Dari Erapakatan
Oleh Roziyah Mahamad
Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.
Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.
“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.
Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.
“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.
Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alas an yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.
“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.
Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.
Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.










nampaknya bajet panadol najib sudah menampakkan kegagalan
Reply
MNG Reply:
December 18th, 2009 at 9:51 am
Salam DSAI,
Bantulah kami dari golongan yang tidak berpendapatan tinggi. Cukai terus naik. Sbg contoh, caj RM50 akan dikenakan stp tahun bagi pemegang2 kredit kad yg nyata membebankan kami. Di harap Dato’ Seri dpt melihat perkara ini secara serius bg membantu golongan pertengahan dan bawahan.
Di samping itu, insurans kereta yang lebih mahal akan dikenakan utk kereta yang berusia 15 tahun ke atas (kalau saya tak silap). Ini ternyata membebankan golongan petani, nelayan, pesawah yang tentunya kurang mampu utk membeli kereta baru (semata2 utk mengelak premium insurans yang tinggi??? – bijakkah itu, membeli kereta baru agar premium insurans yang dikenakan rendah? Ini nayta sekadar menguntungkan pengeluar kereta).
Saya dgn rendah hati ingin mencadangkan agar Dato’ Seri dan rakan2 menggunakan sabtu malam ahad secara berselang-seli utk mengadakan ceramah agar PKR dan Pakatan umumnya terus perkasa. Setidak2nya ini boleh dijadikan satu dari langkkah utk mengadakan persiapan rapi bg menghadapi PRU ke-13.
Sekian, moga Pakatan diberikan semangat muafakat yang luar biasa, dgn restu Allah SWT. Juga didoakan semoga Dato’ Seri dikurniakan kesihatan yang sentiasa baik agar terus berupaya memimpin Pakatan dengan cemerlang.
Reply
We are already paying so many taxes,income tax,high tax on car,road tax,toll etc. People don’t mind paying Tax if the Govn are prudent in spending…everything that we pay goes to Corruption….for 1 computer at 48,000 etc…we are paying for it.
No matter how much the GST from 4% to 10% will not be enough if it goes on like that. The system breed Corruption at every level…At the end…the Rakyat who Suffered.
Reply
ulam batar Reply:
December 18th, 2009 at 1:32 pm
GST atau “Global Sistem Tax” ini tak perlu dilaksanakan di malaysia masanya belum sesuai dilaksanakan dimalaysia ini kerana pendapatan perkapita satu keluarga di malaysia masih jauh rendah berbanding dengan Hong Kong, Singapore, UK,US,Japan,Korea dan negara negara kesatuan EC. Oleh itu Pihak kerajaan harus menaikan pendapatan rakyat dahulu setanding di negera lain baru malaysia boleh melaksanakan GST ini, Pihak PR dan kesatuan perkerja sering melaungkan meminta pihak UMNO BN supaya menetakpan gaji minima RM1300 atau RM1500 harga lantai bagi gaji perkerja tempatan jika UMNO BN menolak pemintaan ini !! bermakna GST tidak boleh dilayang ini kerana akan menebankan rakyat dari sudut jangka panjang Rakyat akan tertekan dan tercekik.
menteri UMNO tahu apa !! tahu tekan rakyat aja!!!
Reply
gubir Reply:
December 21st, 2009 at 1:46 pm
rakyat mlysia msti ngdakan demontrsi besar-besaran.tunjuk kat ameno bhawa rakyat bkannya lembu bleh d cucuk hidang..
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 18th, 2009 at 10:52 pm
Tak tahulah apa nak jadi dengan UMNO ni!! Lahir kena GST Beli kain lampin
Malaysia ni berjalan kena TOL!! Makan pakai kena TAX!! GST. Mati pun Kena Tax, sebab beli kain kapan ada GST!! .
Dari mula hidup sampai ke lubang kubur kena TAX !! tumpo buat dek UMNO BN.
Nasi baik Selangor ada sumbangkan wang jika seseorang itu Meningal “sekim mesra usia emas” harapkan UMNO tak mandang!!!!
Reply
kulub amrin Reply:
December 21st, 2009 at 9:09 am
Bezanya RP ban BN > PR hidup aja daftar dapat RM100 lepas 15 tahun dapat 1500 (Skim TAWAS) Belajar masuk u dapat RM 1000 > Mati dapat 2500 (Skim Usia Emas) Dari hidup sampai kemati dapat Bantuan!!!!!!!!!!!!(maaf di selangor sahaja) di bawah jajahan takluk BN haram!!!!!!!!!!tak mandang!!!!!!!!!!!!
