06
Jan
10

Program Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang, Jumaat 8 Januari 2010

1) 7.00 MLM – Jamuan Makan Malam Bersama:

 1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2) YAB Sdr Lim Guan Eng

3) YB Mansur Othman

4) YB Chong Eng

      Tempat : Pejabat DAP Bukit Mertajam,   Taman Ciku, Bukit Mertajam 

—-

2) 8.30 MLM – Solat Isya/ Hajat

Tempat : Masjid Cherok Tok Kun

—-

3) 9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 1 

Tempat : Galeri Perdana, Cherok Tok Kun

  Penceramah:

1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2) YBHG Rashidi Hussain

3) YB Sim Tze Tzin

4) YB Saifuddin Nasution

 —–

 9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 2 

Tempat : Dewan Besar Sungai Bakap, Seberang Prai Selatan, Nibong Tebal

 Penceramah :

1) YB Mansur Othman

2) YB Saifuddin Nasution

3) YB Tan Tee Beng

4) YB Tan Hock Leong 

5) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

—–

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim


11 Responses to “Program Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang, Jumaat 8 Januari 2010”


  1. 1 zik Jan 6th, 2010 at 10:47 pm

    DS,

    Mcm biasa kalu DS mai Nibong Tebai…saya mesti mai..
    kasi kaw2 sikit ceramah DS..kut2 ada org Melayu duk terlena terganga dengan lawak 1 Malaysia Umno lani!!

    Reply

  2. 2 Mohamad Jan 7th, 2010 at 8:09 am

    Lawatan ke Kg. Buah Pala, tak nak buatkah? Begitu juga dengan nasib penduduk di kawasan Jawi, tak nak belakah? Kata negeri berkebajikan dan pemerintahan Umar Abdul Aziz, mana perginya semua itu? Ingat jangan buat main-main dengan janji dan amanah, nak jawab di alam barzah dan di akhirat nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply

  3. 3 jimi Jan 7th, 2010 at 3:31 pm

    Ceramah menghasut rakyat. Biar si Anwar Ibrahim dengan Lim Guan Eng masuk neraka sama-sama kerana memfitnah. kahakahakahkah…

