negara yang hanya menyempurnakan nafsu jahat pemerintah semata-mata. Tidakkah pimpinan umno-bn sedar bahawa keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pasukan polis semakin hari semakin luntur. Rakyat sudah mual dengan kehakiman dan pihak polis yang tunduk mengabdi kepada kehendak elit umno-bn.

Pun begitu saya tidak mempunyai pilihan lain selain dari berhadapan dengan fitnah tersebut di mahkamah. Barisan peguam yang terdiri dari Karpal Singh, Datuk Param Cumaraswamy, Sankara Nair dan Datuk Prabhakaran mahukan dakwaan ini digugurkan. Berasaskan peraturan serta proses perundangan, pelbagai permohonan diajukan, misalnya untuk mendapatkan bukti sesuai dengan kehendak peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Apa kan daya, permohonan ini dihalang sistem kehakiman, sekaligus membenarkan saya “diserang hendap” oleh pihak pendakwa.

Adakah dengan segala perancangan yang direkayasa ini, mereka sangka saya akan berundur dari memperjuangkan agenda Perubahan demi kemaslahatan rakyat? Inshaallah dengan segala daya dan upaya serta diiringi doa semua, akan kita terus mara menewaskan kebejatan yang bermaharajalela.

ANWAR IBRAHIM


47 Responses to “Fitnah Siri 2 Rencana Jahat Pemerintah”


  1. 1 haji mokhtar Feb 3rd, 2010 at 1:01 am

    teruskan perjuangan membela diri.rakyat akan tetap bersama DSAI,semoga kebenaran akan diperolehi..mudahan allah swt memberi petunjuk kepada mereka yg berniat jahat..

    Reply

    Shatter Reply:

    If you love your son, would you feed him, and pamper him. or would you teach him how to catch fish, and not only feed himself but his generation.

    This is what is happening to the Malay, and most of them still think we must stick to the old days.

    Reply

    Aku Nih Reply:

    SALAM DSAI,

    JANGAN PATAH SEMANGAT DATO’ SERI. TERUSKAN PERJUANGAN, KUATKAN ILTIZAM MENEMPUH SEGALA HALANGAN DAN CABARAN.

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

  2. 2 milestone Feb 3rd, 2010 at 1:22 am

    Assalamualaykum…

    Usahakan sebijak mungkin, “pertolongan dan kekuatan” berada di pihak benar, semoga ALLAH terus menerus memberi kekuatan dan pertolongan pada DSAI, keluarga & team..

    Saya berharap saudara2 dan rakan2 memberi sedikit kekuatan untuk sebarkan berita terkini kes fitnah terhadap DSAI (yg kita dapati dr sumber benar) “sejauh” mungkin… InsyaALLAH memberi sedikit sebanyak impact & kekuatan pasa DSAI & team

    Wallahu’Alam

    -milestone-
    http://showyourmiles.blogspot.com

    Reply

  3. 3 Shatter Feb 3rd, 2010 at 1:24 am

    If you can get away this time, I think I will make kenduri ayam panggang to feed the poor, and dedicate to PR.

