05
Jan
10

Enjin Jet: Pakatan Desak Perjelas Laporan Ketua Audit Negara

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat mencurigai kenyataan awal Peguam Negara Abdul Gani Patail berhubung kes kecurian enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul berkata kerajaan seharusnya menjelaskan bagaimana kehilangan aset ini dari inventori TUDM gagal dikesan Ketua Audit Negara.

Ketua Audit Negara melaksanakan audit keatas kementerian dan agensi kerajaan setiap tahun dan di bentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.

“ Pertama sekali saya hendak tanya setiap tahun semua kementerian mengadakan laporan oleh Ketua Audit Negara. Jadi kita hendak tanya pada tahun 2007 dan 2008, ada atau tidak laporan daripada Ketua Audit Negara?” soalnya.

“ Kalau ada, soalan seterusnya ada atau tidak dilaporkan tentang kehilangan enjin jet ini? Jadi Ketua Audit Negara tentu lebih tahu kerana semua kementerian akan diaudit oleh mereka. Yang kedua, yang hilang ini bukan skru, yang hilang ia ialah enjit jet, sudah pasti pegawai tinggi panglima tentera udara, panglima tentera darat setiap tahun wajib, buat pengurusan audit. Maknanya kalau saya ada lima buah kereta, hujung tahun saya kena ada lima buah kereta”.

Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara yang mengumumkan tidak pegawai-pegawai kanan tentera terbabit dalam penyeludupan aset tentera ini.

Enjin ini dikesan hilang dipercayai diseludup melalui Pelabuhan Klang sebelum dikesan di tangan sebuah syarikat asing di Argentina.

Portal Malaysiakini melaporkan jet enjin milik tentera Malaysia kini dikesan di Uruguay.

“Maknanya tidak mungkin pegawai bawahan sahaja yang tahu hal ini sebab pengurus atasan adalah pegawai dia. Yang kita lihat di pasar raya pun, pada setiap penghujung tahun mereka akan buat pemeriksaan stok. Semua kementerian akan buat pemeriksaan stok hujung tahun” katanya kepada Tv Selangor.

Malah ujar Johari lagi, sekiranya beliau sendiri bukan memegang apa-apa jawatan dalam parlimen dan hanya rakyat biasa yang melihat perkembangan ini, beliau sendiri tidak percaya lesapnya enjin jet ini angkara pegawai bawahan sahaja

44 Responses to “Enjin Jet: Pakatan Desak Perjelas Laporan Ketua Audit Negara”

  1. 1 Maverick Jan 5th, 2010 at 2:54 pm

    Fairdinkum ,
    please leave the lower and uncommissioned ranks alone.

    Reply

  2. 2 Boring Jan 5th, 2010 at 2:56 pm

    5 biji kereta,hujung tahun mesti ada 5 kereta…baru Betul…Setuju ! Tapi ini Jet la,on paper 30 biji, Ketua Audit bila checking,dia terbang sini sana,2 terbang Uruguay dan Menteri/Jeneral buk 30 biji…Pass !

    Ketua Audit ke, Ketua Hakim ke,Ketua Polis ke,Ketua Peguam Negara ke…Apa lagi ?…Sama je ! They are they “Tool’s Of The Govn Of The Day”

    The System Breed Corruption from Top To Bottom !

    Time To Changed…tarak 2 Kapal Selam pun Hilang…Ketua Audit duk checking,Jeneral buat laporan itu Kapal duk Selam dalam air…PASS !

    Reply

  3. 3 tebuan madu Jan 5th, 2010 at 3:17 pm

    itu kenyataan olok2… mujur dia tidak menyatakan bahawa yang mencuri injen itu adalah baby umur 6 tahun lepas tu di kesan telah mati lemas di lautan pasifik oleh itu siasatan tak dapat diteruskan.

