Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini dirahmati dengan kunjungan dua orang ulama tersohor; Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah al Zuhaili, ulama asal Syiria. Syeikh Wahbah, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu, mendoakan saya dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.
Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Beliau malah menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan.
Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Saya sangat menghargai keperihatinan beliau terhadap fitnah yang menimpa. Syeikh Wahbah bertegas agar fitnah terhadap saya ditentang habis-habisan. Pesan beliau seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkan lah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.
Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana baginda menjadi mangsa fitnah namun tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Syeikh Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Di akhir majlis, beliau pohon hadirin bersama menunaikan solat hajat khas – membebaskan saya dari penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya.
ANWAR IBRAHIM






















Semoga diberkati!
Reply
DSAI…secara jujur sebagai seorang pecinta demokrasi…salah satu sikap datuk yang saya amat kagumi ialah tidak suka mencerca, menghina atau menyerang peribadi orang lain..sepanjang saya mengikuti perkembangan politik datuk…saya belum pernah mendengar atau melihat DSAI menghina atau menyerang peribadi orang lain..walaupun peribadi DSAI disebarkan dan diserang sana sini malahan sehingga mata lebam…namun DSAI masih boleh tersenyum lebar… sikap inilah sebenarnya saya amat kagumi/hormati yang ada pada diri DSAI,,,Syabas DSAI..saya doakan DSAI dan sekeluarga sihat dan teruskan perjuangan semoga Allah SWT memberkati dan memperkenankan perjuangan DSAI sehingga berjaya..Amin
Reply
Mior Reply:
December 25th, 2009 at 3:53 am
Salam DSAI,
Memang satu setuju dengan kenyataan ini.
Reply
Salam Dato Seri!
Syukran!Syukran! saya menjangkakan lebih ramai lagi ulama2 tersohor dunia akan tampil menyokong DSAI serta … kita tunggu!!!!! Saya mendoakan semoga tahun 2010 adalah tahun kemenangan bagi DSAI…
Daripada penyokong kecil tapi berhati besar
Wassalam
Reply
Mior Reply:
December 25th, 2009 at 3:53 am
Salam,
Amin..
Reply
Amiin.
Reply
3PERDANA MENTERI MALAYSIA, PUNYA 3 IKLAN YANG MERUGIKAN RAKYAT
Dari Kacamata Halik Zama
ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar gemburkan dengan ‘wawasan 2020′ . Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di highlight kan ‘Islam Hadari’ . Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata ‘1Malaysia’ . Anwar Ibrahim dengan ‘masyarakat madani’. Lain pemimpin lain mottonya.
Wawasan 2020 sudah luput dari ingatan rakyat seperti luputnya kuasa Dr. Mahathir dibumi Malaysia. Wawasan 2020 Mahathir cuma memberi satu harapan kosong kepada rakyat Malaysia menanti janjinya bahawa pada tahun 2020 semua rakyat punya rumah sendiri, punya pekerjaan, punya kereta proton saga sendiri, punya niaga sendiri pendek kata tiada rakyat Malaysia yang miskin lagi.
Hanya yang nyata barisan pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya dan yang tidak pernah mengenal erti sebenar kemiskinan. Kerana kuasa yang ada ditangan mereka membolehkan mereka menggali seberapa banyak harta waima dari segala bentuk sumber hatta dari wang rakyat Malaysia. Selagi akaun-akaun mereka tidak penuh, selagi itulah mereka akan bekerja keras bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Itulah pengertian definisi WAWASAN 2020 bagi pemimpin UMNO/BN dibawah jajahan Dr Mahathir, pemimpin yang kita dengar orang kata diktator itu pada zamannya.
Islam Hadari, kononnya Abdullah Ahmad Badawi mahu jadi ‘hero orang Islam’ mahu merubah Islam sebagai Islam yang berkemajuan, Islam yang canggih, Islam yang moden. Seolah olah Islam itu diturunkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai tidak berkemajuan, tidak canggih dan tidak moden dizaman Rasullullah saw. Abdullah Ahmad Badawi lah yang menghadarikannya. Bila hari ini Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berkuasa lagi maka Islam itu kembali mundur kerana Najib tidak menghadarikannya lagi.
Tapi jika dilihat dari aspek lain, Islam Hadari apa yang cuba Abdullah Ahmad Badawi cuba ketengahkan ? Pemimpin bagaimanakah yang tidak tegar menegur bilamana kekhilafan berlaku di depan mata ? Sebagai seorang pemimpin yang bermotifkan kepimpinan Islam Hadari, adalah menjadi suatu tanggungjawab baginya memperbetulkan kesilapan, bukan hanya memandang guna mata sahaja.
