Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.
Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.
Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.
Objektif Program
1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.
2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah
3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.
Senarai Tarikh Program Seluruh Negara
10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang
Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan semak jadual di laman web kami di http://www.anwaribrahimclub.com/land/10kota









di sabah bila pula…kmi tunggu ni…
Reply
Salam saudara Anwar,
Mungkin apa yang ingin saya komen di sini tidak begitu ‘relevan’ dengan posting saudara di sini. Maafkan saya jika andainya begitu tetapi saya ingin meluahkan kekecewaan sebagai seorang rakyat malaysia yang hidup secara sederhana di bandar kosmopolitan yang sentiasa sibuk mengejar dunia ini.
Alhamdulillah, Allah telah merahmati dan memberkati saya dan keluarga dgn hidayahnya, rezeki serta kesihatan dan dapat pula hidup dalam keadaan amai damai di bumi malaysia yang bertuah ini.
‘Blessed country’ – itu yang diberitahu kepada saya oleh seorang ‘expatriate’ berasal dari India yang pernah bekerja di timur tengah dan sekarang sedang bekerja di malaysia. Pada ketika saya bertemu dgn dia, dia baru bertugas dalam kurang 6 bulan. Itulah kali pertama dan terakhir saya bertemu dengan dia. Kami ada bertukar2 ‘business card’ dan nombor ‘handphone’ memandangkan dia agak selesa berbincang dengan saya dalam berbagai topik, walaupun kami bertemu cuma untuk 30minit (selepas selesai urusan kerja lah).
Sejurus beredar dari pejabatnya, saya terfikir sendirian semasa memandu pulang – ‘I have only been here for less than 6 months and all i can say is malaysia is indeed a blessed country’ – terngiang-ngiang di telinga saya hingga sekarang!
Bagaimana seorang bukan muslim yang tiada kerakyatan negara ini boleh menilai sebegitu rupa tetapi tidak sesetengah rakyat negara ini yang tidak bertanggungjawab? perbincangan seterusnya antara saya dengan dia lebih panjang dari itu tapi kalau saya cerita di sini nanti dah macam blog saya pulak! bengang nanti pulak komentar lain atau saudara sendiri…hehe.
Dipendekkan, apa yang boleh disimpulkan ialah, ada antara kita yang tamak haloba, berkuasa dan berkedudukan tak tahu nak berterima kasih dengan apa yang ada di malaysia ni. Rakyat kelas menengah (lebih kurang macam saya ni) dan lebih2 lagi kelas rendah dan bawahan cuma dilihat sebagai ‘sekawan ikan bilis’ yang boleh di’ngap’ begitu saja.
Malaysia ni ‘jenuh’ dengan berbagai sumber bumi yang Allah berikan. Agih-agih kan lah kekayaan tu. Berlaku adillah. Ada sumber air banyak, ambik kesempatan. Ada minyak, bolot sorang. Hak orang lain pun ambik. Jangan cakap lah pasal rasuah, fitnah orang, letup orang, tipu orang, kelentong sana, kelentong sini…Subhanallah.
Kalau budak-budak boleh kita tegur, rotan, cubit, piat, ikat pada pokok, tapi yang daging dah liat ni? Saya pinjam kata-kata Director Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok – ‘kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang’. Kalau saudara Anwar tonton cerita seniman bujang lapok, ada terselit sifat2 negatif orang melayu. Cuba lah tonton kalau kelapangan.
Atas kesedaran ini, saya ‘work within my circle of influence’ – keluarga saya sendiri. Hantar anak ke sekolah yang combine agama dan akademik. Asas agama teramat penting – didik manusia jadi hamba Allah. Tak kira la lepas tu jadi ‘lawyer, majistret, doktor’ tapi yang penting seorang hamba Allah yang tahu membezakan baik dan buruk. Bagi isteri saya pula, selain berjemaah dan ingat-mengingati supaya jadi hamba Allah yang menurut perintah, saya selit jugalah pasal keadaan semasa di bumi malaysia yang bertuah ni. Bukan apa, supaya kita jadi seorang hamba Allah yang berfikiran maju, ‘out of the box’ supaya umat islam, lebih2 lagi bangsa melayu di hormati dan disegani, bukan ditakuti dan dieksploitasi.