    Reply

    diBawahBayu Reply:

    Betul tu… dan enjin tu telah dijadikan Tukun Tiruan Berteknologi Tinggi, “Knowledge Based Artificial Reef”, which is “World Class” dan dibuat keputusan oleh pemikir “Minda Kelas Pertama” yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang menggambarkan semangat “Malaysia Boleh” dan dinamakan “Tukun Tiruan 1Malaysia”.

    Tidakkah mereka pernah terfikir bahawa sandiwara mereka tu teramat paluiiiiii…!!! (bodoh yang teramat sangat) yang budak dapat PMR 5E pun boleh nampak. Eeeeeeeeee… Ke kita Rakyat Malaysia ni pada pandangan mereka terlalu bangang…!!! Berani betul diorang ni.

    Reply

  4. 4 Mohamad Jan 5th, 2010 at 5:02 pm

    Entah berapa kali perkara ini nak dimainkan lagi, bukankah dah dijelaskan bahawa perkara ini dalam siasatan, samada tak reti bahasa atau saja nak alihkan tumpuan rakyat pada hal kelemahan Pakatan Rakyat, apa ini, asyik berpolitik tak habis-habis? Pembangunan entah ke mana, asyik berpolitik saja, semua orang lain tak betul, Pakatan Rakyat saja, betul, kalau salah pun betul juga, entah apa-apalah sikap jenis ini? Sekian, terima kasih

    Reply

    Hanya Pada Hati Reply:

    Salam pedoman pada Mohamad

    Bila berhujah katanya politik
    Bila berjuang katanya politik

    Kita bercakap pasal yang bersuluh
    Kita berhujah pasal yang tulus
    Kesal amanah tergadai amanah yang hilang

    Bercakap pasal enjin
    Nilai bukan segenggam
    Biar seringgit tak datang senang
    Itu penat lelah rakyat
    Hak rakyat begitu sahaja hilang?

    Bukan kamu rabun tetapi buta
    Buta segala deria
    Sungguh ku kesal !!!!

    Reply

    ericind Reply:

    A,En MAHA MAD,Pelawak no 1 di blog Dsai,dah masok opis dah?Ramai kwn2 kat blog ni betul2 rindu kat hang,duit upah dah joli habis kot?

    Reply

    dulukini Reply:

    beginilah contoh apabila orang telah diperbodohkan oleh media BN.(Mohamad)

    Reply

    ne Reply:

    erm cik mamat agakx2 cik mamat leh jumpa x ejin 2? Rpk ngan bala pon susah nak jumpa…leh ke cik mamat? hehehehe

    Reply

    ne Reply:

    ermm berpolitik ok la cik mamat, ni asyik berjoli dan makan suap lagi la susah kan cik mamat kan? hehehehe…

    Reply

    anti Reply:

    salam, baiklah en.mohamad kita tunggulah shj hasil siasatan yg akan dikeluarkan nanti ok..Cuma ingin saya jelaskan di sini saya cuma marahkan pimpinan kerajaan BN sekarang ini yg dilihat kucar-kacir tidak kira di kalangan menteri mereka sehinggalah melibatkan pentadbiran di dalam sistem kerajaan. saya tidak salahkan anda yg memberi komen pro-kerajaan di mana mungkin anda mahu membuat provokasi dan suka jika ada penulis2 lain yg tidak suka dgn tulisan anda. Ini adalah kerana anda mungkin seorang hamba yg terlalu taksub dan masih lagi lurus serta tidak mampu berfikir di luar kotak demi kepentingan rakyat. Mungkin anda terhutang budi dgn kerjaan pimpinann BN pada masa lampau sehingga anda tidak boleh menerima kritikan dan pendapat terhadap kerajaan. Tetapi anda kena ingat ingat UMNO lampau sudah tiada lagi kerana telah dibubarkan pada 1989 ketika krisis kehakiman dahulu..UMNO yg ada sekarang hanyalah UMNO Baru yg telah menggugurkan nama ‘baru’ untuk meraih sokongan rakyat seperti anda. Berbalik kepada isu enjin jet ini, diharap pihak atasan harus bertanggunjawab bukan hanya pegawai rendah shj. wassalam

