Saya konsisten menyatakan betapa pencemaran mesjid, gereja dan rumah ibadat yang berterusan amat membimbangkan. Rakyat harus waspada dengan muslihat individu atau gerombolan yang mewakili kalangan terdesak menghasut rakyat dengan memperalatkan isu kaum dan agama.
Tindakan polis dan Menteri Dalam Negeri membuat penangkapan ramai dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri amat dicurigai. Adalah dikhuatiri langkah tersebut adalah percubaan mengalih perhatian dari gerombolan terlibat. Kami membantah keras penggunaan ISA dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dalam menangani kemelut kini, kami ulangi saranan agar pertemuan antara kaum dan agama dianjurkan di setiap peringkat agar permasalahan ini tidak membarah di kalangan masyarakat.
Mengulas soalsiasat polis ke atas Azizah semalam, saya kesal kerana setelah dua tahun, Azizah masih disoal siasat polis bersabit kes fitnah terhadap saya.
Pendakwa heboh kononnya siap dengan kes yang kukuh sejak tahun lalu. Tetapi selepas 25 Januari pun mereka masih mengganggu keluarga saya.
Alhamdulillah Azizah dapat menempuh dugaan tersebut dengan yakin. Didoakan semoga khianat mereka akan terbongkar dan muslihat mereka gagal.
ANWAR IBRAHIM









(Maaf Dato Seri Diluar Tajuk)
BAGAIMANA TUAN SARJAN BOLEH BOLOS 2 ENJET JET?
Dari Kacamata Halik Zaman
MUNGKIN Tuan Peguam Negara buat jenaka terbaik dengan menyatakan kehilangan enjin jet itu di lakukan oleh seorang sahaja anggota tentera yang berpangkat Sarjan? Betul-betul lawak, mengalahkan rancangan Raja Lawak. Nampak gayanya pelawak-pelawak tanahair tidak dapat cari makan lagi. Cuba kita fikir menerusi minda terbuka dan ikhlas. Percayakah kita sekiranya kenyataan tersebut terkeluar dari seorang yang intelektual 2 enjin jet dicuri oleh seorang? Ia bukan sebesar kotak mancis.
Dua enjin jet hilang dek kerana seorang punya kerja ? Dari mengeluarkan dari stor simpanan sehinggalah di bawa ke luar negara tidak ada seorang pun yang menyedari tuan sarjan ini mengeluarkan enjin tersebut ? Hebat sungguh. Entah-entah sarjan itu anak murid ‘Ayah Pin’ dari kuasa Kerajaan Langit. Sebab boleh kaburkan semua mata semasa mencuri 2 enjin jet tersebut.
Kalau begitulah kepakaran sarjan tersebut, dia tidak sepatutnya didakwa tapi di naikkan pangkat kepada Jenderal. Sebab beliau seorang yang berotak intelligent. Kepakaran beliau ‘memboloskan’ enjin jet tanpa ada seorang pun yang menyedarinya. That was damn cool !!
Sarjan ini juga nampaknya ada ‘access’ untuk kesemua bahagian. Dari stor simpanan, ke lapangan terbang, access keluar dari negara ini dan inilah yang membuktikan bahawa kebalnya dan gagahnya Sarjan ini. Kalah kuasa Jenderal, agaknya Sarjan ini ada menuntut ilmu ghaib.
Tuan Peguam Negara, kalau ya pun mahu ‘cover-line seseorang’, kenyataan yang di keluarkan biarlah dalam lingkungan bertaraf munasabah. Kenyataan yang beliau berikan, hatta orang kampung sekali pun ketawa mendengarkannya.
Kalau kenyataan Peguam Negara itu menyatakan, kehilangan enjin tersebut di lakukan oleh beberapa orang pun masih tidak masuk akal. Kerana access untuk mengeluarkan enjin tersebut dari negara ini pun memerlukan ‘sokongan’ orang-orang berkuasa kerana enjin tersebut bukanlah sebesar sebiji bolasepak, yang boleh di sembunyikan dalam bagasi pakaian. Ketara benar penerangan yang meragukan dilakukan demi untuk menyelamatkan ‘seseorang’ yang hanya ‘mereka dan keluarga’ mereka sahaja yang tahu. Ini mungkin sahaja boleh terjadi gitu gitu.
Kita tidak pasti sampai bilakah rakyat Malaysia harus dikelirukan terus-menerus ? Apabila berlaku sesuatu perkara, kita terus di perbodohkan dengan pelbagai kenyataan yang jika kita selami, kita akan tahu bahawa kenyataan itu semata-mata untuk melindungi ‘seseorang’ yang berkepentingan. Entah siapa? Tapi seolah-olah.
