07
Jan
10

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi

Responden bagi tuntutan ini ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.

Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.

Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.

Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

ANWAR IBRAHIM

18 Responses to “Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi”

  1. 1 yc Jan 7th, 2010 at 6:03 pm

    UMNO BN =RAKYAT DISUSAHKAN ,KRONI DI UTAMAKAN
    PKFZ:JERUNG BESAR BN MASIH BEBAS.
    MB NEGERI SEMBILAN MENYELUDUP WANG RM 10 JUTA KE LONDON MELALUI AGENSI PENGURUP WANG.SEHINGGA KINI TIDAK PERNAH MENAFIKAN DAKWAAN YANG HEBOH DIPERKATA SEJAK NOV 09.
    HIDUP RAKYAT!!!!!!!!!!!
    HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!!!!!!!!
    HIDUP KEDAULATAN UNDANG UNDANG

    Reply

  2. 2 haji mokhtar Jan 7th, 2010 at 8:29 pm

    masalahnya datok sri..dorang ni berkiblat kan pwtc..bertuhan kan umnu.
    nak laksanakan hukum islam..tapi berpilih.yg mana menguntungkan dia je.

    Reply

  3. 3 joe-kedah Jan 7th, 2010 at 10:04 pm

    Salam untuk dato seri,
    Dari kenyataan dato seri, yang logiknya kita ni orang melayu yang berugama islam, kita berpegang kepada rukun islam yang lima perkara, kita berpegang kepada enam perkara rukun iman, ulamak-ulamak kita pun bukan sebarangan orangnya, menteri yang terlibat pun semasa kecilnya pernah mengaji dipondok pak man batu 16 padang lumat, dia lebih arif dengan ajaran tok gurunya, sheikh yusuf qadawi pun sudah pun buat kenyataan menyokong dato seri, tetapi mengapa pegawai-pegawai yang arif dengan ugama islam dimahkamah syariah wilayah persekutuan tu, diibaratkan lembu yang kena cucuk hidung. Saya menyerulah kepada semua yang terlibat dengan kes ini, bermuhasabah lah diri tuan-tuan semua, insaflah dengan kerja buat tuan-tuan semua, belum terlambat untuk balik kepangkal jalan. Saya faham tuan-tuan semua ikut telunjuk umno, tetapi untuk bangsa tuan-tuan boleh berjuang mempertahankan bangsa, tetapi dalam hal ugama islam yang mahasuci ini, tuan-tuan yang diberi amanah, lakukan yang terbaik demi maruah agama islam kita. Tuan-tuan pun faham, tuduhan ini melibatkan qazaf, perkara berkait dengan kes-kes hudud, tetapi mengapa tuan-tuan sengaja melewatkan sehingga memberi alasam kes civil didahulukan sedangkan kes ini sudah jelas berkait dengan ugama islam dan mesti didahulukan. Dengan ini saya menyerulah kepada yang terlibat, Tuan-tuan diberi amanah untuk menjaga maruah ugama islam, jadi bersihkan diri tuan-tuan semua dari pengaruh politik, jalankan amanah itu dengan penuh jujur dari hati yang sucibersih. Seluruh umat melayu yang berugama islam (Bukan melayu yang berugama kristian/kafir) dan lain-lain bangsa yang berugama islam dimalaysia ini sedang memerhati tindak tanduk tuan-tuan semua. Buat lah keputusan mengikut hukum islam bukan hukum kafir.Selamat berjaya jadi hakim syarie.

    Reply

  4. 4 joe-kedah Jan 7th, 2010 at 10:13 pm

    UMNO TAKUT MALU KALAU KALAH DI KOTA SIPUTEH KEDAH

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    MAHKAMAH Tinggi Persekutuan telah memutuskan bahawa Kota Siputeh di Kedah mesti di adakan pilihanraya kecil berikut wakil rakyat UMNO/BN gagal menghadiri Sidang DUN dua kali berturut turut tanpa memberi tahu Speaker DUN Kedah. UMNO/BN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Persoalannya, bila Mahkamah Rayuan bersidang menyebut kes tersebut? Setahun? Dua tahun? Atau sehingga PRU13 Mahkamah Rayuan masih tidak bersidang lagi?