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Anti, saya bukanlah orang yang jenis sedemikian, saya telah memerhatikan dan membuat penelitian, bukan suka-suka saya tidak setuju, ini kerana saya melihat sesuatu perkara pada setiap sudut bukan pada satu sudut sahaja, ini kerana anda lihat pada satu sudut sahaja tidak lihat pada sudut-sudut yang lain seperti saya, anda hanya nampak yang tidak elok dari pihak kerajaan dan yang cantik molek di pihak Pakatan Rakyat, tetapi anda tidak lihat kebaikan di pihak kerajaan dan keburukan di pihak Pakatan Rakyat. Bukanlah saya kata semua di pihak kerajaan itu betul serba serbi dan di pihak Pakatan Rakyat salah belaka, tetapi dikebanyakan perkara, kerajaan lebih bertindak untuk kepentingan jangka masa panjang seperti Wawasan 2020, Malaysia Boleh, Kongsi Perayaan, 1Malaysia, PPSMI dan banyak lagi, ada ketikanya kita lihat macam tidak bagus perkara berkenaan, tetapi ia membantu negara dan rakyat secara tidak langsung untuk membentuk negara dan rakyat yang bersatu padu, berinovasi dan kreatif, dan memahirkan rakyat dengan bahasa asing. Tidak semua saya bersetuju dengan kerajaan, misalnya pemansuhan PPSMI, pembatalan jambatan bengkok, penjualan MV Augusta, PLKN dan beberapa hal lagi. Ini kerana saya berpandangan kita telah kerugian bila membatalkan PPSMI kerana peluang anak-anak untuk bertutur dalam bahasa inggeris terbatas, ini kerana pada masa kanak-kanaklah senang dibentuk, model yang dicadangkan oleh Tun Mahathir adalah berdasarkan keupayaan UiTM melahirkan graduan bumiputera yang tidak berapa mahir dalam bahasa inggeris menjadi seorang yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kalau anda tidak percaya lihatlah sendiri kurikulum di UiTM yang memang berkualiti. Selain itu pembatalan jambatan bengkok boleh menjejaskan kepentingan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjong Pelepas kerana kapal-kapal tidak boleh melayari melalui selat Tebrau samada dari Selat Melaka ke laut China Selatan atau sebaliknya kerana dihadang oleh Tambak Johor. MV Augusta pula adalah bertujuan untuk mereka bentuk enjin kereta yang lebih ekonomi menggunakan teknologi asas motosikal. Kalau kita lihat di India, syarikat Tata telah berjaya membentuk kereta kecil yang boleh dimiliki oleh rakyat kebanyakan pada harga yang murah, tetapi kita melepaskan peluang berkenaan dengan penjualan MV Augusta. PLKN pula saya tidak bersetuju dari segi pelaksanaannya, dari segi konsep asas saya bersetuju untuk membentuk rakyat yang berjati diri dan berupaya mempertahankan negara, tapi kalau pelaksanaan seperti PBSM, Pengakap dan Pandu Puteri lebih baik tak payah, membazir saja. Lebih baik mereka sertai pengakap Kelana dan lain-lain dari PLKN jika dalam keadaan sekarang ini. Saya memang bertegas mahukan latihan secara ketenteraan dan pilihan tidak dibuat secara rawak tetapi mewajibkan semua belia berumur 18 tahun ke atas dengan pengecualian pada yang mengalami masalah kesihatan dan yang memang tidak mampu untuk menyertai sahaja atas faktor keupayaan diri. Selain itu program berkenaan perlu diasingkan antara lelaki dan wanita kerana dalam keadaan darurat perang, peranan lelaki dan wanita adalah berbeza, lelaki lebih bertindak sebagai barisan hadapan yang berjuang menentang musuh, tetapi wanita lebih berperanan sebagai pihak sokongan seperti menyedia makanan, merawat, menyediakan pakaian dan lain-lain yang sesuai dengan mereka. Kita patutnya mencontohi struktur program di Singapura, Thailand atau Korea Selatan di mana masa program lebih panjang antara satu hingga dua tahun, barulah boleh membentuk manusia berkualiti, kalau setakat tiga bulan, lepas keluar buat perangai lama balik, tentera dan polis pun latihan enam bulan.

