08
Jan
10

Jangan Bermuka – muka Pertahan Islam

Hari ini seperti yang diketahui, akan ada perhimpunan aman, di beberapa tempat di Kuala Lumpur, anjuran pelbagai pihak. Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan membantah keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang beragama Kristian.

Secara prinsip nya saya tidak menghalang sebarang usaha untuk berhimpun secara aman kerana ianya sebahagian dari hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Malahan adalah sangat bertepatan dengan hasrat Pakatan Rakyat, demi membina sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan negara demokratik, hak untuk berhimpun serta menyatakan pendirian ini tidak dihalang.

Namun beberapa hari kebelakangan, kita lihat sikap bermuka-muka pimpinan kerajaan apabila isu penggunaan kalimah Allah ini mulai hangat diperdebatkan. Drama ini berteraskan watak yang mahu menampilkan diri sebagai jagoan umat Islam. Tidak salah mahu mempertahankan Islam. Setiap muslim mahu membela agamanya. Akan tetapi yang salah apabila isu ini digunakan untuk meraih laba politik. Yang salahnya apabila api perkauman lebih marak membakar diri ketimbang wacana matang memahami pokok persoalan.

Jika benar mahu membela orang Islam dan Melayu, banteras rasuah dengan iltizam yang jitu, basmi kemiskinan kerana umat Melayu-Islam adalah dari kalangan mereka yang masih mundur, pastikan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua demi meninggikan syiar Islam dan perlihatkan keindahan keadilan Islam.

Mengapa perbincangan dan rundingan dibelakangkan dan membiarkan laungan retorika perkauman menghantui tindakan? Sebagai da’i, umat Islam mestilah merangka serta melakukan sesuatu berdasarkan hujah. Kita jangan tenggelam dalam kekaburan sentimen. Kekuatan hujah memberi keyakinan sekaligus memangkin kemantapan usaha dakwah yang berpanjangan.

ANWAR IBRAHIM


33 Responses to “Jangan Bermuka – muka Pertahan Islam”


  1. 1 LAWAN TETAP LAWAN Jan 8th, 2010 at 3:54 pm

    Pemimpin dan pencacai umno merupakan pembawa sifat hipokrit nombor wahid….mereka buat sesuatu kerana mendapat keuntungan untuk mereka……paling tidak dapat komisyen.

    Reply

  2. 2 Kersani Jan 8th, 2010 at 4:32 pm

    Ya betul tu Datuk Seri. Yang penting bukan perjuangan Islam tetapi SIAPA yang perjuangkan Islam. Hanya Datuk Seri dan Pakatan Rakyat sahaja yang berhak ke atas perjuangan Islam.

    Reply

  3. 3 haji mokhtar Jan 8th, 2010 at 4:54 pm

    saya solat jumaat di masjid al ridhuan hulu kelang hari ini..apa yang mendukacita kan adalah pihak polis lebih sudu dari kuah..selama ini walau seramai mana pun jemaah yang kemasjid tersebut tak ada plak menjadi kesesakan lalulintas dilingkaran tengah 2.dari awal lagi pihak polis dah ada disitu seperti nak membuat persiapan plak.ini saya lihat siap jaga lalulintas lagi sedangkan mereka yg membuat demo tidak sampai 3% dari jemaah yg hadir.mereka yg membuat demo tak nampak plak muka dalam masjid.nak perjuangkan islam macam mana..siap ada yg pakai seluar pendek.islam mana tu kalau kemasjid pakai seluar pendek.memalukan aje..yg membuat demo ni adala umno bahagian gombak..mereka yg terlibat adala ketua2 cawangan umno dari sekitar AU1..AU2..AU3..sungai sering..batu 7..lembah keramat..hulu kelang.. ketua pemuda umno bahagian gombak dan mereka2 yg sewaktu dengannya.malangnya..penduduk setempat pun tak turut serta.. tak sampai 30 orang yg berdemo.rakyat sudah bijak..syabas dan tahniah kepada semua pendukung2 pakatan rakyat kerana berfikiran matang.
    p/s..lokasi masjid al ridhuan berhadapan dengan lingkaran tengah 2..bila berdemo semua boleh melihat yang kononnya umno ni memperjuangkan islam..niat pun dah tak betul.mereka2 ni ada yg menjadi ajk dimasjid masing2.kenapa tak buat ditempat mereka..sebab orang tak nampak..lingkaran tengah 2 kan banyak kenderaan..niat biar betul..salam