    Biasanya pilihanraya kecil hanya boleh diadakan sebelum tempuh 2 1/2 tahun selepas pilihanraya umum, selepas itu, tidak akan di adakan pilihanraya kecil lagi memandangkan jarak waktu yang hampir dengan PRU13.

    Kita faham UMNO/BN secara sedar sengaja melengah-lengahkan dari berlakunya pilihanraya kecil di Kota Siputeh Kedah menerusi khidmat Mahkamah Rayuan. Mengapa ini berlaku ? Di setiap media massa/electronic/cetak/internet, UMNO/BN dengan angkuhnya mewar-warkan dan mendabik dada menyatakan UMNO/BN kini telah mendapat kembali kepercayaan rakyat. Disebalik itu jika pilihanraya kecil diadakan di Kota Siputeh calon UMNO tewas, betapa malunya para pemimpin UMNO, mana mahu simpan muka?

    Adakah para pemimpin UMNO takut untuk menghadapi kenyataan bahawa rakyat sudah mula lupa wajah-wajah pemimpin UMNO/BN ? Mereka cukup bergendang ke seluruh pelusuk negara bilamana Isa Samad menang di Bagan Pinang dan calon BN menang di Batang Ai, Sarawak. Tetapi adakah UMNO/BN lupa beberapa pilihanraya kercil sebelum ini siapa yang menang dengan cemerlang ? Adakah mereka terlupa atau sengaja melupakan, kerusi Kuala Terengganu yang menjadi kubu UMNO/BN kini telah bertukar hak milik kepada PAS/Pakatan Rakyat ? “Masihkah kau ingat ?” Seperti bait-bait lagu Kopratasa ?

    Kini, agenda utama UMNO/BN ingin ‘mematahkan’ Anwar Ibrahim. Satu demi satu bencana di hadirkan buat sdr Anwar Ibrahim. Kita amat maklum barisan kehakiman negara ini amat taksub dan tunduk dengan telunjuk Tokey mereka UMNO/BN. Mana ada orang berani lawan tokey maaaa…. tapi tak mengapalah, kerana itu telah menjadi tradisi turun – temurun sistem kehakiman negara kita yang cemerlang, gemilang dan “berbilang-bilang” dan berbintang-bintang.

    Ini pun secara tidak para pemimpin sedari, UMNO/BN sebenarnya takut menghadapi gelombang reformasi Pakatan Rakyat. Kalau tidak, kenapa mereka tidak membiarkan sistem keadilan negara ini di jalankan secara demokrasi tanpa ada ’sistem telunjuk terselindung’ ? Mengapa satu demi satu fitnah di hadiahkan kepada barisan pemimpin Pakatan Rakyat ?

    Apakah para pemimpin UMNO menganggap kekuatan PKR terletak pada dibahu diri Anwar Ibrahim ? Kalau itu sangkaan mereka, UMNO/BN amat silap sekali. Kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat pada hari ini berakar-umbi sepenuhnya dari protes kesakitan rakyat terhadap UMNO/BN. Kerana setelah kesekian kalinya, rakyat berdiam diri apabila kebajikan mereka di abaikan oleh kepimpinan UMNO/BN. Waima tanpa Anwar, PKR dan sekutunya Pakatan Rakyat mampu berdiri teguh menentang kezaliman para pemimpin UMNO. Tanpa kehadiran Anwar, Pakatan Rakyat berdiri dengan teramat teguh. Jadi jika UMNO/BN anggap dengan memenjarakan Anwar, Pakatan Rakyat akan lumpuh, silalah para pemimpin UMNO berfatamorgana di siang hari.

    Kekuatan Pakatan Rakyat pada hari ini juga menunjukkan rakyat telah mula muak dan jelak dengan penipuan, penyelewengan, pembohongan para pemimpin UMNO/BN. Rakyat sudah mula sedar bahawa selama ini mereka tidak ubah di perlakukan seperti ‘alat’ hanya di pandang apabila musim pilihanraya umum. Dan apabila musim pilihanraya, maka bermula lah acara ‘peluk-memeluk cium menyium rakyat’, bermula lah drama ‘makan secara terpaksa’ di pondok-pondok penduduk kampung di pedalaman, bermula lah agenda ‘bantu-membantu’. Semuanya di lakukan pada musim kempen demi untuk memastikan undi rakyat di berikan kepada UMNO/BN.

