07
Jan
10

Pegawai SPRM Kena Tindakan Hina Mahkamah

Dari Malaysia Kini

Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Koroner Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari ini.

Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya.

Aduan polis dibuat susulan penerbitan berita ‘Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh’ di akhbar rasmi PKR Suara Keadilan edisi 29 Disember – 5 Januari yang menyimpulkan bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.

Dr Pornthip, yang dilantik oleh kerajaan Selangor, kemudian dilaporkan enggan memberikan keterangan pada inkues tersebut kerana bimbang berdepan tindakan tersebut.

Permohonan terhadap Raub dibuat oleh peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya mewakili keluarga Teoh, dalam prosiding inkues yang bersambung pagi ini.

Teoh ditemui mati dekat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu – kematian yang menjadi kontroversi politik terhangat tahun lalu sehingga kerajaan mengarahkan inkues tersebut diadakan dan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat tatacara siasatan SPRM.


21 Responses to “Pegawai SPRM Kena Tindakan Hina Mahkamah”


  1. 1 Polis Cabuk Jan 7th, 2010 at 12:27 pm

    Pegawai SPRM yang bunuh orang nak tuduh orang lain pulak bocor rahsia, memang sahlah ini semua kerja SPRM, berani kerana benar, takut kerana salah.

    Reply

  2. 2 haji mokhtar Jan 7th, 2010 at 8:20 pm

    baru nak ada keyakinan sikit pada perbicaraan ni..dah macam2 jadi..dah 2010 dah.cukup cukup la tu.

    Reply

  3. 3 Boring Jan 7th, 2010 at 10:34 pm

    SPRM ke MACC ke semua Karut…This are the Most Stupid Agency used as “Tools” for the very wrong purposed. They think they can do what they like…even if they can get away with anything…tapi hujan kena jaga2…nanti kena…Thunder Strike ! Mati Katak

    Reply

  4. 4 haji mokhtar Jan 7th, 2010 at 11:41 pm

    tak boleh nak mengharap sangat..nampak gaya adala keadilan..takut permulaan je nampak cantik..tau tau akhir perbicaraan…cerita sama.

    Reply

  5. 5 Mohamad Jan 8th, 2010 at 6:53 am

    Ini sandiwara Pakatan Rakyat saja, sebelum ini Adun Seri Kembangan dan Ahli Parlimen Bagan pun gatal mulut juga desak polis supaya hentikan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock, pasal apa ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, sebab ia tidak mendatangkan untung politik, sebab yang mendatangkan untung politik sahaja yang boleh dimanipulasikan tanpa mempedulikan kepentingan umum.

    Malahan tindakan pegawai forensik dari Thailand itu sebenarnya adalah salah dari segi moralnya kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada siasatan. Apakah beliau juga sebenarnya diupah oleh Pakatan Rakyat? Kerana mengikut undang-undang dan amalan biasa, kalau mendedahkan butiran perkara yang sedang disiasat yang masih belum lengkap, ia boleh menyebabkan saksi yang belum beri keterangan mereka-reka keterangan mereka samada suka rela atau atas paksaan pihak-pihak tertentu. Karpal dan anaknya sendiri pun sebenarnya tahu hal ini, tapi sengaja nak cari publisiti.

    Berkenaan tulisan artikel itu diperenggan akhir yang Teoh Beng Hock ditemui mati di kawasan berhampiran dengan pejabat SPRM maka dengan senang hatikah nak menuduh SPRM melakukannya? Ini tindakan bodoh namanya kalau SPRM bunuh Teoh Beng Hock dan buangkan berhampiran dengan pejabat mereka. Kalau kita lihat kes-kes pembunuhan pun kalau seseorang itu mati dibunuh, ia akan dibuang ke tempat lain supaya petunjuk untuk mencari pembunuh berkenaan menjadi sukar. Tak apalah mainkanlah isu ini puas-puas, tak lama lagi dapatlah ketahui pembunuh sebenar, bangkai gajah kalau diletak dalam kebun bunga yang wangi pun akan kedapatan orang juga nanti. Sebab tiada perbuatan jahat dan keji yang diberkati, kebenaran akan terjawab juga nanti, ingatlah kalau bukan SPRM yang melakukan pembunuhan berkenaan, maka pihak yang tuduh SPRM atas tujuan politik akan tanggung dosa bagi setiap detik yang berlalu di mana ia telah mendatangkan masalah dan kerugian kepada SPRM. Dosa fitnah, dan meyakitkan hati orang akan berkapal-kapal ditulis oleh Malaikat Atid, jurutulis dosa manusia. Sepatutnya pihak-pihak berkaitan jangan terlalu gatal mulut dan keterlaluan sangat dalam tindakan hingga boleh menjejaskan siasatan selanjutnya. Bagi saya laporan polis yang dibuat oleh SPRM adalah bertepatan kerana perbuatan membocorkan hasil siasatan adalah salah dari segi undang-undang, malahan ia akan menyebabkan hasil siasatan akan datang menemui masalah kerana keterangan rekaan oleh saksi-saksi yang berbelah bahagi dalam perasaan atau mungkin menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu, tidak mustahil nanti entah-entah ada pula orang lain “hilang tanpa dapat dikesan” kerana tidak mahu beliau memberikan keterangan yang bercanggah dengan kepentingan pihak-pihak tertentu. Jadi janganlah bertindak keterlaluan hingga menggangu proses siasatan dan perbicaraan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Harapan Baru utk Malaysia Reply:

