Arkib Tahun 2010

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Media
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh

Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
(more…)

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

3 Januari 2011 (Isnin)

Masa – 8.30 – 12.00 Malam

Lokasi 1 – Pejabat JDM PAS
Pekan Air Panas, Labis

Lokasi 2 – Bilik Gerakan UPU
Felda Cemplak, Labis

Penceramah-

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Salehuddin Ayub
3) YB Boo Cheng Hau
4) YB Tien Chua
5) YBhg Dato Seri Chua Jui Meng
6) YBhg Dato’ Dr Mahfodz Muhammad
7) YBhg Sdr. Mazlan Aliman
8) YBhg Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Kerajaan Selangor kini menyerahkan kepada Ilahi untuk “mencari keadilan dan kebenaran” dalam kemelut yang timbul rentetan dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK) baru negeri itu.

Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu. (more…)

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Bahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar. (more…)

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Inikah bentuk transformasi politik Najib Razak? Apa ertinya jika sekadar menggantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri dengan timbalan mereka? Ekoran itu, apa sebenarnya perubahan yang bakal dinikmati rakyat? Apa kena-mengena pergolakan dalaman Umno dengan impian warga Malaysia yang mahukan kehidupan lebih makmur, adil dan Islami?

Tuntutan agar sistem politik yang lebih berintegriti, bertanggungjawab, terbuka, telus, demokratik, menggalakkan partisipasi rakyat, tidak meminggirkan suara minoriti, perubahan menyeluruh proses pilihan raya, kebebasan bersuara, dan seterusnya senarai panjang yang perlukan reformasi segera, langsung tidak disentuh Najib. Pengumuman Tengku Adnan Tengku Mansor itu hanya merupakan sebahagian persiapan Umno mempertahankan sisa-sisa kuasa, dan tiada hubungan dengan transformasi politik negara.

Di kala semua negeri-negeri lain diketuai anak tempatan, bagaimana pula dengan tindakan mengekalkan Najib di Selangor dan pelantikan Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda? Awal-awal lagi Isa menjelaskan misi utamanya sarat dan tebal dengan motif politik, bagi mengekang pengaruh pembangkang. Tunggulah karenah bekas menteri yang pernah disabitkan dengan amalan rasuah politik dalam pemilihan Umno itu, yang kini mendapat kepercayaan Najib bagi mempertahan kubu terakhir Umno di kawasan Felda.

Ketiga-tiga naib presiden Umno diminta melepaskan jawatan penting di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu, namun Najib sebagai pengerusi Umno di Selangor masih mempertahankan kedudukannya. Apakah ia bermaksud negeri termaju itu merupakan sasaran utama Umno-BN, yang tidak dapat tidak mesti ditawan semula dalam PRU13, walau dengan apa cara sekali pun? Ataupun timbalan pengerusi, Noh Omar belum cukup bersedia memikul tanggungjawab besar, selain dibimbangi tindak-balas pengikut Dr Khir Toyo jika Najib menyerahkan posisi strategik kepada Menteri Pertanian itu? (more…)

31 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Pemimpin masyarakat India PKR hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kecaman berhubung penutupan satu kuil Hindu di Petaling Jaya.

Antara penjelasan yang dikemukakan, keputusan untuk menutup kuil tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Anwar tidak terlibat dalam tindakan berkenaan.

Penjelasan itu dikemukakan salah seorang naib presiden baru parti itu N Surendran dalam satu sidang media bersama dua lagi pemimpin masyarakat India PKR — exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan kelmarin bahawa Anwar bertanggungjawab menutup kuil Sivan berkenaan dengan alasan kuil tersebut “tidak mempunyai ciri-ciri India.” (more…)

30 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh KPRU

Selepas dekat 3 tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN
Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1.[1] Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta.[2] Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan.[3] Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010.[4] Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan.[5]
Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

2005
(RM juta)
2006
(RM juta)
2007
(RM juta)
2008
(RM juta)
2009
(RM juta)
Johor
Hasil 617.18 693.22 779.60 812.36 750.42
Perbelanjaan Mengurus 656.67 686.09 775.08 882.71 829.10
Lebihan/(Defisit) (39.49) 7.13 4.52 (70.35) (78.68)
Pahang
Hasil 485.70 435.69 441.04 481.84 492.14
Perbelanjaan Mengurus 412.98 363.52 422.91 508.96 534.41
Lebihan/(Defisit) 72.72 72.17 18.13 (27.12) (42.27)
Johor + Pahang
Hasil 1,102.88 1,128.91 1,220.64 1,294.20 1,242.56
Perbelanjaan Mengurus 1,069.65 1,049.61 1,197.99 1,391.67 1,363.51
Lebihan/(Defisit) 33.23 79.30 22.65 (97.47) (120.95)
Selangor
Hasil 967.76 1,160.20 1,285.10 1,516.34 1,763.86
Perbelanjaan Mengurus 1,034.50 1,087.69 1,153.22 1,467.24 1,829.82
Lebihan/(Defisit) (66.74) 72.51 131.88 49.10 (65.96)

Melaka dengan Pulau Pinang


Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28). (more…)

29 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Syabas buat skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung-julung kalinya selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung.