    Rakyat kini rakyat ber-informasi, rakyat kini telah celek hati. Rakyat kini telah bijak menilai antara intan dan kaca. Rakyat kini sudah mampu mengesan lakonan-lakonan palsu para pemimpin UMNO/BN yang hanya berpura-pura ’sayangkan rakyat’, yang konon-kononnya meletakkan motto ‘rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan’ sebagai jati diri masing-masing. Rakyat kini bukan lagi buta IT yang mudah tertipu dengan laporan-laporan berita TV3 yang begitu giat melaksanakan ‘upacara puji-memuji’ pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Rakyat maklum akan perkara-perkara yang berlaku dan kerana itulah rakyat Malaysia telah beralih arah ! Rakyat Malaysia telah bertalak-tiga kepada UMNO/BN.

    Itulah sebabnya puak-puak UMNO/BN kini bagaikan hilang arah. Tak cukup Anwar, pemimpin Pakatan Rakyat lain di jadikan sasaran. Gambar-gambar tidur Elizabeth Wong di perbesar-besarkan menjadi suatu isu hangat, cukup mengaibkan YB Elizabeth. Tidakkah mereka sedar itu sekadar gambar. Dan gambar itupun di ambil ketika beliau sedang tidur. Bagaimana pula dengan kes video lucah Chua Soi Lek ? Itu apa cerita ? Cerita dongeng Puteri Hang Li Po ? Tiada unsur-unsur ’super-impose’ semuanya berlaku seperti apa yang sebenarnya berlaku. Itulah yang kita katakan, apa sahaja boleh jadi HALAL dalam UMNO/BN. Asalkan ikut telunjuk “Bentara Guru”.

    Adakah UMNO/BN tanggap rakyat akan mudah melupakan misteri kematian Teoh Beng Hock dengan begitu sahaja ? Masuk akalkah seorang yang sedang menikmati kebahagian bersama tunang tersayang, apatah lagi bakal melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat dengan senang-senang mahu terjun bangunan tinggi ?
    Logikkah ?