    Mohamad,semakin hujung senja semakin boring artikel jampi,munkin blum dpt claim gaknya,sdr pimai pimai tangtuje,master putar alam 2×5….

    Reply

    wan simunjan Reply:

    Tak tahu nak cakap macam mana dengan kau no mohamad. Hanya yang mampu aku tuliskan kat sini……

    Betapa BODO, BODO,BODO,BODO,BODO,BODO, BODOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO NYA KAU NI !

    Kenapa pegawai SPRM harus saman Dr Prothip atas alasan mendedahkan maklumat inkues ? Kenapalah pegawai SPRM yang sekian lama dibagi latihan undang-undang dan dibayar gaji tak tahu nak guna undang-undang. Bodo juga pegawai SPRM ni.

    Kalau pun nak buat laporan polis janganlah kata Dr Prothip tu dedah maklumat katakanlah bahawa Dr Prothip tu buat laporan palsu ? Baru logik sikit.

    Al maklumlah bedah siasat oleh Dr Prithip tu telah membuktikan bahawa TBH memang mengalami kecederaan sebelum mati membunuh diri. Dan siapa yang mencederakan TBH kalau bukan dari kalangan pegawai SPRM yang sanggup menyiasat TBH sampai jam 4 pagi. Andainya kerusi, meja dan dinding SPRM tu dapat bersuara pastinya mereka juga akan menyatakan ada berlaku ugutan dan kekasaran dalam tempoh penyiasatan tersebut. Inikan pula manusia yang ada akal.

    Sejarah mahkamah di bawah hakim UMNO tidak pernah memihak dan menyokong tertuduh dari pihak pembangkang. Semuanya membela UMNO. Hanya 3 hakim yang telah mengalahkan kerajaan sahaja yang telah dipecat oleh DR M pada 1998.

    Lihatlah kes pembunuhan Altantuya.

    Apalah sangat kepentingan dan bahayanya Altantuya tu kepada dua anggota polis yang kini menunggu ajal di tali gantung akibat tuduhan membunuh Altantuya ? Mana logiknya pegawai polis seperti Sirul dan Azhar harus membunuh Altantuya sedangkan kedua-dua mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan kepada mereka ? Untuk menyembunyikan siapa dalang sebenar peristiwa pembunuhan Altantuya ni maka hanya pegawai bawahan ni saja yang menjadi mangsa. Sedangkan manusia yang dikaitkan dengan wanita malang ni senang-senang hidup mengumpul kekayaan untuk anak bini mereka.

    Dalam kes DSAI 1998 pula lain juga ceritanya. Musa Hassan yang diarahkan oleh DSAI untuk turn over Azizan tiba-tiba saja sekarang ni dapat jawatan KPN pula. Sedangkan DSAI yang mengarahkan Musa Hassan menjalankan tugas dikenakan tindakan penyalahgunaankuasa dan dipenjarakan.

    Dalam kes Altantuya, orang yang diarahkan mendapat hukuman tapi dalam kes DSAI 1998 orang yang mengarah pula dikenakan hukuman. Orang yang kena arah terus dilantik jadi KPN.

    Nasiblah kalau dah jadi MANUSIA BODO. SAMPAI MATI PUN TETAP JADI MAYAT BODO !

    kENAPALAH KAU MOHAMAD DIJADIKAN ALLAH SEBAGAI MANUSIA. ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAU MENJADI ANJING. ADA GUNANYA JUGA UNTUK DIJADIKAN PENGAWAL KESELAMATAN.

    Reply

    layman Reply:

    Apa nak dirahsia-rahsiakan? Dedahkan semuanya.

    Dulu polis baru jumpa mayat TBH belum siasat lagi dah buat kenyataan itu kematian biasa. Ini dah sah dianggap sudah menganggu siasatan dan boleh didakwa.