Kalau 2 buah enjin jet kapal terbang dalam kawalan keselamatan tentera yang ketat ‘strictly tight security’ dapat dibolos oleh tuan sarjan dan rakan rakan kata Azmi Khalid Pengerusi ‘PAC’ tidak mustahil kalau senjata senjata seperti bomb C4, meriam, bazooka dan M16 sudah di bolos keluar negara untuk dagangan oleh orang orang yang sama? Di mana penjaga gate tentera tidak memeriksa kenderaan keluar masuk? Hermmm. Ini mesti ada ‘batu dibalik udang”. Bukan ‘udang dibalik batu’.
Seperti kes Altantuya, banyak juga keraguan timbul disana sini. Bagaimana dua orang anggota UTK itu mendapat access untuk bawa keluar bom C4 ? Sedangkan C4 dalam kawalan tentera. Bukan polis? Bagaimana dua orang UTK ini boleh kenal dengan Altantuya ? Dan kenapa Peguam Negara tidak buat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi buat keputusan ‘No Case To Answer?’ Begitu sahaja Razak Baginda dibebaskan tanpa syarat? Kenapa pasport Razak Baginda terlalu di cepat cepatkan diserahkan kepadanya? Disini ada sesuatu yang missing?
Begitu juga dengan kes mendiang Teoh Beng Hock. Mengapa pula seorang yang sedang diambang perkahwinan dan tunangnya sedang mengandungkan anaknya, mahu membunuh diri dengan terjun dari tempat yang tinggi ?
Pelbagai kemungkinan mungkin terselindung disebalik setiap satu kejadian. Terpulang kepada rakyat semua untuk menilai dan menafsirkannya. Wallahwallam bisawab.
Reply
engok alin Reply:
January 29th, 2010 at 9:44 pm
Yang lebih kelakar sebagai nasi tambah, PAC kata tiada sebarang kepincangan diatas kehilangan Enjin Jet. semuanya berjalan lancar dan tidak melibatkan pegawai atasan?? ini semua nak “cover line” supaya ATM dan orang atasan tidak terjejas. Yang dijadikan sebagai persalah adalah orang bawahan. Persoalannya apa bila melibatkan Orang ternama berpangkat serta keluarga dan anak anak pembesar Kerajaan dan Pembesar UMNO dikira punya kekebalan. Dalam soal ini SPRM menjadi bagaikan kemuncup di senja kala. Mana SPRM?? kenapa tiada yang terjatuh dari kapal terbang TUDM ketika sisatan luar waktu pejabat?? dalam isu ini.
Saya sebagai rakyat berasa telah ujud satu perlaksanaan perundangan dibuat secara ‘On call’. apa bila kaki dalam kasut , kasut akan sampai kemana sahaja walau pun kasut sampai ke muka atas kemahuan si Pemakai (UMNO).
Reply
Pijak kpale lembu xde pon kene tangkap. sekarang dh jadi kes kpale babi dh mule nak bela nasib melayu. malas nak layan semua nie.
semuanya salah najib razak sebab bagi lampu hijau.
Reply
kung fu panda Reply:
January 29th, 2010 at 8:01 am
Kepala kinzir diboleh di makan oleh orang Islam jika Darurat demi ingin meneruskan hayat jika kebuluran, ini adalah di benarkan dalam Islam!!.
Jadi bila adanya Kepala kinzir di Surau ini pertanda oleh Rakyat bahawa ada rakyat yang hampir kebuluran akibat masalah ekonomi semasa, tiada kerja penganguran tinggi nak beli makanan harga telah meningkat mahal . pada saya adanya kepala kinzir di surau adalah satu perli Rakyat pada pemerintah bahawa kita (rakyat) hampir kebuluran (ada rakyat yang susah). jangan ada rakyat yang terpaksa makan babi demi untuk meneruskan talian hayat. Pada saya ini satu perli yang maha hebat pada UMNO oleh rakyat.
Reply
Yes they are laying a trap to create trouble. Their aim and objective is of course to regain Selangor. I think a hantu toyol is behind all this.
Reply
ron Reply:
February 1st, 2010 at 4:55 pm
many Malaysian belief umno is behind the attack on churches/place of worships.
who else is the mastermind if not the ruling party? they wont take action on themselves.
umno is in many ways similar to the jews.
Reply
Saya teringat insiden menconteng dinding Masjid Negeri Sabah dengan Salib suatu ketika dahulu semasa PBS mula-mula berkuasa. Sentimen agama dimainkan sedemikian rupa tanpa mengambilkira moral kemanusian. Siapa yang melakukannya dan atas tujuan apa, rasanya kita boleh faham. Mungkin kali ini juga, peristiwa melempar kepala babi ke perkarangan masjid, juga ada perkaitannya. Sekurang-kurangnya, oleh siapa dan tujuan apa
Reply
DSAI
Saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara Zulkifli Nordin dengan penuh minat. Saya percaya beliau bertindak atas dokongan prinsipnya. Prinsip beliau jelas dan tidak pernah ‘bermusim’. Ada benar tentang wujudnya anasir-anasir Melayu liberal yang keterlaluan dalam Partai Keadilan Rakyat.