    Reply

  4. 4 Ruwihadi Feb 3rd, 2010 at 1:58 am

    Di atas Segalanya adalah Keadilan

    Yth Rakyat Malaysia yang baik, assalamualaikum. Saya ikut prihatin dengan perlakuan Kerajaan kepada Datuk Anwar Ibrahim. Tuduhan “Sodomi” itu adalah mencari kesalahan lawan secara berlebihan, aneh, dan tak masuk akal. Dalam konteks itu, Kerajaan bersikap (dalam istilah Jawa) “adigang, adigung, adiguna”, dan “jubriya, sapa sira, sapa ingsun”, atau dengan istilah yang popular, “sangat, sangat arogan” dari penguasa terhadap Rakyatnya sendiri. Dalam konteks itu, penguasa sudah melampaui batas dan bersikap dzalim terhadap Rakyatnya sendiri. Ada Hadis Nabi yang popular di Indonesia, demikian, “Jika kalian menyaksikan kedzaliman, lawanlah dengan ‘Pedang’. Tetapi, jika kalian tak mampu melawan dengan ‘Pedang’, lawanlah dengan kata-kata. Tetapi, jika dengan kata-kata pun, kalian tidak mampu, lawanlah dengan hati. Perlawanan dengan hati itu, adalah selemah-lemah iman”. Dalam konteks itu, ada pernyataan seorang ilmuwan Hongaria yang menggaris bawahi kejatuhan Eropa Timur (1991), di suatu Majalah Sains yang saya baca di Perpustakaan Nippon Medical School, Tokyo, demikian, “Kebenaran dan kebaikan, pada akhirnya akan menang”. Artinya, penguasa dzalim (Eropa Timur) ternyata akhirnya rontok. Dan akhirnya, mari kita renungi sekali lagi, kata-kata Nabi, yang juga popular di Indonesia, demikian, “Doa yang hampir pasti dikabulkan oleh Tuhan adalah doa orang tak berdosa yang tertindas”. Secara pribadi, saya mengalami sendiri Kebenaran dari kata-kata Nabi itu. Artinya, Gusti Allah ora sare (Tuhan tidak tidur). Nuwun, dan selamat berjoang untuk Rakyat Malaysia, khususnya yang datang dari the Down (klas bawah): Di atas Segalanya adalah Keadilan, 0.47, 03/02/10, ttd Ruwihadi2090@yahoo.com, Majasanga, Indonesia, Revolution V

    Reply

  5. 5 amir Feb 3rd, 2010 at 4:56 am

    insyaalah..sama-sama lah kita berdoa,moga Allah tunjukkan kebenaran..yang benar tetap benar..

    Reply

  6. 6 Richael Feb 3rd, 2010 at 5:53 am

    Please keep fighting ….I’m pretty sure you will win.

    Reply

  7. 7 SIR ABU Feb 3rd, 2010 at 6:55 am

    Saudaraku Datuk Seri Anwar Ibrahim,
    Mereka mahu bermain-main di muka bumi. Biarkan mereka. Dan Tuhan tidak pernah bermain-main. Yang pasti kebenaran tetap menang. Yang berpura-pura, kecundang ke jurang neraka.

    Tuhan tidak pernah menjanjikan kemenangan kepada manusia angkuh. Hanya kecelakaan buat mereka. Persiapkanlah ‘kudamu’. Hayunkan langkahmu. Ilahi antalmaksudi…! We Love You, Brother Anwar !

    Reply

  8. 8 Nana Feb 3rd, 2010 at 7:22 am

    Askm DSAI, saya cadangkan agar diadakan solat hajat di seluruh negara agar mereka yang melakukan fitnah ke atas DS dibalas oleh Allah. Saya fikir solat hajat sebegini insyallah akan mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga Malaysia yang bencikan kezaliman BN dan pemimpin-pemimpin BN. Saya ahli UMNO tetapi saya amat benci dengan fitnah seumpamanya. Insyallah dalam PRU ke-13 akan datang saya akan berkempen bermati-matian untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

    Reply

  9. 9 Mat Pancing Feb 3rd, 2010 at 7:47 am

    Salam semua, Mat berpendapat DSAI adalah seorang yang sangat hebat dan terpaksa menghadapi fitnah yang amat hebat. Mat memang tak sanggup menghapinya. Apapun mat dapati barisan peguam pembela adalah terdiri daripada orang yang sangat berpengalaman dan Mat sangat yakin mereka akan dapat mematahkan hujah-hujah Pendakwaan dengan senang. Hakim-Hakim juga ada banyak pengalaman dan akal fikiran. Sekiranya beliau menyabitkan sesuatu kesalahan tidak mengikut standard keterangan yang betul, maka itu sebenarnya menjelaskan kepada umum ketidakadilan sesorang Hakim termasuk peribadi beliau. Masyarakat Malaysia sekarang ini sudah begitu celik tentang undang-undang dan telah ramai Peguam dan Pelajar Undang-Undang yang boleh menerangkan kepada masyarakat bagaimana Keterangan yang diberikan di Mahkamah semada betul atau sebaliknya. Pernah Mat bertanya kepada seorang Hakim bagaimana beliau membuat sesuatu hukuman, beliau berkata sesuatu hukuman yang betul-betul mengikut Undang-Undang adalah sangat senang untuk dibuat, sebaliknya adalah amat sukar sekali kerana terpaksa mencari alasan-alasan yang kukuh untuk tidak mengikut undang-undang. Rakan-rakan PR semua , kita mesti kerja lebih kuat seperti DSAI tetapi ingat, cabaranya adalah besar juga kerana anda telah memilih perjuangan yang betul.

