21
Dec
09

Pengiktirafan Kepada Seluruh Pejuang Demokrasi

International Association of Political Consultants merupakan sebuah organisasi yang dianggotai ramai tokoh politik serta penasihat hal ehwal pentadbiran. Ahlinya berjumlah lebih dari 100 orang, merupakan mereka yang gigih memperjuangkan demokrasi dan berasal baik dari benua Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Antara mereka yang diberi pengiktirafan sebelum ini ialah Nelson Mandela diikuti dengan Morgan Tsvangerai masing – masing dari Afrika Selatan ,Seterusnya Martin Lee dari Hong Kong dan paling akhir pada tahun 2007 untuk rakyat Indonesia diterima oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Makanya dengan rasa penuh syukur dan sadar, saya berbesar hati apabila IAPC menganugerahkan pingat tersebut kepada saya. Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh pejuang demokrasi dan keadilan di Malaysia yang tidak pernah mengenal lelah. Ianya juga menjadi pendorong kepada saya untuk terus berusaha membawa Perubahan kepada yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihadiri juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Azizah, ahli majlis mesyuarat negeri, ahli parlimen, dan pegawai kerajaan negeri. Majlis pastinya lebih bermakna sekiranya rakan saya dari IAPC, sdr Robert Murdoch, turut sama meraikannya.

ANWAR IBRAHIM


39 Responses to “Pengiktirafan Kepada Seluruh Pejuang Demokrasi”


  1. 1 kerajaan rakyat Dec 21st, 2009 at 11:59 pm

    Salaam,

    Tahniah dan jangan lupa … Penasihat Ekonomi Selangor.

    Buktikan Negeri Selangor marak dan menjadi pemangkin semangat rakyat menjelang pru 13.

    Reply

  2. 2 besutboys Dec 22nd, 2009 at 12:32 am

    Salam…
    Tahniah Dato Seri atas anugerah pingat demokrasi…
    Semoga dato seri tabah dlm perjuangan….

    Reformasi…reformasi…reformasi

    Reply

  3. 3 smaran3 Dec 22nd, 2009 at 1:00 am

    HIDUP DEMOKRASI DAN DSAI….

    Reply

  4. 4 Rakyat Berdaulat Dec 22nd, 2009 at 2:30 am

    Yang Berbahagia DSAI..TAHNIAH,.TAHNIAH..TAHNIAH..Yang Berbahagia Datuk adalah seorang mujahid yang jujur dan iklas bagi memperjuangkan demokrasi yang sihat dan tumbuh subur diserata dunia…tidak boleh dinafikan, sememangnya Datuk lebih layak untuk menerima anugerah itu selaras dengan perjuangan datuk yang gigih (tidak mengenal putus asa) untuk menegakkan keadilan (hak asasi manusia sejagat) dan mencegah kemungkaran. ” hendaklah ada diantara kamu yang menyeruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran”…Amin

    Reply

  5. 5 Shatter Dec 22nd, 2009 at 2:44 am

    Lawan sampai akhir.

    Reply

  6. 6 MALAYSIADREAM Dec 22nd, 2009 at 2:46 am

    Pejuang Demokrasi Tulen…bukan sahaja akan diiktiraf seluruh Rakyat Malaysia suatu hari ..bahkan akan tentu terus wujud tercatat di Sejarah Dunia Moden kerana tidak pernah tunduk kepada kezaliman..kekuasaan..walau korban diri..bagi memperjuangkan ” Kebenaran dan Keadilan” untuk seluruh Rakyat Malaysia yang terus menyinarkan “Harapan Baru Untuk Malaysia”. kami senantiasa doakan Pakatan Rakyat..di mana-mana sahaja…!Insyaallah..!

    Reply

  7. 7 Azmil Dec 22nd, 2009 at 5:31 am

    Pengiktirafan yang cukup bermakna – Tahniah DSAI!

    Reply

  8. 8 mat Dec 22nd, 2009 at 8:12 am

    Tahniah.

    Reply

  9. 9 Abd Razak Halidi Dec 22nd, 2009 at 9:01 am

    ASSALLAMUALAIKUM

    Yb DSAI, Ana dan mewakili seluruh AMKC Kuala Langat mengucapkan tahniah kerana menerima anugerah Pingat Demokrasi dari Persatuan Konsultan Politik Antarabangsa.