    Reply

  4. 4 Hash Jan 8th, 2010 at 5:08 pm

    DS,

    Masaalah utama orang melayu amnya, dan Umno khasnya (kalau tak semua) segelintir yang banyak membuat bising ni, ingat mereka ni lebih pandai dan tahu tentang Islam dari orang Islam yang lain termasuklah orang Arab dan India yang membawa dakwah Islam suci ke tanah melayu dahulu.Bila mereka bercakap pasal Islam janganlah kita cuba bawa nilai-nilai dari luar waima dari tanah Arab sendiri…pantang mereka…tapi mereka dah lupa bahawa Islam sebenar datangnyadari Tanah Arab sana tu…bukan dari Putrajaya,JAIS,MAIIP atau apa -apa organisasi yang berlabel Islam.

    Bila timbul isu kalimah ‘ALLAH’ ini mulalah masing-masing bertempik tak tentu pasal…masing-masing bagi pendapat…bukan tak betul tapi out of context or priority. Keutamaan dakwah telah lama di ketepikan dan di sempitkan …patutlah orang Cina dan India malah kaum bumiputera Sabah Sarawak tidak ramai berminat pada Islam sebaliknya berlumba-lumba mendekati Kristian.Bukan agama Kristian atau paderi-paderi membawa ajaran yang benar atau menarik kepada mereka…tetapi Islam telah menutup pintu hati mereka dengan momokan bahawa Islam hanya untuk MELAYU sahaja !!!. Malah ada bidaah besar yang di cipta oleh puak-puak ini yang mengatakan MELAYU itu ISLAM dan ISLAM itu MELAYU..Kat mana mereka belajar…itu kena tanya penguasa-penguasa Umno.

    Bila tengok orang Islam Indonesia mereka pandang sinis saja macam orang kelas pendatang padahal itu lah saudara seislam yang serumpun dengan mereka,bila tengok Pak Arab mereka terbayang perangai jahat Pak Arab yang di gambarkan dalam cerita-cerita orang Barat,bila tengok orang Islam Cina ..mulalah terbayang dalam fikiran kepala mereka..mualaf ke ni? Mereka tak tahu orang Islam di Cina dan Indonesia tu jauh lebih ramai dari orang Melayu tak berapa Islam tu…

    Islam di Malaysia satu ajaran ‘tertutup’ dan ‘protective’ walau ia satu agama Rasmi.Kalau betul ada demokrasi kenapa alim ulamak Islam di Malaysia takut nak berdakwah secara terbuka kepada semua orang selain orang Melayu…atau mereka sendiri takut berdepan dengan mubaligh Kristian dan sami-sami Hindu dan Budha di Malaysia ??? Itu kena tanya mufti-mufti dan badan badan Islam seperti Jakim da JAIS…