BN dari hidup sampai kemati kena TAX!!!!!!!!!!!!!
Reply
Apa lagi ini, apa yang tak puas hati lagi, ia bukan bertujuan untuk menainaya rakyat, tetapi sebagai langkah memulihkan pendapatan kerajaan. Lagipun ia bukan dikenakan pada semua benda terutama benda yang menjadi keperluan. Ia melibatkan barang mahal sahaja. Kepada penulis artikel ini pun satu, mendengar sahaja omongan pihak PAS itu, sepatutnya anda teliti dahulu keseluruhan usul berkenaan, tapi ini tidak buta tuli hentam, kalau apa yang kerajaan Barisan Nasional buat semua salah, tiada satu yang betul, Pakatan Rakyat saja yang pandai buat itu dan ini sampai tunggang langgang negeri-negeri tadbiran mereka. Lagipun bukan gaji atau pendapatan kita kena rampas semuanya bila dilaksanakan GST itu. Berkenaan janji manis, siapa yang buat janji manis di Selangor, Pulau Pinang, dan seluruh negara dulu masa pilihanraya ke 12 dulu? Di Selangor, RM 1500 untuk pelajar-pelajar yang berjaya masuk universiti, tapi tak dibuat sampai sekarang, bantuan jaga anak RM 150 entah ke mana perginya? Di Pulau Pinang bantuan RM 1000 untuk rakyat yang kategori susah, mana perginya? Tak nampak langsung. Begitu juga kes Kg. Buah Pala, sebelum ini janji kalau dapat kuasa di Pulau Pinang, akan dapatkan kembali tanah kampung tersebut dan bagi balik kepada penduduk, tapi kini janji itu telah tercampak dalam longkang, penduduk Kg. Buah Pala kehilangan tanah mereka juga. Tetap Kerajaan Pulau Pinang ambil juga RM 2 juta itu meskipun sebelum tuduh Barisan Nasional perombak kerana ambil RM 1 juta dari premium tanah berkenaan. Sebelum inipun kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang tawarkan pampasan kepada penduduk tetapi penduduk tak mahu berpindah kerana terpengaruh dengan janji DAP, tapi kini apa sudah jadi? Pakatan Rakyat buat-buat buta berkenaan hal ini dan penduduk di sana terabai, nasib penduduk lebih teruk dari polisi Barisan Nasional yang tawarkan pampasan dan sedia bantu untuk penduduk cari kediaman baru, tapi Pakatan Rakyat buat apa? Tak buat apa pun untuk penduduk. Siapa buat janji manis sebenarnya? Barisan Nasional kalau dia janji dia buat, sebab itulah dia tak janji yang bukan-bukan macam Pakatan Rakyat sampai tak terbuat.
Kerajaan terpaksa buat GST untuk menampung kembali perbelanjaan ratusan bilion untuk menyelamatkan ekonomi negara. Ini untuk rakyat juga, bila ekonomi telah selamat, rakyat dapat kerja, dapat cari rezeki, kalau ekonomi tak stabil, kerja tiada, rakyat akan merempat dan menjadi pendatang haram di negara orang untuk cari kerja. Sepatutnya rakyat melihat ini adalah pengorbanan mereka untuk membantu kerajaan yang telah banyak membantu rakyat dari segi subsidi itu dan ini serta pembangunan itu dan ini yang percuma seperti jalan raya, lapangan terbang, dermaga feri, itu, ini, apa lagi yang kita mahu? Jangan kedekut sangat hingga tak ada belas kasihan pada kerajaan. Kerajaan pasti akan teliti semula polisi GST ini samada menurunkan kadar peratusannya atau menghapuskannya terus berdasarkan situasi ekonomi semasa. Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.
Reply
Ronin Sabahan Reply:
December 18th, 2009 at 3:29 pm
mohamad,
mungkin ada fakta anda yang mempunyai asas tetapi secara keseluruhannya anda juga membuat penilaian secara membuta tuli.
GST sebenarnya sesuatu yang baik sekiranya keadaan ekonomi negara telah berada di satu tahap yang boleh dikira stabil. kestabilan ekonomi negara berkait terus dengan pendapatan per kapita rakyatnya. anda berfikiran sempit sekiranya mengambil pandangan dari sudut pandangan golongan berpendapatan tinggi sahaja. perlu ada keadilan juga untuk golongan pertengahan apatah lagi golongan berpendapatan rendah.