    Di pihak Pakatan Rakyat pula sikap yang ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat memang banyak merugikan negara kerana boleh menggalakkan orang muda jadi kurang ajar dengan perkataan kesat yang kononnya boleh dari segi agama, bukan agama sebenarnya tapi politik, kemudian budaya ganas berdemontrasi banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat umum, selain itu memanipulasi banyak hal hingga mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat adalah tidak patut dan buruk sangat kerana ia boleh mencetuskan salah faham dan pecah belah di kalangan masyarakat. Selain itu sikap menipu Pakatan Rakyat yang suka berjanji itu dan ini tapi lepas berjaya berkuasa buat-buat tak tahu adalah teruk sangat, sifat munafik itu, tak bagus dan perlu dijauhi. Pakatan Rakyat sepatutnya menjadi pengimbang dan pemantau yang berkualiti dalam pentadbiran dan pembangunan negara, bertindak bila masa memerlukan sahaja, dan bukan serba serbi ditentang sampai yang penting pun ditentang juga macam mana ini? Saya meneliti banyak blog samada di pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat, apa yang saya dapati di blog-blog di pihak kerajaan lebih bersifat mengajak masyarakat menjadi lebih maju dan berkeupayaan dengan mengalakkan pandangan membina, tetapi di pihak Pakatan Rakyat pula lebih banyak artikel berbentuk hasutan dan maki hamun disiarkan, amat jarang artikel yang mengajak pembangunan dan membentuk jati diri rakyat dalam blog Pakatan Rakyat, setakat ini saya tak nampak lagi. Anda kalau tak percaya boleh semak semula tulisan saya ini dengan meneliti blog-blog kerajaan dengan blog-blog Pakatan Rakyat, harapnya anda tidak bertindak melulu dalam penilaian anda, nilai betul-betul supaya anda mendapat gambaran yang sebenar. Sekian, terima kasih.

    perkataan kesat..cuba ko tengok pemimpin ko dalam dewan rakyat..semua tu kaki mencarut. ko tengok aje MB pahang sudah. oii saudara pikir dulu sebelum bercakap
    benda yang ko kaji tak abis. jangan main sedap mulut aje bercakap mcm menteri2 BN yang penuh dengan rasuah.

    dulukini Reply:

    ayat ko menulis macam pandai tapi bila dibaca terlalu cetek dan dangkal.

    ali tyson Reply:

    En Mohamad,

    Awak ni dah selidik amende? Ada laporan ke en mohamad oii..

    Awk kata pakatan yg memecah belahkan rakyat.. Tetapi harus diingat kenapa umno partiperkauman? Ada 3 parti plak yg melambangkan kaum. Kenapa? sebab umno dan bn mengamalkan parti berdasakan perkauman!!! Cuba JELASKAN EN MOHAMAD yg bijaksana…

    kepala tala Reply:

    Politik apa ni? Ini duit rakyat lah, tahuka kamu. You tak payar income tax ka?

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Cakap orang UMNO……he…he..

    Reply

    Kenny Reply:

    Bodoh lah Mohamad ini.