Saya percaya DSAI dan barisan tertinggi Partai bijak dalam menyelesaikan isu sebegini. Saudara Zulkifli Nordin tidak perlu dikenakan apa-apa tindakan diatas perbezaan pendapatnya – ini kenyataan !
Reply
Hidup Anwar!
Jahanam Najib!
Reply
Undang-undang dah ada. Sebaliknya, jika undang-undang yang ada diketepikan; apa perlunya undang-undang. Dasar keselamatan memerlukan undang-undang serta peraturan. Jika benci adanya undang-undang jangan ‘berkokok’ siang dan malam inginkan keselamatan.
Sebagai rakyat biasa, kelihatan kepada saya; undang-undang dipermainkan oleh ‘pemelihara undang-undang. Maksud saya, undang-undang dimanipulasi untuk kepentingan diri. Sewenang-wenang undang-undang diplagiat untuk keuntungan sendiri. Malangnya, rakyat sahaja dikerah mengikut undang-undang. Yang memerintah, putar-belit undang-undang sampai ‘mual’ rasanya melihatkan lakonan dan kepura-puraan yang amat jelik rasanya.
Tapi, tidak mengapa, wahai saudaraku ! Mari kita lihat. Umno yang ‘biang’ benar mahu melanggar undang-undang pasti terjerumus ke jurang celaka. Kan begitu adat orang ‘memandu’ tanpa memperdulikan undang-undang. Sekali, mungkin terlepas. Kedua kali, nyaris kojol…Ini sampai dah berkali-kali, jawabnya dia sengaja menempah maut.
Pelik benar mentaliti pemimpin Umno. Agaknya, bagaimana mereka mendidik anak-anak di rumah ? Tak pakai peraturan dan undang-undang ker ! Kalu dia rasa, peraturan penting untuk disiplinkan anak-anak…tolong cakap kat ‘petualang-petualang’ itu,jangan cakap tak serupa bikin.
Musang pun lebih cerdik sebab tak pernah makan anak sendiri. Berperaturan musang tu ! Habis, kalu dah ada peraturan kamu tak nak ikut…Lebih teruk kamu daripada musang yang takde akal!
Konon nak jadi Jaguh Islam ! Jaguh Islam adalah manusia yang paling kuat berperaturan dan mengikut undang-undang. Itulah disiplin namanya, Bahalol ! Sedara rasa, Umno yang sering-kali memijak undang-undang akan selamat buat selama-lamanya ?
Lihatlah, bagaimana cemas dan keluh kesahnya mereka kerana MAKIN RAMAI CABUT LARI MENINGGALKAN MEREKA ! Jika tidak, tak sibuk lancar iklan ‘puji diri’ ! Masuk bakul angkat sendiri, takkan terangkatnya, WAHAI UMNO MANGKUK !
Reply
ulam batar Reply:
January 29th, 2010 at 7:42 am
Peminpin UMNO ni lain macam banyak!! Ada menteri UMNO kata sempadan kelantan dan terenganu tak jelas dalam isu Minyak?? setelah kita Merdeka lebih 50 tahun, sempadan antara Negeri pun tak jelas???? Jabatan Ukur makan tido ke??. tertapi sempadan Pilihan raya fasih pulak??. Rasanya kalau PRU di tegah laut pasti peminpin UMNO mahir sempadan Negeri di tegah laut. Peminpin UMNO ni kalau bab mendatang kan kuasa depa memang mahir tapi pasal bab kelentong pun mahir. Halo ! kawan UMNO zaman nak tipu Melayu dah tammat sejak adanya Blog,Web dan sebagainya.