Semua di atas adalah apa yang boleh saya bantu untuk menyelamatkan keluarga saya dan bumi malaysia yang bertuah ni. Selain itu adalah – undi saya (bukan tolong berkempen). Saya berharap agar keadaan bertambah baik di bumi bertuah ini, ‘for the sake of our children and our children’s children’.
Mungkin saudara Anwar faham apa yang tersirat. Ada ramai di kota kosmopolitan ini yang seperti saya. Tapi ada juga yang masih ‘hanyut’ atau ‘atas pagar’.
Reply
nurul Reply:
January 13th, 2010 at 10:42 pm
salam sdr syed zain syed noh
ini bukan bab tamak kuasa ke pe..tpi untuk membetulkan apa yg salah..apbila teguran xdterima,so cra mrmpas kuasa dlakukan bg membetulkan apa yg salah..al haqqa haqqa, wal batila batil…
Reply
terang lagi bersuloh…hukum alam benang yang basah masakan bisa tegak.
Reply
teruskan perjuangan untuk keadilan..kerana ini saje ruang yg ada.nak harapkan media,lupakan la.
Reply
nurul Reply:
January 13th, 2010 at 10:44 pm
btul2…
10% saya sokong..harapkan akhbar n tv apa yg ada..smuanya kelentong belaka..kta ckp A, yg ditulisnya B..astagfirullah…fitnah berleluasa akhir zaman ini…
Reply
Mohamad Reply:
January 14th, 2010 at 7:14 am
Kalau progam UMNO Juara Rakyat guna RM 2 Juta untuk tujuan penerangan dan membentuk rakyat yang berkualiti, tapi program Siri Jelajah 10 Kota ini guna berapa ringgit pula, makan minum, penginapan, pengangkutan, dan lain-lain entah berapa banyak dihabiskan, dari mana dapat dana pula? UMNO Juara Rakyat adalah untuk menyatupadukan rakyat disamping untuk mengenal pasti permasalahan rakyat secara lebih terperinci, tapi Siri Jelajah 10 Kota ini bertujuan apa pula, kalau sekadar takut nak dibicarakan sampai kena buat begini, takkah itu membazir, yang takut bicara sangat itu pasal apa? Kalau tak salah, buat apa nak takut, sebab orang yang salah saja selalu takut dengan mahkamah, orang yang benar tak akan takut kerana mereka yakin akan menang, kerana dalam mana-mana kepercayaan pun, kebenaran akan mengatasi kejahatan. Apakah Siri Jelajah 10 Kota ini sebuah lagi drama baru arahan Penasihat Umum PKR yang diterbitkan oleh Pakatan Rakyat Production dan dan turut berlakon pimpinan PAS dan DAP? Kalau ini masih gagal menipu rakyat, nak buat drama tajuk apa pula lepas ini? Boleh Haji Mokhtar terangkan hal ini? Saya nak tahu juga. Sekian, terima kasih.
Reply
Mohamad Reply:
January 15th, 2010 at 11:19 am
Hj. Mokhtar jawablah soalan saya berkenaan dana untuk siri jelajah 10 kota itu berapa ringgit dan dari mana sumbernya? Dulu anda menghentam Program Juara Rakyat tentang dana, saya dah jawab, sekarang anda jawab pula soalan saya, tak beranikah? Sebab anda tak tahu. Jangan jadi pak turut, jadilah pemikir. Sekian, terima kasih.
Reply
penyokong confuse Reply:
January 17th, 2010 at 5:06 pm
saya sokong pandangan encik mohamad. ya, memang itu yang menjadikan kebanyakkan penyokong pakatan spt saya keliru, apa yg diperjuangkan oleh mereka. juga terkejut saya bila mendengan Siri jelajah pertama DSAI diadakan di Kota Damansara, Selangor. walaupun tidak sempat hadir kerana bersama isteri tercinta, saya mengharapkan akan ramai yang datang ke siri jelajah tersebut. Tetapi yang hadir tidak sampai 200 orang. Bagaimana survival PKR dan pakatan???