    Reply

  5. 5 Mohamad Jan 8th, 2010 at 5:28 pm

    Siapa yang bermuka-muka, lihat balik dalam artikel-artikel Pakatan Rakyat di blog ini, banyak berbicara yang menyakitkan hati umat Islam di Malaysia, kalau di pihak Kristian, tak hairanlah kerana mereka mesti nak pertahankan apa yang mereka mahukan, tapi bila orang Islam sendiri bercakap yang bukan-bukan seolah-olah merendahkan agama sendiri, itu amat pelik dan keterlaluan. Lihat komen Wan Simunjan, Suri, Hj. Mokhtar, Lembing Tumpul, Memangtakpandai dan ramai lagi yang mempertikaikan kalimah Allah yang hanya digunakan oleh orang Islam sahaja, perkara ini sebenarnya telah menimbulkan kegelisahan dikalangan orang Islam. Selain itu artikel-artikel yang dipapar banyak menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat. Kalau anda lihat dalam blog Perdana Menteri dan Tun Dr. Mahathir sendiri tidak keterlaluan sangat dalam artikel yang disiarkan dalam blog mereka. Sepatutnya pimpinan Pakatan Rakyat menggesa untuk menenangkan keadaan dan bukannya mengambil kesempatan politik. Sebelum ini saya pernah komen bahawa kalau nak keluarkan komen pun agak-agaklah jangan sampai dah jadi perkara besar dan makin parah, orang yang berdegar-degar sangat mempertikaikan itu dan ini tadi lari menyorok dalam lubang macam tikus kedapatan kucing. Sekarang mungkin pihak-pihak berkenaan puas hati tengok keadaan makin kelam kabut, seronok betul mereka bila dapat susahkan polis yang terpaksa kawal rumah ibadat. Jangan disalahkan pihak lain, anda semua sekarang cuba mengkambing hitamkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sebenarnya pihak Pakatan Rakyatlah terutama PKRlah yang mencetuskan masalah ini hingga menjadi makin kelam kabut, malahan di pihak PAS pun Ahli Parlimen Shah Alam, lepas ini dia kena carilah kawasan baru nak bertanding, kerana kalau bertanding di Shah Alam lagi, bukan setakat kalah teruk malah akan kehilangan wang deposit pertandingan pada pilihanraya akan datang, begitu lantang dan ghairah dia mempertikaikan itu dan ini berkaitan berkaitan kalimah Allah hingga menyinggung perasaan umat Islam. Kalau anda semua nak menghentam Barisan Nasional, lihatlah kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, ia berbeza dengan kenyataan oleh pimpinan PKR, di pihak UMNO dan Barisan Nasional, ia lebih bersifat mengajak rakyat bertenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya kerharmonian yang ada ini tidak terjejas, tetapi lihatlah di pihak Pakatan Rakyat pula, berbagai spekulasi dikeluarkan, ambil kenyataan dari luar negara yang kononnya lebih adil, tapi sesuaikah keadaan di luar negara itu dengan keadaan dan penerimaa masyarakat di Malaysia? Janganlah begitu gatal mulut mengata itu dan ini, tetapi bila timbul masalah salahkan orang lain pula. Sikap apakah jenis ini, ini sikap manusia jenis lalang, apa yang rasa ada untung boleh ambil, halal atau haram belakang kira, orang lain susah pun tak apa janji dapat kesenangan pada diri sendiri, biarlah negara hancur dan rakyat berpecah belah, janji dapat gulingkan Barisan Nasional dan menjadi penguasa di Malaysia, sebiji macam saranan Niccolo Michiavelli, penulis buku The Prince, atau dalam bahasa Melayunya, Penguasa, yang menyarankan, kalau nak bekuasa, buatlah apa saja, yang penting dapat. Saya harap pihak Pakatan Rakyat insaf dengan kelakuan mereka selama ini yang banyak mendatangkan mudarat pada rakyat seperti ceramah hasut menghasut, ceramah maki hamun, demontrasi ganas, perbuatan mengapi-apikan antara kaum dan agama, itu wajar dijauhi. Berpolitiklah secara berhemah. Sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    saya setuju kata2 simamat ni,jika nak berkuasa buat la ape saja…rampas segala harta yg ada,kerana itu hak mereka dan saudara2..bantai rakyat2 yg membuat demo,kerana akan menggugat mereka(kat umnu jangan).bahagikan projek sama rata,kerana kalau kalah mereka dah tak merasa..fitnah pemimpin kita,kerana nak merampas kuasa mereka..berjanji la pada rakyat jelata,kerana mereka tak boleh buat ape ape..buat la projek merata rata,kerana itu kan duit,siapa kata mereka tak suka..kalau begini la cara umnu berkuasa lebih kurang sedikit mereka dari hitler.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Apa yang anda tulis itu adalah tingkah laku Pakatan Rakyat sebenarnya, ini kerana ada ADUN dari Barisan Nasional yang dihalang untuk hadir sidang DUN seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, malahan di Kedah ADUN Barisan Nasional bukan setakat dihalang untuk hadir, malahan paksa beliau lagi kerana tidak hadir hanya untuk dua kali sahaja, itu pun bukan suka-suka tapi sebab sakit. Yang paling lawak ialah di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat memahami perkatan “dua tiga kerat” sebagai lucah dan kurang ajar, entah dari mana mereka belajar.

    Pakatan Rakyat bukan sahaja bercita-cita nak rampas kuasa, malahan sekarang ini sudah merampas dewan orang ramai, balai raya dan pusat kegiatan penduduk pun dirobohkan oleh mereka, sebelum ini pada tahun 1999 hingga 2004 diTerengganu, sekolah tadika, balai raya, dewan orang ramai dirampas dan dikunci serta dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa faedah. Malahan semasa itu juga terdapat juga kebun sawit penduduk dirosakkan kerana menduduki tanah kerajaan, diakui bahawa salah kerana bercucuk tanam atas tanah kerajaan, tapi sebagai parti yang kononnya perjuangkan Islam, tak bolehkah bertimbang rasa seperti Barisan Nasional yang berikan hak milik sementara pada penduduk cina Kuala Sepetang itu, ini tidak semasa di Terengganu dulu, PAS telah merosakkan kebun penduduk atas sebab ia tanah kerajaan, tak bolehkan kompromi beri TOLkah, atau sewakankah, ini tidak terus rosakkan, bukannya penduduk buat kelab malam atau pusat judi di tanah berkenaan, mereka buat kebun.

