Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri
Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namum forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.
Forum yang membahaskan tajuk “E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Mahasiswa” dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu.
Sebelum ini dilaporkan dua penyelaras BANTAH menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS serta didesak membatalkan forum tersebut. Forum itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9.45 malam.
Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh ketika ditemui pemberita selepas forum itu berakhir mendakwa, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Ini adalah satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik,” katanya ketika mengulas penarikan diri Dr Abdul Aziz pada saat-saat akhir.
Diberi surat amaran
Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah dua kali mendapat persetujuan kehadiran pakar perlembagaan itu untuk menghadiri forum malam tadi.
Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah menyemak emelnya jam 1 tengah hari semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, beliau cuba meyakinkan Abdul Aziz supaya menghadiri majlis tersebut dengan membalas emelnya.
Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.
Dalam emel lima perenggan yang dihantar kepada Mohd Aizat yang juga exco MPMUM, Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana tidak dapat hadir sebagai ahli penal forum tersebut, selepas dikatakan mendapat surat amaran dari UIA.
Mengulas lanjut, Mohd Aizat berkata beliau bercadang untuk berjumpa dengan Dr Abdul Aziz Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat amaran dan bentuk tekanan yang diterima oleh tokoh akademik tersebut.
Sementara itu, ketiadaan Dr Abdul Aziz tidak mematahkan semangat BANTAH untuk menerus penganjuran forum malam tadi, yang disifatkan sebagai kemuncak penentangan pelaksanaan pengundian secara elektronik dalam pilihanraya kampus itu, yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini.
200 pelajar hadir
Forum itu mendapat sambutan hangat dengan lebih 200 pelajar yang beramai-ramai duduk bersila dan bersimpuh di atas hamparan tikar, di hadapan dewan tersebut.
Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Ahli panel forum tersebut terdiri daripada ADUN Teja Chang Lih Kang, Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim manakala pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin pula menggantikan tempat Dr Abdul Aziz Bari.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, salah seorang tertuduh dalam kes menconteng dan cubaan membakar dewan kuliah API, beberapa bulan lalu.
Dalam majlis itu juga, pihak MPMUM dan Pro-M, masing-masing mengedarkan risalah kepada hadirin, yang menyatakan sebab mereka membantah penggunaan e-undi.
BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.


















UMNO BN cuba butakan suara Pelajar dan celikan IT Pelajar dengan menperkenalkan e-voting ini secara jelas telah melangar kehendak alam bersuara, kita sama sekali tidak menolak kemajuan apa yang menbinbangkan kebarangkalian berlakunya pernipuan amat mudah melalui cara undia sebegini, bayangkan “citi bank” US yang bergitu ketak dalam urusan ITnya telah kehilangan ratusan juta USD akibat berlakunya penipuan secara online!! bayangkan sistem IT di U tempatan yang tidak punya sistem secangih Citi Bank untuk melindungi undian tersebut???
Buta suara lebih teruk dari buta mata, angkara UMNO pelajar kita menjadi sehala ini akan menbatutkan perkembangan minda pelajar, pelajar adalah penerus kesinabungan Negara.
Reply
guni setahil Reply:
January 3rd, 2010 at 11:32 am
Kita harus memegang adat budaya lama jangan sesekali bila maju kita tinggalkan adat dan budaya, tampa sejarah kita semua akan Parah, nilai nilai silam harus di pupuk , kita jangan tinggalkan undi secara jari di warnakan ini seni mengundi, apakah bila kita berteknology kita buang tepak sireh???. apakah berteknology kita tak perlu bersemuka hanya dengan menbuang undi secara mengunakan SMS,leptop dan sebagainya dengan cyber!! kenapa kita harus menilai tambahkan rengangan antara kita ? sedangkan apa yang kita hadapi sekarang adalah berdepan dengan sikap kurangnya bertegur sapa? kurangnya senyuman? kurangnya silaturahim antara kita , kenapa kita galakan lagi rengangan ini dengan adanya teknology kita memikirkan tambahan untuk menjarakan sesama kita???? apa kah dengan kemajuan kita hanya perlu menbuang undi secara online?? dinama budaya timur yang di junjung oleh kita??? memadaikah dengan cara ini kita boleh mendabik dada menberi tahu dunia kita jaguh IT???
Pada saya maju mana sekali pun kita harus berjabat tangan untuk mendapat aura peminpin yang bakal kita undi, bahang undian harus di bara oleh pendongkong, rakan taulan, penyokong . kenapa ki harus sepikan hari mengundi ?? apakan kita mahu matikan semagat anak muda kita ?? apakan kita mahu lahirkan pelapis peminpin negara lebek selembik Hishammudin KDN??