    Semoga sempena hijrah 1431 dan berjayanya Konvensen Parti Alternatif Pakatan Rakyat pada 19 Des 2009 yang lepas, DSAI lebih terserlah maju kedepan untuk rakyat Marhain.

    Iklas dari
    Abdul Razak Halidi.
    Penasihat AMKC K.Lgt.

    Reply

  10. 10 diBawahBayu Dec 22nd, 2009 at 9:02 am

    Assalamu’slaikum wbt.

    Tahniah DSAI. Hadiah yang paling bermakna untuk “menampar” BN. Kepada kita semua ini adalah satu contoh pengajaran. Menentang arus dan berjuang melawan gelombang bukanlah sesuatu yang mustahil, apa yang penting ialah kesabaran, kesedarhanaan, kekuatan dan istiqamah. Seperti pesan Iqbal, “janganlah bermain di tepian, di mana mengalir melodi kehidupan dengan bagusnya, terjunlah ke dalam lautan, berjuanglah melawan gelombang kerana imbalan perjuangan adalah keabadian”.

    Dalam hidup ini yang penting ialah kita berusaha untuk meniggikan darjat kita pada “pandangan” Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan tidak berminat dengan siapa kita, kereta Mercedes kita, rumah semi-D kita dan tanah kita. Tuhan hanya berminat dengan pelaksaaan amanah.

    Jaga amanah Tuhan, Tuhan akan jaga kita. Jika Tuhan menjaga kita, maka tiada apa di dunia yang mampu memudaratkan kita. Jika kita ditimpa juga dengan musibah, maka ianya berfungsi sebagai penghapus dosa atau meninggikan darjat kita.

    Jangan sekali-kali memperlekehkan amanah Tuhan, Tuhan juga akan memperlekehkan kita. Jika Tuhan memperlekehkan kita maka KEHIDUPAN SELURUHNYA MENJADI SIA-SIA. Kita akan menjadi sampah di akhirat yang menjadi bahan bakar api neraka. Mudah-mudahan kita dijauhkan.

    Tinggi darjat kita pada pandangan manusia tidak semestinya tinggi pada “pandangan” Tuhan, Tapi jika darjat kita tinggi pada “pandangan” Tuhan maka pasti tinggi juga darjat kita pada pandangan manusia.

    Wassalam.

    Reply

  11. 11 penyokong DSAI Dec 22nd, 2009 at 10:23 am

    TAHNIAH Dato` Seri..Dato’ Seri mmg layak menerima pengiktirafan tersebut..
    Tahniah..sy bangga menjadi penyokong Dato’ Seri..

    Reply

  12. 12 James Loh Dec 22nd, 2009 at 10:32 am

    Dear Sir,

    I’m a strong supporter of you and PKR. Yet, I fear that your party have not done enough to register new voters. Currently, DAP is doing their job register non-Malay voters. we need you to help you register young Malay voters. We know that voter registration is very important for Malaysia to succeed. You need to learn from Obama. He managed to win through new register new voters. For your country, please ask your party start registering new voters!