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kuasa politik lebih penting dari Pakatan Rakyat dari kepentingan negara dan rakyat, cita-cita politik adalah matlamat utama, pembangunan dan kesejahteraan rakyat boleh dikesampingkan jika berselisih dengan kepentingan politik. Inilah Pakatan Rakyat. Di Pulau Pinang dulu janji itu dan ini, lepas menang, buat-buat tak tahu, malahan meletakkan beban ciptaan sendiri di bahu orang lain pula. Ingatkan anda semua isu Kg. Buah Pala, kalau beginilah penyelesaian yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, ia lebih buruk dari Barisan Nasional, kerana paling kurang semasa Barisan Nasional mentadbir, penduduk diberi pampasan dan bantuan sekiranya mahu mencari penempatan baru malahan pemaju juga tidak senang-senang membuli penduduk, itu masa Barisan Nasional dululah, sekarang apa cerita, mana dia janji nak kembalikan Kg. Buah Pala? Entah apalah nasib penduduk sekarang ini gamaknya? Senyap sepi, tidak seperti kempen pilihanraya lepas, mana dia tukang batu api yang berdegar-degar kata itu dan ini? Entah telah berambus ke mana entah, lepas habis madu sepah dibuang. Selepas itu janji nak beri RM 1000 pada masyarakat yang berpendapatan rendah kurang dari RM 1500 sebulan, mana pergi janji berkenaan, sudah ditanam dalam kubur janji itu, tak apa nanti semasa tiupan sangkakala kedua nanti ia akan bangkit semula sama dengan si penjanji berkenaan dan akan mencari penjanji berkenaan supaya ditunaikan, masa tu baru menggelabah kerana tempat berkenaan bukan Pulau Pinang lagi, tapi satu alam baru dan tempat baru nama Padang Mahsyar, bukan Padang Kota, Georgetown. Saya sarankan kepada pihak Pakatan Rakyat, dari berceramah menipu orang dan mencaci maki orang, lebih baik menjelaskan isu semasa yang menjadi kekeliruan rakyat kini berkaitan bebanan yang ditanggung kerajaan dan mententeramkan pihak-pihak yang tidak faham dengan keadaan semasa dan bukannya membakar perasaan rakyat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan melulu yang tidak berasas hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidaktenteraman di kalangan rakyat. Penasihat Umum PKR sendiri pernah berada dalam kerajaan, beliau sendiri faham keadaan semasa, tetapi oleh kerana keadaan menampakkan peluang padanya untuk menjatuhkan kerajaan, beliau tidak menerangkan hal sebenar tetapi terus membakar perasaan rakyat untuk mencapai cita-cita politik beliau. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jangan menjadi seperti nasib Pak Kaduk dan Lebai Malang, menang sorak, tapi kampung tergadai dan yang dikejar tak dapat,tapi yang dikendong keciciran. Sukakah kalau rakyat bertelagah hingga menjadi kekacauan besar hingga memusnahkan keharmonian antara kaum dan agama serta memusnahkan kemajuan yang ada, nakkah Pakatan Rakyat bangunkan semula negara yang hancur dengan dana yang sedikit, mampukah Pakatan Rakyat? Sejarah sebenarnya adalah pedoman bagi orang yang mahu berfikir tentang kepentingan sesuatu perkara, masa ini adalah penting, tetapi masa depan pun penting juga. Takkan kita nak biarkan generasi masa hadapan hidup mundur setelah kemusnahan yang dicetuskan oleh golongan kini. Inginkah kita melihat generasi akan datang dipergunakan oleh pihak asing seperti yang berlaku di sesetengah negara yang mundur kerana untuk meneruskan hidup sanggup bertelagah dengan orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka? Mahukah kita melihat generasi kita akan datang menjadi pendatang tanpa izin yang diperlakukan sewenang-wenangnya oleh bangsa asing kerana mahu mencari sesuap nasi? Mahukan nanti budaya, adat, agama dan nilai-nilai budaya bangsa kita tenggelam dan menjadi ibarat melukut di tepi gantang? Takkan sampai dah jadi begitu baru kita nak menyesal, tak guna, ia memerlukan masa yang panjang dan usaha yang padu bermula untuk menyatupadukan rakyat, membentuk pemikiran kelas tingg, dan membentuk sikap gigih untuk berjaya, bukan senang semua itu untuk direalisasikan, jangan kerana nak tangkap ikan seekor habis setasik dituba. Banyak contoh yang telah ditunjukkan, lihatlah Iraq, semasa pemerintahan Saddam Hussien, Iraq adalah negara Arab yang paling maju malahan negara yang termaju di Asia Barat pada zamannya. Kehidupan rakyat aman damai meskipun terdapat sedikit penentangan dari pihak yang tidak bersetuju dengannya. Dengan ekonomi yang mantap, pendidikan yang berkualiti, rakyat Iraq boleh dianggap warganegara yang berjaya di Asia Barat, tetapi selepas kedatangan Amerika dan kuncu-kuncunya dengan sokongan pihak yang tidak suka pada Saddam, Iraq menjadi negara yang mundur malahan keadaan Iraq dan Tebing Barat serta Gaza hampir sama. Malahan negara yang jauh ditinggalkan oleh Iraq sebelum ini seperti Yaman dan Syria pun lebih jauh kehadapan pula dari Iraq. Dulu kalau perayaan dan sambutan hari kebesaran negara, bunyi tembakan senapang adalah sebagai simbolik kepada kejayaan dan bunyi letupan bunga api disambut dengan kegembiraan rakyatnya, tapi kini tembakan senapang membunuh rakyat Iraq, bunyi bunga api telah bertukar kepada letupan bom yang membunuh ramai warga Iraq samada lelaki, wanita, dewasa, kanak-kanak, bayi malahan orang tua pun jadi mangsa, tiada lagi gelak ketawa seperti di zaman Saddam, kini ketawa telah bertukar menjadi tangisan dan ratapan kerana sedih kehilangan anak, isteri, suami, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, saudara mara dan sahabat handai yang ditembak oleh pihak bertelagah atau menjadi mangsa serangan bom pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab. Insaflah semua, keharmonian dan keamanan negara kita adalah satu rahmat yang perlu disyukuri dengan menjaganya, kalau kita mengkhianatinya dengan mencetuskan huru hara dan keadaan tidak aman, maka ia akan digantikan dengan malapetaka yang akan memusnahkan kita. Mencegah lebih baik dari merawat kerana bila sudah sakit tak semestinya ada peluang untuk sembuh. Jadi marilah sama-sama jaga keamanan. Sekian, terima kasih.