Di Sabah dan Sarawak jumlah golongan berpendapatan rendah adalah golongan yang tertinggi. Sekiranya GST dilaksanakan maka rakyat di kedua-dua negeri ini adalah mangsa. dan saya amat pasti GST akan meningkatkan harga barangan secara keseluruhannya termasuk bahan-bahan keperluan asas yang dikecualikan. ini disebabkan kenaikan kos perkhidmatan. contohnya kenaikan kos perkhidmatan penghantaran sudah tentu akan mempengaruhi harga beras.
GST dilaksanakan untuk tujuan membantu kerajaan untuk membangunkan negara, ini sesuatu yang mungkin kita boleh terima pakai. tetapi persoalannya bagaimana perancangan pembangunan kerajaan dapat dilakukan menggunakan dana pada tahap optimum dalam keadaan pengurusan pembangunan yang penuh dengan pembaziran (rasuah). sekiranya anda belum sedar tahap rasuah di negara kita maka ada lebih baik anda keluar dari kepompong dan belajar dahulu mengenai sistem negara ini sebelum membuat komen. tips ringkas dan terkini isu PKFZ.
Selain daripada itu, kerajaan kena membelanjakan dana mengikut keperluan bukan mengambil nama semata-mata. contohnya menghantar angkasawan ke bulan yang memakan ringgit yang begitu tinggi semata-mata untuk ‘melancong’ ke bulan. setakat bawa angkasawan ke hulu ke hilir bercerita mengenai pengalaman tidak membawa hasil kepada negara. kita tidak mempunyai kelengkapan sendiri pun untuk naik ke bulan malah tiada kajian terperinci atau kelengkapan untuk membuat kajian mengenai bulan pun yang ada di negera kita.di saat rakyat bergelut untuk mendapat sesuap nasi, ahli politik umno dan BN boleh bertukar-tukar selera membeli kenderaan yang mahal-mahal (contih terkini bekas menteri sukan dtk azalina othman)…alahai
Reply
kulub amrin Reply:
December 21st, 2009 at 9:12 am
Adakah kain lampin dan kain Kapan akan BN kenakan TAX!!!GST!??????????
Reply
mak bonda Reply:
December 21st, 2009 at 9:21 am
Saya sebagai Rakyat Jelata menolak sepenuhnya sistem GST ini kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Pendatang dan Perkerja Asing di malaysia Gaji Mereka amat kecil bayangkan Pekerja sapu sampah Gaji meraka hanya RM700 sebulan setelah di tolak potongan Permit kerja oleh Majikan secara bulanan! depa nak makan apa kalau harga barangan meningkat?? tolonglan UMNO BN jangan memikir kan diri sahaja sebelum kita megeluarkan kenyataan kita kena melihat secara 360% Bering! semua pihak dan perkara kena dilihat secara sejagat!!
Saya sebagai rakyat malaysia amat perihatin dan punya semagat Global segelobal GST juga sifat kemanusian dijiwa peminpin UMNO amat kurup!!! apakah pendatang bukan Manusia!!! saya cadangkan Noh Omar bagai Kupon Barangan Kepada Pendatang (perkerja asing).
Reply
Duit banyak mana pun tak cukup kalau disalahgunakan. Tengok saja laporan Auditor General tiap-tiap tahun, satu screw driver pun bolah beli dengan beratus ringgit!
Kita tak boleh amanahkan duit pada orang yang kuat makan suap. Jadi tolong pastikan setiap MP Pakatan pergi mengundi kat Parliament!!! Jangan jadi macam bill DNA dan bajet.
Reply
Kalau menolak sistem Islam ini lahtnaggungnya.Mengikut Islam tanggungjawab pemimpin adalah menjaga kebajikan rakyat, bukan kebajikan kroni,dan kerajaan.Ini semua sebenarnya ‘bala’. Bila pemerintahan tidak mendapat barakah Allah semua tidak akan menjadi.Apakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan dalam mengalami rasa kesempitan dan kepayahan?
Reply
Cukuplah dengan segala macam kos kehidupan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Walaubagaimana alasan atau tujuan pun GST ini cuba dilaksanakan sejarahnya kerajaan BN ini semuanya akhirnya tidak dapat mengawal kenaikkan kos barangan.