    Reply

  10. 10 98.my Feb 3rd, 2010 at 7:51 am

    InsyaAllah, DSAI akan terus tersenyum. Dan Najib berduka-lara ! Yang menang sebagai pejuang, DSAI. Yang kecundang…tukang karut yang mengarut !

    Pejuang kebenaran tetap menang walau bagaimana keadaan mereka. Sedang kepalsuan sentiasa gagal dalam usaha. Lihatlah sejarah. Lihatlah bukti dalam setiap kehidupan semua bangsa. Lebih dasyat peribadi seorang manusia yang kononnya jagoan Islam menganiaya saudara kita yang cintakan Tuhannya.

    Apakah ada Tuhan-Tuhan yang lain, wahai yang pura-pura ? Tidakkah benar kamu mempertuhankan ‘Kebodohan’ dan Nafsumu. Ternyatalah, umno-bn mempermain-mainkan Islam. Hukum Syumul diinjak dan kemungkaran dijulang !

    Yang hidup pasti mati. Yang mati beriman, Syurga balasannya…Yang memfitnah, Neraka kesudahannya. Wallahu’alam.

    Reply

  11. 11 angkasawan nasa Feb 3rd, 2010 at 8:00 am

    Dima sahaja diduniawi yang fana ini caturanya adalah sama , lumrahnya ketua pembangkang akan di kengkang secara mendajalkan Ketua Penbangkang perbuatan ini adalah kerja sang dajal dari puak puak tentera Gajah. aturannya cukup jelas makamah di tepung tawar oleh UMNO Para Polisi di Naikan Gaji tepat pada hari pertama Perbicaraan DSAI ini adalah Perancanaan terancang. Si penoreh getah, si pesawah,si nelayan, si perkebun bagaikan melukut di tepi gantang yang hancurnya 15%!!!.

    Kita amat dukacita dengan sikap sang penguasa yang mencatur ,megikut pereka Imej yang dilantik. kebebasan Negara ini terletak di tangan Pihak luar berpangkalan di US, (petikan dari blog ini). jika itu adalah benar ini satu petaka yang di Undang untuk negara. Syarikat peningkatan Imej hanya memetingkan keuntungan jika Negara ini menuju kehancuran atas tangan mereka mereka akan angkat kaki kepentingan mereka hanya wang. sedangkan Rakyat akan menangung bahana. persoalannya apakah Negara kini di kuasai oleh Peraka Imej?? siapa yang berkuasa ketika ini?? mana peranan Kabenet dapur?? yang dilihat kian sepi didada akhbar sejak kebelakangan ini?? mesyuarat kabenet dapur kebiasaanya di adakan di berberapa ibu Negeri secara bergilir telah sepi?? apa sudah jadi dengan mesyuarat kabenet apakah ianya telah diambil alih oleh Vendor yang dilantik?? . apakah penswastaan berada di peringkat tertinggi??

    Saya sebagai rakyat mahukan penjelasan penuh dari UMNO dalam perkara ini?? sekiranya benar ini berlaku Perlimen harus di bubarkan serta merta. ini kerana tidak ada dalam Perlembagaan Negara yang mana Pentabiran Negara terletak ditangan pihak luar!! saya jiga seru para ahli UMNO melihat isu ini secara Kenegaraan bukan kerpatian. Saya sama sekali tidak bersekutu dengan ahli UMNO bawahan akan tertapi saya menolak segelintir Gembala atasan UMNO yang mabuk bersama kuasa mereka sehingga hak menjuragaan Negara di tangan pihak luar. semoga kita bersama sama kembalikan negara ke landasan yang sepatutnya demi masa depan Negara. wassalam.