    Reply

  13. 13 wah Dec 22nd, 2009 at 12:43 pm

    Taniah kpd DSAI. Tugas yg penting selepas Konvensyen 1 PR ialah menubuhkan cawangan baru dan pusat perkhidmatan oleh semua parti komponen PR. Kita mungkin tidak kecukupan kewangan ,tapi boleh buka secara alternate, misalnya dikawasan ramai peyokong Melayu, kita adakah pusat khimat PAS atau PKR untuk selesai masalah penduduk , dikawasan ramai penyokong India dan Cina,tubuhkan cawangan PKR atau DAP .
    Dengan cara ini PAS,DAP & PKR boleh berkhidmat dan dekat dengan rakyat 1 Malaysia tampa kira banga & agama di semua pelusuk tanahair kita.Pengundi Baru Muda mesti didaftarkan. Masa terlalu suntuk. PR mesti bertindak secepat mungkin untuk memastikan semua bisikan rakyat sempat didengar oleh PR. Kerja penyenaraian calon stage 1 yg paling sesuai untuk setiap kawasan perlu dibincangkan dari sekarang untuk mengelakkan perselisihan faham antara parti komponen PR. Ini akan mengelakkan pertingkaran berlaku antara penyokong-penyokong PR. Kita ada kemungkian akan menghadapi PRU 13 yg lebih awal drp yg dijangkakan. Semua isu sensitif antara PAS, DAP dan PKR mesti dibincangkan dengan hati terbuka dan mencari penyelesaian mutakmat oleh Pemimpin Tertinggi setiap parti. YB Perhubungan PR akan mewakil PR mengeluarkan setiap kenyataan rasmi kpd media. Tindakan Displin hendak dikenakan kepada setiap pemimpin yg melanggarkan Undang-Undang Displin PR. Ini boleh mengelakkan pembuangan masa untuk perkara dalam PR.
    Pemimpin PR mesti membuangkan tabiak mengeritik orang seperti cermin nampak keburukan orang lain,tapi tak nampak kelemahan sendiri. PR memerlukan YB yg tekun turun ke padang dan bukan berbaju cantik yg tak bekerja.YB yg tak berminat membawa masalah rakyat ke Dewan Parliman/Rakyat diharapkan menarik diri sebelum menghadapi rakayt. Rakyat adalah pengadil yg paling berkuasa dalam PRU. Ahli Parliman sepatutnya mewakili rakyat,tapi YB BN sediada sokong/bangkang isu secara membabi buta mengikut kepentingan perti mereka bukan dari sege kepentingan rakyat. Oleh itu
    PR mempunyai tanggung jawab yg kuat untuk menjaga kepentingan rakyat 1 Malaysia. PR mesti menjadi parti gabungan yg boleh bertindak mengikut arus perubahan dan menyediakan strike yg lebih berkesan melawan politik BN yg penuh perkauman, tiada keadilan, tiada keamanan, banyak kebocoran dan tiada kemajuan. Hidup rakyat dalam dunia BN (Barang Naik) semakin hari,semakin tahun, semakin tertekan dan semakin susah. Siapa tahu kesusahan mereka? Siapa boleh bantu mereka? Pemimpim Pakatan Rakyat ,Perjuangan Tulin Rakyat ,kaulah harapan segolongan besar rakyat 1 Malaysia. Hidup PR ! Hidup Rakyat!

    Reply

  14. 14 smy Dec 22nd, 2009 at 1:27 pm

    tahniah untuk DSAI, teruskan perjuangan kerana rakyat menilai DSAI dan mendoakan yang terbaik untuk pemimpinnya.

    Reply

  15. 15 neo Dec 22nd, 2009 at 4:28 pm

    Tahniah.

    Namun, jgn terlalu bergantung kpd sistem. Sistem yg terbaik skali pn, agak rosak klu pemimpinnya korup.

    Rasanya Datuk Seri boleh tahu siapa yg sebut benda tu.

    Skali lagi, sy ucapkan tahniah kpd Datuk Seri

    Reply

  16. 16 khalib Dec 22nd, 2009 at 4:34 pm

    Permata yang tidak kunjung padam. Anugerah yang kena pada tempatnya. DSAI pemimpin sepanjang hayat. Moga dipanjangkan usia, selamat dunia akhirat. Amin.

    Reply

  17. 17 nae Dec 22nd, 2009 at 5:46 pm

    Saya rasa cukup bangga kerana selama ini tidak ada rakyat malaysia yang di anugerah sebergini rupa walaupun sudah 50 tahun kita merdeka.Tahniah di ucapkan semoga beroleh kejayaan buat DSAI.

    Reply

  18. 18 SALIMOSTAN Dec 22nd, 2009 at 10:58 pm

    TANIAH DATO SERI ANUAR IBRAHIM DAN KELUARGA…
    TANIAH PKR,,,
    TANIAH KELUARGA PAKATAN RAKYAT..
    TANIAH RAKYAT MALAYSIA UTAMA YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT,,,
    ISALLAH DEMOKRASI AKAN HIDUP DAN SUBUR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT….
    TAKBIR & REFORMASI..

    Reply

  19. 19 saiful Dec 23rd, 2009 at 12:10 am

    Salam DSAI, dah tgk ka anak che gu bard? kesian bila baca blog dia..cari lah jln membantu beliau, jgn terlepas pandang kepada hulubalang2 setia DSAI, carilah jln ..supaya beliau dan keluarga diringankan bebanan..pastikan dia calon parlimen ditempat yg sesuai pada pru 13 nanti. Jgn leka.