Peminpin UMNO cakap sepuluh tapi sebelas tak boleh pakai!! kata Rakyat india dah 40 hilang di Malaysia tapi Air Asia menambah bilangan tempat mendarat di India serta menanbah bilangan pernerbangan ke malaysia?? serta VOA masih di guna pakai? ini satu cakap tak serupa bikin oleh Peminpin UMNO. bila bilangan kemasukan di permudahkan dan transportions di pertingkatkan maka kemasukan warga asing meningkat sedangkan untuk megawal pendatang sedia ada cukup menbebankan pihak berkuasa VOA walau pun di pendekkan masa tertapi kita telah menpermudahkan atau mengadakan ruang ringkas untuk seseorang dibolehkan masuk sewaktu ketibaan. tampa memohon visa di kedutaan Malaysia di luar negara!! di sesetegah Negara apa bila memasuki negara Mereka kita di kehendaki menunjukan tiket pulang ke negara asal kita tertapi dalam bab VOA Buatan Malaysia (UMNO) dilihat terlalu terkutuk di sisi Rakyat. VOA jelas meloloskan pendatang secara kangkangan bukan kekangan. Apa bila terbitnya pusat Urut dan pelacuran pihak UMNO menuduh PBT sebagai penaung. sedangkan tenaga kerja tempatan tidak terlibat sama sekali yang menjadi tukang tukang urut adalah dari Tibet,India,Nepal,Afrika maka amat cerah pemangkin sumber Pelacuran adalah gejala pembesar UMNO yang tidak peka kepada pandang rakyat. Najib kata “kami dengar” podah !! . saya akan pastikan UMNO tumbang pada PRU13 Nanti. siap kamu!!
Reply
Teka-Teki !
1. Kenapa Umno ‘pancing’ umpan berduri ? Sebab, ‘depa’ tak cukup makan ! Betulll…
2. Kenapa Umno dan BN tak bersatu ? Sebab, penting diri ! BETULLL…
3. Kenapa Umno habis modal ? Sebab, asyik ‘tunding jari’…Betul ! Betul !
100 markah ! Hahaha…
Sorang tu…emangnye, asyik menunding jari jer sejak dulu, kini dan selamanye ! Sekejap tunding ke atas. SATU, Kononnye ! Masa lain plak, tunding ke semua arah. Pandang ‘tiga jari’ yang tunding ke arah kamu tu, wahai ‘ngok’ ! Selak buruk-baik diri kamu. Jangan cari salah orang !
Otak betul ker ? Bila berlaku bencana…semua salah orang. Dia, semua betul ! Rosul ajar camtu ker, mangkuk ?
Duit kalu dah banyak, memang lupa diri ! Terasa hebat serta angkuh. Sebijik macam Fir’aun ! Tak payah ler impot ‘perunding imej’ dari mana pun. Kalu dah diri sendiri tak makan ajar ! Silap-silap ‘makan tanah’ sorang tu…Tuhan Maha Berkuasa, kawan !
Takyah ler nak cabar Tuhan. Biar selalu betul gan Tuhan. Baru selamat dan sihat wala’fiat ! Tak pernah yang ‘sihat’ akal fikiran Umno den nengok ! Nak hidup biar betul-betul, jang. Betul gan Allah dan Rosul !
Reply
Main isu sensitif hanya kerana nak tutup kelemahan, akan makin jelas nampak kelemahan Umno. Hal ini tak ubah macam ‘tikam ekor’, sedara ! Makan tulang jer kesudahannya. Isi orang lain telan, kamu hirup kuah jer ler… Maksud ana, rugi semata-mata ! Untung, Pakatan kebas ! Tak caya, tengoklah nanti !
Biar dia, main ! Hidup kalu asyik nak ‘bermain’…bakal kono main dek pengundi Umno tu ! Saya seronok benar dengan ‘permainan’ Umno-BN. Mintak maaf ler, adik-kakak yang kat dalam Umno.
Pemimpin-pemimpin Umno kamu, mundur ke belakang ! Tak sedar diri ! Tak nampak rupanya mereka bahawa rakyat cerdik dah semakin ramai. Malah, jauh lebih cerdik dari mereka. Ade ker, bangkai gajah nak ditutup ngan nyiru. Ingat orang takde otak ker ?
Mainlah kamu puas-puas, wahai Pemimpin Umno ! Maka, Tuhan akan permainkan kamu di luar jangkaan kamu ! Kamu nak tahu macamana Tuhan akan mainkan kamu ? Rahsia ! Kamu buat, kamu tanggunglah sendiri ! Buat baik, untung ! Buat nakal, Umno rugi !
Nak jadi cerdik, jangan ikut orang bodoh. Nak jadi bodoh, pakat-pakat jadi kuli Umno ! Yahoo !
Reply
We don’t want Zukifi!
Reply
Semakin hari semakin teruk keselamatan negara. Menteri dan PDRM membuat kenyataan keselamtan terkawal oleh PDRM, tapi tengok apa sudah terjadi, saksi mati Banguanan SPRM, mayat mati diangkut dari negeri ke negeri,kes bakar/letup gereja dan surau.kes buang kepala babi,kes pijak kepala lembu , kes jambatan taufu dan lain-lain…. Rakyat boleh hidup dalam selamat? Disamping penyakit keselamatan negara ,budaya politik yang kurang sihat membimbangkan pelabur luar dan tempatan.