    Reply

  12. 12 NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) Feb 3rd, 2010 at 8:10 am

    SAYA SOKONG DSAI !!!
    LAWAN TETAP LAWAN !!!

    Reply

  13. 13 Intan Sakinah Feb 3rd, 2010 at 8:20 am

    Bersatulah, wahai Bangsaku Malaysia ! Runtuhkan penabur fitnah yang tamak serta zalim ! Hancurkan mereka. Perbaharui tekad serta usaha. Lenyapkan Umno-BN dari hati dan perasaanmu. Merekalah penegak kezaliman dan menentang keadilan !

    Jangan biarkan mereka terus memperhambakanmu. Asal kita dari Tuhan Yang Satu. Padamkan segala niat mereka yang mahu terus menjajah. PRU mendatang, kuburkan mereka !

    Yang zalim pasti ‘dizalimi’ Tuhan. Yang setia, berkasih-sayang ! Marilah, wahai seluruh Rakyat Malaysia kita bersatu di bawah Satu Pemimpin Yang Cinta serta Takut kepada Tuhannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Merdeka diri dari Umno dan BN !
    Selamatlah Negaraku Malaysia !

    Reply

  14. 14 caldina Feb 3rd, 2010 at 9:00 am

    kami akan sokong dsai 100%..doala banyak2…insyaAllah doa org teraniaya akan cpt dimakbulkan Allah…

    Reply

  15. 15 Chebuk Feb 3rd, 2010 at 9:14 am

    Teruskan perjuangan Dato’ seri…
    Jangan takut dan gentar…
    Dia merancang Allah Maha Merancang…
    sekiranya Dato’ seri tewas di dunia..
    Allah memberi Kemenangan Di Akhirat….
    Allahu Akbar….!!!!

    Reply

  16. 16 Mortgage Feb 3rd, 2010 at 9:23 am

    InsyaAllah DS… kebenaran akan bersinar… kemana perginya si pondan saipol?? tak muncul2 langsung.. mgkn sedang makan angin diluar negara dgn habuan wang api neraka yg disogok najib.

    Reply

  17. 17 PAK LONG COT Feb 3rd, 2010 at 10:56 am

    Kiriman salam buat yang dikasihi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Wadah perjuangan kita tatang bersama. Jalan berliku kita redah berdua. Jalan kesenangan, nun di hadapan sana. Ayuh, saudaraku. Kita bersatu menjadi SATU. Satu Tuhan dan Satu Rosul.

    “DIA TUHAN !”
    Saudara-saudaraku di dalam ABIM. Mantapkan persaudaraan. Ikat keimanan di setiap hati. Utamakan saudaramu kerana Allah. Kelak bakal lahir : “GENERASI AL-QURAN BERJALAN !” INSYAALLAH.

    Reply

  18. 18 minang Feb 3rd, 2010 at 11:02 am

    Moga2 Dato Seri dan keluarga serta rakyat terbanyak mendoakan agar segala kejahatan dan kemungkaran terbongkar dari orang2 munafik yang cuba menzalimi umat sekelian dan tak lupa pada pemerintah yang tak berperikemanusiaan hanya kerana tamak kuasa macam tak akan mampos.Orang zalim tak boleh nak di cakap yang baik2 sebab hati dan jiwa serta fikiran dah kematu bebal?

    Reply

  19. 19 dila Feb 3rd, 2010 at 11:07 am

    Dear Dato Sri,

    With all this happening, we must expect the worst, that you going to be put in jail again. My question as a rakyat is ‘who going to be your successor?’

    what differenciate a good vs great leaders is great leaders leave successor to carry on the beacon. this successor must not only acceptable to PR but also by the rakyat.

    if you read RPK article today, then you will understand our concern; that you did not leave any successor and leave the rakyat terumbang-ambing bila dato dipenjarakan. it is time for you and all the people around you TO PUT THE INTEREST OF THE RAKYAT & NATION ABOVE YOUR OWN!!!! PUT THE RIGHT LEADERS IN PLACE BASE ON THEIR PERFORMANCE AND NOT BASE ON THEIR RELATIONSHIP WITH YOU!!!