Dulu bila kita membantah kenaikkan minyak ianya tetap naik juga. Akibatnya adalah harga barangan melambung dengan begitu ketara sekali. Sehingga harga minyak turun semula, harga barangan tetap kekal tinggi. Apa yang dilakukan oleh BN.
Begitu juga dengan cadangan perlaksanaan GST ini, rakyat semua sudah tidak berkeyakinan atau percaya yang ianya akan menguntungkan masyarakat semua. Kerajaan tidak mampu mengawal kenaikkan harga. Ini adalah kerana dasar rasuah mereka yang menyebabkan mereka akan menutup mulut apabila cuba melaksanakan tanggungjawab perlaksanaan undang-undang mereka sendiri. Malah mereka sendiri menjadi dalangnya di kalangan mereka.
Mana mampu rakyat hendak makan biskut sebungkus sehingga 4 ke 5 RM. Pengawalan harga tepung, gula dan keperluan asas lain tidak boleh dijadikan alasan kukuh. Gula dan tepung itu bukannya barangan yang banyak digunakan oleh setiap rakyat. Paling banyakpun 2 kilo seorang. Mungkin selebihnya boleh disapukan ke muka isteri PM kita dicampurkan tepung dengan gula sedikit agar bertambah manis dan putih.
Maka, sedarlah wahai semua rakyat Malaysia. Biarlah kita memberikan peluang kepada kepimpinan yang baru. Biar negara ini akan menjadi negara yang lebih mencabar. Kerana adanya sistem mencabar dan tercabar. Apabila adanya cabaran dalam kepimpinan maka barulah mereka akan sedar untuk memerintah dengan lebih telus dan amanah. Kerana kuasa terletak ditangan rakyat, bukannya pemerintah.
Pemerintah hanya menjalankan amanah yang diberikan oleh seluruh rakyat. Barulah rakyat akan maju jaya. Jangan biarkan sipertualang yang memerintah kita dan mengaturkan kehidupan pincang untuk rakyat semua.
Reply
tunggu jelah PRU 13 nanti..taula nasib ko BN
Reply
apalah malang nasib rakyat malaysia..duit dalam poket kita pun kerajaan BN nak rembat.Tahun depan harga barang naik lagi..beras,gandum,gula,minyak masak..Macammana dengan lapuran Audit Negara?kerajaan hilang RM28.0 billion..apa tindakan?inilah contoh kerajaan bernafsukan duit..bukan menjaga rakyat..
Reply
4% GST punya pasal akan melahirkan lebih ramai pengamal2 korupsi yg baru dan yang dah pro memang tak jadi berhenti.
Reply
GST?itu nama samaran utk barang naik(BN,hanya rakyat bodoh yg tak faham).inilah sumpahan BN,rakyat didahulukan(didera cukup2).kerajaan pulak diutamakan(kroni2 tak cukup mkn).nak naikan ekonomi tak pandai,nak cekup wang saku rakyat paling terror.dok sana sini,roadblok.saman tu tak kering dikeluarkan.(mungkin dpt mengurangkan jenayah????? atau pengurangan kemalangan?)mati!mati juga,acciden!meningkat juga acciden.,jenayah!meningkat jenayah juga.yg minat kerajaan, sapu saja wang rakyat(kononnya rakyat teramat kaya.sampainya menganggur dan terus muflis)apa lagi penyumbangan kerajaan terhadap rakyat?(igauan mimpi,realitinya rakyat terus menjadi mangsa utama.)
Reply
Well said Dina…Jangan Sampai People Power Macam Pina !
Reply
agreed with dina and tak tahu.pemimpin bn bercerita pasal gst masa mengagihkan bantuan pada rakyat daif dan miskin.isn’t a mockery?.marilah kita buat perubahan pada pemimpin,JOM GANYANG SAMPAI TERKUBOR,TEPAT NAMANYA PUN GST.
Reply
Kenyataan Timb Menteri Kewangan II yg membandingkan hanya Brunei, Myanmar dan Malaysia yg masih belum mengamalkan GST menampakkan kelemahan Kerajaan sekarang (BN) mengurus kewangan dengan telus dan amanah. Nah! sekali lagi rakyat ditipu dengan memberi perumpamaan dengan negara2 serantau, serupa dengan membandingkan harga minyak dahulu (katanya harga minyak Malaysia rendah berbanding negara Singapore etc…). Betulkah kerajaan betul2 menhalusi GST ini? Tidak…
GST (Goods & Sales Tax) menyebabkan kenaikan harga yg begitu ketara berbanding SST (Sales & Servise Tax)yg diguna pakai skrg. GST menyebabkan kenaikan harga dr Pengeluar (Manufacturer_ hinggalah kpd Penjual (Retailer). Ambil contoh mudah rangkaian barangan, dr pengeluar, pengedar dan penjual (atau Pengeluar-Pemborong-Peruncit). Jika setiap rangkaian mengenakan 4& GST, maka pd akhir rangkaian, harga barangan sudah mencecah kenaikan 12.5%, berbanding SST maksimum 10%!