Kerajaan yg berkuasa tidak menggunakan kuasa pentadbiran yg besar untuk membantu rakyat membangunkan ekonomi negara,sebaliknya menggunkaan aset negara untuk merampas kuasa yg hilang dalam 308. Rakyat bawahan memang terasa tertekan dengan kehihupan semkin hari semakin tak serupa ini. Bukan rakyat saja yg terasa ekonomi merosot,kakitangan kerajaan mungkin pun tersesak nafas dengan barangan harian yg naik bukan 2-3% ada yang naik lebih 100%. Nilai RM disebabkan inflasi telah susut. Bantuan dan peruntukan untuk rakyat kebanyakannya tidak sampai ke tangan orang yg memerlukan sebaliknya telah ditelan oleh org tengah kerana ramai rakyat tidak tahu apa bantuan,prosidia dan tempat untuk mendapat bantuan. Peruntukan yg berlebihan biasanya dituntut penuh org yg pakar dlm bidang tersebut.Banyak projek selenggaran tebing bukit runtuh,longkang ,lampu , jalan tukar dawai lama letrik jalan yg merbahaya di tempat perumahan kepada Jenis Kabel telah terbiarkan akibat kebocoran wang negara. “RAKYAT DIHAHULUKAN” ,janji pilihan raya tahun lepas tahun, janji tidak serupa bikin. Lobang kecil tidak ditampal ,selekoh jalan yang bahaya tidak diubah oleh JKR ,menyebabkan kemalangan dan mengorkankan ramai NYAWA RAKYAT .Bila ada orang MATI ,baru tunjuk muka. Apa sebab ? Tabung negara telah BOCOR, projek untuk rakyat selalunya terbiar. Rakyat selalu ADU & RAYU.Sangat menyedihkan !
Pengawai yg bertugas sombong dah lupa gaji mereka itu di tanggung rakyat yg bayar cukai. Mereka juga lupa kita juga anak Malaysia yg lahir dan akan mati dikebumikan ditanahiar kita ini.
Pendidikan moral telah gagal mendidik masyarat muda yang bersemangat cinta negara ,budaya mihibbah ,hormat-menghormati. Setiap kementerian dan biro-biro mereka kurang menunjukkan tanggap jawab mereka sebagai ajen kerajaan yang diarahkan melaksakan projek yang menjadi batu asas membentuk moral individu anak Malaysia yang bakal menjadi tokoh pemimpin negara yg berjaya.
Pendidikan asas mesti termasuk :-
1. Tata Rakyat- Murid dididik menganggap diri sebagai orang Malaysia yg berbilang
bangsa. Orang Asli adalah tempatan yg asal. Kaum Melayu, Cina dan
India dan sebagainya termasuk orang Asli adalah Warganegara. Ada
kemungkinan rakyat negara ini ramai telah berkahwin dengan kaum
lain, keturunan ketiga India nuslim ,Cina Muslim,Orang Putih Muslim
telah dianggap sebagai orang Melalyu walaupun asasnya mereka bukan
Melayu. Ada anak Cina/India yg dipelihara oleh orang Melayu dan
dijadikan anak orang Melayu. Kalau kita balik ke Zaman Sultan
Melaka dan Laksamana Cheng Ho , sejarah telah mencatitkan
Perkhawinan Cina ddan Melayu telah melahirkan orang Baba-Nyonya.
Kaum ini mengganggap diri mereka kaum Cina hidup dalam budaya Cina.
Ini tidak dapat dinafikan. Ini berlainan dengan orang Cina yg
memeluk agama Islam.
Kalau kita mengikuti iklan dalam media/tv ramai anak Cina dan India
yang diberikan keluarga Melayu yg kini telah menjadi ibu-bapa atau
datuk-nenek mempunyai hasrat ingin mencari dan berikat tali-darah
dengan keluarga asa mereka dan ramai telah berjaya dan suasana
pertembungan memang mengharukan. Oleh itu, anak Malaysia harus
dididikkan sebagai orang Malaysia yg berbagai kaum.
2 Agama Semua rakyat mempunyai kepercayaan agama yg berlainan. Ajar kebaikan
agama dan asuh mereka setiap agama mahukan penganut yang membuat
baik ,bersopan santun ,kasih sayang,murah hati ,bertolak ansur,
buat baik dapat balasan yg baik. Menghormati tempat ibarat dan adat
resam agama lain . Kalau boleh , beri keterangan setiap perayaan
agama yg disambutkan. Ini akan mengelakkan perasaan perselihan
faham dikalangan penganut yg berlainan agama dan lebih bermakna
kalau disambut bersama rakyat.
3.Muhibbah Semangat muhibbah amat penting. Perkaulan antara jiran dan masyakat.