    From my humble observent, you are a very poor judge of character. if the peopel around you put their own self interest above others, then you must evaluate back your leadership. it is time for you to rise abouve all & start to make the tought decision for the betterment of the nation. You can read book by John C Maxwell about LAWS OF LEADERSHIP to see what i mean.

    PS: please do not do to zaid what PAS has done to Khalid, it will only going to destroy people perception and put to question what PKR stand for. please take rakyat feeling & view when you made the desicion. Decised wrongly, and be prepare to face people wrath!!!!

    Reply

  20. 20 ARISS Feb 3rd, 2010 at 11:07 am

    Insyaallah Dato Seri akan diberi perlindungan dan kesejahteraan oleh ALLAH SWT dari pemerintah yang zalim teruskan perjuangan salam dari rakyat semua yang menyokong PR…

    Reply

  21. 21 Farra Feb 3rd, 2010 at 11:16 am

    Perangai pemerintah UBN memang terlalu zalim apa nak dikatakan hanya kerana jawatan dan nafsu sanggup menindas hak rakyat sekalian.Tidak mahu belajar dari kesilapan terdahulu memang nak bungkus dan jahanam?????

    Reply

  22. 22 UJANG Feb 3rd, 2010 at 11:54 am

    Tak sabar nak tunggu PRU 13..Tumbangkan kerajaan yang zalim

    Reply

  23. 23 TMJ Feb 3rd, 2010 at 1:52 pm

    All the best DSAI.

    May justice be with u.

    The BN empire is about to sink.

    -TMJ, Brussels.

    Reply

  24. 24 Shatter Feb 3rd, 2010 at 3:06 pm

    If UMNO thinks we will back down if you go to jail, then sorry. We wont. Put you in jail and we will go back to them?? not a chance in hell.

    Reply

  25. 25 Apollo 2020 Feb 3rd, 2010 at 3:39 pm

    You’re not alone Dato’ Seri. Walau apa pun yg berlaku kami tetap menyokong Dato’ Seri. Kalau terpaksa, seluruh rakyat Malaysia akan turun buat demonstrasi besar-besaran peringkat nasional.
    Biar satu dunia lihat demokrasi di Malaysia musnah dek kerakusan UMNO yg tamakkan wang ringgit dan kuasa.

    Tp macam juga mana-mana cerita superhero, mula-mula orang baik mestilah kalah dan kena pukul tapi ending cerita mestilah orang baik yang akan menang. 50 tahun akan datang akan ada filem tentang penjuangan Dato’ Seri ditayangkan di Hollywood. Pada masa itu saya dah tua dan akan bercerita kepada anak-anak muda generasi baru bagaimana detik-detik sejarah ini berlaku.

    Walau apa pun yang berlaku. don’t worry. you’re not alone. we all malaysians ready to sacrifice for justice.

    Reply

  26. 26 Yusop Feb 3rd, 2010 at 3:52 pm

    Lawan betul2… Fakta sama-sama ada. Menang-kalah kat dunia satu hal…. Yang pasti kat akhirat nanti yang FINAL…

    Sembahyang Sunat Taubat & Sunat Hajat lah banyak2… Pohon ampun segala dosa dan pohon Allah selamatkan dari musibah ini.

    Reply

  27. 27 Ddidis Feb 3rd, 2010 at 4:23 pm

    no matter what will happen..we will always there for you DSAI~!

    Reply

  28. 28 Rakyat Marhaen Feb 3rd, 2010 at 5:03 pm

    DATUK SERI ANWAR TIDAK AKAN MENANG..KERANA JIB AKAN MEMPERALATKAN MAHKAMAH MALAYSIA…

    Reply

  29. 29 ikhlasmalaysia Feb 3rd, 2010 at 5:50 pm

    Slm DSAI

    Kuatkan semangat, kami rakyat Malaysia yang insaf dan ikhlas sentiasa dibelakang anda!

    ikhlasmalaysia.blogspot.com

    Reply

  30. 30 bintabdullah Feb 3rd, 2010 at 7:47 pm

    Salam DSAI,

    Bersabarlah dengan Sabar yg indah. insya Allah Allah bersama orang2 yang beriman dan bersabar. Rabbi Yassir Wala Tu’assir.