Reply
dato’ seri,
saya merupakan seorang lulusan undang2 uia yg akan ditauliahkan sebagai peguam tak lama lagi
kes DSAI jugalah yg mendorong saya mengambil jurusan undang2 di uia
saya telah membaca buku pak wan ni dalam bulan puasa yg lalu
sebagai seorang lulusan undang2, buku ini tidak susah utk saya fahami tetapi saya tertanya2, adakah orang biasa mampu memahami apa yg pak wan cuba sampaikan (walaupun dengan bahasa inggeris santai)
hakikatnya, ramai yg masih keliru dgn kes DSAI, terutama dgn penghakiman 2-1 kes sodomi 2004, ada yg beranggapan DSAI ‘nasib baik’ je terlepas dari hukuman penjara, walaupun hakikatnya tidak begitu
ramai generasi muda (awal 20′an) yg tidak tahu hujung pangkal kes DSAI, segala konspirasi, mala fide, etc & hanya mengharapkan sumber lisan yg diperturunkan oleh orang yg lebih tua..kalau putih yg disampaikan kpd mereka mengenai DSAI, putihla jadinya..kalau hitam, hitamlah juga…
selain daripada roadshow ini, saya berharap agar buku pak wan ini dapat diterjemahkan ke dalam bahasa melayu supaya lebih kandungannya dapat disebarkan kpd lebih ramai org & lebih ‘merakyat’ sifatnya…
inilah tujuan saya menitipkan komen di sini – agar buku anwar on trial dapat menemui khalayak pembaca dalam BAHASA MELAYU
Reply
mudah kita mengkritik orang lain daripada kita menyelesaikan apa yang dikritik kita
Reply
sila lawat liang lahad sekali…sekian,terima kasih..umno forever kencing anda semua.
Reply
Mohamad Reply:
January 14th, 2010 at 7:06 am
Kamu ini Mohamad Palsu, sebiji perangai macam Abdullah bin Ubai, munafik dan menggunakan orang lain untuk tujuan jahat. Saya ingin ingatkan anda lagi, bahawa saya hanya akan maafkan anda sekiranya anda mendedahkan siapa sebenarnya dan mengapa anda berbuat begini hingga orang keliru samada komen mengarut itu dari anda atau saya sebenarnya. Kalau anda dengki dengan UMNO dan Barisan Nasiona, anda boleh gunakan nama Hj. Mokhtar, Jamilkucing, dan bersepah-sepah lagi nama pihak yang sealiran dengan anda, tapi anda ini takut dengan bayang-bayang sampai gunakan taktik kotor untuk putar belitkan keadaan, inilah yang sama digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghentam kerajaan berkaitan konflik kalimah Allah, mereka yang pandai-pandai buat kenyataan itu dan ini hingga rakyat menjadi marah, tapi selepas keadaan makin kusut, mereka tuduh UMNO pula dalanglah, puncalah, itulah dan inilah, sikap apakah jenis ini, sebiji sikap munafik, pengecut, manusia berjiwa tikus, dayus dan tolol, malulah pada ibu bapa anda kerana anda bersikap begini, apakah ini yang diinginkan oleh ibu bapa anda. Selagi anda tidak mendedahkan diri anda yang sebenarnya dan mengapa anda berbuat begini, anda tunggulah saya menuntut pada anda di hari pengadilan nanti. Sekian, terima kasih.
Reply
ckp dgn mamat tu dia nk dana apa….asmaradana ada la
Reply
Assalamualaikum mohamad..
diperhatikan selama ini anda seperti mencari kesilapan org lain tp dlm cara yg halus..masih x menerima hakikat kesilapan pemerintah yg sepatutnya kita sama2 perbetulkan.Mereka diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat yg memilih tp dlm masa yg sama terdapat golongan opportunis yg suka ambil kesempatan demi kepentingan diri, isteri, keluarga dan kroni..
maksumkah mereka? Tidak dinafikan terdapat segelintir rakyat yang emosi dlm hal ini mempertikai pemerintah..tp itu hak mereka. dan sebahagian hasil negara sepatutnya dikongsi bersama tp sy sebagai kakitangan kerajaan sendiri dapat melihat bagaimana ssetengah pemimpin mengaut kekayaan tanpa memikir ksengsaraan org bawah.
Jadi apabila ada yg menegur pemimpin..terimalah dengan istiqamah dan berazam untuk membaikidiri. kerana akhirnya kita akan dinilai semula oleh pencipta.
Reply