    Reply

  5. 5 haji mokhtar Jan 5th, 2010 at 5:28 pm

    disebabkan kebijaksanaan dan kepakaran yg ada pada pegawai2 pangkat rendah ni.saya mencadangkan supaya mereka2 ini dilantik untuk menjadi pemerintah dalam angkatan tentera.buat ape bayar gaji beribu ribu pada pegawai atasan jika orang bawahan mempunyai kepakaran yg tidak ada pada angkatan tentera lain didunia ini..bukan kah pembaziran namanya.pangkat berjela jela sampai kelutut tapi orang bawahan yg punyai kepakaran.yg kerajaan dunggu ni pun bodoh pegi lantik yg banggang jadi pemerintah dalam tentera.pertama enjin jet hilang,memang la tak percaya..lantik pulak pegawai atasan tg tiada kepakaran..lagi tak percaya”kesetiaan kepada raja dan negara”"kedaulatan undang undang”dah tinggal nama je.ape nak jadi la pemimpin umno yg ada ni..diberi amanah jaga rakyat dan negara lain plak jadinya..tak seorang pun orang2 umno yg nak mengutuk perbuatan ni.En mohamad yg selama ni bukan main lagi membela pemimpinnya yg korup dah hilang tah kemana..senyap je…khabarnya dia dah insaf,tengah demostrasi sorang2 depan umah PM.

    Reply

    kepala tala Reply:

    Wahai, si Mohamad ni, sila baca Haji Mokthar’s response. Kamu kena berEQ sebelum memgelurkan padangan kamu. sekarang ni tahun 2010, bukan 1980s.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Saya memang menggunakan EQ semasa berbincang disini, Emotional Quotient (Kebijakan Emosi). Untuk makluman ada dalam pendidikan ada tiga elemen iaitu IQ (Intelligence Quotient) EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient). Dalam membentuk manusia yang berkualiti, kita perlu kuasai semua perkara di atas, kalau sekadar pandai dari segi akademik, tapi buruk dari segi akhlak dan jahil dari segi agama, ia tidak bagus kerana kebijakan yang ada digunakan untuk kepentingan diri tetapi mendatangkan musibah pada orang lain. Kita perlu bijak dari segi akademik, berakhlak mulia dan berpegang pada agama dalam kehidupan. Sebagai mana kata-kata ilmuan Islam zaman silam, “Saya tidak setuju dengan pandangan anda, tetapi saya tidak menuduh pandangan anda salah” ini kerana ilmuan zaman berkenaan mempunyai IQ, EQ dan SQ yang tinggi, kerana mereka menyedari meskipun kita pandai, tetapi mungkin orang lain lebih pandai dari kita, jadi tak perlulah kita mendabik dada, kerana orang yang merasakan dirinya sangat pandai akan jadi orang yang ketinggalan kerana tidak mempelajari ilmu baru dan orang yang kurang pandai boleh jadi pandai kerana sentiasa belajar ilmu yang baru. Sejarah adalah pedoman untuk manusia bertindak pada masa hadapan, ia bukanlah subjek dalam peperiksaan untuk lulus sahaja, ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi manusia yang mahu berfikir. Sekian, terima kasih.

    Reply

    dulukini Reply:

    saudara Mohamad mmg menggunakan EQ tapi EQ dia selaputi oleh cara BN berfikir yang penuh dengan rasuah. sbb itu dia takkan nampak benda yang berlaku walaupun benda itu sebesar enjin hilang didepan mata dia.ishk ishk kesian dengan orang mcm nie.

    BUYI Reply:

    Askm,

    Saya setuju dgn Hj!. hari nih 7/1/2010 dalam Awani Pagi Dr. Zahid bagi statement pesawat tu 1 berharga USD 2.5 ke USD 8 juta, adoi yai Zahid nampak sangat tak buat homework dan advisor pulak tido macam pegawai atasan TUDM jugak (bkn semua, 2-3 org je)!. Macamana kita boleh lantik dia jadi Menteri Pertahanan nih, setakat pandai cakap je tak guna kalu tak pakai IQ.

    2 – 3 minggu lepas saya dah tulih pasal harga pesawat ni berharga sedemikian dan tak teli lansung dgn RM 50 juta untuk 1 henjen je, kenapa selepas sebulan kecoh baru nak betulkan statement dia?
    Statement RM 50 juta tu statement politik Dr. Zahid bukan statement TUDM kan?