    Reply

  4. 4 mohamad Jan 7th, 2010 at 5:19 pm

    lawatan ke batu feringi?bercanda di pantai? tak nak? rugi anda semua, asyik serius je disini, islam ini la, itu la, gimme a break. anda semua pi mabuk.. jumpa di akhirat nanti jangan lah minta tolong aku pula nak lepas mahkamah god..masuklah umno anda semua selamat.sekian terima kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. mohamad, apakah anda mahu mempermainkan saya? Anda menggunakan nama macam saya, tapi komen-komen anda merapu di sana sini. Nak main taktik kotorkah? Menggunakan nama saya dengan komen-komen yang bukan-bukan menunjukkan Pakatan Rakyat makin gelabah dan bimbang dengan kebenaran yang sedang diperolehi oleh rakyat sampai sanggup gunakan taktik kotor sebegini. Ini semua untuk menjatuhkan reputasi saya sebenarnya. Kalau dilihat pada tulisan anda, ia tidak menunjukkan cara penulisan saya, saya menggunakan perkataan baku dan tidak perkataan jenis SMS golongan muda kini. Kepada rakyat sekalian, En. mohamad ini bukanlah saya, lihat pada ejaan namanya pun lain, beliau menggunakan huruf m kecil tetapi saya M besar. Kepada En. mohamad, janganlah macam ini, bersikap rasionallah sikit, jangan main taktik kotor, nak berpolitik pun pada-padalah, jangan gunakan nama orang lain hingga masyarakat salah faham. Saya sendiri pun tak pernah guna nama peminat setia Pakatan Rakyat di blog ini, agak-agaklah dalam tindakan. Rakyat makin menyedari permainan politik kotor Pakatan Rakyat, lihatlah di Selangor sahaja baru-baru ini ratusan bekas penyokong Pakatan Rakyat menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional. Di Kelantan pun sama. Kepada moderator blog ini, ada komen saya yang tidak disiarkan, contohnya berkaitan artikel Lebur RM 2 juta Untuk Program UMNO Juara Rakyat, artikel itu menerangkan tentang konsep program tersebut dan sumber sebenar dana tersebut di perolehi. Apakah kerana ia mendedahkan kebenaran yang memihak UMNO, maka anda menyekatnya? Bersikap adillah, Sekian, terima kasih.

    Reply

    kucing Reply:

    haha..kesian en mohamad ni..dah tulis sana sini, tak mengaku pulak..dah lempar taik sorok tangan bau busuk juga..pi basuh nuh cepat busukk…guna bahasa baik-baik la weh. pandai pula m kecil la m besar la kakaka…tengok la sikap org umno ni memang gini tak pernah mengaku salah…tak pa la aku mengaku la aku mohamad..boleh? haha puas hati mu..haha busuk sungguh hati mu.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Kucing, En. Mohamad Palsu berkenaan mempergunakan nama seperti saya untuk tujuan mencemarkan nama saya, saya tidak akan menulis seperti beliau. Kalau anda sendiri melihat tulisan saya adalah berbeza dengan tulisan Mohamad Palsu yang berbeza gaya penulisannya. Apakah anda ini Mohamad Palsu yang menguna nama En. Kucing pula, kata orang kalau tiada angin atau apa-apa yang boleh menggoyangkan pokok, pokok tidak boleh bergoyang sendiri. Pepatah orang tua-tua ada kata bahawa siapa memakan cili dialah terasa pedas. Kalau anda ialah Mohamad Palsu yang bertujuan menjatuhkan nama saya, insaflah. Orang tua-tua kata buat baik berpada-pada supaya tidak dijijak oleh orang, dan buat jahat jangan sekali kerana ia dibenci oleh Allah. Sekian, terima kasih.

    Mohamad Reply:

    Siapa yang busuk hati En. Kucing? Entah-entah anda inilah mohamad palsu upahan Pakatan Rakyat yang mahu memburukkan nama saya kerana kepincangan Pakatan Rakyat telah diketahui umum. Selama ini pun tak pernah lagi saya gunakan nama peminat setia Pakatan Rakyat untuk kepentingan diri sendiri, saya hentam atau saya sokong guna nama sendiri. Saya pun teringin nak tahu juga siapa manusia munafik yang suka menggunakan nama orang lain untuk buat fitnah itu. Saya cabar mohamad palsu supaya mendedahkan diri beliau dan mengapa beliau berkelakuan pengecut begini? Kalau dia anak lelaki sahutlah cabaran saya, kalau dia pondan dan bapuk tua, dia tidak akan berani sahut cabaran ini. Jangan berselindung dengan nama orang untuk buat maksiat. Anda ini makin dibiarkan makin teruk perangai, tak belajar akhlakkah masa kecil dulu? Sikap anda ini memalukan ibu bapa anda sendiri yang menyebabkan orang bersangka anda tidak diajar akhlak oleh ibu bapa sendiri sampai sanggup berkelakuan seteruk ini. Untuk membersihkan nama baik anda dan keluarga anda, sila dedahkan siapa anda dan sebab anda buat begini. Saya cabar anda. Berani kerana benar, takut kerana salah, jadilah pahlawan, bukan pengecut yang berjiwa tikus. Sekian, terima kasih.

  5. 5 YUSHIM Jan 8th, 2010 at 3:03 pm

    bILA LAGI DSA KE lIMBANG sARAWAK.kAMI PERLU KEDATANG DSA UNTUK MEMBERI SEMANGAT PENGUNDI2 DI SINI DAN TERUS TUBUHAKAN PARTY CAWANGAN DI SINI.(pkr)

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Program Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang, Jumaat 8 Januari 2010 at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 7th, 2010 at 12:43 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031