4.Tanggung a). Tanggung jawab sebagai ahli keluarga -anak,ibu-bapa, anak menantu
ibu/bapa mertua, datuk/nenek ,ibu/bapa saudara dan sebagainya.
b). Tanggung jawab sebagai murid
c). Tanggung jawab sebagai oranjalan ,pemandu basikal / motosikal /
Bas dan…..
d. Tanggung jawab sebagai RAKYAT MALAYSIA -pendidikan moral amat
penting -jangan tipu,rasuah,buat jenayah……
Kalaulah anak muda kita dapat diasuhkan dengan pegangan moral yg baik dan bermutu dari asas . Masyarakat akan jadi lebih bertolak ansur,bertangung jawab, rakyat cerdik pandai, kasih sayang ,kurang jenayah ,dadah,rasuah, rogol,tipu……
maka kurang anggota PDRM,SPRM,Hakim ,Timbalan Menteri,Penjara ,sekolah pemulihan
akhlak /dadah ,kurang kes kahwin- cerai………………
Anak muda cerdik pandai-negara maju,pelabur tambah, rakyat hidup mewah ,tenteram
kurang bocor ,banyak subsidi,minyak turun,letrik turn,air turun,cukai turun,tiada GST,semua rakyat ketawa dan gembira ………………
Macam angan-angan Mat Jenin, kan? Doakan semua pemimpin kita penganut agama yg tulin ,pegang kpd ajaran agama dan amalkan dalam kehidupan harian dan dalam riwayat pentadbiran dengan tulus dan amanah. Berkongsilah kekayaan negara bersama rakyat, nama baik tercatit dalam sejarah berzaman-zaman.
Reply
Dear Brother Anwar:
Assalam-u-Alaikum!
This is to express my strong support to your stand on the issue of religious and ethnic vandalism.
God bless you.
(Zafar Ishaq Ansari)
“Dr Zafar Ishaq Ansari, Director IRI, IIU, Islamabad”
Reply
Prkara spt ini perlu ada krjsama kjaan & pmbgkg utk atasi slh fhm di antara pganut Islam & Kristian. Bg sy mudah,pganut Islam mesti kmbali kpd alQuran & Sunnah Rasul s.a.w
Reply
SIR ABU Reply:
January 28th, 2010 at 5:04 pm
Betul edddieputra ! Saya sokong prinsip anda ! Itulah Perlembagaan hidup kita semua. Rosul dah beri jaminan : Siapa ikut Al Quran & As Sunnah tidak akan sesat selama-lama. Jika demikian itulah ‘Jalan Kejayaan’ untuk kita semua, InsyaAllah !
Semoga Allah merahmatimu, eddieputra !
Reply
aduhhh….lawak la lawak. wayang cerita lama daa…boring, muak, nak muntah , semua ada. hari tu sah-sah usung kepala lembu. kenapa tak tanggung dgn badan lembu sekali. hahaha. kali ni main kepala babi hutan la pulak. maklum la babi yang bela pi beli nanti tokey cina kasi tau sama melayu lain. so…nanti orang boleh tau. mau tak mau masuk hutan tembak babi hutan. orang tak tau. penggal kepala babi lepas tu taruk dalam plastik. oleh kerana babi tu haram, so taruk la dlm plastik, kalau tak nanti kena samak…hahahaha. lawak bodoh….dosa korang fitnah Islam ni lebih dasyat daripada pegang babi tu tau tak. baik pegang je babi sebab fitnah Islam bermakna cuba nak fitnah Allah s.w.t… dosa nak memecahbelah keamanan antara kaum dan negara adalah lebih dasyat daripada pegang babi tu….na’uzubillah….bertaubat la wahai orng Melayu yang jahil…
Reply
Niat jahat UMNO kian bertambah teruk. Apa yang UMNO akan mengbangkitkan lagi adalah yang paling dikuathiri.
Semoga semua lapisan rakyat Malaysia terus bertenang dan cukup matang untuk mengkaji suasana ketegangan yang dihadapi sekarang ini sampai PRU13.
Syabas!
Reply
Hidup DSAI!!!!!!!!!!!!!
Reply
Masalah pokok yang dihadapi sekarang ialah, Umno bantah Penganut Kristian guna nama Allah. Memang Allah Tuhan bagi semua manusia. Jadi, kenapa pulak nak dijadikan isu ? Jika, alasan takut tersesat, betul ke perjalanan hidup pemimpin Umno ? Cuba renung dan kaji !
Asyik berkokok tapi ekor bergelumang tahi, jaguh ape macam itu rupa ? Maka, jelas sekali pemimpin umno cuba menagguk di air keruh. Ada udang di sebalik batu. Dan pepat di luar, rencong di dalam. Maka, wajib berhati-hati. Cadangan saya, jangan termakan pujuk-rayu manusia hipokrit seumpama pemimpin umno. Jauhi mereka dan jangan dijadikan sahabat.