    Yg didakwa 1 sargent dan 1 pengurus syarikat, mana pegawai yg luluskan henjen tu keluar pengkalan dan masuk depo?, siapa yg transport? macamana dia orang declare kat kastam masa bawak keluar dari Malaysia? Kapal mana yang bawak? syarikat mana yg beli di Agentina tu? dan macam2 lagi.

    Kalu saya, saya akan simpan 2 orang nih dan lantik dio orang nih jadi agent untuk seludup keluar peralatan pertahanan negara2 yang mengancam Malaysia.

    Tapi apa2 pun saya tahu cara dia orang curi camne. First sargent tu pikul henjen berat 1 ton tu keluar dari depo dengan potong dawai pagar parameter pengkalan. Lepas tu dia sewa lari 2 ton bawak gi pejabat pengurus tuh. Pengurus tu pulak sewa lagi satu lori 2 ton bawak henjen tu pegi Tanjung Pengharapan, Kelang. Lepas tu dia sewa tonkang dgan bot tunda tarik henjen tu pi Agentina.

    Reply

  6. 6 sadasada Jan 5th, 2010 at 8:11 pm

    Salam semua..

    Ada satu perumpamaan buat saudara Mohamad. Saudara kehilangan peti besi menyimpan harta benda dalam rumah yang hanya saudara dan anak sulung tertua dalam rumah yang tahu kuncinya dan segala isi kandungannya. Nilai di dalam peti itu lebih mahal dari nilai rumah saudara.

    Setelah dilaporkan kepada Polis, siasatan awal dan kini setelah 3 tahun kes dilaporkan, anak bongsu saudara yang berumur 6 bulan yang disyaki. Bagaimana pun, kes ini masih dalam siasatan juga. Untuk itu, saudara patut bersyukur kepada pegawai penyiasat dan gembira kerana mereka masih menyiasat.

    Wah, sabarnya saudara Mohamad kan…

    Reply

  7. 7 dulukini Jan 5th, 2010 at 9:40 pm

    begitulah alasan orang BN apabila rasuah n enjin dan etc berlaku. (tegok komen Mohamad)

    Reply

  8. 8 neo Jan 6th, 2010 at 1:13 am

    mane pegi duit diaorg jual enjin tu??? kalu prebet2 tu dh kaya raya bt apa yg diorg tggu keje sbgai prebet lg???? woi prebet ko mmg cerdik…dh jual enjin 100juta tp korg tggu lagi keje kt situ…haaa aku tau korg nk cover line yea…tggu pencen bru korg nk guna duit tu…

    Reply

  9. 9 Boring Jan 6th, 2010 at 3:43 am

    I agreed with you Mohamad…whoever ? please look into Pembangunan and Not just Politic je. Mcm mane nak kasi Rakyat Senang…nak beli apa…ada la sikit2. Cari Makan…ada la Rezeki ! Tapi gula naik juga.

    Reply

  10. 10 memangtakpandai Jan 6th, 2010 at 1:33 pm

    Bagus En. Mohamad ada disini. Dia adalah contoh mentaliti orang UMNO. Ketinggalan zaman dan penjelasan yang meragukan.

    Reply

  11. 11 ciliapi Jan 6th, 2010 at 3:45 pm

    en.mohamad adalah contoh ahli UMNO yang bodah sombong!

    Reply

    zakat Reply:

    dhla bodoh, bangang, sombong plak tu..aku tambah lagi, mohamad ni tuli, pekak, merapu, bercelaru dll yg sewaktu dgnnye..

    Reply

  12. 12 Ali Jan 6th, 2010 at 3:49 pm

    Siasatan kes ini nanti dijangka akan berlarutan, ikan-kain bilis sahaja akan didakwa manakala jerungnya pula dibiarkan. Lihatla contoh kes2 berprofil tinggi sblm ni. nasib kes ni rasaya sama saja..