    Reply

  20. 20 Zzjebat Dec 23rd, 2009 at 12:19 am

    Tahniah. Datuk Seri.
    Lawan tetap lawan. terus lawan sampai ‘mereka’ tak melawan.
    Amin…

    Reply

  21. 21 Shatter Dec 23rd, 2009 at 4:48 am

    Dato Seri,

    I think you should re-inforce PR bloggers against the threat of UMNO’s attack, I have lots of suggestion and strategy that could be discussed. Unfortunately there is no contact.

    Reply

  22. 22 Rakyat Berdaulat Dec 23rd, 2009 at 5:21 am

    Peralatan Tentera Lesap, Cermin Kepimpinan BN

    Dua enjin pesawat tempur, pelancar grenad dari kes Al-Maunah, dan bom peledak C4 dari kes Altantuya Shaariibuu adalah sampel peralatan militer jutaan ringgit yang hilang dibawah pengawasan pasukan keselamatan negara.

    Pakatan Rakyat berpendapat kegagalan melindungi aset ketenteraan dari jatuh ke tangan musuh mencerminkan sejauh mana ampuh kesungguhan pemerintah mempertahankan kedaulatan negara.

    “Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

    Agensi berita AFP melaporkan peralatan tentera bernilai jutaan ringgit dipercayai telah dijual ke pasaran gelap.

    Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata kecurian dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini dipercayai berlaku pada 1 November 2007.

    Dibawa keluar dari Skuadron ke-12 Butterworth, dua enjin terbabit dipercayai hilang ketika menunggu giliran untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi.

    Namun kecurian ini hanya disedari pada Mei 2008. Laporan polis hanya dibuat tiga bulan kemudian.

    “Kementerian Pertahanan yang kita tahu melibatkan pembelian-pembelian barangan yang amat bernilai tinggi dan bajet yang tinggi sebelum ini, saya melihat di sini berkemungkinan ada perkara-perkara yang cuba dibendung daripada pengetahuan umum,”kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

    Kementerian Pertahanan melaporkan empat individu termasuk pegawai TUDM ditahan berhubung kes ini.

    Liputan media bagaimanapun tidak menyeluruh, disebalik janji pemerintah untuk tidak menutup kes ini dari pengetahuan awam.

    Ketua Turus Tentera Azizan Ariffin berkata kecurian dua enjin pesawat tempur ini hanyalah sekelumit dari laporan audit yang mendedahkan lebih banyak peralatan tentera gagal dikesan.

    “Secara keseluruha saya melihat ketika mana Najib menerajui Kementerian Pertahanan dia banyak terpalit dengan perkara-perkara yang menunjukkan bahawa sisitem keselamatan ketenteraaan amat lemah sekali . ini sedikit sebanyak membuktikan beliau tidak mampu menerajui negara apatah lagi kementerian yang hanya merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pertama negara,”katanya Yusmadi.

    Menteri Pertahanan Zahid Hamidi akui bahawa ada lagi komponen jet F-5E yang masih hilang.

    Turut hilang adalah rekod perkhidmatan dan penyelenggaran pesawat terbabit. Ia disedari hilang selepas komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

    Zahid berkata komponen ini telah dihantar ke Amerika Selatan, dan pembeli enjin itu mempunyai pejabat di Malaysia dan cawangan di negara-negara jiran.

    “Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

    “Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan

    Reply

  23. 23 BukanSekadarNama Dec 23rd, 2009 at 6:25 am

    Tahniah.

    moga-moga DSAI berjaya menjual hak Melayu kepada bangsa lain..kami disini seronok sekali melihat anak bangsa kami dipijak oleh bangsa lain sejak memerintahnya DAP disini..dan kepada puppet2 sekelian..yang mengikut..yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah akal..sila guna akal anda sebelum setuju dengan sesuatu perkara..jangan jadi haiwan..disuruh menyalak, menyalak. disuruh makan, makan.. :-)

    Reply

    Rakyat Berdaulat Reply:

    Dua enjin pesawat tempur, pelancar grenad dari kes Al-Maunah, dan bom peledak C4 dari kes Altantuya Shaariibuu adalah sampel peralatan militer jutaan ringgit yang hilang dibawah pengawasan pasukan keselamatan negara.

    Pakatan Rakyat berpendapat kegagalan melindungi aset ketenteraan dari jatuh ke tangan musuh mencerminkan sejauh mana ampuh kesungguhan pemerintah mempertahankan kedaulatan negara.