Jika isu perkauman mahu dijadikan umpan, konon mereka mampu menengani setiap masalah. Memang umno sengaja mencari nahas ! Bukan sahaja, cakap tak serupa bikin malah ternyata gagal gagasan ‘tunding jari’ ! Kalu asyik tunding jari, SATU kononnya tetapi Yang Maha Satu dilupakan; rasanya…akan lebih segera umno ‘dilipat’ dan ‘digulung’ oleh Tuhan.
Adat hidup kat dunia, sedara ! Bila selalu engkar dan menentang BIG BOSS, punah-ranah jadinya. Kan begitu akibat orang yang zalim !? Memandu tanpa ikut peraturan, apa akibatnya, sedara ? Dah tentu “BEDEBOOM” ! Agaknya, pemimpin umno tidak ambil pelajaran daripada kempen keselamatan jalanraya. “Pandu cermat, Jiwa Selamat” ! Asyik ‘taram’ sesuka hati, nanti ………. MATI ! BERKUBUR UMNO ! WASSALAMU… !
Reply
Janganlah kerana politik kita hilang pertimbangan ,
baik kita utamakan ekonomi kita(diri sendiri)sebelum begitu tabsub
di dalam politik kotor ini . Bermusuh sesama agama , bangsa memburukan lagi keadaan negara . Rasanya tidak rugi kalau kita mengejar kemajuan lebih daripada begitu teruja dengan parti , kita boleh memilih mana parti yang kita rasa boleh memimpin negara , tetapi cukuplah sekadar menjalankan tanggungjawab sebaagai rakyat tak perlulah kita berkempen sana sini .
can deleted this text messages
From insan yang dilahirkan di muka bumi sama seperti insan lain
Reply
SIR ABU Reply:
February 1st, 2010 at 1:24 am
Tolong utamakan REDHO TUHAN daripada segala-gala. Baru betul matlamat hidup anda ! Ekonomi sekadar maslahah atau jambatan dalam menuju Redho Ilahi. Apakah anda berfikiran politik tidak termasuk dalam urusan Islam ?
Bukankah Tuhan berfirman : Islam itu Tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya !
Demi kebaikan anda (walaupun siapa anda) prinsip keadilan bersadarkan kepada ‘kebenaran’…Cakap benar kita sokong. Kalu asyik ‘memutar-belit’…lebih baik jangan komen !
Jika bercakap dalam keadaan anda tidak bijak tentang sesuatu. Rentikan bercakap ! Hal kempen, perkara yang baik ‘wajib’ dikempen ! Itu Sunnah Rosul ! Umno berkempen untuk ‘temolok’ dorang, kalu kamu nak tahu ! Nak biar macam tu jer ? Tuhan tak ajar manusia jadi ‘dayus’ dalam hal mengatakan perkara yang benar !
Kita tidak pernah kempen untuk bermusuh. Sedangkan Pertubuhan Umno sentiasa mencari pasal untuk bermusuh ! Siapa yang selalu fitnah DSAI ?
WAJIB TOLONG SEDARA YANG DIANIAYA !
KAMU BELAJAR MANA CAKAP BERBELIT-BELIT ITU BERTANGGUNG-JAWAB ? MENYESATKAN ORANG KALU CAMTU CARA. JIKA SEDAR MENUMPANG BUMI TUHAN, IKUT PERATURAN TUHAN. JANGAN IKUT SEDAP HATI !
Reply
Be End Umno… Umno Be End.. Mari kita sama2 kuburkannya dalam pilihan raya nanti. biar umno makan tanah pasal sudah banyak hak bumiputra sabah diambil gara2 permainan politik umno. Lihatlah bagaimana kami rakyat sabah akan melakukan perubahan.. kami adalah generasi muda yang bijak dan matang. dan jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan agenda politik yang sempit.jangan bermain api dengan kami perihal isu agama dan perkauman.kempenlah sebanyak manapun kami takkan muda terpedaya.kerana belum kempen pun kami dah tahu nak undi siapa.
Reply
provokasi ini sesuatu yang perlu ditangani dengan tenang. semua rakyat mesti melihat dengan penuh teliti ke atas beberapa peristiwa (kepala lembu dan kepala babi).
pada masa yang sama PR perlu menekankan bahawa keperluan PR untuk menguasai kerajaan dalam PRU 13.
lawan dan terus lawan…
Reply
Berusaha ke arah perpaduan adalah suatu tuntutan. Bertindak memecahkan perpaduan pula dimurkai oleh Allah. Suasana aman dan damai tiba-tiba disogokkan dengan kegelisahan adalah perbuatan syaitan. Demikiankah Umno ? Anda ada jawapannya !
Reply
Sebagai rakyat Malaysia, kita kena lebih bersatu padu..