Di sebalik acara padat, saya sebolehnya cuba ikuti juga perkembangan perlawanan lewat Twitter yang nyata meriah sekali. Tahniah atas sokongan padu rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi semangat.

Ternyata K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Sekali lagi, syabas buat skuad muda Harimau Malaya!

ANWAR IBRAHIM

29 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Disebalik serangan bertali arus media perdana terhadap PKR langsung tidak menggoyahkan malahan mematangkan parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR yang baru, Rafizi Ramli berkata, hakikatnya, imej parti itu masih bersih walaupun diancam dengan propaganda media milik Umno-Barisan Nasional(BN).

“Maknanya walaupun serangan-serangan itu,lebih daripada 60 peratus, 2 daripada 3 tidak percaya kepada propaganda. Maknanya orang tidak lah rasa kita initercalar sangat. Imej mahupun gambaran parti itu tercalar, kita sudah kenalpasti,ia tidaklah terlalu tercalar,” kata Rafizi merujuk kepada kajian Merdeka Centre, sekitar proses Pemilihan PKR 2010. dalam temubual ekskulif bersama Tv Selangor.

Tambahnya, segala kritikan, serangan bertali arus tidak pernah sesekali mematahkan semangat pimpinan dan ahli parti dalam membulatkan tekad menuju mercu kejayaan.

Dalam temubual itu beliau turut menjelaskan, walaupun berhadapan dengan kritikan Umno-BN apabila mengadakan pemilihan secara langsung dan salah faham di kalangan anggota parti, akhirnya objektif sebenar proses Pemilihan 2010 itu kian menampakkan hasil.

Di samping itu ujarnya, kesungguhan PKR untuk meletakkan barisan pimpinan berkualiti untuk mengepalai parti itu semakin lama, semakin difahami dan diterima baik oleh anggota parti.

Dengan meletakkan gabungan muka lama dan baru dalam PKR katanya, ia menjadi satu kekuatan kepada parti itu dalam mencorakkan perjalanannya merentasi segala onak dan dugaan.

“Jadi soalan tentang imej kita telah terjawab melalui barisan kepimpinan yang dilantik semasa pemilihan,” kata Rafizi lagi.

Justeru katanya, apa yang paling penting ketika ini kepada PKR ialah memastikan segala mesej dan penawaran parti itu kepada rakyat disampaikan dengan berkesan.

Malah parti itu katanya akan kekal dengan momentum yang dicorakkan sebelum ini agar rakyat tidak mudah hilang fokus.

“Apa yang paling penting ialah apabila rakyat melihat hasil daripada fokus baru parti ini, rakyat tahu bahawa proses Pemilihan itu ada kesannya kepada keberkesanan dan penampilan parti.

“Strategi kita ialah supaya penawaran kita, program kita yang mendapat fokus dan tempat kepada rakyat, bukan cerita remeh-temeh yang cuba disampaikan oleh BN. Program penerangan berhubung program 100 hari itu perlu digerakkan,” tambahnya lagi.

Pakatan Rakyat pada konvensyen kali kedua gagasan itu baru-baru ini menawarkan Program 100 Hari kepada rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Ia merupakan pelaksaan reformasi menyeluruh dalam semua semua aspek termasuk pengurusan negera, ekonomi, pendidikan dan sebagainya bedasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama gagasan itu.

Diaju dengan persoalan apakah strategi yang akan digunapakai PKR dalam menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi, katanya parti itu punya kelebihan yang tersendiri.

“Kelebihan utama yang parti ada contohnya ialah calon-calon yang kita tampilkan. Strategi kita untuk Pilihan Raya Umum ini adalah juga berkenaan dengan calon sebab masyarakat kita mula berubah. Dahulu orang pangkah hanya semata-mata kerana parti. Sekarang ini dengan adanya Internet dan sebagainya, orang meletakkan premium kepada calon,” tambah Rafizi lagi.

Ujarnya lagi, selain memastikan jentera parti diperkukuhkan, parti itu juga akan memastikan setiap calon mereka adalah calon yang terpilih dan diberikan latihan yang secukupnya.

Tambahnya lagi, fokus utama tentunya akan diberikan kepada isu rakyat dan bukanlah hanya membangkang sahaja.

“Yang ketiga, negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ini adalah senjata utama kita. Sebab semua rakyat dari seluruh Malaysia, mereka melihat kepada negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan bagaimana bezanya pentadbiran di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat berbading dengan negeri-negeri di bawah BN,” jelas Rafizi lagi.

29 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Suara Keadilan

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Alasan kononnya Tan Sri Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan. (more…)

29 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil. (more…)

29 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran ‘kontroversi’ yang melingkarinya.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu “yang seolah-olah ingin sabotaj” kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira. (more…)

Switch to our mobile site