    “Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanya memberikan gambaran berkenaan

    Reply

    Resit Rasmi Reply:

    sebab itulah engkau Bukan Sekadar Nama, hanya manusia melayu bodoh yang diperbodohkan dalam agenda pembodohan manusia melayu oleh pemipin-pemimpin yang engkau sanjung

    -kerabat mohamad la ni.

    Reply

    Joe-kedah Reply:

    bukan sekadar nama insan malang yang tidak pernah lihat dunia, amat malang dia ni manusia buta yang hanya pandai baca utusan meloya dan penjilat-penjilat pemimpin rasuah, dap baru perintah pulau pinang dah nampak tak baik sedangkan semasa gerakan mca perintah pijak kepala melayu tak nampak, sebab gelap mata dengan duit haram. insaf lah, sepatutnya ucapan yang manis bukan ucapan sebegitu, renung dan muhasabah diri!

    Reply

  24. 24 haji mokhtar Dec 23rd, 2009 at 6:49 am

    Tahniah Datok Seri,anugerah ini membuktikan yang DS adalah pemimpin yang tulin dalam perjuangan.jangan seperti puak2 umno tu,belum berjuang injin dah hilang.mereka lah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa dan negara.dasar pemimpin jahanam memalukan bangsa melayu,semoga dilaknatkan allah swt….amin

    Reply

    zul Reply:

    Tn Haji Mokhtar,

    Kalau perangai macam tu, tak payahlah letak title haji kat depan nama tu. buat malu warga hj aje.berdoa lah untuk kebaikan…kwn rasa awak ni hj dam atau hj pelancong lah agaknya.

    Reply

    think positive! Reply:

    kesian jugak kt pak aji sorang nie..spttnyer bile dh g aji, lebih muhasabah diri..tapi tgk gaya, org yg x g aji pun lebih sopan bahasanya..siap doakan keburukan org lain lg tu..ish ish ish pak aji..byk2la doa supaya pak aji ditempatkan di kalangan org yg beriman kelak.amin..

    Reply

  25. 25 hakimdanial Dec 23rd, 2009 at 2:43 pm

    Salam Dato Seri! syukur alhamdulilah diatas pengiktirafan yang diberikan semoga ia dapat membakar semangat DSAI untuk terus meneruskan perjuangan ke putra jaya. Ia adalah tamparan hebat kepada pemimpin BN secara total. Semoga apa yang diusahakan oleh Ulama terkenal dunia Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkenaan kes qazaf DSAI akan mendapat sokongan daripada negara2 islam yang lain. Kerana ini melibatkan seorang tokoh pemimpin yang diiktiraf diarena antarabangsa serta antara seorang pemikir yang terbaik. Saya turut bersyukur kerana biarpun DSAI tidak diiktiraf di negara sendiri serta pemimpin kerajaan tetapi tuhan telah menunjukan bahawa setiap apa yang baik insyaallah akan dibalas dengan baik biarpun ia memakan masa yang lama tetapi masanya akan sampai.

    Teruskan perjuanganmu DSAI… Selamatkan Malaysia daripada bencana..

    Daripada penyokong yang kecil tetapi berhati besar

    Wassalam

    Reply

  26. 26 parti jahat Dec 23rd, 2009 at 7:34 pm

    pejuang demokrasi??? kan lebih bagus bunyinya kalau jadi pejuang Islam..

    Reply

  27. 27 jamilkucing Dec 24th, 2009 at 3:43 am

    Reply artikel di The Star ( http://bbcatlover.blogspot.com )

    Ooo sedar rupanya pemimpinku ini. ingat seperti kata mahathir celaka melayu mudah lupa. separuh yanga da di sekeliling dato seri sekarang adalah pengampu , pembodek , pengipas pongong je dato seri , saya pun hairan dah kena teruk sampai macam ni pun dato seri boleh tertipu boleh terkena lagi.tengok si saiful gayboy tu.cam mana boleh dekat dengan dato seri.apa tak fikir ke. sorry cakap la. kebanyakan pemimpin keadilan yg menang tempoh hari jamil tak pernah tengok pun waktu dato seri dalam penjara.