    Sekarang di Selangor pula roboh dan rampas balai raya, malahan tidak mahu peduli dan dengar rintihan rakyat semata-mata kerana penduduk di kawasan berkenaan disyaki penyokong kerajaan. Nak kira apa penyokong kerajaan atau bukan, sama-sama penduduk, manusia juga, kononnya pejuang keadilan, demokrasi, itulah, inilah tapi semua gimik politik murahan, Pakatan Rakyat adalah Penipu Rakyat, Pemeras Rakyat, Petualang Rakyat yang memperalatkan rakyat untuk kepentingan mereka. Tunggulah nanti anda akan mendapat balasannya nanti atas kelakuan anda ini. Barisan Nasional akan mendapat kemenangan yang besar pada pilihanraya akan datang, semoga usaha Barisan Nasional akan berjaya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  6. 6 diBawahBayu Jan 8th, 2010 at 7:19 pm

    Memanglah apabila nobody berusaha menjadi somebody… Begitulah yang berlaku dengan kebanyakkan pemimpin BN – melalak bagai badut. Mengambil kesempatan dalam segala isu – tapi sayang nadanya sumbang. Lihat sajalah rapuhnya konsep perpaduan di Malaysia yang dari dahulu sampai sekarang diperintah BN walaupun pelbagai slogan dan retorik dilaungkan saban hari. Walaupun tidaklah seburuk di negara luar, tapi insiden-insiden seperti bakar gereja boleh mencetus malapetaka yang lebih besar.

    Reply

  7. 7 haji mokhtar Jan 8th, 2010 at 8:45 pm

    tanya la pada orang islam mana sekali pun,siapa pun tidak bersetuju khalimah allah ini digunakan oleh agama lain.PERSOALANNYA… kenapa hakim membolehkannya..adakah memang boleh digunakan atau hakim membuat keputusan salah..kenapa kita harus melakukan demo dan ada yg membakar gereja…sudah ada keputusan ke rayuan yg dibuat.kenapa pihak kerajaan tidak mengadakan perbincangan dengan kepimpinan agama kristian..susah sangat ke.kenapa nak tunggu huru hara dalam negara..suka sangat ke..jawapannya ada pada umnu,kerana mereka yg memerintah dan beri perintah..

    Reply

  8. 8 Ijat Jan 8th, 2010 at 9:49 pm

    Biar mati pertahankan Islam… Daripada hidup membela kristian.
    Anda tak berhak mempersoalkan perjuangan orang lain. Seolah-olah semua yang anda lakukan betul belaka..

    Moga-moga anda dapat balasan Allah..

    Reply

  9. 9 akuorgmalaysia Jan 8th, 2010 at 10:13 pm

    dia orang tu zahir bertuhankan ALLAH…..batin bertuhankan DUIT@WANG $$$$$$$$$

    Reply

  10. 10 akuorgmalaysia Jan 8th, 2010 at 10:15 pm

    dia orang tu zahir bertuhankan ALLAH…batin bertuhankan DUIT@WANG $$$$$$$$$

    Reply

  11. 11 PeoplePower Jan 8th, 2010 at 11:17 pm

    UMNO sanggup mempergunakan nama Allah untuk model potilik murahan!
    Allah pun dia berani main!

    Desperate people do desperate thing!