    Adakah UMNO/BN sangka rakyat akan mudah meletak-tepi sessi ‘rampasan kuasa’ di negeri Perak ? Bagaimana dengan rakusnya UMNO/BN menakluk secara tidak demokrasi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dan sekali lagi kita ingin menekankan disini. Kalau UMNO/BN merasakan kekuatan dan kepercayaan rakyat telah mereka miliki kembali, mengapa tidak diadakan pilihanraya semula negeri Perak ? Dari situ kita dapat melihat siapa yang bercakap benar ? UMNO/BN atau Pakatan Rakyat. Itupun kalau UMNO/BN beranilah, sebab yang nyata dan sahih, UMNO/BN takut untuk kehilangan Perak sekali lagi malah kita berkeyakinan silap-silap kerusi “Thamby Perak” turut hanyut.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kalau Datuk Mukhriz dicalonkan saya berkeyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. Dengan karisma dan kebolehan beliau serta sikap mesra dan mengambil berat permasalahan penduduk tanpa mempedulikan fahama politik atau samada mereka akan sokong beliau atau tidak, adalah disenangi oleh rakyat. Kalau dilihat pada logik pilihanraya lepas, Barisan Nasional akan kalah kalau dikira pada undi DUN kerana majoriti yang dimenangi PAS di Ayer Hitam lebih dari lima ratus undi tapi di Kota Seputeh Barisan Nasional hanya memperolehi empat ratus undi lebih sahaja, bermakna kalau ikut logik Barisan Nasional akan kalah di Parlimen Jerlun, tetapi yang ajaibnya, Datuk Mukhriz boleh menang hampir 3000 undi. Ini bermakna ramai penyokong PAS sendiri yang mengundi Datuk Mukhriz di peringkat parlimen meskipun di peringkat DUN mereka mengundi PAS. Kalau Datuk Mukhriz bertanding, maka ramai penyokong Pakatan Rakyat akan beralih arah mengundi Barisan Nasional. Malahan kalau silap percaturan di pihak Pakatan Rakyat, Parlimen Jerlun akan menjadi seperti Parlimen Kubang Pasu yang menjadi kubu tradisi Barisan Nasional kerana kualiti pemimpin yang mewakili parlimen berkenaan. Ditambah pula dengan pendirian lalang Pakatan Rakyat kini yang mana tembelangnya telah nampak kerana selalu Peralat Rakyat untuk peroleh kuasa politik, rakyat akan meluat dan tak suka dengan Pakatan Rakyat lagi. Malahan kalau dilihat keadaan ini bukan di Kota Seputeh atau di Kedah sahaja, malahan di seluruh Semenanjung dan angan-angan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak juga akan hancur berkecai setelah satu persatu tembelang permainan politik Pakatan Rakyat terbongakar. Tidak lama lagi Pakatan Rakyat akan menjadi seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif yang sedap dengar namanya, tapi pengisiannya kosong dan melingkupkan negara. Barisan Nasional terus mengorak langkah untuk memajukan negara tanpa memperdulikan permainan politik tadika Pakatan Rakyat, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mengejar Barisan Nasional, dan saya rasa pada pilihan raya di Sarawak tahun depan dan Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang,Pakatan Rakyat akan tersungkur dan parti-parti dalamnya akan berpecah malahan kekuatan mereka akan merosot teruk kerana ahli-ahli mereka akan menyertai perjuangan Barisan Nasional, sekarang ini pun sudah beribu ahli dari parti PAS dan PKR telah menyertai Barisan Nasional. PAS sebenarnya tersilap dalam pecaturan politik jangka panjang kerana bekerjasama dengan PKR dan DAP yang bertentangan dengan matlama asal mereka, ramai ahli akar umbi PAS terkilan dengan keadaan PAS sekarang dan telah beralih kepada UMNO yang bukan sekadar dilihat memperjuangkan Islam, tetapi benar-benar memperjuangkan Islam di samping berlaku adil pada kaum-kaum yang lain selaras dengan tuntutan Islam yang menekankan keadilan tanpa mengira kaum dan agama selagi tidak menentang Islam. Sekian, terima kasih.

    Reply

  5. 5 Halik Zaman Jan 7th, 2010 at 10:17 pm

    UMNO TAKUT MALU KALAU KALAH DI KOTA SIPUTEH KEDAH

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    MAHKAMAH Tinggi Persekutuan telah memutuskan bahawa Kota Siputeh di Kedah mesti di adakan pilihanraya kecil berikut wakil rakyat UMNO/BN gagal menghadiri Sidang DUN dua kali berturut turut tanpa memberi tahu Speaker DUN Kedah. UMNO/BN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Persoalannya, bila Mahkamah Rayuan bersidang menyebut kes tersebut? Setahun? Dua tahun? Atau sehingga PRU13 Mahkamah Rayuan masih tidak bersidang lagi?

    Biasanya pilihanraya kecil hanya boleh diadakan sebelum tempuh 2 1/2 tahun selepas pilihanraya umum, selepas itu, tidak akan di adakan pilihanraya kecil lagi memandangkan jarak waktu yang hampir dengan PRU13.

    Kita faham UMNO/BN secara sedar sengaja melengah-lengahkan dari berlakunya pilihanraya kecil di Kota Siputeh Kedah menerusi khidmat Mahkamah Rayuan. Mengapa ini berlaku ? Di setiap media massa/electronic/cetak/internet, UMNO/BN dengan angkuhnya mewar-warkan dan mendabik dada menyatakan UMNO/BN kini telah mendapat kembali kepercayaan rakyat. Disebalik itu jika pilihanraya kecil diadakan di Kota Siputeh calon UMNO tewas, betapa malunya para pemimpin UMNO, mana mahu simpan muka?

    Adakah para pemimpin UMNO takut untuk menghadapi kenyataan bahawa rakyat sudah mula lupa wajah-wajah pemimpin UMNO/BN ? Mereka cukup bergendang ke seluruh pelusuk negara bilamana Isa Samad menang di Bagan Pinang dan calon BN menang di Batang Ai, Sarawak. Tetapi adakah UMNO/BN lupa beberapa pilihanraya kercil sebelum ini siapa yang menang dengan cemerlang ? Adakah mereka terlupa atau sengaja melupakan, kerusi Kuala Terengganu yang menjadi kubu UMNO/BN kini telah bertukar hak milik kepada PAS/Pakatan Rakyat ? “Masihkah kau ingat ?” Seperti bait-bait lagu Kopratasa ?