    Sad to see among our leaders (i.e governement) have a really low standard of thinking. If Anwar is not here at the court, surely he can do something else that can be benefited by the people or maybe the country as well.

    Reply

  31. 31 seniman 85 Feb 3rd, 2010 at 8:59 pm

    rakyat marhaen dikau kelihatan lesu, berwhduklah kemudian kerjakanlah solat istiqarah nescaya kau akan peroleh pentunjuk, yang haq tetap haq(kebenaran) ia tidak sesekali bertukar kepada (batil)palsu ini janji Allah S.W.T.

    Reply

  32. 32 kuan Feb 3rd, 2010 at 10:16 pm

    Hanya doa mengiringi dato seri. Lawan tetap lawan

    Reply

  33. 33 joe Feb 3rd, 2010 at 11:29 pm

    saya cadang kan buat solat hajat tiap2 malam jumaat seluruh negara..moga allah swt turun kan bala pada saiful

    Reply

  34. 34 loso Feb 3rd, 2010 at 11:42 pm

    …mereka merancang tetapi perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya…doa kami buat DSAI, Insya-Allah keadilan dan kebenaran akan terserlah…

    Reply

  35. 35 finite Feb 4th, 2010 at 5:54 am

    Dato’, saya tahu dato’ mungkin rasa amat runsing dengan situasi ini… . kalau saya di tempat anak-anak dato mungkin saya akan turut menangis dengan ujian sebesar ini. Percayalah dato’ kami semua mendoakan dato’ agar tidak berlaku yang tidak baik kepada dato’..semoga Allah Yang Maha Kuasa.. memberi kekuatan dan kemenangan kepada Dato’. Amin.

    Reply

  36. 36 MTR2468 Feb 4th, 2010 at 10:23 am

    allah maha besar dato seri… saya berdoa agar keadillan dpt menyelebahi dato seri

    Reply

  37. 37 suara rakyat malysia Feb 4th, 2010 at 10:38 am

    Apabila melihat kes DSAI ini,sebahagian hati kecil ini merasa sangat sedih,sayu dan simpati terhadap DSAI,sekiranya perkara ini terjadi pada kita yang lemah sudah pasti tersungkur menyerah kalah disebabkan tipu daya dan muslihat PUAK FASIK ini amat halus,kotor dan keji lagi zalim. Sebahagian hati kecil ini juga merasa semarak membara untuk mempertingkatkan lagi perjuangan untuk menegakkan keadilan ini.Yang zalim harus ditentang walau pelbagai dugaan, cabaran yang datang.Kami sebagai kalifah dimuka bumi ALLAH ini akan terus menyokong dan berdoa bagi kejayaan dan kesejahteraan DSAI.Kami amat memerlukan seorang pemimpin yang kuat berjuang menegakkan kebenaran seperti DSAI..Tabahlah DSAI,ini hanya dugaan dari ALLAH untuk memperlihatkan KekuasanNYA,dimana yang BATIL pasti akan kecundang..INSYAALLAH..ini lah suara manusia yang hidup di dunia yang sementara ini..

    Reply

  38. 38 Nasaei Ahmad Feb 4th, 2010 at 11:24 am

    Setuju kita buat solat hajat di seluruh negara mcm TGNA buat. Mudah2an Allah hancurkan setan2 ynag suka mimfitnah orang. Amin.