    Sama-sama kita saksikan macam mana Allah akan hukum UMNOa yang mempermainkan Allah untuk mencari modal politik murahan.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Siapa pula biarkan orang bukan Islam suka-suka hati petik ayat Al-Quran untuk hina bangsa sendiri demi politik? Tak bercanggahkah dengan agama perkara ini. Malahan tanpa mempedulikan betul atau salah bacaan pihak berkenaan, tepuk tangan lagi, bangga melihat bangsa sendiri dihina. Sikap manusia jenis apakah begini? Dulu kata kalau berpakat dengan orang bukan Islam dalam politik haram, malahan MCA dan MIC yang menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional bukanlah menentang Islam, malaha mereka hormat Islam dan tak pertikai suka-suka hati pasal Islam, kalau pertikai juga pimpinan mereka sendiri terus ambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mempertikai berkenaan Islam dan Melayu. MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBRS, PPP dan lain-lain parti komponen barisan Nasional yang diangotai oleh orang bukan Islam adalah orang bukan Islam kategori Dhimmi iaitu bukan Islam yang bersahabat untuk keamanan dan perpaduan dengan pihak Islam. Tapi bila PAS bersekutu dengan DAP yang menentang negara Islam dan mahu Malaysia sebagai negara sekular tak salah pula malah kalau ada tindakan yang mengguris hati umat Islam, PAS dan pimpinan Melayu/Islam dalam PKR lebih rela bersekongkol dengan DAP, lihatlah isu arak dan judi di Shah Alam, bila DAP jeling, terus terketar-ketar pimpinan PAS dan pimpinan Melayu/Islam PKR di Selangor. Malahan sanggup tekan dan paksa pihak-pihak yang simpati dengan nasib Islam di Shah Alam dengan pelbagai tekanan serta menghantar perisik untuk pantau pihak-pihak yang bersimpati berkenaan. Itu hukum dari Islam atau dari PAS sebenarnya? Sila terangkan pada saya En. PeoplePower berkenaan hal ini. Saya nak tahu pendirian anda, samada anda pun sama petualang macam PKR dan PAS atau berpihak pada kebenaran. Sekian, terima kasih.

    Reply

  12. 12 st0rmfUry Jan 9th, 2010 at 12:03 am

    what about you, datuk seri? what did you do?

    Reply

  13. 13 Katharina Sri (former: Noor Aza) Jan 9th, 2010 at 12:40 am

    This has never happened in Malaysian history. I suspect that this is due to the infiltration and influence by Al-Qaeda kind of Islam and Muslim footsoldiers, especially from the Pakistani, Afghanistan and Bangladesh nationalities. They are really trying to control oil-rich Malaysia and Indonesia as their South-East Asia’s base. Imagine – where do they get the bomb from? Further, these foreign fanatics are brainwashing our young through infiltrating mosques, Muslim NGOs, universities, schools and so on – thus the increasing irrational hatred towards non-Muslims! Intelligence network by the Home security need to be recruited among the young Malaysians and placed in this strategic places.

    Katharina Sri (former: Noor Aza)

    Germany

    Reply

  14. 14 mat konak Jan 9th, 2010 at 4:05 pm

    tak betul dsi,kenapa dsi asik nak salahkan umno,
    bukan kah negara selama ini aman damai.kita dapat hidup dgn aman cina india,melayu.tetaapi sejak dsai keluar dari penjara..suasana agak panas kenapa…

    Reply

  15. 15 yahoo Jan 9th, 2010 at 6:36 pm

    kasihan….. mereka yang sedang mencari “Allah” dan ternyata “Allah” itu mereka ketemu berada di kalangan masyarakat Kristian.Sebab itu mereka membakar Gereja,dan mengambil balik “allah” mereka yang selama ini mereka mengenal.

    Reply

  16. 16 Iskandar Jan 9th, 2010 at 6:52 pm

    Betul ke pencacai-pencacai UMNO ini hebat sangat memperjuangkan kalimah YANG MAHA AGONG “ALLAH”???? Kalau la betoi la, kenapa sejak 52 tahun memerintah bumi TANAH MELAYU ini, tapi tiada seorang pun dari kalangan mantan-mantan PM dari kalangan isterinya memakai tudung??? Ntah leerrrr? Islam apa yang dia orang dok mermartabat ni… yang pasti, martabak je yang terang lagi bersuluh semasa bulan ramadhan…. yang lain, HAPRAK jerrrr… insaf-insaf la puak-puak demo wehhhh… dah tak larat dah nak tengok muka pembohong puak puak demo semasa berucap yang keluar dari muka TV puak-puak demo dan akhbar-akhbar puak demo. Sakit kepala kawe… bercakap lain, buat lain, tengok lain, merompak lain, menyamun lain. pendek kata, macam-macam ada yang lain….tapi, BERAHIM ALI juga hak betul nyerr. nak tanya abe him, kalau semua parti atau orang lain salah???? Siapa yang betul???? Abe Him keeerrrr….. Kalu gitu gak, bila abe him nak tubuh parti baru…. boleh bubuh nama, PARTI ABE HIM PERKASA. Singkatannya, “PARAH” KE… tukar dari NGO ke parti…..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Main serangan peribadi pula En. Iskandar, apahal ini? Janganlah bersikap macam ini, keterlaluan sangat, kalau dilihat di pihak Barisan Nasional, mereka tidak main serangan peribadi, tapi di pihak Pakatan Rakyat, semua boleh buat, tak berdosa dan tak salah buat itu ini jika ia memberikan kepentingan politik pada Pakatan Rakyat. Inilah sikap Pakatan Rakyat, beraja di mata bersultan di hati. Seperti yang saya selalu tulis sebelum ini, janganlah sikap anda ini menjadi seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang sudahlah, seorang menang sorak tapi kampung tergadai, manakala seorang lagi pula yang dikejar tak dapat, tapi yang dikendong pula keciciran di jalanan. Sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 syed Jan 10th, 2010 at 3:52 am