    Kini, agenda utama UMNO/BN ingin ‘mematahkan’ Anwar Ibrahim. Satu demi satu bencana di hadirkan buat sdr Anwar Ibrahim. Kita amat maklum barisan kehakiman negara ini amat taksub dan tunduk dengan telunjuk Tokey mereka UMNO/BN. Mana ada orang berani lawan tokey maaaa…. tapi tak mengapalah, kerana itu telah menjadi tradisi turun – temurun sistem kehakiman negara kita yang cemerlang, gemilang dan “berbilang-bilang” dan berbintang-bintang.

    Ini pun secara tidak para pemimpin sedari, UMNO/BN sebenarnya takut menghadapi gelombang reformasi Pakatan Rakyat. Kalau tidak, kenapa mereka tidak membiarkan sistem keadilan negara ini di jalankan secara demokrasi tanpa ada ’sistem telunjuk terselindung’ ? Mengapa satu demi satu fitnah di hadiahkan kepada barisan pemimpin Pakatan Rakyat ?

    Apakah para pemimpin UMNO menganggap kekuatan PKR terletak pada dibahu diri Anwar Ibrahim ? Kalau itu sangkaan mereka, UMNO/BN amat silap sekali. Kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat pada hari ini berakar-umbi sepenuhnya dari protes kesakitan rakyat terhadap UMNO/BN. Kerana setelah kesekian kalinya, rakyat berdiam diri apabila kebajikan mereka di abaikan oleh kepimpinan UMNO/BN. Waima tanpa Anwar, PKR dan sekutunya Pakatan Rakyat mampu berdiri teguh menentang kezaliman para pemimpin UMNO. Tanpa kehadiran Anwar, Pakatan Rakyat berdiri dengan teramat teguh. Jadi jika UMNO/BN anggap dengan memenjarakan Anwar, Pakatan Rakyat akan lumpuh, silalah para pemimpin UMNO berfatamorgana di siang hari.

    Kekuatan Pakatan Rakyat pada hari ini juga menunjukkan rakyat telah mula muak dan jelak dengan penipuan, penyelewengan, pembohongan para pemimpin UMNO/BN. Rakyat sudah mula sedar bahawa selama ini mereka tidak ubah di perlakukan seperti ‘alat’ hanya di pandang apabila musim pilihanraya umum. Dan apabila musim pilihanraya, maka bermula lah acara ‘peluk-memeluk cium menyium rakyat’, bermula lah drama ‘makan secara terpaksa’ di pondok-pondok penduduk kampung di pedalaman, bermula lah agenda ‘bantu-membantu’. Semuanya di lakukan pada musim kempen demi untuk memastikan undi rakyat di berikan kepada UMNO/BN.

    Rakyat kini rakyat ber-informasi, rakyat kini telah celek hati. Rakyat kini telah bijak menilai antara intan dan kaca. Rakyat kini sudah mampu mengesan lakonan-lakonan palsu para pemimpin UMNO/BN yang hanya berpura-pura ’sayangkan rakyat’, yang konon-kononnya meletakkan motto ‘rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan’ sebagai jati diri masing-masing. Rakyat kini bukan lagi buta IT yang mudah tertipu dengan laporan-laporan berita TV3 yang begitu giat melaksanakan ‘upacara puji-memuji’ pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Rakyat maklum akan perkara-perkara yang berlaku dan kerana itulah rakyat Malaysia telah beralih arah ! Rakyat Malaysia telah bertalak-tiga kepada UMNO/BN.