    Manusia-manusia yang dulu tak ambik tau pasal dato seri, orang-orang yg tak pernah merasa sepakan fru, pancutan air asid , tak pernah di maki hamun tetapi sangat pandai mencari peluang.keluar sahaja dato seri dari penjara mereka menampal muka mulit babi datang menunjukan yang sokongan kuat untuk datos eri. dan sebagai melayu yang mudah lupa dato seri menerima mereka dengan hati yang terbuka sebab dato seri kata sifat dato seri pemaaf , lupakan yg lepas-lepas, tetapi dato seri itu bukan masaalahnya. that is your atitude. bukan sifat kami. kami tak pandai berlakun untuk sokongan.

    Kami teruk dari mula, di hina di caci , di maki , di anaktirikan , di inaya , di buang kerja tetapi demi keadilan yang mana mungkin di masa hadapan cerah untuk kami anak pinak , kami rela menanggung kesusahan. dengan harapan apabila dato seri sudah kami berjaya keluarkan tidak akan melupakan kami. tetapi rupanya tidak ,dato seri lebih suka pengampu dan pengipas dari orang yg tak pandai mengampu tetapi ikhlas. saya tidak kisah kalau di terajang dari parti kerana tulisan saya ini tetapi saya tak pandai kipas ponggong orang.biar bahasa saya kasar tapi saya ikhlas,
    Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka.

    Saya bukan macam separuh dari pemimpin keadilan yang sekarang ada jawatan , yang dulu entah di mana tiba-tiba dengan muka tak malu datang mengendeng , dengan beberapa pemimpin keadilan yang dulu bercampur gaul dengan semua orang .tetapi bila dah ada jawatan dalam parti , jawatan adun , atau ahli parlimen ,orang yg dulu hidangkan makan untuk mereka , kawan berkongsi rokok , kawan seperjuangan tetapi sekarang berselisih pun tak bertegur. betullah orang kata kalau dah dari darah jijik umno tu di campak ke mana pun darah jijik umno tu masih ada lagi. sifat dan hati budi perangai unmo tu masih ada lagi.

    Buat dato seri anwar , ya jamil memang manusia kecil bagimu dato seri tetapi nasihat jamil berhati-hatilah dengan manusia sekelilingmu. tak mengapalah kalau tak mahu ambil peduli pasal jamilkucing pun, sebab siapa jamilkucing , hanya manusia kecil , jamil yang di fithnah kerana rapat dengan keluarga anwar ibrahim , jamil yang cuba di keluarkan dari wajah reformasi , oleh melayu celaka yg mempunyai hati busuk , yang boleh di jadikan kuli dulu. pedulikan jamil kucing ,tapi ingatlah manusia boleh bertukar apabila $$ depan mana , cuba lihat di perak , di selangor
    Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka tunjukan kepada jamilkucing. semuanya bacul, pengecut dua kali lima pemimpin umno gak. tapi kami orang reformasi hanya takutkan allah sahaja.

    Pasti akan ada yang marah , mengamok , mengutuk , ada lak yang akan kata apa kena jamilkucing ni, gila kah , sakit kah , atau kepingin jawatan. sorrylah ko orang kata begitu sebeb hati budi ko orang seperti itu. bukan aku, aku jamilkucing tak pandai mengampu , menjilat , membodek , dato seri anwar paham apa yang aku tulis ,dato seri anwar mengerti kenapa aku tulis , dato seri anwar tahu mengapa aku tulis , dato seri anwar sedar kenapa aku menulis begini. so kalau ko orang yang tak tahu apa-apa aku minta tolong satu je duduk diam-diam, ko orang nak bodek , nak kipas ponggong , nak mengampu itu ko orang punya pasal. jangan sesekali samakan aku dgn ko orang. kesian aku tengok banyak penyokong reformasi yang dulu bertungkus lumus di lupakan oleh mereka. selalu aku jumpa di bukit bintang. kesihan .

    Reply

  28. 28 Mohamad Dec 24th, 2009 at 10:44 am

    Apa ini En. Rakyat Berdaulat? Mengapa anda terus hentam En. Bukan Sekadar Nama bila beliau memaklumkan situasi di negeri-negeri tadbiran yang caca merba dan tunggang langgang terus anda hentam beliau, tak patutlah. Ini kerana di Selangor dan Pulau Pinang, PKR dan PAS telah menjadi kerbau dicucuk hidung oleh DAP. Lihatlah di Selangor bila nak haramkan penjualan dan pengambilan arak dan judi di Shah Alam yang telah dicapai secara sebulat suara oleh ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam termasuk dari yang bukan Islam, tetapi bila ditentang oleh seorang exco dari DAP terus tak jadi usaha Majlis Bandaraya Shah Alam, apa cerita ini? Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih Putrajaya, tak mustahil arak dan judi akan dibiarkan di Kelantan pula kerana nak jaga hati DAP demi mengejar kuasa politik, tapi rakyat tolak ke tepi.