    bodoh betul komen si mat konak..yang jadik huru hara bila che det sumbat DSAI masuk penjara.hang kat mana waktu tu?tok sah dok hantaq la komen-komen bodoh yang tak berfaedah langsung

    Reply

  18. 18 Mohamad Jan 10th, 2010 at 9:09 pm

    salam..ada la seorang dua pakai tudung, cuba teka siapa. sekian terima kasih.

    Reply

  19. 19 hang jebat Jan 11th, 2010 at 12:36 am

    jangan lupa genting highlands dan kedai number.kalau tak boleh dihapuskan terus.Boleh dikrgkan cth skrg 3 kali seminggu nombor krgkan seminggu sekali.3 syarikat number jadikan 1.Kalau hendak boleh hendak seribu daya tak ada seribu dalih

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Hang Jebat, di Selangor, bila pihak berkuasa tempatan nak benteras judi dan arak, tapi pihak yang kononnya perjuangkan rakyat, agama dan bangsa telah menghalang, malahan semasa di pihak mereka sendiri yang tak setuju dengan perbuatan berkenaan, telah dipaksa dengan ganas supaya diamkan diri. Jangan nampak Genting sahaja, di sana ramai orang bukan Islam, dan seperti yang diketahui umum daerah Raub dan Bentong adalah majoritinya orang cina dan bukan Islam, tapi di Shah Alam lebih kurang 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kalau di kawasan majoriti Islam pun dihalang untuk pelaksanaan pembentarasan judi dan arak, macam mana nak buat di kawasan majoriti bukan Islam? Pakatan Rakyat atau Politikkan Rakyat? Anda sendiri boleh menilai. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kalau dilihat pada pengisian progam UMNO Juara Rakyat, program berkenaan banyak memberikan faedah, program itu berjalan dengan aman damai dan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan bumiputera mengembangkan perniagaan mereka melalui pameran-pameran. Selain itu rakyat juga mendapat maklumat yang sepatutnya berkenaan keadaan semasa negara. Malahan para pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang lain ke sana untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukan nak mengapi-ngapikan atau memecah belahkan masyarakat, banyak masalah yang telah diselesaikan dan masalah-masalah lain juga telah diambil maklum dan akan diatasi. Berkenaan dana RM 2 juta berkenaan, ia adalah milik UMNO, apahal pula nak politikkan benda ini? Ini bukannya diambil dari perbendaharaan negara. Ia adalah sumbangan dari yuran dan sumbangan ahli-ahli UMNO serta keuntungan perniagaan yang dimiliki oleh UMNO, jadi kalau Pakatan Rakyat nak pertikaikan hal ini adalah tidak patut sama sekali.