Ini hanya satu contoh yg ketara….GST patut ditolak…
Reply
How to do it? How to stay united and go against the implementation of GST? We need to know a way to stop this. Tell us
Reply
KETUANAN MELAYU>UMNO IS ALL ABOUT ABJECT ABUSE OF POWER>COVER-UP & CONSPIRACY>INTIMIDATION>INJUSTICE>CRASS GREED>MASSIVE CORRUPTION.
THE MALAY MUSLIM >FOR THE SAKE OF ISLAM /NABI MUHAMMAD >PRAY 5 TIMES A DAY .EVERY FRIDAY PRAYER AT MOSQUE SHOULD AND MUST HAVE THE WISDOM FROM ALLAH TO REJECT THE DEVIOUS ,UNSCRUPULOUS UMNO BN AT NEXT GENERAL ELECTION.
AS A MAJORITY IN MSIA WE SHOULD NOT ALLOW CORRUPTION ,INJUSTICE TO GO UNCHALLENGED .
OTHERWISE THOSE ABUSES WILL ONLY PROLIFERATE.WE HAVE TO FIGHT ON THE SIDE OF JUSTICE.IT IS WRONG TO REMAIN SILENT(TEACHING OF ISLAM)WHEN CONFRONTED WITH INJUSTICE>OPPRESSION>CORRUPTION.DOING SO IS TANTAMOUNT TO SUPPORTING EVIL. ISLAM IS ALL ABOUT UPHOLDING AND CHAMPIONING JUSTICE.
HIDUP ISLAM HIDUP ISLAM
HIDUP RAKYAT
KETUANAN RAKYAT>LETS SUPPORT ACCOUNTABILITY>TRANSPARENCY IN PR GOVERNANCE
Reply
Muhammad,
Saya tahu hati muhammad sungguh mulia kerana sering tolong-menolong dan mempunyai hati yang baik dalam membantu kerajaan. Namun disebalik kebaikkan Muhammad telah menyusahkan ramai masyarakat lain.
Saya tidak mengatakan kita tidak boleh menolong kerajaan, tetapi rakyat pada hari ini telah pun didesak dengan pelbagai masalah ekonomi dengan bebanan cukai disekeliling pinggang. Saya rasa tidak perlu disebut di sini, kerana saudara pun mengetahui mengenai cukai yang sudah dikenakan kepada rakyat sampai hari ini.
Sekiranya kerajaan cukup ikhlas dalam membantu rakyat, maka GST ini yang akan dilaksana tidak sepatutnya dikaitkan dengan negara jiran. Negara kita mempunyai gagasan sendiri untuk memacu negara agar lebih maju berbanding dengan negara lain.
Apabila saudara mengatakan bahawa kita patut menyokong pelaksanaan GST ini kerana ingin membantu kerajaan. Maka kita telah dapat melihat bahawa kerajaan kita sekarang tidak mampu untuk mengendalikan ekonomi negara dengan lebih teratur. Kerajaan yang cekap dan utuh ialah kerajaan yang mampu untuk menyelesaikan masalah itu dengan lebih bijaksana tanpa menyusahkan rakyat.
Maka, kerajaan hari ini nampak lebih lemah apabila tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi tanpa menyusahkan rakyat. Berkenaan kemudahan yang disediakan kerajaan kepada kita seperti jalan raya dan lain-lain sepatutnya tidak dijadikan bahan simpati kepada kerajaan bilamana ekonomi kurang stabil. Hal ini kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan tersebut. Tidak kira kerajaan pusat itu diperintah oleh UMNO atau PAKATAN RAKYAT. Tanggungjawab mesti dilaksanakan.
Kesimpulan yang dapat saya kemukakan disini ialah sekiranya kerajaan yang ada pada hari ini sudah tidak mampu menangani masalah ekonomi, dengan jalan yang terbaik tanpa menyusahkan rakyat lagi. Maka kita patut pilih pemimpin yang lain.
Wassalam.
Reply