Kelembikan dan ketidak-tegaran menegur dan membimbing akhirnya memakan dirinya sendiri apabila terdapat pemberontakan dalaman dikalangan menteri kabinetnya yang berani mencabar beliau supaya meletakkan jawatan secara terang-terangan. Dimanakah maruahnya sebagai seorang Ketua Pemimpin ? Nampak sangat beliau tidak ada harga dikalangan rakyat dan menteri-menterinya sendiri ?
1Malaysia apa ini? Cogankata kah atau satu projek untuk rakyat kah? Semua orang tidak tahu. Cuma rakyat diberi tahu bahawa “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Timbul soalan, apa benda yang rakyat sudah dahulukan? Apa sudah pencapaian yang diutamakan? Semua kabur tidak jelas. Yang jelas suruh rakyat bersatupadu menyokong UMNO/Barisan Nasional untuk menguatkan pengaruh Najib sambil menggamit sokongan rapuh dari Big Maminya.
Setelah Najib wujudkan 1Malaysia. Ini seolah olah menggambarkan sebelum Najib jadi Perdana Menteri negara kita ini ada 13Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia meliputi 11 Negeri Negeri dalam Semenanjung. Jadi, Najib lah sebenarnya sebagai hero Malaysia kerana berjaya menjadikan 1Malaysia daripada dulunya 13Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Cogankata “rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan’. Di mana kesahihan cogankata ini ? Apakah sumbangan yang mereka berikan kepada rakyat ? Tariff elektrik, minyak, barangan asas keperluan rakyat kosnya meningkat naik. Rakyat pedalaman dan luarbandar banyak yang semakin kesempitan hidup. Apa yang telah BN ‘dahulu’kan kepada rakyat ?
Yang nyata, bilamana ada pilihanraya kecil, barulah rakyat di ‘hulurkan’ dengan tujuan supaya undi rakyat kampung di’hadiahkan’ kepada calon UMNO/BN. Seperti dalam dialog wayang Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang “dua untuk aku satu untuk kau”. Begitulah hakikatnya. UMNO/BN hulur, rakyat harus ‘bayar’ balik dengan pangkahan undi BN calon mereka.
Timbul persoalan, apa kah sebelum Najib jadi Perdana Menteri, halatuju Barisan Nasional dulu bukan rakyat didahulukan? Tidak ada pencapaian diutamakan semasa BN memerintah dulu? Kalau itulah maknanya 1Malaysia seolah olah selama ini BN telah bermain politik songsang kepada rakyat Malaysia? Jadinnya “Tipah Double Tertipu Lagi? “.
Memang pada dasarnya, rakyat Malaysia telah lama ditipu dan di perdayakan oleh kepimpinan UMBO/BN. Cuma masih ada rakyat yang ‘kabur’ dan suka diperdayakan oleh UMNO/BN. Di hulurkan RM100-200, mereka segera lupa akan kesengsaraan mereka. Mereka lupa huluran RM100-200 cuma mampu bertahan sehari dua sahaja ekoran kos kehidupan rakyat meningkat hari demi hari tanpa mereka sedari. Golongan inilah yang harus kita buka minda dan mata mereka untuk melihat kebenaran yang terselindung disebalik lakonan-lakonan pemimpin UMNO/BN.
Wawasan Anwar Ibrahim, “Masyarakat Madani” dalam satu negara penduduknya berbilang bangsa dan fahaman agama mahu dimajukan. Tiada bangsa dalam negara Malaysia ini merasa kerugian. Ada kah bangsa Melayu mahu kerugian? Jawabnya TIDAK. Cina, India, Bumiputera Islam dan bukan Islam mahu kerugian? Jawapan yang sama TIDAK. Bagusnya masyarakat madani semua dibantu tidak pilih bulu, semua bangsa tidak ketinggalan dalam mengecapi arus kemajuan rakyat madani.
Jadi, kalau semua suku bangsa rakyat Malaysia beruntung dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, apa masalahnya? Berbanding dengan Kerajaan UMNO/BN yang cuma untung adalah pemimpin pemimpin, orang orang besar, dan kroni kroni mereka sahaja. Kamu rakyat kampung dapat apa? Bukan kah itu suatu kerugian kepada semua bangsa dalam Malaysia?
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita kehilangan 2 jet tentera Malaysia. Bagaimana dan mengapa ini berlaku ? Kita semua tidak percaya ini kerja pencuri dan perompak jalanan yang ada di negara ini. Waima geng perompak terbesar pun tak mungkin bisa melakukannya.
Kerja-kerja ini hanya boleh di lakukan oleh ‘orang-orang tertentu’ yang pangkatnya bukan satu paku tapi berpaku-paku. Kita juga tidak mungkin dapat percaya kalau kerja-kerja ini di lakukan oleh anggota tentera yang berpangkat rendah. Apakah Jenderal-Jenderal tentera yang ada di Malaysia ini tidak cukup makan ? Gaji mereka kurang besar kah ? Banyak pertanyaan demi pertanyaan timbul ekoran kehilangan misteri ini . Atau mungkinkah kita boleh pinjam ‘AHLI NUJUM@DATUK KENNETH’ untuk merungkai misteri kehilangan ini ?
Persoalaannya, siapa yang lakukan ? Dan bagaimana ianya di lakukan tanpa disedari atau pura-pura tidak disedari ? Banyak kemungkinan dan persoalan timbul. Ini menampakkan betapa lemahnya sistem kawalan anggota tentera kita. Untuk menjaga jet tentera pun mereka tidak mampu, bagaimana kita dapat mempercayai keupayaan mereka untuk mempertahankan negara yang kita cintai ini ?
Yang paling kita kesali, perkara sebegini berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO/BN dimana Kementerian Pertahanan, Menterinya Dato Seri Najib Tun Razak, orang UMNO/BN. Banyak desah-desus di kedai kopi kini mula mencurigai keselamatan negara ini dan kini mereka dapat melihat kepincangan pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang semakin luas kelihatan.
Wahai pemimpin-pemimpin UMNO/BN, sudah-sudahlah mencari kesalahan Pakatan Rakyat. Perbaiki dahulu kelemahan dan kemusnahan dalaman UMNO/BN sebelum sibuk mencanangkan kelemahan Pakatan Rakyat. Tapi, yelah, macam mana mau kerja untuk rakyat sedangkan Ahli-Ahli Parlimen kita sibuk mencari jodoh di kalangan artis-artis muda dan jelita. Tercabar juga rasa mereka bilamana melihat pengantin baru Bung Mokhtar dengan Zizie. Apa pun, selamat pengantin baru Bung Mokhtar, lepas ni dalam Parlimen tidak boleh lagi bising-bising, hilang nanti seri pengantin !
Reply
4RAKYAT Reply:
December 26th, 2009 at 1:27 am
gua caya sama lu bro/sis :-)
keep on writing for us in bahasa melayu. more malaysians can be enlightened.
4RAKYAT
Reply
4RAKYAT Reply:
December 26th, 2009 at 1:42 am
i say this right here and right now to all pengkhianat bangsa sendiri dari gerombolan united malays national organisation. dengar sini.
u and all yang sewaktu dgn u (tv3 suku, berita hairan, utusan meloya, musang hasan, gani patail, election commission, segelintir hakim dll…) will not stop trying memperbodohkan melayu di bumi malaysia. i know. because u r all under umno’s payroll$$$.
pasal melayu yang cerdik-pandai akan tertanya-tanya pasal apa sudah 50 tahun merdeka, hanya melayu umno aje yang kaya-raya. melayu lain (yang bukan pemimpin umno) still the same. semua barang naik. siapa nak tolong? para tun2, tansri2, dato2, ketua2 bahagian, ketua2 cawangan umno semua hanya rakus merompak kontrek, balak, ap dll…itupun atas nama “demi menjaga maruah orang melayu”. podah la…. now this storyline cannot sell dah… tak laku dah…
that’s because our malay brothers/sisters have woken up. mata dah buka. zaman internet ni babe…. bukan macam zaman 60an – 80an x ada internet, jadi senang ditipu.
now, the more educated people are the more they will see umno’s real sinister agenda.
actually umno’s agenda is very very simple. follow steps:-
1) create bogeymen – dap dan pas.
2) use propaganda – to discret dap and pas.
3) while the rakyat is busy doubting pakatan rakyat, u umno masuk dari pintu belakang dan rompak harta negara. berjuta2… berbilion2… itu duit rakyat, u bangsat!!! itu duit untuk tolong makcik2/pakcik2 di kampung. i pray for every single ringgit stolen/cheated from the rakyat, each offender will suffer one day blindless. that way, i think 98% of all umno/barisan leaders will be forever blind till they mampus.
4) repeat steps 1 and 2 and 3 above.
4RAKYAT
Reply
Semoga diberkati apabila ramai ulama mengunjungi dan mendoakan. Saya juga berhasrat nak berjumpa dgn Yusuf Qardhawi dan Dr Wahbah Zuhaily tetapi tidak berkesempatan.
Teruskan perjuanan dalam menegakkan Islam.
Reply
Dato’ Seri,
Be safe is all that matters, fitnah ni semakin menjadi-jadi.
Reply
Tahniah Abg Anwar :)semoga petolongan Allah terus menurus kepada anda.
Reply
Amin.semoga DSAI diberkati Allah.
Sekarang org UMNO kena fikir nak ikut Ulamak ke Mahathir.
Reply
semoga perjuagan yang murni ini mendapat sokongan yang berpanjangan…insyallah
Reply
Bangkitlah saudaraku patahkan fitnah jahat…
Semoga doa dan hajat mendapat restu yg maha Kuasa..
Semoga kezaliman terkubur bersama2 penzalim yg lanjut usia.
Saudaraku kuatkan Iman dan Taqwa agar sinaran PR diPRU 13 bersinar
diPutrajaya dengan IzinNya. Biarlah Bahtera 1Malaysia ditelan Tsunami Politik.
Amin…..
Reply
al Hamdulillah… syukur, semua ini ada petanda kebangkitan PR, sama2 kita berjuang dan berdoa agar PR mara dan terus mara dan PRU 13 sebagai kemuncak kemaaraan tersebut…..
Reply
Kalau tengok mana2 cerita superhero, mula-mula mesti la dia kalah. Tp last sekali mesti superhero tu menang. Macam tu jgk la cerita DSAI. Mula2 kena fitnah, dipukul, dipenjara, dihina tapi suatu hari nanti dia yg akan naik jadi Perdana Menteri Malaysia.
Tp saya sentiasa berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan DSAI supaya beliau kuat dan besemangat utk menegakkan keadilan di Malaysia.
Reply
Semuanya Allah saja yang tahu dengan DSAI. DSAI pun tahu apa yang dia telah lakukan. Yang Benar akan didatangi yang benar. Yang salah pun sama. Sama2 kita nantikannya.
Reply
Yang hak perlu ditegakkan! Semoga DSAI terbela jua tak di dunia, di akhirat akan dibela.
Reply
buat rakyat berdaulat..apa you cite ni bro..dato sri tidak suka mencerca, menghina atau menyerang peribadi orang lain?…kata pengikut pakatan rakyat.ni you msti tahu k.dato sri bertentangan spt apa yg you ckp kan k.kutuk cerca skg amalan mana2 pemipin politik.sama je.
Reply
wah hebat huraian pjg lebar halik zaman ni..pe pun di ni sorg yang bias…senarai2 kelemahan ni mugkin ada lg yg dia x huraikan tp nak igtkan dia juga supaya dia huraikan jasa2 pmpin yg dia sebutkan 2 pada dia sejak dia kuar dri perut ibunya…bru lah KEADILAN!!!
Reply
insyaallah DSAI.. kemenangan akan berpihak kepada anda
hanya mereka yang buta hati jer yang masih mempercayai fitnah2 jahat
“Lawan Tetap Lawan”
Reply
DSAI..anda adalah perjuang sejati.. teruskan perjuangan
kami sentiasa bersamamu
Reply
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana Datuk Seri terus dipanjangkan usia dan syukur juga kerana dengan izin Allah tergerak hati dua orang ulamak tersohor di dunia. Allah SWT menggerakkan hati mereka menemui Datuk Seri malah mereka lebih berpandangan jauh dengan sanggup untuk sama-sama memperjuangkan hak dan kebenaran. Dan sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh dengan amalan dan takut akan hukum Allah serta azabNya pada hari kemudian, mereka sudah pasti tidak sanggup hanya melihat dan mendengar saudara seIslam mereka terus teraniaya oleh pelbagai kejahatan fitnah dan kemungkaran. Sesungguhnya hanya kebenaran yang harus ditegakkan dan kemungkaran harus ditentang.. Dan kita harus terus yakin bahawa Allah tetap akan memberikan kekuatan kepada mana-mana hambaNya yang teraniaya. Semoga doa para ulamak dan doa Datuk Seri serta doa para sahabat dan rakyat akan terus bersatu dan diperkenankan Allah SWT. Semoga tahun ini Datuk Seri akan beroleh kemenangan dalam segala pertuduhan yang dilemparkan.
Yakinlah yang benar itu tetap akan bersinar dan yang mungkar itu sedikit demi sedikit akan terkubur.. Ketetapan hukum Allah sesekali tidak menyebelahi orang-orang yang zalim..
Semoga Allah akan terus memelihara keharmonian hidup Datuk Seri dan keluarga…
Reply
wah..dato seri, u have many many many muslim supporters of high international standing.
i wonder jibby has how many. two? maybe three? all on his payroll perhaps. i dont think jibby is 3% of what u r – islam-wise that it :-)
all the best dato seri. stay safe. fight for the rakyat.
and thank you.
4RAKYAT
Reply
pedulikanlah org yang akal pendek dan buta hati..
sokong PR
Reply
Ulama yang tulen, dia akan mendokong pejuang-pejuang yang tulen, Ulama yang su’, dia dokong pejuang-pejuang yang palsu.
Reply
Diduniani ada ulama tulen dan ada ulama cop,yg bertaburan di masjid india tu apa,kita selidiki dulu beb…..
Reply
hahaha/… ulama BN tulen ke??
Reply
salam.. DAto.. ! REFORMASI MESTI BERLAKU.. DEMI BANGSA DAN NEGARA..
Reply