    Pakatan Rakyat patut menilai program mereka dengan program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional, program-program anjuran Barisan Nasional banyak memberikan faedah pada rakyat dan mengalakkan perpaduan dan bersifat pembangunan. Tetapi lihatlah program-program Pakatan Rakyat, apakah pengisiannya? Banyak kelakuan Pakatan Rakyat merosakkan perpaduan dan pembangunan, lihatlah program ceramah Pakatan Rakyat, banyak mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan dan Barisan Nasional, begitu program demontrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan menyekat peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada hari berkenaan. Kalau nak tuduh RM 2 juta itu membazir bagi pelaksanaan program UMNO Juara Rakyat, ia adalah amat keterlaluan jika dibandingkan dengan perbelajaan untuk mengawal dan mententeramkan demontrasi jalanan oleh pihak Pakatan Rakyat, bukan setakat RM 2 juta, berjuta-juta terpaksa dibelanjakan untuk menangani masalah berkenaan. Kos elaun pihak keselamatan yang bekerja lebih masa, kos baik pulih kenderaan pihak berkuasa yang dirosakkan oleh pendemontrasi berkenaan, kos membeli peralatan untuk tujuan menangani demontrasi berkenaan. Lihatlah siapa yang melingkupkan duit negara sebenarnya? Pakatan Rakyat perlu berubah dan menjadi lebih matang dalam berpolitik, barulah disegani oleh rakyat, kalau berperangai kebudak-budakan seperti sekarang, siapa nak yakin dengan kemampuan anda semua? Perbaiki dulu pentadbiran di negeri-negeri tadbiran anda, belajar dulu cara mentadbir, barulah boleh bersaing dengan Barisan Nasional. Buat masa ini Pakatan Rakyat bukan saingan Barisan Nasional lagi, malahan ketika ini kewibawaan Barisan Nasional adalah terbukti dan tidak dapat ditandingi oleh pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus sedar, populariti adalah tidak berguna kalau tiada kemampuan untuk melaksanakan, jangan berkelauan bodoh sombong lagi, Barisan Nasional sentiasa mengorak langkah dan makin jauh meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau masih tiada usaha dari Pakatan Rakyat untuk memperbaiki diri dan mengejar kewibawaan Barisan Nasional, maka mungkin sampai bila-bila pun Pakatan Rakyat tidak akan berjaya dan Barisan Nasional akan tetap menjadi pemerintah di Malaysia sampai ke hari Kiamat nanti. Sejarah telah menunjukkan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif yang hanya bersandarkan populariti tetapi tiada keupayaan untuk melaksanakan apa yang sepatutnya telah berkubur, rakyat mahukan pelaksanaan, bukannya janji yang mudah ditabur tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat semasa pilihanraya lepas. Semoga menjadi pihak pembangkang yang berwibawa dan bukannya menjadi pihak pembangkang yang diketawakan sahaja. Sekian, terima kasih.

    Reply

    s'yg m'sia Reply:

    klu hang nak tau kat kwsn Bangi ni saja
    pembinaan hotel murah macam cendawan tumbuh
    klu difikirkan secara logik sapa yg nak sewa,
    yg bnyak kat sini student ukm,upm,uniten, ikram
    etc. tak ke mcm menggalak ke arah maksiat di kwsn
    yg 90% org islam.mlm tahun baru 2 ari berape ramai
    yg kene cekup? (lihat berita harian semalam)
    UMNO jugak ke yg salah……..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Bangi itu di negeri mana, bukankah di Selangor? Itu negeri tadbiran siapa, kebenaran buat hotel adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat, ia di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Tapi tak hairanlah ada banyak hotel, sebab kelab malam dan rumah urut pun banyak juga sampai yang beroperasi secara haram pun boleh terang-terangan kerana setiap kali ada operasi pihak berkuasa tempatan akan ada “orang kerajaan negeri” akan kacau operasi berkenaan. Hal ini telah mendatangkan rasa kurang senang Y.B. Datuk Hassan Ali, tapi beliau telah dipaksa jangan ungkitkan lagi hal ini kerana boleh memecahkan Pakatan Rakyat, sebab Pakatan Rakyat lebih penting dari rakyat bagi pimpinan Pakatan Rakyat. Anda selidik balik hal ini sebelum menuduh orang lain, jangan nak meludah ke langit kerana ia akan jatuh ke muka sendiri. Sekian, terima kasih.

    Reply

  20. 20 binatang Jan 11th, 2010 at 9:57 am

    Apa kan- ia mengutangkan?
    ia hanya merugikan.
    Nama Islam dan agama Allah
    Telah di- rusakkan oleh orang Islam senderi.
    Apa yang kita nak mempetahan kan nama Allah
    Orang Islam adalah musuh Islam (quote RKP)

    Reply

  21. 21 s'yg m'sia Jan 12th, 2010 at 1:15 pm

    pd pendapat saya org tak pandai ni la,
    sekurang-2nya org yg berdemo ni ada juga la pertahankan isu ni tp saya
    belum dngar lagi pkr kata nak pertahankan mcm parti yg satu lagi 2.
    yang saya dngar pkr asek sgt bela kaum lain tp bila kena pd kaum sendiri
    tak berani bg komen lebih,mgkin sbb org melayu tak kisah sbb dlm nak tentang kerajaan apa pun yg pkr ckp org ramai akan tepuk. Apakah esok bila pkr memerintah
    nasib saya dan warisan saya pd masa akan datang terbela.
    Bagi la satu komen kan kita org islam,takan la semua benda boleh,
    jgn memandang remeh isu ini.
    untuk pengetahuan DSAI, dulu saya dan anak lelaki yg bru berumur 2 th
    berdemo dijln TAR sbb rasa dsai teraniaya,prasaan pd masa 2 tak tergambar
    dan punya la ramai yg bersorak,sekarang apa salahnya klu berdemo unt.
    pertahankan islam demi akidah anak-2 bukan nak suruh buat benda jahat
    mcm serang gereja tu mmg la tak betul.