    Reply

  6. 6 Mohamad Jan 8th, 2010 at 7:13 am

    Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang keluar parti kerana tidak sehaluan dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang bertindak lain dijanji tapi lain yang jadi. Itulah, berpolitik tidak bertempat dan suka mengambil kesempatan, maka benda yang dianggap sebagai senjata yang boleh menikam pesaing politik, tetapi telah menyebabkan musibah pada diri sendiri bila ia tertikam diri sendiri. Sudah ramai orang-orang kuat parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat keluar parti kerana merasa perjuangan parti mereka selama ini telah bertukar haluan dan menjadi caca marba bila golongan tamak menguasai Pakatan Rakyat. Lepas ini entah siapa lagi akan keluar parti dari gabungan Pakatan Rakyat pula? Sebelum ini telah saya katakan jangan keterlaluan sangat dalam berpolitik, sebab mungkin dari segi pimpinan atasan parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, mereka tiada masalah kerana akan memberikan keuntungan pada politik mereka, tapi pihak-pihak akar umbi yang tidak akan berpuas hati kerana pemimpin yang mereka percayai telah menjadi “Pagar Makan Padi”, kepercayaan rakyat musnah terhadap orang yang tamak. Saya merasakan tidak lama lagi akan terkuburlah Pakatan Rakyat sebagaimana yang terjadi pada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif pada dekad 1990an dulu. Kita tunggu dan lihatlah nanti, apa pula drama baru untuk memutar belitkan isu keluar parti ini nanti. Sekian,terima kasih.

    Reply

    Harapan Baru utk Malaysia Reply:

    kami dengar sdr mohamad nak keluar umno dan masuk cinta malaysia,betulkah?pemimpin2 silang berganti,datang dan pergi…sdr mohamad tangtu je mcm pimai pimai tangtu je,boring betullah….

    Reply

    rakyat malaysia Reply:

    Saudara Mohamad…setiap kali saya baca komen2 dari saudar membuatkan saya tergelak, bagaiman ye srd Mohamd mempunyai akal yang bergitu “GENIUS” sekali?

    Reply

  7. 7 Khir Kojol Jan 8th, 2010 at 12:59 pm

    Biasalah kerajaan UBN ni buat apa pun tak pandai….sampaikan nak bunuh orang pun boleh kantoi…..elok diaorang ni kita suruh jaga toilet….

    Reply

  8. 8 Mohamad Jan 9th, 2010 at 1:05 pm

    pergi mati semua…sekian, terima kasih.

    Reply

    storm62 Reply:

    sampai ada hati nak panggil semua pi mati, nasib baik ko bukan beragama Islam, buat malu saje….suka2 nak pakai nick mohamad kat sini…..phtuiiiiiiiii

    sekian, terima kasih.

    Reply

  9. 9 Hamba allah Jan 10th, 2010 at 7:17 pm

    Pegawai MACC tak takut balasan tuhan seperti yang dikena oleh orang yang menganiayai anuar ibrahim seprti Paul Augustine, Mokhtar Abdullah, Dr Restina, Azizan yang mati siteri and anak anak, bertaubatlah pegawai SPRM sebelum terima balasan !!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  10. 10 khas Jan 10th, 2010 at 10:45 pm

    Mohamad semua orang tahu siapa kamu.Nak tanya, lumayan ke upahannya?

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Khas, ada dua orang Mohamad di sini seorang yang tulis menggunakan bahasa baku iaitu saya, seorang lagi pula gunakan tulisan gaya orang muda masa kini yang saya gelar Mohamad Palsu. Saya tak pastilah mengapa beliau bertindak sedemikian, samada beliau diupah untuk mengenakan saya atau apa pun saya tak tahu. Saya akui yang saya memang banyak memberikan komen yang memihak kepada kerajaan kerana saya melihat bahawa tindakan kerajaan adalah betul tetapi dimanipulasikan oleh Pakatan Rakyat hingga menjadi makin kusut dan caca marba. Tetapi tulisan En. Mohamad Palsu pula mengarut entah apa-apa dan selalunya pendek-pendek sahaja. En. Mohamad Palsu, janganlah nak berbuat demikian, kalau takut tembelang Pakatan Rakyat makin pecah, jangan nak tutup mulut saya dengan kelakuan tidak senonoh anda itu, sekian, terima kasih.

    Reply

  11. 11 Mohamad Jan 11th, 2010 at 3:09 pm

    Lumayan juga…masuk saiber kefe eh ofiss ni jah keje aku…lepas ni diaorg siap bagi bilik dan rumah dan kereta mewah lagi..apalagi…jom la join aku. sekian,terima kasih.

    Reply

  12. 12 minang Jan 11th, 2010 at 11:09 pm

    Cakap mohamad tu usahlah ambil peduli kan diatu bukan cukup akal lagi semua yang tak betul okje pada dia dalam tempat kerja orang macamni yang patut dilanyak dulu kaki ampu dasar natang?????

    Reply

  13. 13 minang Jan 12th, 2010 at 9:30 am

    Mohamad pun sama pergi mamposlah lantak diaorang nak jahanam dengan SPERMA///

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Pegawai SPRM Kena Tindakan Hina Mahkamah at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 7th, 2010 at 11:59 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031