    Berkenaan enjit pesawat TUDM itu, ia telah disiasat, apa yang anda tak puas hati lagi? Tunggulah keputusannya nanti. Jangan gelojoh sangat, ingat senangkah nak siasat kes jenayah, ia bukan macam buat karangan sekolah rendah anda tahu atau boleh teka-teka sahaja. Ia perlukan siasatan yang menyeluruh daripada pihak yang menjaga, menyelenggara, mengawas, memantau dan lain-lain perkara yang telibat, selain itu ia melibatkan hal diplomatik kerana melibatkan lebih dari satu negara. Anda perlu faham dan jangan keterlaluan sangat bila nakkan sesuatu. Bersabarlah, kita perlukan siasatan yang menyeluruh dan terperinci supaya tiada pihak yang tidak bersalah jadi bersalah pula nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply

  29. 29 Mohamad Dec 24th, 2009 at 10:55 am

    Kepada En. Resit Rasmi, tak payahlah anda nak hina orang, siapa yang bodoh sebenarnya? Anda atau En. Bukan Sekadar Nama, beliau telah memberikan pandangan beliau berkenaan pentadbiran caca merba dan sikap kuda kayu dan jerung di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat, tapi anda yang tolol tak bertempat dengan menjadi tukang angguk dan terima sahaja apa yang Pakatan Rakyat kata dan buat, seolah-oleh anda ini kerbau dicucuk hidung oleh Pakatan Rakyat. Siapa yang membodohkan Melayu? Siapa yang tepuk tangan bila hak melayu/bumiputera dipertikaikan? Siapa yang melompat girang bila orang melayu dituduh menindas orang bukan bumiputera? Siapa yang beria-ia nak menghapuskan keistimewaan orang melayu/bumiputera? Apa yang Pakatan buat untuk orang melayu, orang melayu di Selangor diperkudakan dan dipermainkan oleh Pakatan Rakyat, begitu juga orang melayu di Pulau Pinang ditolak ke sana ke mari oleh Pakatan Rakyat dengan sesuka hati. Apa semua ini En. Resit Rasmi? Anda lihat dengan mata atau lihat dengan kaki situasi sekarang ini? Orang bukan melayu/bumiputera dalam MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain parti bukan melayu/bumiputera dalam Barisan Nasional tidak bersikap seperti DAP dan sesetengah pemimpin bukan melayu PKR yang memperalatkan orang melayu/bumiputera dan agama Islam semasa pilihanraya, parti komponen bukan melayu/bumiputera dalam Barisan Nasional tahu batas dan tata susila, tapi lihatlah apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat? Yang peliknya mengapa orang seperti anda ini masih terpedaya dengan tingkahlaku penipu dan wayang kulit Pakatan Rakyat ini. Berfikirlah sedalam-dalamnya tulisan saya ini, terpulanglah anda nak terima atau nak maki saya seperti yang anda buat sebelum ini, sekian, terima kasih.

    Reply

  30. 30 muhshi Dec 24th, 2009 at 7:39 pm

    Istiqomah penuh iltizam dalam perjuangan yg hak dgn kebulatan tekad yg ikhlas. maka anugerah ini tuhan kurniakan kepada DSAI. tahniah dan syabass!!. kami seluruh rakyat yg cinta dan rindukan keadilan dan jalan yg diredhoi allah, terus mendoakan DSAI agar suatu masa nanti akan memimpin negara untuk menghancur leburkan kezaliman dan kebejatan. manusia yg bejat akhlak dan zalim ialah musuh allah yg mesti kita perangi, gempur! hancurkan ! agar binatang buas itu lebur daripada bumi allah yang makmur ini. INSYAALLAH !!!

    Reply

  31. 31 suri Dec 24th, 2009 at 8:54 pm

    PERHATIAN1!!!!!!!…PERHATIAN!!!!!