Kebebasan agama di semua kaum tidak pernah dihalang. Contoh: Perarakan Kabadi di tgh kota raya juga tidak pernah dihalang. Patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara tidak pernah diroboh..pagoda cina di Pulau Pinang semua ni menandakan Malaysia memang amalkan toleransi kaum..
dah- dah lah nak manipulasikan isu ni..
Reply
Hal manipulasi memang tak seronok Nona dengar ! Keadaannya yang dapat kita faham, ‘menghuru-harakan’ keadaan. Daripada duduk elok-elok dikucar-kacirkan suasana. Buang tabiat kalu macam itu cara ! Betuah betul Umno Tuh, dalam pada kita duduk sedap-sedap dicucuknya bontot kita, misalnya ! Kan tak bagus camtu !
Kalu asyik kacau orang, bila nak aman ? Kacau dalam hal kebaikan, okey ler ! Gulai kalu tak dikacau, rentung plak bawangnye ! Menumis memang nak pandai caranye ! Silap-silap tumis, terperecik ke muka sendiri.
Umno, nampak gaya kurang bijak menumis ! Habis satu dapur terperecik dan tersimbah ! Nampak gaya, kena belajar kat Datuk Seri kita. Pandai ‘memasak’ Datuk Seri kita tuh ! Gulai sedap rasanye ! Dapur pun bersih ! Nampak gaya, lepas nih…Pakatan SAPU BERSIH !
Reply
jijik rasanya apabila saya menonton berita TV3 berkenaan isu royalti kelantan tu..TG Nik Aziz yg x putus asa membawa hak kelantan drp kerajaan alih2 para pemimpin UMNO kelantan pula yg terhegeh2 jadi hero..yg paling lawak pula wakil rakyat bebas kelantan tu ..drp dia asyik serang TG Ni Aziz baiklah dia mantapkan hala tuju politiknya dengan menyertai BN..sekurang2nya x sia2 dia berpolitik…….
Reply
bro anwar,
si zulkiply itu semakin mangada2….
PKR dipenuhi tali barut UMNO, SB etc………..tak lupa juga ada orang sedemikian di PAS dan DAP….
buang semua celaka ni dengan segera…… individu tak penting, perjuangan harus diteruskan.,….. kalau tai chi lama2 , penyokong pakatan akan hilang kepercayaan…….
Reply
Walaupun di Sarawak tak ada UMNO tp anak syarikat UMNO yg bertapak di Sarawak,Sudah cukup memedihkan hati..penduduk pedalaman dirobohkan rumah panjang/tanah rakyat dirampas gara-gara ladang kelapa sawit,kononya untuk kemajuan/ekonomi penduduk pedalaman.(kalau tak percaya saksikan youtube:rh.nor nyawai).BN kata tolong rakyat tapi tanah rakyat dirampas untuk kemajuan sendiri.Kalau betul nak tolong rakyat BN bg la benih kelapa sawit sama rakyat biar rakyat usaha sendiri tanam sendiri,kenapa harus bg kat company taukey cina yang mmg suda KAYA…RAYA.Tp penduduk pedalaman yang empunya tanah hanya kerja dgn upah rm8 shari.
Reply
Ya..memang geli hati kita baca komen kehilangan injin jet tu..
tak masuk akal..injin jet seolah2 boleh selit di dalam poket..mcm balpen je..seludup keluar.
Reply
di negeri Sabah, isu agama dan perkauman hampir2 tidak kedengaran di mana-mana. Saya amat bangga menjadi anak Sabah. Sesiapa yang ingin memainkan isu yang sensitif ini sila datang ke Sabah dan contohi kami. Saya amat kesal apabila media memainkan peranan dalam menghasut dan menghina agama lain serta membesar-besarkan isu ini. Tahniah media. Walaubagaimanapun, kami amat bertolak ansur dan faham-memahami antara satu sama lain dan media tidak dapat menghasut kami. Tetapi jika ada sesiapa yang cuba mengganggu kami di Sabah, seperti lagenda nenek moyang kami, kami akan bertindak dan jika kami bertindak anda tidak akan mahu itu terjadi. Fikir-fikirlah.
Reply
jambu Batu Reply:
February 3rd, 2010 at 10:20 pm
Ia tak ia juga…Tapi di Sabah dan sarawak ada lain sikit oi.. Kita punya rakyat majority Kristian. Masa Sunday school tak pernah dengar orang menghasut. Kat semenanjung I tinggal lama juga lo.. memamng persekitarannya lain sikit.. Semasa di U dulu memang pernah tengok poster kat pintu bilik budak U yang ditulis “Orang Kafir patut dibunuh”.. Tapi gua tarrak tau siapa yg kawan itu tuduh kafir..Tapi memang ada rasa seram juga lah..Kejutan Budaya kot.
Reply