Dunia masa hadapan mermelukan bakal peminpin yang berani,tegas,tulus, adil,amanah yang penting ada semagat juang yang tinggi ! sekiranya kita menbekalkan mereka sekarung semagat dengan cara lemah maka lahirlah peminpin yang lemah, kita seharusnya melahirkan lebih ramai para pejuang Negara supaya kita berjaya meletakan Malaysia didalam peta dunia terdapatnya hero “Joe Rizal” dari Manila, “Mandela” dari selatan Afrika,”Mathama Gandhi” dari India, “Satalin” Dari Russia dan seterusnya. persoalanya manpukan kita melahirkan peminpin sebegini saya tidak yakin kita dapat melahirkan Peminpin yang berdarah rakyat sekiranaya kita bermulakan dengan Undian mengunakan Online!!
Reply
BUKAN SETAKAD AMARAN TAPI BUANG TERUSLAH
Reply
haji mokhtar Reply:
January 3rd, 2010 at 8:12 am
bila dah buang,tempat tu bagi kat penyokong umno kan(ketua cawangan ke)…dah tau dah..itu la pun cara orang umno.
Reply
Assalamualaikum Abang Anwar. Datanglah singgah ke blog saya http://www.mybabah.blogspot.com jika ada kesempatan dan bacalah entri terkini saya tentang Anwar Ibrahim Junior. Komen abang terhadap entri tersebut amat berharga bagi saya sebagai pendorong semangat kepada saya untuk meneruskan usaha mendidik masyarakat berfikir secara matang dalam apa-apa jua bidang. Fokus blog saya adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Wallahualam.
Reply
apa sudah jadi kepada mereka…
berikan kami pelajar kebebasan menyuarakan apa yang hak…
Reply
Untuk menggundi secara tecnology iaitu e-undi tak salah…..tetapi yang menjadi kebimbangan ialah ketelusan
sesuatu sistem itu. Satu Malaya dah tahu demokerasi pemilihan secara begitu tidak pratikal dan ketelusanya diragukan, melainkan ia diuruskan oleh satu badan bebas yang tidak menyokong atau di pengaruhi oleh mana-mana pihak.walau bagaimana pun Pihak yang terlibat harus memberikan mereka kebebasan untuk menentukan cara mereka sendiri dalam menjalankan demokerasi pemilihan pemimpin mereka. Jangan jadikan mereka terpelajar tetapi bebal dalam demokerasi memilih kepimpinnan.
Reply
Tiadak bersalahan mencuba sesuatu yang baru. Tak dicuba tahu tahu keberkesanannya..Kalau kurang baik kita tambah baikkan lagi..
Itulah masaalahnya apakala manusia telah terlalu bijak mengandaikan sesuatu sebelum melaksana..Banyak cara yang membolehkannya dilaksanakan cuma penerimaan kita ..positif atau negatif
Reply
awal yang baik
Reply
liberal must serve as a lubricating material so that as we change the gears in trying to find direction, there should be no grinding noises of matel against metal but a free and easy flowing movement which will be characteristic of well-looked after vehicle_STEVE BANTU BIKO
suggest they read I WRITE WHAT I LIKE to see how they will fall like south africa did..
Reply
Assalamualaikum!
Abang Anwar yang dihormati, inilah kali pertama saya boleh bercakapa dengan Abang Anwar walaupun secara maya! Tetapi saya berbangga kerana dah lama saya nak bertemu dan bersalam dengan Abang Anwar!
Kekaguman saya pada Abang anwar ni bermula sejak Abang Anwar masih bersama umno lagi1
Ketegasan fakta yang diutarakan memberi kelebihan kepada abang Anwar untuk kedepan!
Ketika Abang Anwar ‘berehat’ di Sungai Buluh.., kerinduan saya kepada suara pidato Abang Anwar terubat bila mendengar pidato senator baru(x payah sebutlah nama dia) yang dilantik Najib
Saya tiada apa untuk disumbangkan kepada usaha untuk menukar kerajaan BN kepada PR… tiada kudrat saya untuk …. cuma blog saya http://wwwallgreencom.blogspot boleh saya sumbangkan sedikit pendapat untuk mengajak kawan-kawan sebaya atau memandu remaja hari ini berfikir seperti Tuan Guru Nik berfikir, seperti Abang Anwar berfikir mungkin boleh saya lakukan..
Akhir…. semoga abang anwar terus dan sekeluarga terus tabah!
Tajuk terbaru blog saya .. UGUT BUNUH MURSYIDUL AM PAS:HILANG BUDI TIADA IMAN – BAHANA BERKAWAN BERKAWAN DENGAN APCO YAHUDI LAKNATULLAH.. log jangan tak log..
Reply