    Itulah sebabnya puak-puak UMNO/BN kini bagaikan hilang arah. Tak cukup Anwar, pemimpin Pakatan Rakyat lain di jadikan sasaran. Gambar-gambar tidur Elizabeth Wong di perbesar-besarkan menjadi suatu isu hangat, cukup mengaibkan YB Elizabeth. Tidakkah mereka sedar itu sekadar gambar. Dan gambar itupun di ambil ketika beliau sedang tidur. Bagaimana pula dengan kes video lucah Chua Soi Lek ? Itu apa cerita ? Cerita dongeng Puteri Hang Li Po ? Tiada unsur-unsur ’super-impose’ semuanya berlaku seperti apa yang sebenarnya berlaku. Itulah yang kita katakan, apa sahaja boleh jadi HALAL dalam UMNO/BN. Asalkan ikut telunjuk “Bentara Guru”.

    Adakah UMNO/BN tanggap rakyat akan mudah melupakan misteri kematian Teoh Beng Hock dengan begitu sahaja ? Masuk akalkah seorang yang sedang menikmati kebahagian bersama tunang tersayang, apatah lagi bakal melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat dengan senang-senang mahu terjun bangunan tinggi ?
    Logikkah ?

    Adakah UMNO/BN sangka rakyat akan mudah meletak-tepi sessi ‘rampasan kuasa’ di negeri Perak ? Bagaimana dengan rakusnya UMNO/BN menakluk secara tidak demokrasi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dan sekali lagi kita ingin menekankan disini. Kalau UMNO/BN merasakan kekuatan dan kepercayaan rakyat telah mereka miliki kembali, mengapa tidak diadakan pilihanraya semula negeri Perak ? Dari situ kita dapat melihat siapa yang bercakap benar ? UMNO/BN atau Pakatan Rakyat. Itupun kalau UMNO/BN beranilah, sebab yang nyata dan sahih, UMNO/BN takut untuk kehilangan Perak sekali lagi malah kita berkeyakinan silap-silap kerusi “Thamby Perak” turut hanyut.

    Reply

  6. 6 Halik Zaman Jan 7th, 2010 at 11:30 pm

    (Maaf Dato Seri Diluar Tajuk)

  7. 7 ibrahim Jan 8th, 2010 at 12:13 am

    orang seperti si saiful tu biar dia tau sikit langit tinggi ke rendah ke. Dia ingat apa yang dia buat tu dia akan terlepas. Ingatlah Firman Tuhan : sebesar zahrahpun kebaikan mahupun kejahatan akan dikira dan dibalas.

    Reply

  8. 8 hj bakeri Jan 8th, 2010 at 8:04 am

    Insyallah , moga2 allah akan memberi perkenan serta limpah rahmatnya dlm usaha DS membentras semua bentuk kejahilan dilakukan terhadap DS. DAN tidak mustahil terhadap rakyat AMIN

    Reply

  9. 9 ali imran Jan 8th, 2010 at 1:45 pm

    salam

    robbis rahli sadri wayassirli amri…

    slm sejhtera DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat yang ada prinsip…..mana-mana pemimpin pakatan rakyat yang tak pegang dasar perjuangan parti boleh berambus….

    DSAI dan seluruh pimpinan pakatan rakyat….
    1 -INSIDEN MEMBALING BOM DAN MEMBAKAR GEREJA ADALAH ALASAN BAGI BE END UNTUK MENGEKAL AKTA ISA….
    2 -INSIDEN INI JUGA AKAN MEMBUATKAN KAUM DAN AGAMA LAIN MEMBENCI PAS DAN AKAN MELABEL PAS SEBAGAI PARTI ISLAM PELAMPAU…DAN MEREKA AKAN MENJAUHKAN DIRI DARI PAS…
    3 -INSIDEN INI JUGA AKAN DI GUNAKAN OLEH UMNO DAN BE END UNTUK MEMBAKAR SENTIMEN BENCI PADA ISLAM DAN PENGANUT AGAMA LAIN AKAN MELABEL ISLAM EKSTREMENIS….
    4 -INSIDEN INI JUGA AKAN DI GUNAKAN OELG UMNO DAN BE END UNTUK MERAIH SIMPATI DAN UNDI RAKYAT PADA PRU 13 AKAN DATANG.
    5 -INSIDEN INI JUGA AKAN DI GUNAKAN OLEH UMNO DAN BE END UNTUK MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT…

    SELURUH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KENA BERSIDANG SEGERA UNTUK MEMASTIKAN INSIDEN INI TIDAK MENJADI LEBIH PARAH DAN MEMUDARATKAN PAKATAN RAKYAT…

    SELURUH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MESTI MEMASTIKAN INSIDEN INI TIDAK DI MANIPULASI OLEH UMNO DAN BE END UNTUK MERAIH SIMPATI DAN UNDI….