    Reply

  13. 13 F1 D.Bulan Jan 6th, 2010 at 4:00 pm

    Kalau semua menteri2 kabinet berfikiran mcm mohamad ni,alamat setahun lagi tutuplah putra jaya,oi mohamad sepatutnya PM Najib nak naik pangkat kau menganti Menteri Pembangunan sosial selidik,itulah kau Najib fikir kau sokong Pakatan Rakyat,dia cari kaulah mohamad,baik kau main jauh2 diblogni bahaya PM tahu…..

    Reply

    dulukini Reply:

    Mohamad nie layak jadi setiausaha sulit PM Najis sebab dia cukup terel bab2 perhabiskan duit kerajaan dan idea nak buat rasuah tahap gaban.

    Reply

  14. 14 jin buragas Jan 6th, 2010 at 4:58 pm

    aku sangat tk pcaya dengan kenyataan oleh pguam ngar yg mengatakan org2 yg trlibat dgn kehilangan enjin jet hanya dr pgwi anggta bawahan…..klo bnar wahhhhh hebat sungguh prebet2 tu smpi ada link dgn org2 di luar ngra….mustahil,mustahil,hebak…hebak..

    Reply

  15. 15 akuorgmalaysia Jan 9th, 2010 at 11:50 am

    kenapa benda ini terlepas pandang dari di auditkan oleh pihak audit negara….ehemmmmmm

    Reply

  16. 16 Mohamad Jan 9th, 2010 at 1:11 pm

    memang hebat org umno ku semua boleh buat, tak macam anda semua disini.sekian,terima kasih.

    Reply

    ali tyson Reply:

    mmg umno sume boleh buat… buat onah… buat kacau… dsb…. wakakaka…

    Reply

    ap bendela mohamad ni Reply:

    persamaan matematik :-

    mohamad = A ;
    bn / amno = B ;

    A = B ;

    A = (HEBAT merompak, mencuri, merogol, membunuh, merasuah, menipu, membodohkan rakyat,
    kuat kencing, HEBAT menaikkan harga barang, naikkan harga minyak, bwk lari enjin jet,
    HEBAT makan komisen, HEBAT memporak-perandakan negara..)

    kesimpulan,

    mohamad = (A) bangang kuat merapu pemikiran bercelaru buta tuli pekak

    Reply

    BUYI Reply:

    MMg hebat!, hebat sangat2!. Ali Rustam & KJ didapati bersalah melakukan politi wang tapi tak kena siasat pun dgn SPRM tapi boleh terus jadi Ketua Menteri dgn Ketua Pemuda. Menteri kasi hilang henjen tak kena soal sepatah haram pun tapi kalu kes MB Selangor kasi lembu korban kecoh macam nak mati!.

    Hilang henjen, kata pengkhianatan pada negara oleh Dr. Zahid, tapi boleh ikat jamin pulak. Besok kawan tu pegi kat Lumut hilang 1 kapal lagi 2 – 3 tahun pulak….. baru perasan!.

    Bro lu nak defend pun agak2lah!, dia orang ni kecoh pasal isu-isu yg nyata besar kesannya pada negara, so kasilah dia komen! Yg lu nak emotional terlebih sgt buat ape!

    Reply

  17. 17 dulukini Jan 10th, 2010 at 12:10 am

    sekiranya anda bangga dengan rasuah yang BN lakukan teruskanlah kerana diakhirat nanti menjawablahj\ anda.

    Reply

  18. 18 suri Jan 13th, 2010 at 10:09 am

    wei!! mohamad bahlul sudah2lah kau punya bodoh sombong tu…memang umno semua boleh buat….yang paling umno boleh buat adalah makan duit rasuah!!!!!

    Reply

  19. 19 kamarul Jan 13th, 2010 at 12:16 pm

    nampaknya kena selidik dulu sebelum bercakap..untuk bawa enjin jet yang besar, bukan hanya peranan orang bawahan saja…macam nak keluarkan kereta, x dipanggil kereta kalau tiada tayar..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Enjin Jet: Pakatan Desak Perjelas Laporan Ketua Audit Negara at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 6th, 2010 at 8:57 am

Leave a Reply