    Reply

  22. 22 azzarqawi Jan 18th, 2010 at 4:22 pm

    Assalamualaikum mohamad..

    diperhatikan selama ini anda seperti mencari kesilapan org lain tp dlm cara yg halus..masih x menerima hakikat kesilapan pemerintah yg sepatutnya kita sama2 perbetulkan.Mereka diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat yg memilih tp dlm masa yg sama terdapat golongan opportunis yg suka ambil kesempatan demi kepentingan diri, isteri, keluarga dan kroni..

    maksumkah mereka? Tidak dinafikan terdapat segelintir rakyat yang emosi dlm hal ini mempertikai pemerintah..tp itu hak mereka. dan sebahagian hasil negara sepatutnya dikongsi bersama tp sy sebagai kakitangan kerajaan sendiri dapat melihat bagaimana ssetengah pemimpin mengaut kekayaan tanpa memikir ksengsaraan org bawah.

    Jadi apabila ada yg menegur pemimpin..terimalah dengan istiqamah dan berazam untuk membaikidiri. kerana akhirnya kita akan dinilai semula oleh pencipta.

    Reply

  23. 23 badrul Jan 19th, 2010 at 10:15 am

    salam semua kejayaan manusia hanya atas agama islam ..tuan yang dimuliakan allah anda semua ada lah umat akhir zaman .umat akhir zaman umat yg terbaik ,..jadi tuan inginkan kejayaan apa sahaja untuk dunia dan akhirat maka tuan2 perlu faham siapa kah kita semua …kita beruntung dan perlu persyukur kerana?…islam dan dua kalimah yg kita semua ucapkan ..yg mengaku bahawa tidak ada tuhan selain allah’ dan nabi muhammad s.a.w rasul allah ..satu amalan nabi yg kita telah tinggalkan dan dengan amalan ini tuan2 semua akan masuk syurga tanpa hisab apa itu ?

    DAKWAH MENYERU MANUSIA KEPADA ALLAH

    Reply

    s cu Reply:

    DAKWAH MENYERU MAANUSIA KEPADA ALLAH,TAPI AJAK KEMASJID MALAS NAMA AJE MEMPERJUANGKAN ISLAM,PERGI KESURAU BUKANNYA NAK DENGAR USTAZ YANG BETUL BETUL MENGAJAR AGAMA TAPI BILA USTAZ YANG DATANG BERCERAMAH TENTANG ISU ISU SEMASA MELOPONG SUKA SANGAT,SEBAB TU LAH MINDA TAK TERBUKA ILMU AGAMA TAK NAK DALAMI.CITA CITA MELANGIT NAK AMBIL ALIH MASJID LAH NAK AMBIL ALIH SURAU LAH TAPI DAH DAPAT TAK NAK BERI SOKONGAN PULAK NAK PILIH PILIH USTAZ PULAK,KITA NI KALAU NAK BELAJAR AGAMA TAK KIRA LAH USTAZ MANA MANA PUN JANJI KITA DAPAT ILMU YANG MUSTAHAK JANGAN DAPAT USTAZ YANG AJAR AJARAN SESAT DAH.INI LAH YANG TERJADI SEKARANG DI SEBUAH PERKAMPUNGAN YANG SERBA MODEN,CANGGIH DAN SEBAGAINYA.PENDUDUK AJE YANG TAK SERBA SERBI.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Jangan Bermuka – muka Pertahan Islam at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 8th, 2010 at 5:32 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World: From L.S.E International Relations department public lecture Dat... http://bit.ly/amEPfy
2 minutes ago
anwaribrahim: Blog: Elit Pemerintah Semakin Hari Semakin Terdesak.: Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak... http://bit.ly/cSLzLG
10 hours ago
anwaribrahim: @Mh3 pl ref London prog-18th March 5pm LSE.19th 7pm Westminster U #fb
11 hours ago
anwaribrahim: London(my prog):18thMarch-LSE 5 to 6pm academic lect.19thMar-Westminster U Hall 7 to 9pm Malaysia debate. #fb
11 hours ago
anwaribrahim: Penny Dubes Australia:minum teh dirumah maklumkan tugas beliau diKL berakhir.Tk atas ks dan keprihatinan beliau #fb
11 hours ago

Galeri Flickr

Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan US Islamic World Forum in Doha, February 2010 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031