    Reply

  10. 10 akuorgmalaysia Jan 9th, 2010 at 11:26 am

    kebanyakan orang melayu@islam(termasuk SAIFUL)….ZAHIR bertuhankan ALLAH…..BATIN bertuhankan DUIT@WANG $$$$$$$$$$$$$$$$$$

    Reply

  11. 11 Pa' Belalang Jan 9th, 2010 at 9:21 pm

    Assalamualaikum ayahanda Anwar.

    Saya yakin DSAI telah membuat apa yang perlu dibuat bagi pihak Dato. Saya amat berharap kita sebagai umat islam berganding tangan dengan melakukan Solat Hajat Khas untuk perkara tersebut di seluruh negara serta didunia untuk memohon kebenaran akan terus dipelihara. Dan sekiranya Saiful bersalah maka dengan izin Allah beliau akan berkata serta mengaku tentang isu fitnah tersebut. Malahan saya amat berharap dapat dibongkar Siapakah Master mind tersebut? ???????????

    Reply

    Bekas ahli Ameno Reply:

    ASKM DSAI. pemimpin-pemimpin UMNO memang tdk insaf-insaf. Saya cadangkan agar DSAi mencari ikhtiar lain di luar negara. Saman Saiful kerana memalukan DSAI. Mahkamah di Malaysia hari ini memang tdk boleh dipercayai. Apatah lagi PDRM. SPRM. Di Sabah dan Sarawak, saya percaya kerusi parlimen akan ditambah untuk meneruskan survival BN. Jangan terkejut jika MP di Sabah dan Sarawak akan lebih ramai berbanding di Semananjung. Kawasan MP di Semenanjung pula akan dikurangkan. 83 kawasan MP yang dikuasai Pakatan Rakyat mungkin hanya akan tinggal 50 atau 40. Desas-desus semakin kencang di Sabah bahawa persempadana semula kawasan DUN dan MP akan dilaksanakan sebelum PRU ke-13. SPR cuba membantu untuk memenangkan BN dalam PRU ke-13. Satu lagi projek penipuan BN. Projek untuk menyambung hayat mereka.

    Reply

  12. 12 noor Jan 10th, 2010 at 6:18 pm

    salam,
    ya saya juga bersetuju dengan cadangan pa belalang agar diadakan solat hajat khas untuk memohon kebenaran dan ditunjukkan Allah siapoa yang benar dansiapa yang salah. dan sekiranya saiful bersalah maka dengan izin Allah beliau akan berkata benar tentang fitnah tersebt. Tetapi bagaimana jika benar anwar yang melakukan liwat tersebut? dapatkah anda semua menerima kebenaran dan akur dengan petunjuk Allah?

    Reply

  13. 13 Mohamad Jan 10th, 2010 at 9:29 pm

    salam semua, aku sembelit malam ini, tak dapat menyerang anda bertubi-tubi. tunggu kemunculan esok hari..jeng jeng jeng. sekian,terima kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Apa ini En. Mohamad Palsu, main kotor lagikah semata-mata nak burukkan nama saya. Anda ini penulis upahan untuk menainaya saya, tak apalah, saya tidak tahu siapa anda, biarkanlah anda dengan sikap anda itu, tetapi ingatlah malaikat Roqib dan Atid sentiasa mengawasi diri anda, malahan Allah juga mengetahui siapa anda sebenarnya, sekian, terima kasih.

    Reply

  14. 14 Nasaei Ahmad Jan 18th, 2010 at 11:53 am

    Truth will prevail, falsehood definitely will be vanished. They can lie sometimes, but they cannot lie all the times. Apa yang jelas kepada semua, orang ramai terus menerus, dan berbondong-bondong meninggalkan UMNO. Jangka hayatnya sudah sampai penghujung. InsyaAllah kita kan menyaksikan orang lain atau parti politik lain pula ke Putrajaya selepas PRU-13 tiga tahun nanti.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 7th, 2010 at 1:33 pm

Leave a Reply

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031