    SEBAGAI MAKLUMAN WARGA BLOG DSAI….SILA BERI PERHATIAN…SAYA SURI TELAH MENDPAT MAKLUMAT TERKINI ADA SEORANG LELAKI SABAHAN YANG TELAH TERLEPAS DARI HOSPITAL BUKIT PADANG KOTA KINABALU …MENGIKUT LAPORAN BELIAU TELAH MENDAPAT RAWATAN PESAKIT MENTAL SELEPAS TEWAS DALAM PILIHANRAYA LALU SEBAGAI CALON BEBAS DENGAN TIDAK MENDAPAT SEBARANG UNDIAN DAN DI KIRA HANGUS DALAM PERTARUHAN DEPOSIT..

    BELIAU DI KHABARKAN SEMASA BERADA DI HOSPITAL SAKIT JIWA PALING POPULAR DI SABAH ITU , SEMASA DLM RAWATAN SABAN HARI-HARI BELIAU BERCERAMAH DI HADAPAN JURURAWAT DAN DOKTOR SERTA WARGA HPKK BERKENAAN CITA2 POLITIKNYA YANG TIDAK KESAMPAIAN…DI KHABRKAN JUGA BELIAU PERNAH BERANGAN UNTUK DUDUK DI KERUSI MAJLIS TERTINGGI UMNO SEBARIS DGN DR MAHADIR MOHAMAD DAHULU…

    TERKINI BELIAU TELAH TERLEPAS DARI HOSPITAL TERSEBUT KERANA TERKEJUT APABILA PRELUD KE 12 BN HAMPIR TUMBANG TERUTAMANYA DI TANAH SEENANJUNG….BELIAU KIKI DLM PROSES BURUAN PIHAK BERKUASA KERANA DI KHABARKAN BELIAU TELAH MEMBUAT HURU HARA DI SEBUAH BLOH SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG MALAYSIA YANG PALING TERKENAL DI DUNIA IAITU DATO SERI ANWAR IBRAHIM…

    ORANG YANG DI MAKSUDKAN ITU BERNAMA MOHAMAD SONTOLOYO….TIDAK DAPAT DI PASTIKAN ALAMAT TERAKHIRNYA MENGIKUT LAPORAN KERANA DI SABAH RAMAI IMIGRAN PENDATANG ASING YANG MENGAKU BERTARAF BUMIPUTERA SABAH MALAYSIA…

    TERKINI HPKK KOTA KINABALU TELAH MENGELUARKAN NOTIS KEPADA SESIAPA YANG TERJUMPA LELAKI INI SILA KEMBALIKAN KE HPKK SEGERA KERANA SELEPAS PRELUD KE 12 MOHAMAD SONTOLOYO BELUM MAKAN UBAT PANADOL GRED A.

    HA..HA…HA…HA…

    SEKIAN DAN TERIMA KASIH…

    EHSAN BERITA UTUSAN/BERITA HARIAN/TV 1/TV2/TV3.

    Reply

  32. 32 D'Storm KGR Dec 26th, 2009 at 11:41 pm

    salam permatang pasir kami akar umbi PKR
    apa jadi kami tetap mempertahankan Ptg Pauh
    progrerm d Ptg Pauh amat kurang anak2 muda menoleh kebelakang
    kini jadi lakukan sesuatu utk anak2 muda yang tua hampir pupus

    Reply

  33. 33 zul Dec 27th, 2009 at 3:54 pm

    Suri,
    Inilah yang dikatakan fitnah. Dah tak boleh nak kilas ke apa yang Mohamad tulis? Adakah bebenaran dah terlihat dari tulisan2 beliau?

    Reply

  34. 34 Mohamad Dec 28th, 2009 at 9:53 am

    Anda ini Saudari Suri tak habis-habis hina saya, ingat sikit, nanti anda berhutang pahala dengan saya nanti di akhirat kelak. Kemajuan negara adalah kerana pemimpin yang berpandangan jauh dan berfikiran tajam terhadap ancaman terhadap negara. Kalau hanya sekadar pandai cakap itu dan ini kalau tak reti nak buat apa-apa malahan menambakan masalah yang sedia ada, lebih baik tak payah, buang masa dan menambahkan masalah sahaja. Orang muda memang suka bersikap idealis dan radikal, tapi idealis yang tak bertempat dan radikal melulu menyebabkan mereka mudah dikuasai oleh orang yang berkepentingan. Mereka dipergunakan secara mereka tidak sedar kerana mereka tidak mahu sedar. Apa pun saya bersyukur hidup di Malaysia yang aman dan makmur di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang terbukti kewibawaannya. Sekian, terima kasih.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031