    Reply

  39. 39 DrFir Feb 4th, 2010 at 2:34 pm

    Ya Allah Ya Rahman, sesungguhnya kami memohon pertolongan dari-MU agar engkau dapat menghapuskan pengkhianat2 agama-MU, menenggelamkan yang batil, menegakkan yang hak, Ya Allah berikan suatu kekuatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar terus kuat memperjuangkan hak umat-Mu yang lemah dan teraniaya, Ya Allah, Engkau percepatkanlah perjalanan kami yakni Pakatan Rakyat ke putrajaya dengan penuh yakin dan tertib, Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu sanubari pimpinan UMNO agar tidak terus rakus dengan kuasa, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengatur Segala Sesuatu. AMIN

    Reply

  40. 40 Yusop Feb 4th, 2010 at 11:30 pm

    Datuk Seri adalah seorang pejuang. Pejuang Islam tak takut kepada kepada apa-apa selain dari Allah. Saya mendoakan agar keadilan akan terbit dari perbicaraan ini. Pembohongan tidak mudah dipertahankan. Rakyat semakin bijak dan berani menyatakan yang hak. Saya masih yakin Datuk Seri masih mengungguli prinsip yang menentang segala kemungkaran di bumi Malaysia ini.

    Bertawakkal lah. Allah sentiasa ada disisi insan yang kuat berpegang kepada perintahNya.

    Reply

    Jilani Reply:

    Sandaran kepada Yang Maha Berkuasa itulah ‘keajaiban’ ! Apa Tuhan nak jadikan, hanya dengan kebijaksanaan ALLAH. Siapalah kita ? Insan hina, daif, jahil serta berdosa.

    Dalam Surah Yassin : KUN FAYA KUN !
    Ertinya : Bila Kukatakan Jadi, Jadi ! Demikian sekali Maha Berkuasanya ALLAH. Hanya dengan sekehendakNya. Tapi, Tuhan tidak pernah menzalimi sesiapa. Manusia yang sering menipu diri sendiri.

    DSAI kuat bertawakkal kepada ALLAH ! Najib ‘bersandar’ kepada yang lemah ! Maka, apa yang bakal berlaku kepada Najib : “Sokong membawa rebah !” Najiblah menganiaya dirinya sendiri. Bukan orang lain ! Bukankah Tuhan telah mengingatkan semua manusia : “Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada ALLAH !”

    JADI : NAJIB TIDAK BOLEH BERDOLAK-DALIK !

    Reply

  41. 41 joe Feb 4th, 2010 at 11:43 pm

    muka saiful pun menglabah beruk dah

    Reply

  42. 42 Malaysia Jaya Feb 5th, 2010 at 6:29 am

    Boleh jalanlah dengan Pakatan Rakyat, komen yang membodek saja disiarkan, betul salah belakang kira, janji komen bodek yang boleh berikan kepentingan politik, tapi komen-komen yang menerangkan keadaan semasa yang tidak memihak Pakatan Rakyat disekat dan tidak disiarkan, apa ini Pakatan Rakyat?

    Komen-komen saya berkaitan kes di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan disekat, ini menunjukkan Pakatan Rakyat tidak jujur dalam sikap mereka. Inilah kumpulan pengambil kesempatan, iaitu Pakatan Rakyat. Banyak komen bodek dari geng-geng Pakatan Rakyat yang mungkin juga ditulis oleh satu orang yang menggunakan empat atau lima nama untuk tunjukkan bahawa sokongan pada Pakatan Rakyat kononnya. Sudahlah, rakyat yang memberi komen yang tidak bersetuju disekat akan terus tidak sokong Pakatan Rakyat lagi. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat memang mengarut dan tidak boleh diharap. Sikap ini akan mendatangkan masalah pada Pakatan Rakyat nanti. Ini kerana ketika ini, sokongan makin padu kepada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tidak boleh nafikan ini, meskipun Pakatan Rakyat cuba membohongi rakyat tentang sokongan pada mereka yang makin menjunam, bukan menurun lagi, telah menjunam dengan serius disamping sokongan yang naik mendadak pada Barisan Nasional yang lebih berwibawa dan prihatin pada negara dan rakyat untuk lebih sejahtera. Sekian, terima kasih.

    Reply

  43. 43 Indi Taufan Feb 5th, 2010 at 4:09 pm

    Semoga ujian yang kedua ini DS Anwar Ibrahim dan keluarga kuat menghadapinya, salam dari Indonesia

    Reply

  1. 1 Fitnah Siri 2 Rencana Jahat Pemerintah « PARTI KEADILAN RAKYAT SABAH Pingback on Feb 3rd, 2010 at 1:27 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners